google analytic

Nuffnang

Wednesday, July 30, 2008

Belajar sampai tua..

Aku ada training dari Isnin sampai hari ini.

I learned – Photoshop, Soundforge and Flash.

Exciting and entertaining as my brain is always open for new knowledges. I want to learn new thing.

I always thought that I am “bengap” in using this tools.

But not anymore!

Thank you for my dear colleagues – the penceramah and the fasilitators.

God will bless you. Nanti jangan lupa claim elaun. If there is any problem, just refer to me. I will makesure you’ll get your claim ASAP. Hehehe..

Friday, July 18, 2008

Merepek meraban

TGIF!!!!! (Aku tak penah makan kat TGIF ni.. husband aku cakap biasa2 je.. bila aku nak try makan sana yer? Hari ni la nak? Tapi husband aku tak suka western… dia kata dia tekak melayu.. tekak aku international.. semua jenis makanan aku nak try… dulu b4 husband aku berkenalan ngan aku, dia tak penah la nak try nasi dagang ke, sushi ke, nasi kerabu… lepas kawin, dia plak jadi peminat… hehehe)


Politik bongok…

Aku menyampah parti A. ngan parti B tu lagi la aku benci.. pastu ada parti2 lain tu aku tak amik port langsung..

Liwat la.. skandal la.. rasuah la.. sekongkol ngan yahudi la.. perhimpunan haram bangang la.. tunjuk bontot la.. minyak naik la.. debat la..

Kalau dah politik tu.. susah le nak cari yg clean pun…

Elok lagi masuk parti C.. sah2 tak buat apa2.. duduk senyap je… cakap je lebih.. tapi tak kacau orang langsung..

Zizou ku dah kurang hensem 10%

Apa pasat? Semalam time bermanja2 dengan Zizou di rumah, aku ternampak satu perkara yang mengguris hati aku sebagai seorang ibu.. Gigi kacip atas zizou ada sumbing sikit!!!!! Aaaaa… apa kejadahnya? Kinapa bole jadi begini? Sapa nak jawab ni? Ahmad nawab pun tak ble jawab…

Terus call cikgu di nursery… uuu… dorang kata lupa nak bgtau aku tadi time aku amik zizou kat nursery.. dorang bgtau ada sorang cikgu tu dia terlanggar zizou time nak mandi.. hmm… sabar je la… ni mesti jatuh teruk tersembam kat muka ni.. patut la aku macam garis halus sikit kat muka zizou.. cam merah2… takpe la… seb baik la gigi susu… kalau gigi kekal.. mau aku mengamuk…

Bila daddy zizou dah balik.. aku tunjuk la kat daddy zizou.. dia kata takpe la… tak obvious pun.. tapi zizou dah kurang hensem 10%... huhuhuhu… takpe la kan zizou.. di mata mummy and daddy, zizou tetap ensem…

p/s: Mummy ada beli 4 helai tshirt untuk zizou dari mothercare… sales 50%... ble buat jadi baju raya… ensemnye zizou pakai baju2 tu..


"Mummy and Daddy" versi Zizou

Dulu2 kan.. ada la sekali sekala zizou ni panggil aku mummy or "ammy".. panggil husband aku daddy or "tati"…

Tapi mmg kad-dang kad-dang or jar-rang jar-rang…(buat style Nujum Pak Belalang)..

Bila Zizou dah rajin membebel ni.. baru aku perasan dia panggil kitaorg "ee-ya"..

Sebenarnya dah lama la kegiatan zizou ni… b4 dia ada gigi lagi.. aku tau dia panggil aku ee-ya.. tapi aku fikir tu saja2 ja..

Skg ni.. kalau dia cari aku.. let say dia kat bawah tgk tv, aku kat atas tengah siap2, dia ble panggil "ee-ya, ee-ya"… macam orang tengah cari orang tu…

Dan aku pula terus membetulkan… "bukan ee-ya… mummy"

Daddy dia pun dia panggil ee-ya..

