Tuesday, December 31, 2013

Ulat bulu hijau

Sekarang aku ada aktiviti gaya hidup sihat dan aktif yang baru.
Kalau cuaca dan masa mengizinkan,  aku akan fetch Addin dan Zara dari transit/tadika dengan berjalan kaki.
Jarak perjalanan = 500 meter sahaja.
Ala bole la. Buat basah ketiak sikit-sikit. 

Dan orang yang paling bahagia kalau dapat jalan kaki petang-petang macam tu,
Addin dan Zara :)

Satu hari, on the way balik ke rumah daripada transit/tadika dorang.

Zara: Mummy, Zara nak yang hijau-hijau, panjang-panjang, bulat-bulat yang Zara suka makan tu.
Aku: Ha? Apa tu hijau-hijau?
Zara: Ala... yang Zara suka makan tu.
Aku: (Masih konpius)... Apa tu Addin?
Hijau-hijau, panjang-panjang, bulat-bulat...
Addin: Entah, caterpillar kot..
Aku: Mana ada orang makan caterpillar..

Addin: Eish.. geli la Zara ni. 

Zara: Ala.. ada dalam esbok la.


Masuk rumah, pegi dapur, Zara buka pintu esbok (fridge).. 

Zara tunjuk, "Ini la Mummy"...
Rupa-rupanya..

Cendol!!

Hoho.. kebetulan dalam peti ais, ada stok sirap gula melaka, susu sejat dan cendol yang beli di Jusco.
Campur ja ketiga-tiga bahan ni. Tidak perlu ais. Sebab sudah sedia sejuk.
Sedap dimakan ketika mengidam :)


 Siap tunggang mangkuk lagi..

 Kikis semua selicin mungkin..

p/s: Aku suka cendol versi rumah ni. Rasa macam lebih sihat sket.. Huhu.

1 comment:

Feel free to comment