Trip: Australia – Gold Coast (5 malam) dan Sydney (3 malam)
Tarikh: 27 Mei 2013 hingga 5 Jun 2013
Ahli trip: Aku, Abang Edi, Addin, Zara, Mama, Nurul dan Lina
(Gold Coast trip sahaja)
Been waiting for this trip since January 2013. Excited sangat!! Sudah naik boring membaca pengalaman orang Malaysia melancong ke Australia melalui forum dan blog. Aku mo merasa sendiri pengalaman tu.
Jadi, sebelum memulakan perjalanan, kena ada checklist:
1. Passport yang masih sahlaku – semua passport kami masih valid sekurang-kurangnya sampai 2016. Aku ada tabiat selalu renew passport kami anak beranak walaupun tiada plan ke luar negara. Bengong sedikit di situ.
2. Tiket penerbangan – aku beli ketika ada promosi yang tidaklah murah sangat. 3 bulan sebelum penerbangan. Kita selalu sangka sekiranya kita beli tiket penerbangan lebih awal maka kita akan mendapat harga tiket yang jauh lebih murah. Ini adalah salah. Kadangkala, syarikat penerbangan suka bagi promosi tiket murah walaupun tempoh penerbangan hanya tinggal 1 atau 2 bulan sahaja lagi. Ini terjadi apabila MAS ada buat promosi ke tiket pergi balik KL ke Sydney untuk penerbangan bulan Mei pada harga RM4000++ (2 dewasa dan 2 kanak-kanak).
Gila murah daripada tiket AirAsia X kami!!! Cara terbaik ialah selalu survey website syarikat penerbangan dan beli tiket ketika anda rasa tiket tulah yang paling murah anda boleh dapat.
3. Visa ETA – sudah buat dalam bulan April di travel agent di Labuan hanya pada RM20 untuk seorang. Mama punya ada sedikit masalah sebab travel agent tu letak surname dan given name terbalik. Mama pula tersedar agak lewat. Travel agent pula macam tiada usaha berkesan. Sudahnya, si Nurul buat visa baru untuk Mama di website embassy Australia. Tiada masalah ketika pemeriksaan imigresen. Cuma ada lewat sikit sebab pegawai imigresen di Australia bertanyakan Mama beberapa soalan ringkas. Itu saja.
Moralnya di sini, buat visa ETA dengan travel agent adalah lebih murah daripada buat sendiri. Tapi kena cek slip keputusan ETA sebaik dapat daripada travel agent untuk pastikan semua maklumat betul.
4. Australia notes – sudah tukar siap-siap di Midvalley. Time kami beli tu, nilai matawang Australia sedang menurun lepas pilihanraya di Malaysia. Dalam bulan Februari dan Mac, rate boleh mencecah 3.3 tapi rate time aku beli jadi 3.03. Satu jam lepas aku tukar tu, rate jadi 3.02. Tensyen aku.
Sebenarnya, money changer di Giant dekat rumah kami pun boleh bagi rate murah. Ada mahal 0.01 ja daripada money changer di Midvalley. Kalau mau kira duit minyak dan parking semua, berbaloi la juga tukar duit dekat-dekat walaupun mahal sikit. Tapi stok duit Australia dorang selalu cepat habis. Abang Edi buat teori yang ramai penduduk Seri Kembangan mau ke Australia untuk cuti sekolah tu. Huhuhu..
Kami bawa cash AUD3700, Mama bawa cash AUD3300. Sudah plan untuk tidak bershopping sangat dan malas mau swipe kad kredit sekiranya tidak perlu sebab berdasarkan pembacaan aku, merchant di Australia suka pindahkan caj 2% kepada pembeli. Jadinya, aku dan Abang Edi prefer bawa cash saja.
5. Pakaian tidur (2 pasang), pakaian jalan (4 pasang), pakaian dalam, extra stokin dan toiletries. Selipar pun aku bawa kunun untuk bersiar-siar di pantai. Tidak perlu bawa baju banyak-banyak sebab ada mesin basuh dan dryer disediakan di hotel Gold Coast dan Sydney yang aku booking.Hari-hari boleh mendobi sendiri.
6. Bekalan makanan – beras pek kecil 3 bungkus, 1 botol sos cili, 2 bungkus breakfast cereal pek kecil pelbagai, minyak masak botol kecil, garam, kunyit, pes segera, biskut Jacob 1 kotak, biskut Oat cip coklat 2 bungkus, kaya, peanut butter, 2 pek maggi bungkus, 1 pek maggi cup, 2 tin sardine, 1 pek kecil milo, 1 pek kecil Sabah Tea dan 1 bungkus gula peket Giant.
