google analytic

Nuffnang

Friday, June 28, 2013

Jerebu dan Hujan

Dalam awal minggu ni, rasanya semua umat di Malaysia memang kecoh habis la dengan jerebu terburuk yang dialami sejak entah.. sejak aku mula kerja? 2004? Atau mula kawin? 2006? Kenapa sejak 2004 atau 2006? Sebab sebelum aku start kerja, atau sebelum kawin, jangan harap la aku mau peduli pasal keadaan semasa di sekitar aku. Remaja la katakan.. Huhu.. So means, aku baru alert tentang hal dunia dalam lebih kurang 10 tahun yang lepas.

Kenapa jerebu yang terburuk? Sebab aku rasa ni la first time budak-budak terpaksa tidak pegi sekolah kerana status IPU udara yang tidak sihat. Ke aku baru perasan sebab ni la first time anak aku sekolah secara rasmi pun. Sebab sebelum ni kalau ada announcement sekolah tutup macamana pun, taska/tadika anak aku tetap buka.

Moral: Menjadi seorang yang bekerja, seorang isteri/suami, seorang ibu/ayah, anak dah masuk sekolah - adalah milestone yang besar dalam kehidupan seseorang. Ada ke yang sudah tukar status tapi masih bengap hidup bagai katak dalam tempurung lagi? Mungkin ada. Pasti ada.

Di saat semua kecoh kerana jerebu yang makin teruk, Alhamdulillah, petang Selasa hujan turun dengan lebatnya.
Time ni la newsfeed di facebook aku dihujani dengan status yang mengandungi perkataan hujan.
Trending mengeluh kerana jerebu bertukar kepada gembira dan syukur kerana hujan.

Ni kali lah - baru terasa nikmatnya hujan itu.
Seingat aku pun, last hujan yang aku rasa ialah ketika di Sydney.
Sejak jejak kaki kembali ke Malaysia, hingga Selasa baru-baru ni, terasa panas saja.
Aku ingat last time bila ada hujan, aku mengeluh.
Aku suka dengan kebiruan cerah langit.
Suka sebab tiada air bertakung dan asal jemur kain mesti kering dan tidak perlu risau kain jemuran basah terkena hujan.

Tapi sejak ada jerebu, risau pula kain yang dijemur berdebu.
Kesihatan keluarga makin merosot.
Kereta hitam ku berdebu.
Anak-anak kecewa sebab tidak boleh bermain outdoor.
Time tu la tercari-cari hujan.

Dan bila hujan, syukur pada Yang Esa.
Biar la kereta hitamku bertompok pun.
Biarpun kain jemuran tidak mungkin kering.
Tapi kini tidak risau lagi, sebab aku sudah beli dryer.
Time ni la mau testing 'toy' baru aku tu. Hehehe.. 

Nanti aku update pasal 'toy' baru :)

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Australia (Kesimpulan)

Sejuk tak winter sana?
Sejuk juga la. Ditambah kalau ada angin garang yang tidak sepoi-sepoi bahasa.
Bergantung pada ketahanan individual sebenarnya.
Aku rasa dengan pakai down jacket aku yang pink tu cukup untuk memanaskan badan sebelah atas.
Tapi di bahagian kaki especially sebelah paha rasa sejuk.
Addin dan Zara pula rasa macam biasa saja. Selalu mengeluh sebab kena pakai jaket.
Paling terer sekali si Zara la sebab most of the time di sana dia la pakai baju paling nipis.


Baju biru polkadot putih ni sebenarnya rain coat dengan fleece liner. 
Beli di Mothercare. 
Aku cukup suka sebab comel.


Jadi, sejuk atau tidak adalah subjektif.
Di Sydney, rata-rata aku tengok ramai orang (samada mat salleh atau bukan) berpakaian tebal. Tidak ramai yang berpakaian nipis.
Abang Edi bagitau, di Manchester lagi sejuk. Mau keluar pun malas. Ni baru tahap sejuk Ozzie.
Sejuk Australia pun aku boring pasal tak tahan.. hohoh.. 

Senang cari makanan halal?
Makanan halal memang banyak tapi makanan berasaskan Malaysia/Indonesia tu adalah menjadi sedikit cabaran di Gold Coast. Di Sydney tidak pula susah mau cari.
Aku kureng sikit mau makan kebab semua tu. Rasa kebab di pasar malam di KL lagi nyaman. Huhuhu..

