google analytic

Nuffnang

Monday, March 30, 2015

Hong Kong - The Salisbury YMCA of Hong Kong - Room review

Rancangan perjalanan di Hong Kong, 100% diatur oleh aku. 
Malam pertama, menginap di Tsim Sha Tsui. 
Malam kedua dan ketiga, menginap di Disney's Hollywood Hotel. 

Di Tsim Tsa Shui, kami menginap di The Salisbury-YMCA Hotel of Hong Kong.
Tujuan pemilihan hotel ni - sebab mama aku yang mau.
Sebab, dia yang sponsor semua kos penginapan kami. 
Initially, aku cadangkan hotel yang lebih murah sahaja, iaitu Kowloon Hotel, mostly because of the location. 
Dekat dengan Avenue of Star, dekat dengan Chungking Mansion dan jeti Star Ferry.

Tapi mama aku mau hotel yang dapat review dan rating yang lebih baik daripada Kowloon Hotel.
Peninsular Hotel dan Sheraton, dua hotel yang berdekatan dengan Kowloon Hotel, mahal berganda daripada Kowloon Hotel dan out of mama punya budget.
So, aku bagi nama The Salisbury-YMCA Hotel of Hong Kong.
Dan mama setuju sebab reviewnya yang memuaskan. 

Urusan survey harga hotel aku sudah mulakan sejak 2 bulan yang lalu. 
Harga menarik dan termurah aku dapat survey dalam masa hanya 2 minggu sebelum kami berlepas ke Hong Kong melalui Airasiago.
Harga normal selalunya RM700-RM800 untuk satu malam.
Tapi dengan promosi di Airasiago, aku dapat deal pada harga less than RM700 untuk satu bilik satu malam.

Bilik deluxe pula tu.
Partial harbour view kononnya.
Hasrat di hati mau menonton persembahan A Symphony of Light dari bilik hotel saja.
Harem. Dapat tengok sipi ja pun.

Kami dapat bilik deluxe dengan 2 katil single. 
Bilik luas. 

Ada complimentary fruits.

Channel tv - ada channel kartun.

Bathtub! Aku dapat pujian daripada Addin dan Zara sebab book hotel yang ada bathtub.



Lengkap dengan hair dryer.

Peti besi dan extra gebor juga disediakan.

Dan extra pillow.

Kemudahan untuk masak air.

Semuanya percuma kecuali maggi cup dan pringles.

Pemandangan waktu malam dari bilik kami.

Sebab katil tu kecik sangat, maka kami combinekan untuk jadi lebih besar dan selesa untuk kami.

Maka ruang yang selebihnya boleh digunakan untuk bersenang lenang. 

Aku rasa hotel ni baru refurbish. 
Sebab tu ada nota ni.

Verdict.
Servis mereka terbaik. Ada khidmat penyimpanan beg percuma dan bellboy yang tolong hantar beg ke bilik.
Bersih. Bilik luas. Katil dan bantal yang selesa.
Lokasinya amat strategik dengan rancangan perjalanan kami yang perlu berjalan kaki di antara Star Ferry, Avenue of Stars dan Chungking Mansion.

Lepas kami sudah check-in tu, barulah aku tau rupanya YMCA Hong Kong ni bergiat aktif dalam kegiatan church.
Patut la ada tingkat dan saluran tv khas untuk aktiviti chapel.

Free wifi juga diberikan di bilik untuk 2 device. Kelajuannya berdesup.

Sejurus selepas aku confirm booking melalui Airasiago, hotel ni email aku untuk tau senarai nama yang menginap mengikut bilik.
Dan ketika check-in tu juga, dorang minta semua passport bagi penama yang aku senaraikan untuk dorang masukkan dalam sistem.
So, semua pasport aku bagi kecuali pasport Addin dan Zara.
Walaupun bil hotel telah dibayar melalui Airasiago, deposit tetap dikreditkan menggunakan credit card sebanyak HKD600.
Urusan check-out pula amatlah senang dan pantas.

Tiada seorang pun daripada kami yang ambil gambar lobi hotel :) 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...