google analytic

Nuffnang

Monday, January 27, 2014

Percutian ke Korea (Day 5) - Kimchi School, Cosmetic, Amethyst, Itaewon dan Masjid, Herbal, Shopping di Namdaemun, Myeongdong dan Dongdaemun

Jumaat, 13 Disember 2013

Banyak-banyak hari, hari ni la kami boleh bermalas-malasan di waktu pagi sebab acara start jam 9.30.
Selalu, jam 7.30 atau 8 dah kena tunggu di lobi untuk breakfast.
Selalu tour guide kami pun akan bermalam di hotel, tapi malam semalam dia dapat balik tidur di rumah sendiri.

Pagi ni kami breakfast di restoran di area Itaewon juga.
Nama restaurant yang kami pegi tu ialah Taj Palace, opposite ja dengan Restaurant Foreign semalam tu.

Cumanya, ada sedikit kurang best sebab Zara demam dan selsema.
Terima kasih kepada ice cream yang dia makan di Lotte Theme Park semalam. Huhu.

Kimchi School
Mula-mula, kami ke Kimchi School dulu.


Oleh kerana kelas kimchi ada group lain sudah occupied, so kami start dengan sesi bergaya Hanbok dulu.

 Macam keluarga Korea mualaf :)

Then, baru belajar buat kimchi kobis panjang.
Tujuan orang Korea buat kimchi, supaya dorang ada bekalan sayur untuk musim sejuk. Nice.
Selain guna kobis panjang, bole juga buat kimchi lobak putih, sotong, dan beberapa jenis sayur yang lain. 

Cara buat Kimchi sendiri.
1. Kobis panjang dibersihkan dan dipotong empat. Sapukan setiap helaian kobis dengan garam laut. Lepas tu peram. Kalau time summer, 4 jam. Winter time pulak, 6 jam.Tujuan peram adalah untuk mengeluarkan air daripada kobis dan menjadikannya rangup.
2. Sediakan bahan marinade untuk kimchi. Sedikit kobis panjang yang dihiris halus (tujuan untuk bagi jus), halia, bawang putih, serbuk cili, sos ikan, garam dan gula. 
3. Sapukan bahan marinade ke setiap helaian kobis yang dah diperam tadi dan masukkan dalam bekas yang tertutup.
4. Peram untuk masa lebih daripada sehari. The longer the peram, the better.

 Dengar instruction dulu dari cikgu kimchi

Bersungguh-sungguh kami buat kimchi

Kimchi yang kitaorg buat tu akan disedekahkan ke rumah kebajikan.
Meanwhile, kita boleh beli kimchi yang ada pelbagai jenis dengan harga 12,000 won sebungkus. Beli 5 percuma 1.
Aku dan mama pun ada borong 6 bungkus. Dan memang tidak menyesal beli sebab memang sedap.
Better taste than Kimchi yang aku beli di Jusco depan rumah.
6 pek kimchi yang kami beli tu dorang akan pack siap-siap dan hantar ke airport. So, kami just bagi duit dan info penerbangan ja.

Kalau mau tau produk yang kita beli tu original dari South Korea atau tidak, barcode pada produk mesti start dengan nombor 800.

Restaurant Usmania dan Masjid Itaewon
Bergerak untuk lunch ke Usmania Restaurant.
Makanan ala-ala indian dan middle east food yang memang tidak asing untuk orang Malaysia.

Time ni aku sudah terer. Landmark untuk simpang ke restaurant halal dan Masjid Itaewon dari jalan besar di Itaewon ialah balai bomba :)


Lepas makan, kami ramai-ramai ke Masjid Itaewon.
Naik bukit juga la berjalan.
Time ni, solat jumaat baru ja berakhir. 
Oleh kerana kebetulan aku uzur, jadi aku tidak tau apa cerita dalam masjid tu.
Yang aku tau, di surau wanita, ketika ramai ke ruang wuduk yang disediakan di luar bangunan masjid, rupanya ada juga ruang wuduk dalam bangunan. Ni Nurul yang bagitau.
Manakala untuk yang lelaki pula, dorang terpaksa turun tangga tinggi untuk ambil wuduk di bahagian bawah luar bangunan.
So, kesajukan jua la Abang Edi dan Addin :)

Cosmetic Duty Free Shop
Sekarang, gerak ke cosmetic duty free shop pula.
Aku ingat semua ginseng, amethsyt, kosmetik ni satu bumbung.
Rupanya, asing-asing. Patut la Mr. John cakap tak cukup masa.
Aku ada tanya, bole ka skip ja semua duty free shop ni. Tapi Mr. John nanti kena penalti. Duh.