Lepas tu, baru aku tau kenapa dia panggil kitaorg ee-ya..

Satu kali tu, aku panggil daddy Zizou dari atas, daddynya di tingkat bawah rumah.. "Ayang…."

Si Zizou yang tengah bermain2 di sebelah aku pun sama2 memanggil daddynya "ee-ya.."

Ooo… now I know, ee-ya tu maknanya ayang… ish ish ish…

Mana ble Zizou… panggil la mummy dan daddy… bukan ayang..

Monday, July 14, 2008

Pakcik kedukut…

Café kat opis aku ni memang cekik darah.. panggilan manja aku kepada owner café tu "pakcik kedukut" (tapi dia tatau la aku panggil dia macam tu…naya la aku kalau dia tau)..

Boleh? Last time aku beli breakfast. Aku ambil nasi lemak satu bungkus yang aku tau berharga RM1.50 dan sebijik bergedil yang aku tidak tau berapa harganya.. pastu pakcik tu ble kira: RM2.00. So, bermula la quest cepu emas aku ni… Aku bagi soalan baek punya..

Aku:            Pakcik, harga nasi lemak ni berapa? (aku tidak tanya la pula harga bergedil tu berapa pasal aku mau tau harga nasi lemak ja… mana la tau if nasi lemak tu sudah naik harga kan…)

Pakcik kedukut:     Semua sekali RM2.00

Aku:            Iya? Nasi lemak ni berapa?

Pakcik kedukut:    Nasi lemak RM1.50, bergedil RM0.40.. RM1.90 je semua… (dengan muka yang tidak bersalah..bangangnya pakcik ni.. mesti selalu makan benda haram..)

Aik…. Pakcik ni… sepuluh sen pun mau try? Kalau ada sepuluh orang yang jadi macam aku ni.. maknanya pakcik ni sudah untung RM1.00 buta-buta… rupanya, bergedil tu harga 40 sen?? Aku ingat 30 sen ja.. ye la… bergedil comel gila lagi sama saiz macam syiling 20 sen tapi gemuk sikit…

Aku harap pakcik kedukut ni bertaubat la… apa plak nak caj kepada something yang tak perlu dicaj… apa ke jadah makanan yang sepatutnya RM1.90 jadi RM2.00 pula??? Orang-orang yang sebelah2 aku pun tergezut mendengar pengakuan pakcik kedukut ni…

Sebagai balasan pakcik ni pasal selalu caj orang gila-gila… aku selalu ambil tisu lebih2… ada orang lelaki cakap, aku ni typical lady… well, kau apa kisah? Aku typical lady ke.. tissue lady ke… pakcik tu tak bising pun, dia caj orang macam orang main saham ada la… tau la harga minyak naik, tapi takkan la kau rugi kan pakcik…

Aku ni pun sama juga… tak puas hati pun.. still keep coming to that cafe untuk beli makanan.. padan muka aku… dah café tu je yang paling dekat…

Tapi ada juga peniaga yang masih maintain harga, kuantiti dan kualiti di zaman harga barnag melambung ni.. dekat rumah aku tu ada kakak meniaga nasi lemak.. dan ada makcik meniaga nasi berlauk… murah dan sedap.. semoga kamu dimurahkan rezeki… amin…

Thursday, July 10, 2008

Labuan dan Sabah

(dipetik dari Utusan Malaysia 10 Julai 2008)

Hormati status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan

SAYA tertarik untuk memberi komen mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang sejak akhir-akhir ini kerap mendesak agar Labuan dikembalikan kepada Sabah.

Selaku anak jati Labuan, saya merasakan kenyataan tersebut sebagai penghinaan kepada penduduk Labuan yang sememangnya menyokong penuh taraf Wilayah Persekutuan yang dinikmati sejak 24 tahun yang lalu.

