google analytic

Nuffnang

Tuesday, September 15, 2009

Slamat Ari Raya

nda lama lagi mau cuti... cuti 9 hari!!! yieha..

mau balik labuan...

harap2 tiada masalah la naik flight ni...

surat pengesahan doktor yg bgtau aku fit for travelling ada suda ni...

Friday, September 11, 2009

Bantuan Khas RM500

Syukur Alhamdulillah..

Kumpulan sokongan dapat bantuan khas sebanyak RM500.. bayar 2 kali.. sebelum raya dapat RM250... bulan 12 nanti dapat RM250 lagi..

syukur la kan.. time2 ekonomi tidak bagus macam skg ni... walaupun aku bukan dari kumpulan sokongan.. tapi aku tumpang syukur untuk kedua parents aku, sedara2 aku dan colleague aku yg berkaitan...

namun begitu, ramai juga yang mengeluh... bukan dari golongan P&P saja (pasal tidak dapat), dari kumpulan sokongan pun sama juga ada yang rasa macam tidak puas hati (pasal kunun sikit sangat lepas tu kena bayar 2 kali?)..

manusia kan... mana pernah cukup...

frankly speaking, aku mmg menyampah dengan orang yang merungut dan kecewa ni.. tidak dapat menerima berita ni dengan lapang hati.. (sori la kalau orang yang membaca ni terasa hati - ni blog aku... suka hati aku la aku mau tulis apa kan...)

mungkin orang yang kecewa dan mengeluh ni tidak teringat/terfikir/terkenang bahawa ramai lagi yang lebih susah daripada mereka...

Tahukah anda?

keja dengan gomen ni, gaji tidak pernah tidak on time (sejak aku kerja sampai sekarang ni la ikut pengalaman aku)... ada orang yang kerja dengan private - dorang ni kadang2 dapat gaji lambat - kena bayar staggered pula tu... ni orang gomen dapat bantuan khas kena bayar 2 kali pun kecoh.... kalau dpt gaji lambat tu ye la patut bising... - dulu aku pernah keja private sekejap, time ekonomi stabil pun gaji dapat lambat.. kena bayar separuh2 lagi tu...

kerja dengan gomen, lazimnya - every year mesti ada increment, walaupun mungkin sekadar pergerakan gaji biasa.. ada orang kerja private, bukan ja jarang2 dapat increment tahunan... kena potong gaji ada la - pasal ekonomi buruk kan sekarang.... last2 kena suruh ambil VSS...

ada juga org yang kerja private gaji besar - tp dorang ni kena pandai cari peluang, lompat ke company yang ble counter offer... kerja macam kuli batak - masuk pukul 9, balik pukul 12 malam... selagi bos tidak balik, anak buah pun segan mau balik..

lepas tu kalau kerja private ni - ada yang agak takut mau ambil cuti lama2 dan risau jika kerap mc walaupun memang betul sakit kerana takut dianggap menjadi liabiliti syarikat.... kerana takut dibuang kerja...

itu bagus yang ada kerja... yang tidak ada kerja macamana? yang belum tentu dapat bagi makan pakai kepada keluarga terutamanya yang ada anak kecil... yang belum tentu ada duit untuk bayar zakat fitrah... yang mungkin belum tentu ada makanan untuk sambut syawal nanti... jgnkan kuih raya... nasi putih dan kicap pun mungkin luxury untuk keluarga tu...

hmm.... syukur la dengan RM500 tu... yang tidak dapat tu pun (kepada Kumpulan P&P)... syukur la juga kerana anda masih dapat bernafas udara Allah ni... RM500 tu bukan boleh bikin lebih kaya pun...

jangan la cakap kalau tidak dapat bonus maka raya tidak meriah... tidak dapat sediakan persiapan anak2 sekolah... sepatutnya, budget untuk raya dan sekolah anak2 disediakan lebih awal walaupun tanpa 'bantuan khas'..... itu mmg tanggungjawab ibu bapa untuk sediakan semua tu....

kalau anda tidak rasa raya meriah tanpa bantuan khas - itu masalah anda! bukan masalah majikan anda... siapa suruh tidak pandai menyimpan!

kalau tidak puas hati - cari kerja lain! Ketahuilah - berapa ramai orang yang tiada pekerjaan dan kerja private sekarang - berebut mau kerja dengan gomen!

kesimpulannya, bersyukurlah!!! jangan jadi macam orang seberang... sudah dapat pendapatan lumayan di negara orang - ada hati mau tetapkan lagi gaji RM800 - sedangkan kualiti kerja ntah hapa2.... dah dapat cuti sehari seminggu pun kecoh lagi - diberi betis, nak peha...

yang penting - tingkatkan kualiti perkhidmatan kita!!!!

