google analytic

Nuffnang

Tuesday, November 16, 2010

Cuti Semester

Adalah sukacita dimaklumkan, bahawa saya sekarang sedang bercuti semester...

Yieha....

Ini sesungguhnya adalah keseronokan yang paling nyata untuk dialami sebagai Siswazah Sarjana sepenuh masa...

Lebih seronok dari hari pendaftaran, hari pergi ke kelas, menyiapkan assignment, tutorial, projek dan research paper... and obviously, berganda-ganda seronoknya dari final exam... :)

Time aku pening-pening kepala mau exam hari tu, aku ada terfikir mau memanjakan diri dengan pergi spa seluruh badan, buat manicure and pedicure.. tapi, lepas fikir punya fikir, aku rasa macam membazir ja..

Jadi, apa yg aku buat ialah, selesai ja aku submit research paper di Dropbox dan Turnitin sebagaimana yang diarahkan oleh lecturer aku, aku terus pegi ke salon rambut dekat taman yang aku duduk sekarang, dan minta untuk cuci rambut...

Dengan bayaran pada RM18 sahaja, aku tetap puas hati.... kerana pada aku, walaupun bayaran di salon tu agak murah, mungkin kerana salon tu juga agak kurang cantek kalau mau dibandingkan dgn salon lain yg stylo di area yang sama, tapi aku dapat wash+blow hair service yang decent, tambah lagi yang tukang cuci rambut tu pandai urut kepala+belakang dan tidak banyak bercakap (mungkin dia faham bila nampak aku pun cam boring ja sambil baca magazine)...

Hari ni, aku bawa Zizou tengok wayang Megamind di GSC Alamanda..

Insyallah, family aku akan datang KL nextweek.. lepas tu kami akan sama-sama balik kampung.. meriahnya...

Apa-apa pun.. aku perlu banyak berjimat sekarang, kerana aku dan abang edi akan ada projek besar.. Semoga Allah memudahkan urusan kami :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...