Tidak dilupakan 1 tupperware masak nasi guna microwave dan 2 tupperware boleh penyek si Tasha punya dan 2 pasang sudu garfu. Semua habis kecuali sos cili (tinggal sedikit, aku tinggalkan ja di hotel), sabah tea, gula dan beberapa pes masakan segera yang aku bawa balik Malaysia. Kami lebih banyak minum milo. Minum teh pula guna uncang yang disediakan oleh hotel.
7. Ubat-ubatan – aku bawa ubat demam, selsema, batuk, panadol, cool fever, plaster, losyen mustajab dan minyak yuyi. Losyen dan moisturizer dilupa jangan. Walaupun kami hari-hari tidak lupa pakai losyen dan moisturizer, tapi kering juga la kulit muka, tangan dan kaki. Especially muka si Addin dan Zara. Tapi, lepas 2-3 hari balik Malaysia, kulit muka normal semula.
8. Tidak dilupakan, aku siap bawa sabun taharah untuk cuci periuk dan pinggan mangkuk (mana tau ada unsur najis mughallazah di situ), axion pek kecil dan sabun breeze untuk cuci kain – sabun cuci pinggan ada disediakan 3 pek kecil untuk digunakan dengan dishwasher, tapi aku pula tidak pandai guna dishwasher tu. Detergen cuci kain pula tidak disediakan. Nasib baik aku bawa sendiri.
9. Jaket sejuk – semua jaket kami beli bercirikan water proof dan berhud sebab kebetulan kita kami di Australia, cuaca sana suka hujan sekejap-sekejap tanpa warning.
10. Kasut tertutup yang selesa - Kasut Abang Edi dan Addin memang sudah sedia ada. Kasut Zara pula sudah tidak boleh pakai sebab kaki si Zara sudah membesar. Jadi kami tangguhkan pembelian kasut Zara di Gold Coast saja. Untuk aku pula beli brand Converse All Star sebab brand ni saja yang ada size aku (size 1) dengan design dewasa dan tidak keanak-anakan. Si Lina pula mau beli kasut but kunun tapi aku cakap tiada faedahnya pasal membazir dan tidak sesuai untuk dipakai di Malaysia (tidakkan mau pakai di Australia ja). Sudahnya, telahan aku betul sebab aku tengok orang local Australia pakai kasut kanvas biasa ja. Orang bukan local ja yang beria-ia pakai but. Tour driver kami ke Blue Mountain bagitau orang Ozzie tidak pakai UGG boot pun walaupun jenama tu asal dari Ozzie sebab dorang rasa kasut tu macam bedroom slipper.
11. Lain-lain – bawa payung dan raincoat adalah langkah yang bijak. Tapi aku tidak bawa. Nasib baik hujan di Australia ni jenis kejap-kejap dan tidaklah lebat sangat. So, jaket kami adalah memadai. Mama dan Nurul beli payung dan raincoat di Gold Coast. Mahai.
12. Insurans perjalanan – amat penting dan berguna sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dan boleh merugikan. Contohnya, tiba-tiba menghidap penyakit cacar air, mengalami kemalangan, masuk hospital di negara orang, kehilangan luggage, rumah disamun ketika percutian etc. Aku kena cover dengan insuran perjalanan yang diuruskan oleh ofis lepas permohonan perjalanan ke luar negeri aku diluluskan oleh bos. Tapi aku beli juga insurans perjalanan Etiqa untuk cover family aku. Sedikit mahal daripada competitor yang lain tapi senang untuk dibeli melalui Maybank2u. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
13. Charger, adapter dan extension - Hah.. yang ni kalau tiada pun bole jadi mati kutu.. jangan la lupa bawa charger tu.. especially kalau kehidupan anda diselubungi segala gajet.. dan kalau sudah bawa charger tu, jangan la pula lupa bawa international adapter..di Australia, plug point pin dorang memang totally different dengan Malaysia. Malaysia guna 3 pin, di Australia guna 2 pin. Jadi, kalau bawa segala gajet, tapi tiada adapter pun, memang bole bikin haru.. last but not least, bawa la extension juga. Ikut suka la, bawa lebih adapter, tidak perlu bawa extension. Tapi, kalau ada satu adapter ja, elok la bawa extension. Tambah kalau banyak gajet yang nak dicaj. Hanphone la, ipad la, kamera lagi, notebook lagi.. tidak la berebut-rebut nanti :)
Ok. Enough with preparation. Jom kita ke Australia!