Best ka pegi Australia?
Di Gold Coast rasa macam ok tapi kurang meninggalkan kesan sebab banyak ke tempat attraction yang kurang sesuai dengan jiwa naluri. Chewah. Mungkin, next time, kalau mau pegi ke Gold Coast lagi, aku mo lawat ke tempat yang ada glow worm dan kawasan perkampungan.

Sydney pula, memang tidak cukup untuk 3 hari saja. Sebab banyak lagi attraction di sana yang kami tidak sempat pegi. Plan awal mau pegi 4 hari di GC dan 4 hari di Sydney. Tapi sebab mau tengok whale yang hanya start pada 1 Jun punya pasal, maka terpaksa la memanjangkan tempoh cuti di GC.

Cuti kali ni pun tidak boleh lama-lama sebab cuti sekolah hanya 2 minggu. Sekarang Addin sudah start sekolah betul-betul, jadi rasa macam tidak sesuai pula mau kasi cuti dia suka hati. Time dia di tadika dulu bole la aku buat macam tu. So, kena la ambil kesempatan bercuti di musim cuti sekolah seoptimum mungkin. Aku pun macam la banyak cuti. Baru masuk opis la katakan.

Environmentnya macam mana?
Terasa lebih maju dan civilised daripada di Malaysia. Mewujudkan kaunter bayar sendiri tu memerlukan tahap integriti yang kukuh di kalangan komuniti. Orang local pun baik-baik. Orang asian yang migrate di sana tu pula macam banyak yang agak berlagak dan perasan bagus. Tapi sebenarnya, ada yang baik pun. Jadi, tidak boleh distereotaip mengikut bangsa. Masing-masing ada watak berbeza.

Samalah halnya dengan tourist dari Malaysia yang ramai ke sana. Berlambak. Ada yang sudi menyapa mesra. Ada yang sekadar pandang dan senyum pun tidak sudi.

Lain pula layanan dari orang middle east. Lelaki atau perempuan mesti bagi salam atau paling kurang pun senyum. Terasa sisterhood dan brotherhood tu.

Paling aku suka, sebab sini semua pun speaking English, jadi Addin pun makin rajin speaking. Alhamdulillah, keyakinan si Addin makin meningkat. Bukan tidak bole faham dan speaking, tapi sebelum ni, si Addin segan terlebih. Di Sydney, selamba ja dia bawa tour guide dan budak lain di playground si Darling Harbour tu berborak. 

Next time mau pegi lagi?
Uish.. mesti la. Kalau boleh next time aku mau pegi Melbourne, terbang jap pi New Zealand dan pegi ke Sydney sekali lagi. Naik AirAsia X pun ok. Premium seat la hopefully :)

Percutian ke Australia (Penginapan)

Penginapan di Gold Coast - The Moorings on Cavill

 Master bedroom

 Bilik air utama

 Room cabinet

 Ruang tamu

Ruang makan



 Dapur

 Laundry


Untuk kami 4 sekeluarga - AUD756 untuk 5 malam (2 bedroom apartment, 5 malam)
Mama, Nurul dan Lina - AUD 576 untuk 5 malam (1 bedroom apartment, 5 malam) + AUD120 (rollover bed, 4 malam)

Kalau book lebih awal, lebih jimat. Aku book in Mac.

Oleh kerana aku request bilik sebelah-menyebelah dengan bilik dorang Mama, kami dapat bilik no. 17 dan 18 di tingkat 3.
Semua urusan booking adalah melalui email. Semua email aku dibalas dengan cepat oleh Margaret.


Susun atur dan kekemasan - Tip top.

Kemudahan dalam apartment
- Microwave, oven, washing machine, dryer, seterika, dishwasher, dapur masak, tv with foxstar, dvd player, vacum cleaner semua lengkap
- aircond dan kipas - tapi kami tidak switch on pun.. sejuk ja udara di sana
- ada bathtub - penting, sebab kalau tiada bathtub, Addin dan Zara tidak rasa spesial, tiada signifikan bercuti tanpa bathtub
- toilet amenities hanya diberikan 2 sabun kecil. Nasib baik aku bawa toilettries lengkap dari KL
- pemandangan cantik menghadap Sungai Nerang
- yang kurang best tu, lantai ialah tiles. Which aku suka sebenarnya berbanding karpet. Tapi bila bangun pagi sejuk-sejuk, cecah kaki ke lantai ja, terus rasa macam mau tidur semula. Sejuks.. 