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Monday, September 7, 2009

Dilema sakit gigi - Part 4

hari ni, aku tidak payah ambil antibiotic lagi... sakit gigi sudah berkurangan... Alhamdulillah kerana sekarang bulan Ramadhan.. maknanya – less eating – gigi aku dapat rehat lebih lama.. tu la ble sembuh tu kali..

bengkak sudah tiada.. sharp pain ada sikit2 tapi bearable.. (tidak seperti last weekend).. Cuma aku masih kena mengawal makan.. tidak boleh makan food yang liat, keras, manis nak mampus... nasi pun kena yang lembut ja... harap2 menjelang syawal aku sudah boleh bersuka ria... hehehe..

satu pengajaran untuk aku... do not neglect your oral health... kalau sebelum ni berus gigi dan floss saja... sekarang ni aku mesti berkumur2 dengan ubat kumur juga... next appointment dengan dentist pun aku sudah set.. sebelum ni aku jarang minum susu.. sekarang ni aku mesti pastikan aku minum at least 2 glass of milks hari2.. susu yang sedap? Dutch Lady Fresh Milk dan Anlene dalam kotak... tapi rasanya tidak larat la beli Anlene kotak lagi.. RM5.++ dapat 4 kotak ja.. kena beli powder milk la juga ni.. jimat sket..

Tapi ada downside juga... bila gigi semakin ok, selera besar aku pun sudah kembali! Huhuhuh... semalam berbuka puasa di rumah mertua aku bawa sambal sotong dan sayur campur – lobak merah, cendawan tiram dan kacang buncis. Lepas tu sempat lagi beli muffin chocolate chip di Kompleks PKNS (zizou's favourite). Sedapnye... yum yum..

Macam-macam ada

Persiapan raya? Tiada persiapan raya untuk aku. Daddy ada beli jeans baru.. kunun weekend ni mau shopping shirt dan kasut raya pulak. Zizou sudah dibelikan songkok dan samping baru. Kasut baru zizou pun sudah dibeli since last month (sudah jadi kasut lama) sebab kasut lama tidak muat lagi. Shirt dan seluar raya – set.

Ya ampun... mengantuknya aku...

Hari ni beberapa negeri cuti sebab ada Nuzul Quran... seronotnya dorang cuti di hari Isnin pula tu... pagi tadi hantar zizou ke nursery pun nampak gaya macam lengang ja.. maybe ramai parents yang kerja di area Selangor kot..

Keluar dari Seri Kempisan pun clear ja... tapi bila masuk Putrajaya ja mesti jam macam hampes.. kalau tidak pandai mencilok, maybe boleh stuck dalam jam for about 30 minutes macam tu... bukan la jam mau mampus.. slow moving.. ni la menyebabkan aku mau tukar kereta ni.. pakai auto ja... rilek kepala otak... abang edi memang menyokong saja.. tengok la macamana tahap kesabaran aku ni..

kalau tukar kereta pun, bukan la mau ambil kereta yang mega2... takat MyVi ja... huhuhuhu... pakai kereta mahal bagai pun macam boleh terbang... yang penting ada aircond, radio, selesa.. that's it.. abang edi pernah ada ura2 dan selalu menyuarakan mau trade in kereta Avanza nan berbudi itu.. tapi aku cakap jangan harap (buat masa sekarang la)... selagi adik zizou belum keluar, selagi sales abang edi belum stabil mencecah lebih RMXXXXX sebulan... jangan harap... kereta mahal, cc tinggi, jenama besar, hutang pun besar jugak la... bukannya tidur dalam kereta pun... kalau kereta besar macam caravan – bole tidur, masak, berak, tengok tv semua ok la jugak.. jual second hand pun macam la ble buat untung...

apa ka merapu pasal kereta pulak...

Biskut raya? Aku just beli beberapa jenis saja – itu pun untuk dibawa ke Labuan dan diberikan kepada ibu mentua saja. Malas beli untuk rumah sendiri. Nanti membazir saja. Macam la ada orang mau datang rumah aku.. huhuhuhuh...

Lagi 2 minggu mau raya... bestnya balik kampung.. bestnya cuti..

Zizou pun sudah tidak sabar mau naik bibidup.. hehehe.. tapi muka zizou naik ruam panas la plak.. tak encem la anak mummy.. harap2 by next week semua ruam2 tu surut...


Friday, September 4, 2009

Dilema sakit gigi - Part 3

gigiku itu masih sakit lagi..

cuma sakit itu ada sedikit surut... bengkak sudah semakin berkurang... tetapi kesakitan dan kengiluan mmg masih ada...

mau makan pun kena makan makanan yang lembut2 ja....

sampai bila la mau macam ni? syawal tinggal 2 minggu ja lagi... naya la aku kalau tidak dapat menjamah rendang, lemang, biskut raya dan sebagainya... huhuhuhuh...

adakah perlu tunggu sampai kandungan mencapai 36 weeks? adakah kesakitan itu akan reda?

hari ni sudah hari ke-3 aku menelan antibiotik.. tinggal 2 hari saja lagi.. kalau lepas dah habis antibiotik tu pun, tp sakit masih ada lagi... maknanya i have to do something...

