google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Australia (Penginapan)

Penginapan di Gold Coast - The Moorings on Cavill

 Master bedroom

 Bilik air utama

 Room cabinet

 Ruang tamu

Ruang makan



 Dapur

 Laundry


Untuk kami 4 sekeluarga - AUD756 untuk 5 malam (2 bedroom apartment, 5 malam)
Mama, Nurul dan Lina - AUD 576 untuk 5 malam (1 bedroom apartment, 5 malam) + AUD120 (rollover bed, 4 malam)

Kalau book lebih awal, lebih jimat. Aku book in Mac.

Oleh kerana aku request bilik sebelah-menyebelah dengan bilik dorang Mama, kami dapat bilik no. 17 dan 18 di tingkat 3.
Semua urusan booking adalah melalui email. Semua email aku dibalas dengan cepat oleh Margaret.


Susun atur dan kekemasan - Tip top.

Kemudahan dalam apartment
- Microwave, oven, washing machine, dryer, seterika, dishwasher, dapur masak, tv with foxstar, dvd player, vacum cleaner semua lengkap
- aircond dan kipas - tapi kami tidak switch on pun.. sejuk ja udara di sana
- ada bathtub - penting, sebab kalau tiada bathtub, Addin dan Zara tidak rasa spesial, tiada signifikan bercuti tanpa bathtub
- toilet amenities hanya diberikan 2 sabun kecil. Nasib baik aku bawa toilettries lengkap dari KL
- pemandangan cantik menghadap Sungai Nerang
- yang kurang best tu, lantai ialah tiles. Which aku suka sebenarnya berbanding karpet. Tapi bila bangun pagi sejuk-sejuk, cecah kaki ke lantai ja, terus rasa macam mau tidur semula. Sejuks.. 

Kemudahan apartment
- Reception yang mesra - Margaret, Peter dan Erin - semua baik-baik
- Orang yang memang tinggal di situ pun mesra-mesra juga
- Security. Kalau tiada kunci, tidak boleh masuk parking basement dan naik ke bilik
- Boleh naik dari parking basement terus ke bilik
- Dekat dengan Woolworth dan Surfers Paradise town. Sesuai untuk orang yang suka happening. Tapi tidak bising.
- Juga dekat dengan bus stop Appel Park. Senang la kiranya dapat bas sini. 


Penginapan di Sydney -Mercure Sydney

Mula-mula tu, kunun mau menginap di Malaysia Hall Sydney ja sebab mau jimat duit. Awal juga aku booking MH Sydney tu. Bila baca pengalaman orang, peluang untuk dapat menginap di MH terhad. Murah pula tu. Mesti kena booking awal. Alhamdulillah, permohonan pun diluluskan.


Tapi bila fikir panjang, tempoh percutian kami singkat ja di Sydney ni, malas la aku mau buang masa travel dari MH ke CBD. Aku pun tidak sure berapa jauh jarak MH daripada CBD, tapi dengar cerita memang senang dapat bas.

Kebetulan pula, ngam-ngam kami datang tu ada Vivid Sydney, jadi mestilah kami mau berjalan sampai malam punya. Aku rasa macam penat ja mau balik MH malam-malam. Fikir punya fikir, baguslah stay di area CBD ja untuk menyenangkan hidup. Mahal sikit tidak apa. Sebab ni semua untuk keselesaan mama dan anak-anak aku juga.

So, apa yang aku buat, survey hotel. Kebetulan Mercure Sydney ada promotion, reserve dalam awal bulan Mei camtu dan terus batalkan permohonan MH Sydney. 



 Dua orang kongsi satu katil





Kami book 2 bilik double queen set pada harga RM1138.92 satu bilik untuk 3 malam. Bilik untuk Mama dan Nurul aku belanja.
Ni harga promosi untuk 3 nights pay 2 nights only.
Tapi urusan reservation aku buat melalui AirAsia Go sebab website Mercure-Accor time tu ada problem tidak boleh buat online payment transaction.
Bagus juga la bayar guna duit RM. Tambahan pula tiada caj kad kredit segala.
Kalau guna website Accor tu, rasanya macam ada caj kad kredit. 

Katilnya selesa. Ada bathtub. Towel pun dorang bagi ngam-ngam ikut orang yang stay.
Rancangan tv yang basic.
Tiada komplimentary air minum.
Seterika dan pemanas air untuk buat teh dan kopi lengkap.

Sebab yang ni adalah hotel, maka bed dikemas dan tuala ditukar setiap hari.
Reception servis adalah ok.
Tidak dilupakan, ada self-laundry service disediakan di basement.
Mama aku ja yang rajin basuh baju malam-malam sana.
Jadi, Mama dan Nurul selalu save coin untuk guna tu laundry. 

Tapi yang kurengnya, aku minta bilik sebelah-menyebelah dorang bagi bilik selang satu pintu pula.
Dan concierge pun ada sedikit mengecewakan. Macam kurang mesra ja.

Amat dekat dengan Central Railway station dan bus stop.
Senang cari makanan halal dan makanan Malaysia/Indonesia.
Lebih kurang 3-4 blok untuk ke Coles dan Woolies terdekat.
Boleh la beli bahan kudap-kudapan.

Sepanjang tiga malam di sini pun, kami jarang switch on aircond sebab sejuk. Pasang heater pun tidak sebab panas.
Sudahnya, guna suhu bilik saja. Huhuhuh..


Percutian ke Australia (Kesimpulan)

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Di sydney menginap utk 7 org ,sewa berapa bilik? Baca dalam sis punya blog mcm 2 bilik je... 4+3 org? Saya nak tanya sbb nak tahu adakah peraturan hotel jika kita menginap dgn jumlah yg melebihi dr yg dinyatakan?

    ReplyDelete
  2. Wsalam Tiera.

    Di Sydney ni, kami menginap 4 orang (1 bilik) dan 2 orang (1 bilik). 1 orang lagi dah balik dari Gold Coast lagi :)

    Di Mercure Sydney ni, tade restriction untuk 2 adult dan 2 kids masuk dalam 1 bilik. Bilik yang kami book (2 double bed) memang boleh masuk 4 person (maximum).

    Tapi, kalau stay lebih daripada 4 org dalam 1 bilik tu tak try pula. Semua urusan check-in saya sorang je yg buat. Dan reception dia tak minta pasport dr semua (4+2) yang menginap. Kiranya, pasport saya je yg dorang minta utk tujuan check-in.

    So, dorang tak cek pun berapa yg stay sebenarnya. Tapi, klu masuk lebih 4 orang, memang crowded sebab bilik tak besar sgt.

    Hope my explanation helps :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...