Kemudahan apartment
- Reception yang mesra - Margaret, Peter dan Erin - semua baik-baik
- Orang yang memang tinggal di situ pun mesra-mesra juga
- Security. Kalau tiada kunci, tidak boleh masuk parking basement dan naik ke bilik
- Boleh naik dari parking basement terus ke bilik
- Dekat dengan Woolworth dan Surfers Paradise town. Sesuai untuk orang yang suka happening. Tapi tidak bising.
- Juga dekat dengan bus stop Appel Park. Senang la kiranya dapat bas sini. 


Penginapan di Sydney -Mercure Sydney

Mula-mula tu, kunun mau menginap di Malaysia Hall Sydney ja sebab mau jimat duit. Awal juga aku booking MH Sydney tu. Bila baca pengalaman orang, peluang untuk dapat menginap di MH terhad. Murah pula tu. Mesti kena booking awal. Alhamdulillah, permohonan pun diluluskan.


Tapi bila fikir panjang, tempoh percutian kami singkat ja di Sydney ni, malas la aku mau buang masa travel dari MH ke CBD. Aku pun tidak sure berapa jauh jarak MH daripada CBD, tapi dengar cerita memang senang dapat bas.

Kebetulan pula, ngam-ngam kami datang tu ada Vivid Sydney, jadi mestilah kami mau berjalan sampai malam punya. Aku rasa macam penat ja mau balik MH malam-malam. Fikir punya fikir, baguslah stay di area CBD ja untuk menyenangkan hidup. Mahal sikit tidak apa. Sebab ni semua untuk keselesaan mama dan anak-anak aku juga.

So, apa yang aku buat, survey hotel. Kebetulan Mercure Sydney ada promotion, reserve dalam awal bulan Mei camtu dan terus batalkan permohonan MH Sydney. 



 Dua orang kongsi satu katil





Kami book 2 bilik double queen set pada harga RM1138.92 satu bilik untuk 3 malam. Bilik untuk Mama dan Nurul aku belanja.
Ni harga promosi untuk 3 nights pay 2 nights only.
Tapi urusan reservation aku buat melalui AirAsia Go sebab website Mercure-Accor time tu ada problem tidak boleh buat online payment transaction.
Bagus juga la bayar guna duit RM. Tambahan pula tiada caj kad kredit segala.
Kalau guna website Accor tu, rasanya macam ada caj kad kredit. 

Katilnya selesa. Ada bathtub. Towel pun dorang bagi ngam-ngam ikut orang yang stay.
Rancangan tv yang basic.
Tiada komplimentary air minum.
Seterika dan pemanas air untuk buat teh dan kopi lengkap.

Sebab yang ni adalah hotel, maka bed dikemas dan tuala ditukar setiap hari.
Reception servis adalah ok.
Tidak dilupakan, ada self-laundry service disediakan di basement.
Mama aku ja yang rajin basuh baju malam-malam sana.
Jadi, Mama dan Nurul selalu save coin untuk guna tu laundry. 

Tapi yang kurengnya, aku minta bilik sebelah-menyebelah dorang bagi bilik selang satu pintu pula.
Dan concierge pun ada sedikit mengecewakan. Macam kurang mesra ja.

Amat dekat dengan Central Railway station dan bus stop.
Senang cari makanan halal dan makanan Malaysia/Indonesia.
Lebih kurang 3-4 blok untuk ke Coles dan Woolies terdekat.
Boleh la beli bahan kudap-kudapan.

Sepanjang tiga malam di sini pun, kami jarang switch on aircond sebab sejuk. Pasang heater pun tidak sebab panas.
Sudahnya, guna suhu bilik saja. Huhuhuh..


Percutian ke Australia (Kesimpulan)

Percutian ke Australia (SYD - KUL)

Alhamdulillah, sebelum kami keluar jalan-jalan ke Darling Harbour semalam tu, aku dapat email yang kami berjaya dapat Premium Seat untuk penerbangan balik ke KL.

