google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Sydney, Australia (Hari ke-2, Blue Mountain dan Cafe Kasturi)

Rise and shine!!!
Alhamdulillah.. hari ni cerah-secerahnya..
Macam tau-tau ja yang kami ni mau ke Blue Mountain..

Hari ni bangun awal juga sebab sudah janji dengan Sydney Tours R Us yang akan fetch kami jam 7.50 pagi di lobi hotel.

Faktor pemilihan Sydney Tours R Us:
1. Harga yang kompetetif - AUD 105 (adult), AUD 80 (child above 4 years old - Zara free), AUD 100 (student)
2. Sedia menjemput peserta rombongan dari mana-mana lokasi di Sydney dan tidak terhad di area CBD saja. Hatta dari Malaysia Hall sekalipun. (Ni kes pasal mula-mula aku book Malaysia Hall dulu, malas mau travel sendiri ke CBD pagi-pagi)
3. Good review di Tripadvisor

Aku saja ambil tour sebab malas mau travel all the way ke Katoomba dari Sydney naik train dengan bilangan ahli rombongan yang ramai + 2 budak yang suka cranky. Dan dalam masa yang sama, memandangkan tempoh percutian kami ke Sydney yang singkat, so adalah molek rasanya kalau wrap up ja beberapa lawatan kecil kepada satu perjalanan besar ke Blue Mountain dalam satu hari dengan penerangan yang relevan oleh tour guide.

Pakej yang ditawarkan termasuklah lawatan ke Sydney Olympic Stadium, Featherdale Wildlife Park, Leura Town, Echo Point, Scenic World dan perjalanan balik ke Circular Quay dengan menggunakan feri. Kalau aku duduk sana 7 hari pun rasanya macam tidak tercover semua tempat-tempat ni.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, kami diberitahu pelbagai pengetahuan mengenai Australia yang berguna. Nama driver kami John. Tak letih dia bercakap. Orang lain semua tidur. Kecuali aku dan Abang Edi. John tu cakap, di kalangan tour guide di Australia, dorang gelar Asian tourists as "Koala" sebab suka tidur. Jadiklah tour guide cakap sorang-sorang.

Perjalanan dimulakan dengan menuju ke Sydney Olympic Stadium. Ahli rombongan terdiri daripada kami 6 orang, 3 orang graduate students dari Singapore dan sepasang suami isteri dari USA. Masa diberi hanya 15 minit sahaja.





Then, pegi Featherdale Wildlife Park.
Lebih kurang sama dengan Currumbin tapi lebih banyak jenis marsupials dan burung-burung.
Sempat makan fish and chips lagi. Masa diberi hanya 1 jam 30 minit sahaja.

Shingleback yang ontok-ontok


Sejam lebih perjalanan, kami sampai di Leura Town untuk makan tengahari. Kalau mau ambil pakej makanan dengan tours pun boleh pada AUD10 seorang sahaja.



Lepas tu, kami ke Echo Point untuk melihat Three Sisters dengan lebih dekat sambil tour driver pegi Scenic World beli tiket Scenic World rides kepada sesiapa yang berminat.

 Gayat seh..




Untuk pengetahuan, tiket untuk Scenic Railway, Cableway dan Skyway tidak termasuk dalam pakej sebab bukan semua berminat untuk naik benda-benda alah ni. Ada yang lebih suka berjalan di Scenic Walkway ja sebab gayat atau free :)

Tapi kami ambil ja sebab peluang bukan datang selalu. Lagipun, tours ni bagi harga istimewa at AUD32 (adult) untuk ketiga-tiga ride sedangkan harga asal is AUD35. Ok le tu.

 Cableway turun bawah. Uncle baju merah tu siap greet kitaorg "Apa khabar?"

 Scenic Walkway

Lombong arang batu

 Scenic Railway. Kegemaran si Addin. 


Kami naik Scenic Railway ni mau 4 kali turun naik. Ni semua atas hasutan si John. Sebab visitor pun bukan ramai sangat. "It's due to winter", John bagitau. 

Bergambar dengan Three Sisters statues. Aku cakap dengan Addin and Zara, jangan banyak songeh. Nanti jadi batu macam Three Sisters.

 
Ahli rombongan


Jam 4 camtu, kami bertolak balik untuk catch ferry ke Circular Quay. 



Tiada siapa pula ambil gambar dalam feri. Penat agaknya. Huh. 

 
Gambar Sydney Opera House dari feri.

Sekarang ni ada Vivid Sydney sempena menyambut winter. 
Tiap-tiap malam ada show lampu. 

Sempat bergambar lagi. 

Lapar punya pasal, cepat-cepat ambil railway ke Central station untuk makan malam. AUD3.60 single way adult. Gilos. 3 station je pun.


Malam ni try dinner di Cafe Kasturi pula. Semalam dia tutup. 
Alhamdulillah. Harga kira orait la. Contoh cam nasi rendang ayam pada harga lebih kurang AUD15.
Portion besar. Kami juga order paprik campur dan telur dadar.
Kesudahannya tak habis sebab banyak sangat dan kurang kena di tekak.
Macam kureng sikit pada part kepedasan dan kelemakan. Mungkin dorang mau adjust dengan selera mat salleh. Tapi servis memang terbaik. Kami makan malam tu AUD40. Mama dan Nurul makan di meja lain sebab meja Cafe Kasturi ni kecik-kecik. Lebey-lebey pun muat 4 orang ja. 

Balik bilik. Jalan tidak jauh. Dekat ja ngan Mercure Sydney. Rehat. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...