google analytic

Nuffnang

Wednesday, October 2, 2013

Pau duit

Last week, Addin bagitau
"Mummy, duit Addin kat KAFA selalu tak cukup je"
"Abu (bukan nama sebenar) selalu ambik duit Addin, Addin tak bagi pun dia ambik"

Jalan penyelesaian dari aku dan Abang Edi - tak payah bagi duit belanja ke KAFA.
Instead, bagi bekal saja.
Bagi duit belanja pun tiada makna.
Sebab aku kurang berkenan dengan makanan yang Addin beli di KAFA.
Junkfood ja banyak - Choki-choki, sweets. Boleh call itu makanan ka?
Ya, makanan rapu.
Di samping tu kami pesan, kalau sesiapa minta duit Addin, tak payah bagi. Parents dorang ada untuk bagi budak tu duit. Bukan tanggungjawab Addin untuk bagi duit kepada orang lain. Kalau nak bagi derma, mestilah time Mummy dan Daddy ada saja.

Balik dari sekolah Isnin lepas, Addin bagitau
"Mummy, naga emas Addin dah takde sebab Abu ambik. Guli-guli Addin semua dah takde".

Geramnya aku. Budak yang sama jugak.
Aku rasa, ibu yang waras memang akan geram.
Ibu mana yang tidak geram kalau anaknya dibuli.

Terus aku call Abang Edi yang masih belum sampai rumah.
Dia call guru transit Addin.
Dan guru transit Addin bagitau Abang Edi dia akan siasat.

Bukannya senang mau dapatkan B-daman Addin tu.
Walaupun naga emas tu dapat dari kedai runcit ja dan murah, tapi selalu sold out.
Sudah la si Addin sayang toy dia tu. Hari-hari dibeleknya.
Siap ajak aku, Abang Edi dan Zara battle B-daman lagi tu dengan dia.
Layankan je la.
Hasrat Addin mau kumpul 4 jenis B-daman.
Tapi Aku dan Abang Edi bagi limit sampai 2 jenis B-daman ja.
Itupun dengan syarat Addin tidak boleh bawa belanja ke sekolah selama 3 hari. Bawa bekal ja.

Dapatan siasatan awal (hasil perbualan Abang Edi dan cikgu transit Addin)
- Abu ialah senior 2 tahun Addin di KAFA, tidak sama SK dengan Addin, seorang pengawas, pelajar cemerlang (first in his batch)
Addin boleh bagi remarks - "nasib baik tidak satu SK dengan Abu, kalau satu SK, tak belanja le Addin satu hari"
- Ibu Abu ialah seorang wanita yang mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada aku, post lebih baik dan besar kemungkinan gaji pun lebih lebat

It makes me wonder, kenapa budak dengan latar belakang dan repo macam tu boleh pau duit Addin?
Apa kesalahan Addin? What makes Addin a victim?

Semalam (Selasa), time fetch Addin dan Zara lepas balik kerja, penjaga di transit Addin bagitau Abu mengaku dia ada ambil duit Addin di KAFA.
Tapi penjaga tu lupa tanya pasal B-Daman.

So, aku pun ambil tindakan dengan jumpa dan tanya Abu sendiri.

- Abu mengaku tidak ambil B-daman Addin. Which aku abaikan sebab Addin tidak nampak dengan mata sendiri.
Addin bagitau B-daman dia hilang lepas dia makan tengahari. Kawan Addin yang bagitau. Tapi ada satu saksi ja. Sigh. Abaikan.
Mungkin Addin dan kawan dia tuduh Abu yang ambil sebab dorang sudah register Abu sebagai pengepau harta orang.

- Abu mengaku dia memang ada ambil duit Addin.
Kenapa ambil duit Addin? Dia tiada duit.
Mak bagi duit tak?
Bagi. Berapa? RM4. (Lagi banyak dari duit belanja Addin).
Tapi, RM2 dah masuk tabung. RM2 sahaja bawa ke sekolah. Dan RM2 sudah habis di SK. Oleh itu, tiada duit belanja KAFA.Aku hampir tersenyum sebab aku hampir saja mau cakap - takpelah, nanti share makanan dengan Addin. Aku ni cepat kasihan dengan kanak-kanak punya style.
Tapi tidak boleh senyum. Kena nampak serius sikit.

Dengan lemah lembut, aku sarankan - kalau duit belanja tak cukup, try bawa bekal.
Atau try limitkan perbelanjaan RM1 untuk SK dan RM1 untuk KAFA.
(Which I think, memanglah tidak cukup. So better bawa bekal.)
Berhenti daripada minta duit dari Addin sebab Addin pun hanya bawa RM1 sahaja ke KAFA.
Abu mungkin fikir OK sebab Addin bagi, tetapi sebenarnya tidak sebab Addin tidak redha dan ikhlas. Kalau ikhlas, Addin tidak akan mengadu pada auntie (aku la tu).
Auntie tidak pernah ajar dan benarkan Addin minta duit daripada kawan-kawan, so Auntie harap kawan-kawan pun tidak minta duit dari Addin. 

Selesai memberi nasihat kepada Abu, aku jadi puas dan kasihan.
Puas sebab dapat defend Addin. Tapi kasihan kepada budak tu.
Sebab dia sudah salah guna kepandaian dia dengan mengepau duit budak-budak junior demi menyimpan duit sendiri.
Which is wrong.

Dapatan siasatan lanjut (sebagaimana yang dilaporkan oleh guru transit Addin)
- Bukan Addin saja yang kena, budak tahun 1 yang lain pun ramai yang kena.
- Perkara ni sudah lama jadi.
- Parents Abu tidak tau menahu.
- Abu simpan duit dalam tabung sebab bapa Abu nasihat, kalau mau beli anything, guna duit sendiri.
- Abu mohon supaya perkara ni tidak disampaikan kepada parentsnya sebab takut dimarah dan dipukul.


Kesimpulan
- Guru transit akan memberitahu perkara ini kepada parents Abu dengan cara yang berhikmah supaya perkara ini tidak berulang.
- Dalam masa yang sama, maybe parents Abu boleh review cara pendekatan mereka dalam menguruskan duit belanja Abu.
- Budak lain semua senyap dan tidak bagitau parents mereka. Addin yang memecahkan rahsia ni.
- Mungkin budak lain think its ok. Dan Addin thinks this is not ok. Kebetulan ada tayangan video di kelas Addin last week. Ada cerita pasal buli dan colek budak. So, dari situ, Addin tau kes minta duit adalah salah satu ciri-ciri buli.
- Aku bersyukur sebab perkara ni menunjukkan yang tahap komunikasi aku dan Abang Edi dengan Addin adalah dalam keadaan baik.
- Aku siap tanya pendapat Addin tentang duit belanja dia. Cukup atau tidak? Dia kata tidak cukup. Huhuhu. Aku cakap kalau tidak cukup pun, jangan minta duit dengan kawan. Minta duit dengan Mummy dan Daddy ja.
- Sekarang kami bagi RM2 untuk SK dan RM1 untuk KAFA. Air masak dibekalkan untuk SK dan KAFA setiap hari. Kadang-kadang kami bagi lebih untuk SK sebab Addin bagitau dia mau beli nasi lemak ayam yang berharga RM2.50.


Bersyukur sebab kes pau duit ini dapat diselesaikan.
Semoga Addin dihindarkan daripada menjadi mangsa buli dan pembuli untuk masa akan datang. Amin.

Kes B-daman lesap, anggap sajalah rezeki budak yang ambil tu. Siapa pun dia.
Tapi Addin tidak boleh lagi bawa B-daman dia ke transit. Huhu. Kesian Addin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...