Syukur sangat-sangat.
So, aku pun set meal dan seat siap-siap guna ipad dan hotspot Optus aku.

Dan untuk transport ke airport pula, kami sudah set dengan driver teksi yang hantar kami ke hotel hari tu.
Dia janji ambil jam 8 pagi.
Kalau mau book airport shuttle melalui hotel concierge pun bole juga, tapi pada harga AUD16 untuk seorang dewasa. Harga untuk budak aku tidak sure. Gila. Naik teksi lagi jimat.

Satu beg kami mama pinjam sebab hasil borongan dorang cukup banyak. 
Beg kami overpacked pula.
Aku ingat beg kami ni sudah cukup besar.
Jadi, segala jaket terpaksa pegang tangan ja.
Cheh. Tu belum all out aku berbelanja. Kalau aku kasi habis semua usin, mau kena beli beg lagi satu.
Maklumlah, luggage kuota ada 100kg. But, it's too late bebeh..

Dalam perjalanan ke airport, driver bangla tu siap kempen Abang Edi untuk join tabligh.
Tapi driver tu bawa gila laju. Siap terlambung-lambung kami bila langgar bumper.
Macam tidak beriman ja gaya pandu kereta.

Sampai di airport, tambang teksi AUD51++ kena diskaun jadi AUD50 saja.
Dia siap offer sebungkus limau mandarin lagi untuk di bawa ke Malaysia.
Tapi kami ambil 2 biji ja
Ada juga ciri-ciri keimanan la sana :)

Ketika urusan check-in di kaunter premium, ground staff tu aware yang aku sign up Optiontown.
Lepas tu, minah tu tanya, aku mau tolak offer Empty Seat Option aku ka?
Bila pula aku sign up for ESO? Aku buat UTO ja.
Lepas tu baru teringat, Nurul ada buat ESO untuk dia dan mama.
Dan dorang pun berjaya dapat 2 extra seat untuk sorang.
Bole la dorang baring-baring dengan lebih selesa.
Ni la gara-gara surname sama.
Aku pun dengan selamba, "Oh that.. that is my sister.."
Bila minah tu perasan itinerary kami berbeza, baru dia perasan.. huhu..

Selesai urusan check-in, singgah kejap di cafe pesan hot chocolate dan habiskan bekal roti, cereal, croissant dan apa yang patut.
Melalui urusan kastam pula, losyen mustajab aku kena rampas sebab consider gel over 100ml.
Tidak apa la.. aku saja buat eksperimen LAG tu. Hehehe..

Ngam-ngam dekat departure gate, ada kedai jual beg.
Kami sempat beli sebiji beg trunki untuk Addin dan Zara.
Ada diskaun kununnya. Aku tengok lebih kurang ja dengan harga belum sales.
Tidak apa la.
Sekurang-kurangnya ada beg masukkan jaket dan boleh jadi bag vacation Addin dan Zara.
Jadi mainan tarik-tarik pun bole juga.
 Very important flyer..Uuuu.. Tidak perlu berbaris untuk masuk kapal.


 Tidak sampai setengah jam kapal berlepas, terus tidur.

Ipad tu mesti diberi nyawa dulu.

Alhamdulillah, selamat sampai di KL. Bila kami mau turun tangga ja dari kapal tu, terus rasa macam panas berbahang. Propa ja.. sebenarnya, tidak la panas sangat. Sebab hari kan sudah petang lebih kurang jam 6 gitu. Addin siap cakap "Yeay... dah panas balik.."

Sambil menunggu luggage pun, kami berpeluh-peluh.
Hohoho...

Ambil family van ke rumah, RM168 sahaja.
On the way balik rumah tu, try update Facebook guna Digi.
Punya la betebiat.
Terkenang aku data Optus yang berdesup laju... huhuhuhu..
Maknanya, tiada la lagi simbol H+ keluar di gnote aku.. babai..
Apa tu H+.. 4G kot... bila teknologi di sampai Malaysia? Suda ada ka?
Digi ni macam belum ja..
Tidak apa la.. tunggu ja..