Percutian ke Australia (Flight KUL - OOL)
Salam.. thanks for sharing those info.. sgt membantu! :)
ReplyDeleteWell, i still have a few doubts & really happy if you could help.. I'm going to Sydney end of this month (28 Nov 2013 until 5 Dec 2013)..
Okay, here are my questions:
1. Untuk pergi ke Aussie ni, suntikan Meningitis tu perlu ke? wajib ke?
2. Ubat2an yang sis sebut kat atas tu, perlu x dapatkan prescription dari Doctor?
Sorry sangat kalau soalan2 ni macam x best.. tapi sgt2 berterima kasih kalau sudi bagi panduan... tqvm!! :)
Salam Melissa Rosila, thx sebab sudi jengah blog saya :)
ReplyDeleteSaya try jawab ye:
1. Time saya pegi dulu, tak wajib untuk ada suntikan meningitis termasuklah suntikan vaksin yang lain. Not sure kalau dah ada rules mcm tu skg.
2. Ubat yang saya bawa dulu agak basic dan beli di pharmacy counter supaya berkotak, ada english description so boleh dibaca oleh custom Coolangatta. Saya tak berani bawa herbal cth chi ket teck aun sebab takut tak lepas. Semua ubat saya letak dalam satu ziplock. Coolangatta custom pun tak tgk sgt ubat2 kitaorg tu. Mungkin kalau you bawa ubat yg special, kena ada prescription kot.
Happy holiday to Sydney. Kat sana amat best. Saya harap kalau dapat membantu :)
saya ingin bertanya, jika pergi ke mana2 negara luar memang perlu mohon visa ke?
ReplyDeleteHi Fatisha..
ReplyDeleteKeperluan visa bergantung mengikut negara yang ingin dilawati. Kalau ke Australia, perlu mohon ETA.
So, adalah langkah yang bijak untuk dapatkan maklumat berkenaan visa sebelum terbang ke mana2 negara yang nak dilawati :)
assalam...
ReplyDeleteI plan nk ke aussie nxt year dgn my family ( hubby n 3 kids). mana yg best ye? Sydney? Melbourne? perth? gold coast?
thanks naddea
Salam Liana :)
ReplyDeleteAnak saya suka ke Gold Coast sebab byk theme park.. Cumanya, tak byk ride yang boleh di try kerana inci masih kurang. Kalau anak2 Liana dah tinggi, mungkin sesuai. Org local di Gold Coast juga lebih mesra daripada org2 di Sydney.
Personally, saya suka Sydney :). Mungkin kerana ada Paddys (ole2 lebih murah) dan senang untuk dapatkan masakan Malaysia atau Indonesia.
Perth, lebih dekat. 5 jam penerbangan saja. Sesuai kalau Liana tak suka duk dalam flight lama2.
Melbourne, tak pernah pegi. Org kata lebih sejuk sebab lokasinya agak ke Selatan. Saya juga ada hasrat nak ke sana. Dari Melbourne boleh fly ke New Zealand. Lebih dekat.
saya kena outstation ke sydney 2 bulan. kat sane, lunch dan dinner ape yg murah dan halal? subway ok ke?
ReplyDeleteHi En/Cik @Unknown
ReplyDeleteWah.. 2 bulan outstation pi Sydney ye.. saya pun tak sure le apa yg ble makan murah kat sana. sebab saya pun pegi 3 hari je.. :)
but definitely you will find many asian restaurants.. subway pun ok.. tak silap sana ada subway yg certified halal.. kenny rogers pun ada tak silap..
have fun and good luck!!
Hye, sy nk travel ke melbourne utk tmpoh lebih kurg 2bulan. Boleh ke beli tiket 2way trus sbb visa valid utk 3month kan?
ReplyDeleteHi @ziera_ieyah
ReplyDeleteWell, saya tak arif tentang urusan imigresen Australia. Tapi, memang adalah lebih baik dan mudah kalau ziera beli 2way or eturn ticket on tourist visa.
Sebab 1) kos ticket adalah lebih murah dan 2) urusan imigresen yang lebih mudah - return ticket tu menunjukkan yg kita pegi sana memang untuk tujuan melancong dan tidak overstay di sana. Kalau tade return or ongoing ticket, mungkin akan lebih banyak soalan di imigresen nanti. Imigresen dan kastam Australia memang ketat.