Pada saya Teck Lee tidak berhak berkata sedemikian kerana beliau bukanlah penduduk Labuan. Kenyataan tersebut seolah- olah menggambarkan Labuan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain. Labuan adalah pulau yang berpenghuni dan kehendak rakyat di pulau tersebut harus dihormati.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas maka Teck Lee bolehlah datang sendiri ke Labuan dan bertanyakan pendapat penduduk asalnya mengenai perkara ini.

Tidaklah sukar bagi beliau untuk datang ke Labuan kerana kerajaan Persekutuan telah membina lapangan terbang dan terminal feri yang bertaraf antarabangsa di pulau tersebut. Tentunya lebih elok kiranya Teck Lee turut meluangkan masa meninjau pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan.

Saya kira beliau sedar bahawasanya kemajuan Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga membawa kebaikan bukan hanya kepada penduduk Labuan bahkan juga penduduk Sabah.

Semenjak Perjanjian Labuan 1984 ditandatangani, tiada rakyat Sabah mahupun Labuan yang sengsara kerana taraf Wilayah Persekutuan ini. Tiada rakyat Sabah yang dihalang daripada memasuki pulau tersebut. Tiada rakyat Sabah yang didiskriminasi oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan. Sesungguhnya kerajaan Persekutuan tidaklah pernah bersikap kenegerian. Semua rakyat Malaysia di Labuan dilayan dengan sama rata tanpa mengira negeri asal mereka . Bahkan banyak peluang pekerjaan dan jawatan tinggi baik dalam sektor awam mahupun swasta yang diisi oleh rakyat Sabah.

Tambahan pula, penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan adalah atas kerelaan dan persetujuan kerajaan Negeri Sabah sendiri.

Tidak keterlaluan jika saya sifatkan kenyataan dan tuntutan Teck Lee sebagai perbuatan mengeruhkan air yang jernih kerana hubungan antara Sabah dan Labuan adalah terjalin akrab selama ini.

Saya berharap beliau dan mana-mana pihak jua pun berhentilah daripada mengungkit perkara yang boleh melukakan hati penduduk Labuan. Negeri Sabah amat luas maka janganlah pulau Labuan yang kecil ini direbutkan. Banyak perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat negeri ini yang boleh dilakukan.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan status Wilayah Persekutuan yang telah membawa banyak kemajuan kepada pulau ini. Saya percaya puluhan ribu rakyat Labuan dan rakyat Malaysia lainnya juga merasa begitu. Maka status Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan seperti yang tercatat dalam Fasal 4 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu haruslah dihormati oleh semua pihak.

ANAK JATI LABUAN

Kampung Nagalang, Labuan

Aku sebagai anak jati Labuan (lahir dan dibesarkan di Labuan) menyokong kenyataan Anak Jati Labuan dari Kampung Nagalang, Labuan ni.. aku nda tau orang lain.. tapi aku rasa macam bahagia ja pun tinggal di Labuan especially lepas Labuan diisytiharkan sebagai WP pada 1984. Banyak juga bah kemajuan yang kami dapat. Kenyataan puas hati ni aku pandang dari sudut pandangan seorang penduduk. Bukan seorang yang berkepentingan politik.

Ramai bah orang Sabah yang tinggal di Labuan tu.. dorang nda puas hati ka? Heran juga kan…macam syiok ja dorang tu…. Jangan la pula pasal syiok mau minta Labuan ni balik pula.. ramai orang yang bukan local pun (orang Malaya, sarawakian, pilaks, oms dsb) macam suka ja tinggal sana. Lepas tu siapa2 mau datang dari KK ka, Menumbok ka, Limbang, Lawas, Brunei… bah mana2 laa… Labuan terima ja siapa2 yang mau datang pun.. nda pasal2 kalau Labuan masuk Sabah balik, nanti dorang kena pakai passport pula.. (kalau dari Brunei, mesti la guna passport)…

Ada orang kata Labuan ni pekan mati.. well, nama pun pulau kecil.. mau happening macamana lagi..terlebih happening nanti tenggelam pula.. bagus la bah tu rilek2 ja…ini pun macam happening juga pasal ada UMS, KML.. terminal feri dan airport yang canggih nya orang…pekan mati tidak bermakna tidak maju..