Rumah pun selamat. Tiada yang berusik. Baru perasan aku lupa tanggalkan kepala dapur gas. Gila.
Nasib baik tiada benda buruk terjadi. Travel insuran Maybank tu tidak cover home safety.
Apa-apa pun, home sweet home.

Malam tu, Abang Edi tidak menyempat terus pegi tukar duit yang bersisa AUD1000++ di money changer Giant dekat rumah. Nilai wang Australia sedang naik. Dapat la RM4500++.

Lepas tu dinner di restoran Thai - sup cendawan, daging masak merah, sizzling seafood, ayam goreng kunyit dan telur dadar.
Sedapnya makanan Malaysia. 
Abang Edi bersyukur sebab dapat makan daging tanpa was-was semula. Huhuhu.. 


Percutian ke Sydney, Australia (Hari ke-3, Darling Harbour, Sydney Fish Market dan Sydney Opera House)

Hari ni pun cerah macam semalam. Alhamdulillah.
Acara free and easy. Santai ja. Keluar pun lambat jam 10++ pagi gitu :)

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas ke Town Hall.
Singgah kejap di Queen Victoria Building untuk melihat hasil arkitektur.

Depan tu QVB


Sebab semua barang pun yang branded ja yang bejual di sana, dan aku datang OZ bukan untuk shopping, jadi kami terus menghala ke Darling Harbour.

Jalan sikit, sampai Darling Harbour

Singgah jap di Madame Tussaud. 
Addin tidak mau masuk sebab takut. 
Abang Edi temankan ia di luar.
  

Budak ni bukan peduli dengan wax statue semua tu. 

 Lepas Addin nampak gambar ni, terus dia jeles.. mau masuk juga. Cheh. 


Apa motif ni.

Lepas tu, naik train kecik pusing-pusing Darling Harbour dan berhenti di HRC Sydney.



 Naik benda alah ni AUD5 (adult) dan AUD4 (child)


Puas bergambar, maka kami panjangkan langkah ke Sydney Fish Market pula.

Gila jauh berjalan (sebenarnya dalam 1 km ja). 
Nasib baik sejuk.


Tujuan datang ke Sydney Fish Market ni adalah untuk lunch. 


 Tangan Nurul yang cover makanan sebab takut dicuri burung.

 Air kelapa tak sedap.

 Sibuk main halau burung.

Apa yang diselak tu?

Pastu, patah balik ke Darling Harbour untuk menunaikan janji.
Janji perlu dicapati. 

Jalan 1 km lagi.

Addin dan Zara yang bising merengek mau main di playground dulu.







Lepas habis puas main di playground tu, kami mau menghala ke Circular Quay pula.
Circular Quay ni tempat terletaknya Sydney Opera House.
Malam ni boleh kira happening area sana sebab sekarang ada Vivid Sydney.

So, kami tu mula-mula approach cab. Tapi taxi driver tu tanak bagi kami naik cab.
Beria betul tanak bagi kami naik cab sebab kami ramai kunun.
Macam la kami tidak tau, memang kena ambil 2 cab la.
Lepas tu dia cakap mahal. Aik, ingat kami ni tiada duit ka.
Buduh. Cab driver tu bukan orang local. Mata sepet semacam.
Menyampah betul aku dengan orang Asian yang migrate ke Australia ni.
Perasan bagus.

Malas mau begaduh punya pasal, kami pun bawa diri ke water taxi punya jetty.
Bagus ja orang putih yang layan kami.
Macam ni la cara layan pelancong.
Kami siap dapat diskaun lagi sebab naik ramai-ramai.

Dalam hati ada penat dan panas.


Bye Darling Harbour.




 Bergambar dengan Sydney Opera House ketika matahari masih ada.

Sebab semalam sudah layan Vivid Sydney, hari ni kami asal ada ja la di sini.
Zara pun sudah tidak heran.

 Sempat main lagi.

Okeh. Time to leave. Beli tiket train untuk balik ke hotel. 

 Berjalan di subway untuk exit di Railway Square.
Aku mau singgah Woolworth.

Sementara aku shopping jap. si Zara pun pengsan.


Malam ni tiada dinner di luar.
Makan ja apa yang ada di bilik. Habiskan apa yang patut. Roti, maggi segala.
Besok kena siap awal untuk balik KL.

Percutian ke Australia (SYD - KUL)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...