Di sini, aku beli satu tub krim aloevera khas untuk Zara yang ada eczema (5000 won), snail cream (20000 won), 1 pack of 10 collagen face mask (2500 won) dan 1 pack of 10 snail face mask (10000 won).
Punya besar belanja dan kami dioffer free gift iaitu satu travelling bag.
Tapi aku tidak mau tu bag. Pasal kami memang banyak bag sudah.
Sudahnya, free gift digantikan dengan cucumber face wash dan beberapa sample face wash juga.
Kalau tidak cantik ni, tidak tau la.. Hehehe..

Amethyst Duty Free Shop
Di sini di jual aksesori wanita dan lelaki yang berasaskan batu amethyst berwarna biru.
Tiada pembelian di sini.
Tapi ada gambar Datin Umi Aida dan En. Aaron Aziz di sana (incase kamu terindu artis Malaysia).

Herbal Duty Free Shop
Sini lagi la aku tidak tau apa jadi sebab aku dan Abang Edi tidak turun pun sini.
Kami stay dalam bas ja sebab si Zara and Addin tidur.

Shopping di Namdaemun dan Myeongdong Street
Tiba la masa yang ditunggu-tunggu.
Tapi aku tidak banyak bershopping.
Pasal target mau beli souvenir di area Dongdaemun saja.
Ada la beli brooch 5 bentuk. Itu pun mahal juga.
Design biasa-biasa, boleh dapat 3000 won sebiji.
Design best sikit tapi saiz kecil, ble dapat 5000 won.
Kalau besar lagi, lagi mahal la.



Di sini la kesabaran kami teruji.
Sebab si Zara demam, jadinya dia pun lemah ja. Tidak larat berjalan banyak.
Hingus asyik meleleh ja.
Jadi memang tidak seronok mau shopping.
Time ni, aku put the blame on Abang Edi. Sebab dia yang bertegas tidak mau bawa stroller.

Tips: Kalau ada stroller tu, bawa ja la. Bahagia semua lapisan masyarakat. Amat sesuai kalau bawa yang golf style tu. Bukan susah pun tolak stroller. Tidak termasuk dalam kiraan luggage allowance pun.

Last dinner in Seoul, makan grilled mackerel (macam di area kampung) with less side dishes dan duduk di kerusi.
Time ni, Nurul tidak tahan suda. Dia ada sakit perut mungkin upset kerana makan kimchi banyak sangat. Jadi minta lauk telur goreng ja.

Shopping di Doota, Dongdaemun
Mr. John terus bawa kami ke tingkat atas yang ada dua kedai cenderamata Korea yang memang famous di kalangan pelancong.
Harga adalah agak mahal tidak seperti berbelanja souvenir Australia di Paddy's Market.
Mungkin sebab semua produk souvenir dorang ni asli buatan Korea dan bukan buatan China.

Lepas shopping souvenir, ada la aku survey  juga department lain.
Pakaian wanita dan kebanyakkannya adalah untuk musim sejuk which is boleh tahan dari segi design dan harga tapi tidak berbaloi untuk beli sebab akan balik ke Malaysia.
Addin yang bising mau beli toys pun aku tidak layan sebab toys sana mahal.

Lepas habis shopping, balik ke Hotel La Mir.
Kena packing dan sediakan pakaian siap-siap sebab kami akan gerak awal ke Incheon pada jam 3.30 pagi!
Time ni la aku baru meminjam iron daripada hotel. Boring sudah pakai shawl ja.

link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

Percutian ke Korea (Day 4) - Cable Car at Vivaldi, Blue House, National Folklore Museum, Gyeongbok Palace, Ginseng duty free shop, Mentari Restaurant, Lotte Indoor theme park, Hotel La Mir

Khamis, 12 Disember 2013

Hari ni dimulakan dengan breakfast juga.
Masih di Vivaldi, tapi bukan di blok yang sama dengan blok bilik kami.
Kena pegi blok sebelah. Dan kena bejalan kaki.