Setau aku kadang2 politik sabah ni ja yang diskriminasi orang Labuan ni. Kalau dorang anggap kami ni a part of them, kenapa biasiswa Yayasan Sabah tu tidak diberikan kepada bumiputera Labuan?

Apa-apapun, selalu kalau orang tanya aku orang mana, aku cakap ja aku orang Sabah. (Tapi orang di sini selalu teka aku ni Sarawakian..bah mana2 la..borneo juga).. sebab kalau aku bagitau aku dari Labuan.. kebanyakan orang mesti jawab

  • “Ooo.. Labuan, selalu ke balik Sabah?”(apa ke bengap, aku baru cakap aku dari Labuan)
  • “Labuan ngan Sabah sama la”(ye ke sama? bole la… ada bau-bau durian)
  • ”Labuan tu kat mana yer?”(ni remarks yang aku selalu dapat dari orang bodo2 yang tak belajar geografi, tatau pengetahuan am)..

orang yang sepatutnya berpengatahuan pun, contoh Berita Harian, Utusan dan Pejabat kerajaan ble tersalah buat nama tempat - Labuan, Sabah. Tak yah kecoh2 la Yong Teck Lee kan.. ko tak minta Labuan ni balik pun ramai orang fikir Labuan ni Sabah..ni la mau guna skrip P. Ramlee dalam Madu Tiga tu “Dah tua pun bodoh..”

p/s: sama macam kerajaan Filipina kecoh2 minta Sabah balik.. Filipina tu takde mata ke apa ke buat2 bodo yang ramai rakyat dia berkampung kat Sabah tu buat macam negeri sendiri.. Negara sendiri tak terjaga ada hati nak minta negeri orang yg dah elok2 maju..

Wednesday, July 2, 2008

Sebelum kamu tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


 

1. Sebelum khatam Al Quran,

2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


 

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan Rasulullah tersenyum dan bersabda :

  1. Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
  2. Membacalah salawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


 

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


 

Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.


 

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.


 

Sekian untuk ingatan kita bersama.


 

p/s: Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


 


 

Tuesday, July 1, 2008

You are a true Sabahan when...

Aku dapat ni email content dari kawan aku yang Sabahan juga..

I consider myself as Sabahan. Even though aku lahir di Labuan, tapi Labuan jadi Wilayah Persekutuan tahun 1984. Aku pula batch 1980, no tengah IC aku pun still 12 (adik2 aku pakai nombor 15 kecuali si Tasha pasal ia lahir di Ranau). Mama aku pun orang Sabah..

Ada yang betul, ada yang aku rasa tidak applicable kepada aku. Dan ada yang aku sudah buang.. hehehe.. bagi sensor siap2…


1) You drive at right lane of the road, with a speed of only 50 KM/H. If people horn behind you, you still don't know what's wrong. – I dunno about this.. pasal aku tidak pernah drive di Sabah..tapi kalau aku drive di Labuan pun, mmg aku drive slow ja.. mau laju2 pun, mau pigi mana.. damit ja bah Labuan tu..

2) You have the luxury of working from 8 AM to 5 PM (get off work punctually). – ini pun aku tidak pernah rasa… syiok kali aa..

3) You don't believe that there is any "clean" politician in Sabah. – ini aku picaya…

4) You feel "obligated" to reach the top of Mount Kinabalu at least once in a lifetime. – hmm.. kenapa aku tidak rasa obligated ni aa..

5) You prefer a big car than a big house (probably you can't drive a big house around to show off). – whatever it is, I still think big house is better than a big car.. tapi di Labuan ramai orang ada kereta "mahal"…

6) You wear slipper and short wherever you go, even in city. – hahaha… true it is.. aku di KL pun macam ni kadang2..

