google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Gold Coast, Australia (Hari ke-3, Aquaduck, SeaWorld dan Slingshot)

Bangun awal pagi.
Breakfast roti. Masak nasi awal untuk lunch.

Keluar awal untuk trip Aquaduck. Mesti pastikan sudah sedia ada menunggu di kaunter Aquaduck sebelum jam 9.45 pagi.

Sempat posing depan kaunter Aquaduck sambil menunggu bas itik.

Posing lagi.

Dalam bas itik.

Sepanjang trip Aquaduck tu, ada la tour guide dorang bagi briefing - sambil cerita pasal rumah mewah di tepi sungai, buat lawak etc. Aku perasan satu perkara - aussie punya lawak ni ada kasar sikit. Dorang bukan saja suka mempersendakan orang, tapi suka mempersendakan diri sendiri. Aussie style, tidak perlu ambil hati. 

Dapat jadi kapten jap. Siap ada sijil lagi.


Sebenarnya ada competitor lain juga yang provide servis bus itik ni contoh Quackduck dan Superduck. Quackduck harga sama macam Aquaduck. Superduck lebih murah dan lokasi berlepas tu lebih dekat dengan hotel kami. Cumanya, Aquaduck ni ja yang bagi peluang untuk budak-budak jadi kapten. Tapi si Addin boleh cakap boring pasal dia kata kapten tu tolong pegang stereng. Hape la.

Habis acara Aquaduck, balik hotel dan lunch.
Lepas lunch nasi, sambal sardin dan telur dadar, masa untuk ke Sea World.

Sebelum tu, kami singgah dulu ke Asim's Halal Meat di Southport. Beli chicken wing 14 ketul, 3 ketul bbq sausage dan 4 ketul Bosnian sausage. Semua sekali AUD8++ saja.. Hmm.. murah.. chicken wing gemok2 pula tu..  

Di Sea World, rasa macam lost sikit. Mungkin sebab cuaca hujan. Mungkin sebab kami sampai di sana pada jam 1 tengahari. Tambah lagi tiada seorang pun daripada kami yang ambil map. Tidak berkesempatan untuk jumpa Dora dan Spongebob. Nasib baik ada satu keluarga dari Sabah yang baik hati memberitahu kami masa attraction dan bagi satu map. Mama siap speaking kadazan lagi dengan ibu family dari Sabah tu.


Seronok juga dapat tengok polar bear, dolphin, seal, penguin, shark semua tu.

Beli botol air Spongebob dan Dora. AUD7 serba satu. Kalau tidak dapat, nanti bising. Haish.

Lepas Seaworld, balik hotel dan masak.

Dinner kami, nasi putih, ayam goreng dan seafood tomyam.

Then, kami keluar pula ke Slingshot dan Vomatron di Surfers Paradise, lebih kurang 3 blok dari hotel kami. Time di sana, kami terjumpa dengan satu family dari Malaysia 4 anak yang sedang menikmati cabaran sling shot dan vomatron. Nurul yang mulanya semangat, hanya sanggup naik slingshot sahaja. Lina pula try kedua-dua sling shot dan vomatron. Si Addin yang juga bersemangat waja untuk naik slingshot hanya dibenarkan naik vomatron sahaja oleh aku sebab aku mau pecahkan curiositynya.

 Vomatron. Tiada video.

Slingshot ada video. Ambil gambar pun tapi macam tidak clear. Tapi video tidak dapat diattach di sini sebab tuan punya badan tidak mau. Hahaha.. Yang penting, sesi slingshot tu memang macam palui. Aku seronok jadi tukang kasi ketawa ja. Mau cuba sendiri, jangan harap. Akak dah tua le.. huhuh..

Percutian ke Gold Coast, Australia (Hari ke-4, Movie World)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...