 Addin dan Mickey. View dari belakang.

Suasana breakfast juga sama dengan di Del Pino.
Ada satu hall yang besar untuk menempatkan tourist yang ramai.
Dan setiap tour group telah diperuntukkan meja mereka masing-masing.
Dan kami pun kena pandai-pandai pilih-pilih makanan yang sesuai untuk santapan pagi.

Satu perkara yang aku suka dengan Vivaldi ni ialah, toilet awam yang disediakan ada automatic built-in bidet.
Toilet awam tempat lain hanya sediakan tisu, which kalau air diperlukan, kena tadah sendiri dan isi botol kosong.
Dengan kemudahan bidet, tiada masalah dalam urusan bersuci.

Jalan-jalan Vivaldi Park
Aktiviti pagi ni ialah berjalan-jalan di area Vivaldi Park.
Sepatutnya berski tapi aktiviti ski sudah dibuat malam semalam.
Mr. John saja awalkan sebab mau jimat masa.
Today will be a busy day sebab kami akan berpindah ke Seoul pula.

 Kita naik cable car dulu! Kadar bayaran pada 8,000 won seorang (kalau tidak silap la)

 Jom naik ke atas

 One good thing about riding on cable car di Korea setakat ini ialah: 
tiada bunyi noise, terhenti-henti, tersentak-sentak dan bergegar langsung!
Smooth ja. Sama ada di Mt. Seorak dan di Vivaldi ni. 
Kalau mau dibandingkan dengan naik cable car di Langkawi dan Genting Highlands, memang jauh beza tahap experiencenya.

Mau sampai suda. 

 Kisahnya, ramai orang naik cable car ke atas ni adalah untuk enjoy the view.

Dan untuk yang expert main ski and snowboarding, ni kira laluan yang paling mencabar. 
Tapi dorang naik mover yang khas untuk dorang le.


Jung (baju hijau) dan Mickey (pakai topi)

Teringat kepada pesanan kawan supaya buatkan snowman on behalf of her.
Sebelum terbang ke Korea, memang excited yang amat.
Tidak habis-habis nyanyi lagu 'Do you want to build a snowman?'.Lagu dari cerita Frozen tu.
Tapi lepas dapat menikmati salji yang over abundance depan mata, rasa tidak sanggup pula.
Baru kena udara sejuk ja pun, walaupun bersarung tangan, jari jemari boleh kebas macam pegang ais, inikan pula kalau pegang salji.
Oh no..

Langit biru

Lepas urusan bersuka ria di Vivaldi Park, it's time to move to Seoul!
Tapi sebelum tu, kena pulangkan dulu pakaian ski semalam.
Macam biasa, transfer selalu dalam masa 2 jam.
Dan bila masuk highway ni, kena la pakai seatbelt.
Walaupun aku percaya pemandangan di luar bas amat indah, tapi cermin yang berkabus tebal mengehadkan penglihatan kami.
Every time mau tengok pemandangan, kena lap dulu tingkap tu.

National Folk Museum dan Istana Geongbokyung
Sebelum ke destinasi seterusnya, bas kami terlebih dulu melintasi Blue House, iaitu kediaman rasmi Miss Park, wanita pertama yang dilantik sebagai Presiden Korea Selatan.
Menurut tour guide kami, warna biru ialah warna diraja dalam custom orang Korea.
Rumah Biru tu pula boleh dilihat daripada warna atap bumbungnya yang dibuat dengan cara khas untuk menghasilkan warna biru yang boleh tahan untuk beratus tahun (600 tahun agaknya? I forgot).
Tapi lintas ja la. Bukan boleh masuk pun.

Tidak jauh daripada Blue House ni ialah kawasan Istana Geongbok.
Dan dalam kawasan istana ni, ada muzium orang lama Korea dan bangunan istana lama daripada zaman Dinasti Joseon yang dipulihara.
 

Mula-mula, kami ke muzium tu dulu. Tidak banyak masa diperuntukkan.
Untuk mempercepatkan kunjungan kami di sana, Mr. John did all the brief explanation untuk setiap bahan pameran.

 Aku pun lupa apa cerita pasal 'tajau' tu.