7) You still think that Labuan belongs to Sabah. – most of Sabahans think this way…

8) You will not go to any FREE seminar / function that has no food or refreshment. – ini aku tidak pernah try juga…

9) You don't care about service. You just want things cheap, cheap, cheap. – true maybe..

10) You know where to get your candles and torch light quickly in the total darkness (due to training by frequent blackout). – hehehe.. iya la kali ni..

11) You know what "aramaitiee" means... – really??..aku hanya tahu word ni bila aku sudah sampai di semenanjung..... org di sini suka cakap this word to me when they know I'm sabahan… makes me wonder…

12) You shout "referee bodoh" and at the same time throw mineral water bottles on the pitch during a football match at Likas Stadium.. - ini aku tidak pernah try juga…

13) Your Timorese maid ran away with her lover, taking your money or jewellery along.. – haha.. kami pernah ni kali ada babysitter om.. tp belum lagi kena rompak la…

14) You doubt someone's mykad wether it is real or fake.. – always in doubt..

15) Your favourite assemblyman whom you vote and supported all this while...gambled away and lost a whopping 60 million ringgit in a London casino.. – no komen

16) You go inside a karaoke at 12 pm and realise that the place is still open at 5 am... – pun tade komen juga, pasal aku tidak pernah pigi karaoke sampai pagi..

17) You come across a supposedly local person but with a very foreign accent.. – hehe.. macam2 accent ada.. pilak, om gere2..

18) You cannot vote in an election because someone has voted on behalf of you... – boleh jadi!!

19) You own a bakakuk – aku tiada ni…


Tambah.... you are a Sabahan if u say and understand these words....

1. tuuuna/ saaaana - points with the lips - (there-- at a distance)(the longer the 'tuuuuuuuuuuuuuuuuu na / saaaaaaaaaaaaaaaaaa ana' the further the place is.)
2. limpas (to pass/walk by - Maaf, saya > limpas dulu? Excuse me, can I passby?
3. palui (stupid, duh! )

4. tapuk (to hide )

5. bida (ugly)

6. bubut (as in proper malay- "kejar", to chase)

7. sakai (ignorant, uncivilized, "hoosier")

8. andang-andang (that's how it is)

9. sapak (kasi campur/gaul --utk masakan-to mix as in cooking)

10. inda/tia (short form of "tidak" - not, no)

11. wicin (another brand of msg as in "aji-no- moto" - a seasoning or food enhancer)
12. talampau (proper malay - "terlampau"- too much)

13. takajut (proper malay - "terkejut" - shocked, startled)

14. siorang (proper malay -"kami"/ "saya-orang" - us, we)

15. ngam-ngam (proper malay "kebetulan" - exact, at that time)

16. mangkali (proper malay "barangkali" - maybe, perhaps)

17. kamarin (proper malay "kelmarin" - yesterday)

18. kanapa (proper malay "kenapa" - why)

19. gia (___expression - "is it?")

20. bah (___expression - "ok!")

21. ah? (question, "Apa?" What?)

22. kici/kicil (proper malay "kecil" - small)

23. basar (proper malay "besar" - big, huge)

24. siok (___expression/ description, proper malay "seronok" - enjoyable, great, etc-)

25. urang ("orang" - people; sometimes used "diurang" - them, they)

26. karing ("kering" - dry)

27. umban ("humban, lempar" - throw)

28. kana ("kena"- got ie--"kena umban" --got thrown)

29. padih ("pedih" - as in "Mata saya padih/pedih! " - My eyes stings, painful)
30. numbur ("nombor" - number)

31. gali ("geli" as in squeemish about something, or "gali"--gali lubang - as in Dig a hole.) – barigali pun ada

32. dorang ("dia orang/diurang" - them, they - Dorang pigi tamu. They went to the market.)