Wednesday, September 2, 2009

Dilema sakit gigi - Part 2

kesakitan gigiku masih belum berkurangan. walaupun gigi aku yang berlubang tu sudah ditampal sementara.

tidur malamku masih tidak lena. muka belah kananku masih berdenyut2.

dan aku rasa gigi2 yang bersebelahan dengan gigiku yang sudah ditampal tu pun mula sakit2 dan bergoyang.

pagi ni, aku telan lagi 2 biji panadol. but still, the pain didn't go away.

aku pun pegi ke Klinik P***ajaya sekali lagi.. untuk mengadu kesakitan yang masih belum berkurang. serious, aku rasa aku tidak fit untuk ke ofis sekarang.. dan kalau ada org yang telefon, bawa bercakap (walaupun pasal hal kerja), aku amat tidak berminat untuk melayan. serious sekali lagi, aku mmg 'senggugut' sekarang.

tidak sampai 15 minit lepas aku mendaftar di dental clinic, aku sudah dipanggil masuk ke bilik rawatan. dan hari ini, aku dirawat oleh doktor lain, bukan doktor senggugut semalam.

aku pun bgtau masalah gigi aku ni. masih sakit walaupun sudah ditampal.

doktor ni pun bagitau dengan lemah lembut dan berhemah -

  • dalam bulan puasa, mereka tidak buat prosedur cabut gigi yang susah2
  • lepas dia perasan yang aku ni pregnant, dia menegaskan sekali lagi, urusan cabut gigi memang tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung
  • doktor ni cakap gusi aku bengkak dan semua gigi-gigi yang berhampiran dengan gigi aku yang berlubang tu longgar
  • and it's normal for pregnant mother untuk merasa lebih sakit daripada orang yang tidak mengandung
  • jadi, doktor ni akan bagi aku antibiotik dan ubat kumur.. insyallah katanya, lepas aku ambil antibiotik ni, mungkin kesakitan aku akan reda
  • dan dia juga suruh aku set appointment - which is aku mmg berusaha untuk buat, tapi the dental surgery assistant yang aku sepatutnya contact tu tiada di ofis pasal dia pegi sekolah (sekolah apa pun aku tak sure)
thank god... doktor ni mmg baik... dia faham aku yang sedang berada dalam kesakitan - agony!!! dia tau yang aku miss appointment yang dulu - but still, dia tidak marah2... sesungguhnya, manusia mmg tidak sama... adalah salah untuk mengecop satu2 klinik/hospital tu hampes hanya kerana kita terjumpa dengan doktor/nurse yang hampes...

who shud be blamed? me.... me... me....

sapa la suruh aku lupa appointment tu... kot, kalau aku tak lupa, gigi aku dah bertampal, takde la jadi macam ni...

sepatutnya aku (dan semua preggy mothers) lebih menitikberatkan kesihatan mulut/gigi... memang aku jaga pun... tapi bila mengandung kena ada extra care... minum susu (take calcium).. berus gigi.. apa2 la yang patut...

dan mmg sepatutnya semua wanita yang merancang untuk mengandung mengambil langkah pencegahan kerosakan gigi terlebih dahulu supaya masalah tidak menjadi lebih teruk ketika mengandung (especially dalam trimester ketiga)...

aku mmg amat menderita sekarang.. tapi sesal kemudian tiada gunanya...

aku amat berharap, lepas aku habiskan antibiotik ni, kesakitan ni akan hilang...

dan aku amat berharap, keadaan aku sekarang tidak menensyenkan adik baby dalam perut...

Tuesday, September 1, 2009

Dilema sakit gigi

Selamat hari merdeka Malaya!

Aku menyambutnya dengan ala kadar – tengok tv di rumah. Tengok acara perbarisan di Bangunan Parlimen, lepas tu tengok rancangan konsert arwah Sudirman, Sarjan Hassan (berapa kali nak tengok daa...), tidur dan pegi sungkai di Alamanda.

Tapi semuanya memang tidak enjoy yang amat... pasal aku start sakit gigi dari hari sabtu yang lepas. Aku menunggu untuk jumpa dentist. Tiada dental clinic yang buka time cuti ni. Tunggu ja la selasa menjelma.

Pagi ni, awal2 lagi aku sudah mengunjungi Klinik P***ajaya untuk dapatkan rawatan.

Masuk ja bilik rawatan, kena sound dengan doctor.

Sebab? Aku miss pegi appointment yang telah ditetapkan. Sepatutnya aku kena pegi appointment untuk tampal gigi (gigi yang sedang sakit ni la) pada bulan April. Tapi pasal aku bijak sangat lupa appointment date tu, plus time tu aku masih di awal pregnancy, aku tidak boleh tolerate beberapa perkara (loya – bau ubat gigi pun boleh membuatkan aku muntah), so aku ingat tidak la penting sangat pun miss apointment ni.

Doctor tu macam hangin satu badan. Dia kata aku miss appointment – walhal untuk tunggu appointment kena tunggu 3 bulan, sepatutnya aku grab the chance dan tidak membiarkan ia berlalu begitu saja. Lepas tu, oleh kerana aku set dengan doctor lain, dia tidak boleh ambil kes tu. pasal doctor tu saja yang pegang rekod aku.

Kesimpulannya, aku mengaku aku salah. Sudah sakit gigi baru la terhegeh2 datang klinik. Time sepatutnya aku ada appointment tu aku tidak datang (well, bukan aku sengaja – totally, memang aku terlupa).

Tapi kan, seingat aku, assistant doctor tu ada simpan nombor henpon aku, kenapa dia tidak call? Lepas tu, bukan ka Klinik P***ajaya ni guna system ICT yang supposed simpan semua rekod dental aku. Kenapa doctor ni cakap doctor tu sorang ja yang simpan? Hmm... aku mau heran2 pun tidak guna. Kalau aku pegi appointment dulu tu, sure aku tidak sakit gigi sekarang dan tidak berjumpa dengan doctor senggugut ni.

Jadinya, doctor ni just bersihkan lubang di gigi aku tu. Then buat temporary filling. Dan dia suruh aku contact assistant doctor yang satu lagi tu untuk buat next appointment. Most probably, appointment aku tu akan jatuh dalam bulan 12 (time aku berpantang).

Doctor yang rawat aku tu memang senggugut

  • Dia tidak benarkan aku buat reaksi muka macam sakit time dia buat cleaning tu – salah ka mau buat dahi berkerut.. memang la tidak sakit macam mau mati.. but still, ada la rasa tekanan dicucuk2 tu..


  • Pertanyaan mengenai status pregnancy aku


    Doctor: Berapa bulan mengandung ni

    Aku: 3* minggu

    Doktor: Ye la... saya tanya berapa bulan (poyo mau mampus)

    Aku: Nak dekat 8 bulan


    Memang silap la aku jawab guna measurement unit minggu instead of bulan. Aku just mau bagi exact answer. Tapi orang tengah senggugut kan. Ikutkan saja la.. samada aku bengap kerana tidak faham soalan, atau doctor tu yang bengap kerana tidak pandai mau convert dari minggu kepada bulan. (Dua2 pun bengap)

    To be honest, aku memang selalu confuse kalau mau kira pregnancy stage ni guna bulan. Pasal kalau pegi klinik pun sure doctor dan nurses akan mention dalam unit minggu. Kira logic la juga. Normally, tempoh pregnancy ialah 40 minggu. Sekiranya ibu tu sudah 38 minggu mengandung, mau convert ke bulan macamana? 38 bahagi 4 sama juga dengan 9 bulan setengah. Mau cakap macam tu ka? Kan selalu orang sebut2 – mengandung 9 bulan 10 hari. Mana ada orang cakap "saya mengandung 10 bulan".

    Ah, nasib la...


  • Doctor tu punya skrip "Kalau appointment awak tu kena lepas awak beranak, nasib le yer" – aaaa ye la.... faham la aku tu.... doctor ni kan... dia ingat aku ni budak baru mengandung agaknya... belagak ko yer.... kalau ye pun senggugut... tidak perlu la poyo macam tu...

Sekarang ni gusi, pipi, rahang dan telinga aku sebelah kanan masih rasa berdenyut2. Tapi aku ingat ja la cakap doctor tu.. makan ja panadol 2 biji. Kalau betul sakit juga, baru cabut. Walaupun sebenarnya tidak digalakkan untuk ibu mengandung.

Sabar saja la. Ini baru sikit punya dugaan dari Allah. Yang penting, aku sihat, adik baby dalam perut pun sihat.

Tapi yang ruginya, aku tidak dapat berpuasa – pasal aku kena ambil panadol. Kalau tidak ambil? Pening kepala aku menahan sakit gigi ni.

Pengajarannya:

  • Kalau suda kena set appointment di klinik gigi kerajaan tu, pegi la. Jangan lupa untuk datang.
  • Kalau terkena dengan doctor or nurses yang senggugut tu, sabar saja la.. especially yg gomen punya. Tambah2 kalau terkena hari first day of the week (cam kes aku, hari selasa pasal Isnin cuti umum)... dorang ni tension pasal banyak kes mau kena handle
  • Sayangilah gigi anda...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...