 Pesta kelahiran untuk budak-budak zaman dulu-dulu yang menjangkau usia setahun.
Kononnya, kalau mau lepas umur 1 tahun time dulu-dulu pun memang payah.
So, kalau lepas tu, ada harapan hidup panjang. 
Jadi, mesti kena sambut dengan riang ria hoye.

 Samalah halnya dengan orang tua. 
Lepas menjangkau umur 60 tahun, kira umur panjang la tu. 
Kena buat party juga.

Oleh kerana orang Korea ni concern sangat dengan umur panjang, itu la dorang buat inovasi dalam pemakanan dan lifestyle.
So, ada la segala kimchi, ginseng, makan cara sihat semua tu.

 Ni pula cara pemakaian penjawat awam di zaman raja Korea dulu-dulu.
Pangkat dan jawatan boleh tau melalui lambang di baju.
Contoh, kalau naga tu, raja. Kalau mantis, mungkin scholar. Kalau harimau tu, maybe panglima.
Kalau corak awan larat bunga-bunga bagai, untuk pompuan la. 


Lepas keluar dari muzium, salji mula turun.
Dan bila masuk kawasan istana, salji semakin lebat.

 Banyak-banyak tempat dalam istana tu, di kawasan daput ni la yang paling aku excited.

Sebab ada gambar Dae Jang Geum :)





Dan kelaparan mula merasuk perut.
Mr. John bagitau lunch kami hari ni ialah masakan melayu Malaysia.
Semua ahli tour bertepuk. Sudah bosan makan ala Korea gamaknya. Hehehe.
Nama restoran ialah Restoran Mentari.
Tapi kena pegi ginseng shop dulu.

Ginseng Duty Free Shop
Di sini kami diberi penerangan tentang produk ginseng terbaik daripada Korea.
Cara dorang explanation tentang ginseng tu memang mengagumkan, tapi sebab harganya yang mahal menyebabkan kami tidak beli apa pun dari kedai tu.
Sekurang-kurangnya kami sudah ada ilmu baru tentang ginseng dan bagaimana cara menilai ginseng.



 Jangan tak tau.. ada ginseng rupa jantan, ada yang rupa betina..

Lepas habis sesi marketing ginseng, terus gerak ke Restoran Mentari yang tidak jauh dari Ginseng Duty Free Shop tu.
Opposite jalan ja, tapi sebab salji turun dengan lebatnya, kena naik bas juga.


Restoran Mentari
Masakan simple-simple ja. Alhamdulillah. Terubat rindu untuk makan masakan Malaysia.
Siap ada teh tarik.
Dan surau yang selesa walaupun kecil untuk tour group yang ramai macam kami ni.
Oleh kerana salji turun makin lebat, jadi ramai la daripada kami yang sibuk bermain snow fight sambil menunggu ahli tour group yang lain solat 

 Try test tahap kesejukan ketika hujan salji di luar Restoran Mentari.

 Fresh snow. Snow yang macam ni best untuk dikepal-kepal. 
Tidak sejuk sangat.

video
Snow fight manja kunun.

Lepas ni, bergerak ke acara seterusnya iaitu, bermain riang ria di Lotte World.

Lotte World
Dari kedai ginseng ke Lotte World pun mau makan masa sejam juga.
Pasal ada traffic jam. 
Lotte World ni kononnya besar, ada indoor dan outdoor theme park.
Tapi sebab cuaca sejuk, so adalah masuk akal untuk ke indoor theme park sahaja.
Walaupun kami pegi sana ketika waktu sudah masuk senja, orang pun kira ramai juga.
Banyak games yang kami tidak dapat main sebab que panjang yang amat.
Sudahnya, 2 jam yang diperuntukkan di sana adalah untuk layan Addin dan Zara di tempat permainan kanak-kanak dan tengok parade Christmas saja.

 
 
 

Then, untuk makan malam kami dibawa ke Itaewon, sebuah area yang menjadi tumpuan foreigner di Seoul.
Nama restoran pun Foreign Restaurant.


Makanan adalah ala-ala bollywood. Rice, chicken tikka, dalca dan sewaktu dengannya. 
Biasa-biasa saja la makanannya, tapi lepas habis nasi, dorang ble siap hidang roti nan lagi. Pengsan mau makan.

