google analytic

Nuffnang

Monday, May 15, 2017

Cuti-cuti Melbourne, Victoria, Australia - April 2017 - 1st day


(Travelling day) 31 Mac 2017, Jumaat

1. Naik flight AirasiaX dari klia2 ke Melbourne Tullamarine Airport jam 10.30 malam. Flight no. D7214. Full flight!!

2. Kami dapat seat 33 A, B, C, D. The only seats left sederet yang available untuk kami anak-beranak. #Lain kali jangan lambat untuk check in, or better still, beli seat if you want to sit together.

3. Flight mengambil masa selama 7 jam 30 minit kata cabin crew. #Kalau naik flight malam, jangan duduk dekat area toilet: Sebab passenger lain akan keluar masuk toilet so ada banyak pergerakan manusia di situ. Dan agak terang sebab ada lampu dekat area toilet. Senang cerita, you won't get a nice sleep. 

4. Pada arrival form, kami declare bawa makanan, bawa tanah di tapak kasut, declare ja la segala yang meragukan supaya tidak diambil tindakan dan didenda sekiranya tidak declare.#Aku bawa instant 2 set pek (Maggi Ayam dan Mee Sedap Goreng Kriuk Kriuk), sebotol sos cili - ha tu saja, malas aku mau masak-masak sana).

5. Alhamdulillah, Emir berjaya jadi budak baik dalam flight. Nampaknya, pengalaman Emir Aslan naik 2 hours flight dua trip sebelum ini ke Labuan menjadikan dia yakin untuk pasrah menerima nasib duduk boring saja-saja dalam kapal terbang.

 Addin selalu malas untuk bekerjasama memberi pose yang menarik. 
Zara memang sporting. Emir hanya pose tenang dalam stroller. 


 Tolong jadi budak baik dalam flight ya Emir. 

Alhamdulillah, our great concern, Emir Aslan amatlah good boy dalam flight.
Dia hanya merengek kalau mau menyusu ja itu pun amatlah minor dan tidak mengganggu passenger lain.


Hari pertama: 1 April 2017, Sabtu

1. Sesampai di airport Melbourne, macam biasa kita akan melepasi tapisan imigresen. Pass dengan jayanya.

2. Tapisan kastam pula.
Kena pegi line khas yang declare bawa makanan.
Lepas tu ada anjing besar menghidu-hidu ada apa dalam luggage, itu pun kami pass juga.
Tidak perlu buka beg segala.

 Baris panjang untuk beli simcard Optus Prepaid for 7 days at AUD15 sahaja. 
Simcard Optus ni untuk guna dengan handphone Addin.
Aku dan Abang Edi guna data roaming.
Kami kekal guna nombor telefon asal sebab kalau ada orang pecah masuk rumah, alarm system boleh hantar sms ke nombor telefon kami.

4. Kami naik Skybus ke Melbourne CBD atas tujuan buang masa sebab airbnb kami belum ready.

Murah juga tiket untuk satu keluarga dengan 2 adult = AUD38 sahaja.

#Naik Skybus: Kalau tiada seat, maka berdiri la sepanjang 25 minit perjalanan dari airport ke Southern Cross Station. Nasib baik kami dapat seat. Time kami naik Skybus hari tu, dalam bas tu tidak kena pasang aircond. Huh. Tidak la panas sangat tapi agak kurang selesa.

Kos naik Skybus ke Southern Cross Station = AUD38
Kos naik teksi dari Southern Cross Station ke airbnb di Carlton = AUD15
Kos total = AUD53

#Bagus naik teksi ja all the way dari airport ke airbnb. Lebih efisyen for a family of 5 with 2 medium + 2 cabin luggage + 1 stroller.

5. Airbnb kami ready by 12 pm. Tidak sia-sia aku mohon jasa baik tuan rumah untuk masuk awal.
Maka dapatlah kami berehat, tidur kejap di atas real bed dan menyegarkan badan.

6. Jam 3 petang baru keluar semula sebab perut sudah terasa lapar walaupun baru saja membedal 2 bungkus maggi ayam dan 2 mee sedap.

 The three businessmen sculptures di Swanston Street. 

 Makan di Restoran Nelayan. 

7. Lepas makan, kami terus ke Flinder Street sebab Abang Edi mau pemandangan senja dekat Yarra River kunun. 

 "I see you under the clocks", bak kata orang Melben kalau ajak jumpa di Flinder Street Station.

 Kawasan Flinder Street ni sibuk dengan manusia. 


 Sebenarnya, aku pun kurang faham apa yang berlaku di kawasan Federation Square ni.
Kononnya ada acara tunjuk persembahan komedi gitu.
Lebih kurang macam acara wayang pacak pun ada.

 Sebab ada empty seat, kita pun layan duduk kejap untuk merehatkan kaki. 
Nampak ja macam cuaca cerah, tapi waktu ni angin kuat bak ang.

 Emir yang rilek ja. Aku sudah bagi pakai baju tidur panjang siap-siap. 
Aku wonder adakah Emir ni sedar yang dia sudah berada jauh dari Malaysia atau dia ingat macam kami ni berjalan di area Alamanda ja?

 Kebetulan terjumpa gerai gozleme.
Since cuti di Perth last time, aku selalu terbayang-bayang mau makan gozleme lagi.
Pergi Turki pun aku tidak tejumpa gozleme ni merata macam aku jumpa gozleme di Australia.

 
Sampai sudah di benteng Yarra River. 

Aku salah bawa kasut. Sepatutnya aku mau pakai sneakers ja. 
Sekalinya sneakers aku tu di opis rupanya. Mau bawa masuk jogging di gym kunun. Hampes.

Berlatar belakangkan tram bergerak dan Melbourne Town Hall.

Malam ni cuaca berangin dan sejuk.
So, aku ajak Abang Edi dan anak-anak untuk layan hot chocolate dan churros di San Churro Cholateria, QV Mall.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...