33. panat ("penat" - tired)

34. katawa ("ketawa" - laugh, laughing)

35. lanjang (a.k.a. "periuk /belanga " - pots/pans)

36. putung ("potong" - cut, slice)

37. Buduh ("bodoh" - stupid)

38. tongo/bongo ("stupido" - same as above )

39. kabaru-baruan ("kebaru-baruan" - new to something)

40. giuk (proper malay "ulat"- worm)

41. Sikui (Tembikai - watermelon)

42. Santut (Underwear)

43. celana/salana (Seluar)

44. gipit (to grip...)

45. kanapatan/kadapatan (caught red handed.. or as the malays in kl say..'kantoi' )

46. kebangkalan (choked while eating..proper malay = 'tersedak')

47. ketulahan (bad karma)

48. bahai (plastic bag)

49. uinnaaa! (used to express various feelings, mostly when surprised..)

50. ging (derived from the word gang.. means kawan/member)

53. Kula = Coke or Coca-cola... lol
54 Torrrrrbaik = The Best...lol

55. Bikin panas = feeling angry...HHAH - HOt kununlah..True to my roots.. I have one to contribute
56. Tambirang = Don't lie.. (eg. Jangan kau tembirang)
57. Sabak ---- means baru ko tau... in english = I TOLD U...

58. Kotoh ---- Means as same like Sabak...

59. Lakas = Lekas/Cepat (Faster)

62. Kalatiak = Ketiak (Armpit)

63. Duiiii dogo! = My goodness!! / Oh my!!

64. Seluar Katak - underwear

65. siring siring - side / on the side
66. taapun - a phrase used when unable to get the things desired – or sia-sia pun
67. palis palis - touch wood
68 tachut - our version of touch wood
69. gostan - reverse
70. gohed - forward

75. muhau – crazy – dusun bilang mulau
76. takana - hit (BM is terkena)
77. tekuis - same like like takana
78. kapayas / tapayas - papaya
79. api api - kota kinabalu
80 (sia) bilang - said
81. skijap - soon / in a short while / later
82. tinguk - (tengok) to look
83. hari satu - monday
84. hari dua - tuesday
85. hari tiga - wednesday
86. hari ampat - thursday
87. hari lima - friday
88. hari anam - saturday
89. SOT - crazy (like me)
91. karan - electricity

92. butul - in BM 'betul'

The precious drop is still there!!

Zizou sudah semakin besar.. nak dekat 1 tahun 7 bulan dah.. and aku still breastfeeding.. orang selalu tanya "ada lagi ke?"…. ada… Alhamdulillah, setakat ni Tuhan masih bagi rezeki yang satu ni pada Zizou… the precious drop is still there!!

Egg Benedict

Semalam aku EL.. pasal Zizou demam.. so, time boring2 tu.. aku try resipi baru nama Egg Benedict… sila rujuk resipinya di sini http://www.myresipi.com/top/detail/4423 tapi aku ada buat ubahsuai sikit.. instead of using black pepper and salt sebagai perisa.. aku pula guna white pepper yang ajinomoto tu (ada garam) dan chili flakes… sedap… cubalah buat sendiri… nanti aku upload gambar Egg Benedict yang aku buat sendiri tu..


can also get the recipes from this site

http://awisy.blogspot.com/2010/03/resepi-bergambar-egg-benedict-easy.html

bila masa la gambar egg benedict aku mau keluar? (1 oct 2010)

Bob Mesra......

Tadi pagi aku dengar lagu baru tajuk Cinta Terhalang by Bob Mesra… best lagu ni.. tak silap lagu ni la si Stacy nyanyi time konsert ke-3 dalam AF dulu.. (tapi tajuk lagu Stacy dalam AF tu Cinta Khayalan).. aku rasa Bob nyanyi lagi best.. lebih ada jiwa… suara dia pun sedap..

mari buat comparison...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...