Perut kenyang. Masa untuk istirehat.
Penginapan kami untuk 2 malam seterusnya ialah di area Gangnam, Hotel La Mir.


Dan antara semua hotel yang kami pernah duduk sepanjang cuti ni, ni lah satu-satunya hotel yang bagi towel besar dan ada wifi dalam bilik. Which is a good point for si Addin.
Tapi teda channel kartun pula. Maybe pasal hotel ni adalah untuk business traveler.

Kalau kederat masih kuat, mau ja jalan-jalan area Gangnam ni.
Untung-untung dapat selisih bahu dengan artis K-Pop dan orang yang baru lepas balik operation muka.
Sebab Mr. John bagitau area Gangnam ni banyak syarikat media dan klinik plastic surgery.
Tapinya, badan pun sudah penat, mau berendam dulu di tab mandi.
Malam ni boleh rileks sikit, tidak perlu packing untuk besok harinya sebab masih akan menginap di hotel yang sama.

link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

Friday, January 10, 2014

Percutian ke Korea (Day 3) - Mt. Seorak, Daepohang Fish Market & Vivaldi Ski Resort

11 Disember 2013

Pagi ni, kul 8 sudah kena turun ke lobi sebab sedia untuk breakfast.
Jadi, time kami turun lif tu, kami perasan snow sedang turun.
Alamak ai... Excitednya kami.
Abang Edi siap ambil video lagi. Tapi pasal video tu senget, tidak dapat la aku post sini.

So, bila sampai ja lobi, apa lagi..
Aksi menadah snow la masing-masing.
Romantiknya suasana.
Seronotnya terasa bila snow masuk mulut (sebab aku saja nganga luas).
Seronotnya bila membiarkan snow jatuh dan melekat di bulu mata.


Kami yang kejakunan

Baru la nampak stonehenge tu

 Breathtaking view

 Kan dah jadi keje.. terpaksa sapu snow

Jom berjalan ke blok sebelah untuk breakfast

So, lepas puas bergambar, kami pegi breakfast ke blok sebelah.
Punya la ramai tourist. Meja pun banyak.
Dan yang bagusnya, setiap meja sudah diassignkan untuk tour group masing-masing.
Tiada kes tourist cari meja sendiri.

Lepas breakfast, berangkat ke Mount Seorak untuk naik kereta kabel. Yeah!!

Mount Seorak

Sesampai ja di sini, snow semakin lebat. Angin pun makin kuat.
Bas tourist pun banyak juga.
Menurut Mr. John, time winter tidak ramai orang yang ke sini.
Tapi kalau time musim bunga atau musim luruh, orang ramai datang berbondong-bondong.
Jangan harap la mau dapat parking macam time kami pegi tu.

 Ni standard kalau time winter. Less people.

 Gate masuk.

 Gambar tour group yang sporting.

 Family kami.

 
 Cable car station.


 Aktiviti sambil tunggu mau que.

 Sedang tunggu cable car.



 Ni semua aksi di belah atas.

Lepas tu, aku jadi palui-palui menunggu di cafe ja sebab tidak tahan sejuk. 
Air hidung kerap meleleh tanpa disedari. 


Sementara itu mama dan adik-adik aku semua over adventurous berhiking dengan snow lebat di luar. 
Pathetic me. 


Aku pun tidak sure apa motif si Lina ambil gambar map ke toilet ni.
Tapi kunjungan ke toilet adalah major aktiviti aku di sana. 
Asal nampak toilet ja, mesti mau masuk.

 Lepas turun guna cable car juga, kami dibawa melawat ke Shinheung temple. 
Dekat ja.

Time to move. Sejuk. Tak tahan.

Fish Market at Daepohang Port
Lepas akvititi di Mt. Seorak, acara lunch pula.
Then, another 2 hours in bus. Setiap kali masuk bas, mesti mau tidur.
Hibernasi bak beruang lah katakan.
Mau tengok keluar tingkap pun bukan ada faedah.
Pasal ada kabus di tingkap. Cuaca di luar lebih sejuk daripada dalam bas.

Lepas lunch dan solat, pegi jalan-jalan pasar ikan pula.

 Makan ada sup size besar.

 The guy in green jacket is Mr. John.

 Pasar ikan sini bersih.