Good luck!
salam sis..memndangkan kami skeluarga akn k gold coast insyaallh pd april ini..bolh sy tanyakan sis..pd april..musim apa dsana? seng nak prepare baju..dharpkan mndapat maklum bals dr sis..bolh tak sis emailkan jwapannya kpd saya d ummisohaimi@gmail.com? trima kasih sis
ReplyDeleteSalam @ummi_sohaimi
ReplyDeleteBulan april tu rasanya dah masuk musim luruh. Dan juga mungkin akan ada hujan. So, u may better pack a light rain proof jacket :)
dan saya juga dah email ummi ye :)
thank u sister..ats makluman siter..sy sgt mghargainya..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum sis.. Saya bercadang nak p bcuti ke Gold Coast satu family ( dlm 10-12 org) cuti skolah Nov ni.. Saya nk tanya pendapat, Yg mana bagus yer... Ambik pakej or just p sendiri .. Tq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi Miss Unni,
ReplyDeletePersonally saya rasa, kalau ke Gold Coast, boleh saja untuk pergi ke sana tanpa ambil pakej. Banyak pilihan hotel berkonsepkan apartment, bandarnya tidak sesibuk dan sebesar Sydney so senang untuk drive sendiri. Kos pun jadi lebih murah. Miss Unni tidak perlu risau. Kaunter pelancongan - pakej cruise, tiket taman tema, tiket zoo - are almost everywhere.
Kelebihan ambil pakej, tidak perlu pening kepala, semuanya diuruskan oleh travel agent dan kita akan lebih belajar - mudah untuk dapat lebih banyak maklumat mengenai Gold Coast daripada agen. Cumanya, mungkin lebih mahal dan masa lebih singkat. Kot masa ke zoo cth cam Currumbin jadi 2-3 jam je. Mana cukup, especially untuk rombongan keluarga yang besar.
Hi Sis naddea,
ReplyDeletepinjam comment ek...
ade info tak mane2 travel agency kt kl ni buat ETA murah...heheehe...
al maklum la....budget kwn chiput... hehehe...
mohon siapa yg terbaca n ade info...tq.....
email saya pun boleh....
sla2711@gmail.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks. Sangat membantu kepada saya yang akan ke Sydney Jun ini...
ReplyDeleteHave a great tip to Sydney :)
DeleteSalam.. Sy nk tnya, travel insurans tu kos nya brapa dan mcm mana ya nk apply? tq
ReplyDeleteSalam Rohazlina.. sori.. saya baru perasan komen awak..
DeleteKos travel insurans tu bergantung kepada destinasi dan tempoh masa travel nak pegi tu. Boleh beli untuk individu.. sekiranya nak beli untuk keluarga lebih murah.
Boleh apply secara online daripada penyedia servis insurans contoh macam AIG, Tune atau bole refer pada bank dan travel agent yang tawarkan servis insurans perjalanan.
Hi i nak share pengalaman. I ke australia dan new zealand ( perth sydney dan gold coast) dengan mahira travel and tours. Service memang sgt bagus. User friendly. Bonusnya they have holiday bungalow bungalow di australia and nee zealand. So far i da few occassion guna khidmat mereka. Semakin lama semakin saya puas hati. InshaAllah apr 2016 kami sekeluarga 16 org nak ke spain dgn mereka. Blh call owner company mahira travel 0123360098 puan siti.
ReplyDeleteUrusan VISA ONLINE memang susah dan mahal biar kami urusakan. Saya bekerja di Travel Agent (Kay Anista Holidays Sdn Bhd) Urusan visa biar kami yang uruskan. Paling cepat 1 hari paling lambat 24jam. Dokumen yang diperlukan hanya muka hadapan passport bagi clear. Whats app di no +60173349218 atau email di haniff.hk@gmail.com. Harga Visa hanya RM20.00 sekiranya lebih 10 orang harga adik beradik RM10.00 free sorang hanya bayar 9 orang sahaja. PROMO CODE "VISARM20"
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sis. Tak ada masalah ye bawa milo 3 in 1? Banyak blog saya baca milo x boleh bawa sebab ada dairy ingredient
ReplyDeleteMilo 3 in 1 mmg tak boleh bawa. Last time saya bawa milo yg semata2 milo tanpa dicampur dgn bahan lain. Apa2 pun, boleh try bawa dan jangan lupa utk declare.. Kalau declare dan benda tu tidak dibenarkan untuk bawa masuk, dorang buang saja. Kalau tidak declare, kena denda.
DeleteOoo kiranya sis bawa milo bukan 3 in 1 ye. Ok noted sis. Tqvm!
ReplyDelete👍👍👌🏻
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete