google analytic

Nuffnang

Tuesday, September 1, 2009

Dilema sakit gigi

Selamat hari merdeka Malaya!

Aku menyambutnya dengan ala kadar – tengok tv di rumah. Tengok acara perbarisan di Bangunan Parlimen, lepas tu tengok rancangan konsert arwah Sudirman, Sarjan Hassan (berapa kali nak tengok daa...), tidur dan pegi sungkai di Alamanda.

Tapi semuanya memang tidak enjoy yang amat... pasal aku start sakit gigi dari hari sabtu yang lepas. Aku menunggu untuk jumpa dentist. Tiada dental clinic yang buka time cuti ni. Tunggu ja la selasa menjelma.

Pagi ni, awal2 lagi aku sudah mengunjungi Klinik P***ajaya untuk dapatkan rawatan.

Masuk ja bilik rawatan, kena sound dengan doctor.

Sebab? Aku miss pegi appointment yang telah ditetapkan. Sepatutnya aku kena pegi appointment untuk tampal gigi (gigi yang sedang sakit ni la) pada bulan April. Tapi pasal aku bijak sangat lupa appointment date tu, plus time tu aku masih di awal pregnancy, aku tidak boleh tolerate beberapa perkara (loya – bau ubat gigi pun boleh membuatkan aku muntah), so aku ingat tidak la penting sangat pun miss apointment ni.

Doctor tu macam hangin satu badan. Dia kata aku miss appointment – walhal untuk tunggu appointment kena tunggu 3 bulan, sepatutnya aku grab the chance dan tidak membiarkan ia berlalu begitu saja. Lepas tu, oleh kerana aku set dengan doctor lain, dia tidak boleh ambil kes tu. pasal doctor tu saja yang pegang rekod aku.

Kesimpulannya, aku mengaku aku salah. Sudah sakit gigi baru la terhegeh2 datang klinik. Time sepatutnya aku ada appointment tu aku tidak datang (well, bukan aku sengaja – totally, memang aku terlupa).

Tapi kan, seingat aku, assistant doctor tu ada simpan nombor henpon aku, kenapa dia tidak call? Lepas tu, bukan ka Klinik P***ajaya ni guna system ICT yang supposed simpan semua rekod dental aku. Kenapa doctor ni cakap doctor tu sorang ja yang simpan? Hmm... aku mau heran2 pun tidak guna. Kalau aku pegi appointment dulu tu, sure aku tidak sakit gigi sekarang dan tidak berjumpa dengan doctor senggugut ni.

Jadinya, doctor ni just bersihkan lubang di gigi aku tu. Then buat temporary filling. Dan dia suruh aku contact assistant doctor yang satu lagi tu untuk buat next appointment. Most probably, appointment aku tu akan jatuh dalam bulan 12 (time aku berpantang).

Doctor yang rawat aku tu memang senggugut

  • Dia tidak benarkan aku buat reaksi muka macam sakit time dia buat cleaning tu – salah ka mau buat dahi berkerut.. memang la tidak sakit macam mau mati.. but still, ada la rasa tekanan dicucuk2 tu..


  • Pertanyaan mengenai status pregnancy aku


    Doctor: Berapa bulan mengandung ni

    Aku: 3* minggu

    Doktor: Ye la... saya tanya berapa bulan (poyo mau mampus)

    Aku: Nak dekat 8 bulan


    Memang silap la aku jawab guna measurement unit minggu instead of bulan. Aku just mau bagi exact answer. Tapi orang tengah senggugut kan. Ikutkan saja la.. samada aku bengap kerana tidak faham soalan, atau doctor tu yang bengap kerana tidak pandai mau convert dari minggu kepada bulan. (Dua2 pun bengap)

    To be honest, aku memang selalu confuse kalau mau kira pregnancy stage ni guna bulan. Pasal kalau pegi klinik pun sure doctor dan nurses akan mention dalam unit minggu. Kira logic la juga. Normally, tempoh pregnancy ialah 40 minggu. Sekiranya ibu tu sudah 38 minggu mengandung, mau convert ke bulan macamana? 38 bahagi 4 sama juga dengan 9 bulan setengah. Mau cakap macam tu ka? Kan selalu orang sebut2 – mengandung 9 bulan 10 hari. Mana ada orang cakap "saya mengandung 10 bulan".

    Ah, nasib la...


  • Doctor tu punya skrip "Kalau appointment awak tu kena lepas awak beranak, nasib le yer" – aaaa ye la.... faham la aku tu.... doctor ni kan... dia ingat aku ni budak baru mengandung agaknya... belagak ko yer.... kalau ye pun senggugut... tidak perlu la poyo macam tu...

Sekarang ni gusi, pipi, rahang dan telinga aku sebelah kanan masih rasa berdenyut2. Tapi aku ingat ja la cakap doctor tu.. makan ja panadol 2 biji. Kalau betul sakit juga, baru cabut. Walaupun sebenarnya tidak digalakkan untuk ibu mengandung.

Sabar saja la. Ini baru sikit punya dugaan dari Allah. Yang penting, aku sihat, adik baby dalam perut pun sihat.

Tapi yang ruginya, aku tidak dapat berpuasa – pasal aku kena ambil panadol. Kalau tidak ambil? Pening kepala aku menahan sakit gigi ni.

Pengajarannya:

  • Kalau suda kena set appointment di klinik gigi kerajaan tu, pegi la. Jangan lupa untuk datang.
  • Kalau terkena dengan doctor or nurses yang senggugut tu, sabar saja la.. especially yg gomen punya. Tambah2 kalau terkena hari first day of the week (cam kes aku, hari selasa pasal Isnin cuti umum)... dorang ni tension pasal banyak kes mau kena handle
  • Sayangilah gigi anda...

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...