One thing yang aku perasan, si Mr. John suka la nak mention kat pasar ni ada crab, prawn dan 'sotong', etc.
Part 'sotong' tu memang dia akan sebut dalam BM, yang seafood lain semua sebut in english.
Rupa-rupanya, sotong dalam korean is taik lembu.
Patut la dorang (Mr. John dan peniaga di pasar tu) suka sangat sebut 'sotong' especially bila dorang tau kami ni Malaysian.  

Sewa pakaian ski
Transfer ke Vivaldi Ski Resort pula.
Tempat ni adalah antara ski resort yang dikenali ramai di Seoul.
Ski park buka sampai tengah malam, so Mr. John cadangkan kami untuk menjalankan aktiviti ski pada malam tu instead of kebesokkan paginya sebab mau kejar masa.

Tapi sebelum sampai ke Vivaldi Ski Resort, kami singgah ke satu kedai sewa pakaian ski dulu.
Kos sewa untuk pakaian ski dewasa ialah lebih kurang 60000 won.
Dan untuk kanak-kanak ialah 55000 won.

Kami semua berski kecuali mama, macik aku dan Jakir.
Tapi dorang pun sewa juga baju tebal dengan harga yang lebih murah. Siap ada kasut khas lagi.
Sebenarnya, tidak perlu pun pakaian spesel. Baju sedia ada pun ok.
Sebab aku tengok orang lain selamba ja pi ski park tu pakai jaket mereka sendiri.
Rugi la.

Vivaldi Ski Resort
Di Vivaldi Ski Resort, bilik kami pun lebih kurang sama ja macam di Del Pino semalam.
Mungkin di bawah pengurusan yang sama.
Tapi kali ni, dua group bilik terpaksa berkonsgi satu suite yang sama.
So, family aku dan Nurul + Lina share satu suite. Dorang guna second bedroom.
Group mama pula share dengan tour group leader kami.

Suite kami kali ni adalah korean style. So, master dan second bedroom, dua-dua tiada katil.
Bath tub, kitchenette, semua ada.
Tapi tv ada channel yang xxx. Nasib baik Addin dan Zara tidak main remote.
Channel kartun ada satu saja pula.

Lepas simpan beg dan bersiap segala, masa untuk ski!!

 Zara sudah rupa macam orang bulan.

 Pemandangan ski park dari lobi tingkat ntah (level bilik kami)

Kaunter sewa snowboard

Bergaya dulu dengan peralatan ski

Family kami

Terpeleot aku main ski ni


Main ski ni nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan tahap kecergasan yang tinggi. 
Sebelum kami start berski, Mr. John ajar dulu asas ski iaitu cara bergerak ke depan, ke sisi, cara jatuh dan cara bangun semula.

Mau jatuh pun kena ada style, sebab kalau tidak kena gaya, mau patah tulang belakang. Tambah pula kami ni yang berada pada level lebih rendah daripada amatur. Orang yang expert lagikan boleh cedera.

Bangun semula tu yang tidak tahan tu. Sebab kena bangun sendiri while wearing the hard ski boot, dengan badan yang tidak fit amatlah seksanya. Cara paling mudah, tanggalkan boot dari ski, baru la boleh berdiri dengan normal. 

Dan oleh kerana tidak expert, mau naik bukit kena bergerak ikut sisi. Kalau Mr. John yang expert tu, selamba ja naik bukit dengan berski ke depan. Naik bukit setengah jam, turun bukit, seminit. Memang berpeluh. 

So, untuk aku, lepas sejam berski lesson dan main ski, aku give up. Baring lagi bagus. Hehehe..

Sambil kami berski, keluarga lain yang tidak berski pula pegi round area Vivaldi tu.
Vivaldi ni lebih kurang macam Genting Highlands yang happening dengan kedai dan indoor themepark without the outdoor themepark tapi ada ski park.

So, lepas penat berski, kami naik bilik, masak maggi sebab lapar.

Time for bed

Mungkin ada yang bertanya atau heran kenapa Addin dan Zara suka bantai pakai seluar ja dalam bilik hotel. 
Sebab dalam bilik hotel, suhu adalah suam-suam kuku. 
Jadi, kalau kepanasan, tidak perlu berstoking segala. 
Cumanya, kalau dekat dengan tingkap, memang akan terasa kesejukan dari luar bangunan.
 
link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...