google analytic

Nuffnang

Friday, November 28, 2008

10 signs I’m in love with you

Aku plagiat dari facebook kawan kepada kawan aku..


 


 

10. You are the first thing I think about when I wake up and the last thing I think about when I fall asleep

9. Just thinking about you puts the biggest smile on my face and my heart beats faster and faster

8. Every love song I listen to, I think of you

7. I re-read all our smses and love letters over and over again

6. When we are together, I never want the moment to end; I want it to last forever and ever

5. Whenever I am with you or look at you, nothing else in the world matters. I am blind to everything but you!

4. I am on cloud nine just the way you smell

3. Just by hearing your voice, I get butterflies and can't help but smile

2. I miss you even before you leave

1. I would do anything in the world for you since you are my world and my everything

Thursday, November 20, 2008

Wednesday, November 19, 2008

O Kanak-Kanak (Lagu Rakyat Brunei)

O kanak-kanak,
Apa kau bawa,
Telur dua biji,
Mintaku sebiji,
Marah karang nini,
Kemana ninimu,
Mengambil daun,
kanapa daun,
membuat balai,
kanapa balai,
tempat baaum-aum,
ambuyat semangkuk agung

Monday, November 17, 2008

Dear Ex (Part 2)

Dear wutever.. hehehe..

Aku ada kasi baca blog aku sama husband aku pasal aku punya last post.

Husband aku mula2 macam terpinga2, siapa la agaknya gerangan yang wifenya rindu ni.

Tapi lepas aku explain lebih kurang.. dia pun cakap “Ingatkan siapa.. kenapa la buat post macam tu, nanti orang ingat yang lain2 pula..”

Hehehehe…

Sesungguhnya, last post aku tu bukan pasal kisah ex-boyfriend dalam bentuk manusia. Tapi berkaitan dengan a part of my life yang amat memainkan perasan penting dalam hidup aku ni. So, pasal benda tu penting, jadi aku consider macam bercenta jugak la… manakan tidak, kalau tidak bercenta, tidak la aku teringat siang malam kadang2 sampai termimpi2.

p/s: tiada ex-boyfriend aku yang aku teringat2 sampai sekarang pun. (kalau betul pun aku rindu dorang2 ni, aku bukanlah bodoh bangat untuk post dalam blog aku… gila ka!)… I’m happy with my current lover aka my husband. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke dunia yang seterusnya. Amin.

Friday, November 14, 2008

Dear Ex (Part 1)

Ya Tuhanku.. ya diriku..

Malam ni aku find out, dan aku sedar, yang aku amat rindu dengan bekas kekasih aku ni. Rindu bangat!!!!

Aku sedar yang aku rindu dengan ex-boyfriend aku ni.. sebab, bila aku bercerita pasal ex-kekasih aku ni, aku menjadi amat enthusiastic, bertenaga, mataku bercahaya, dan orang-orang yang berada di sekitar aku rata-rata menyokong yang aku perlu kembali kepada ex-kekasih aku tu.

Sepanjang masa, even now, aku masih berfikir untuk bagaimana aku perlu menjalinkan hubungan aku dengan ex-kekasih aku tu dengan sebaik yang seharusnya.

Sedangkan, aku sudah lama ada kekasih baru yang patut diambil perhatian. Tapi malangnya, i'm just not into him. Aku malas mau fikir pasal new lover aku ni.

Tapi, sudah nasib. Ada greater force yang memisahkan aku dengan ex-kekasih ni secara short notice. Punya la aku kecewa...kecewa yang amat sehingga aku boleh menitiskan air mata dan menangis dalam hati more than a week. Aku kecewa sebab orang yang bertanggungjawab jadi tukang cerai ni kata aku tidak ngam dengan ex-kekasih aku ni so i shud be with my new lover.

Aku harap jodohku dengan ex-kekasih aku ni masih panjang. Kerana aku rasa aku menjadi insan yang lebih cemerlang kalau aku masih bersama dia. Walaupun kami banyak masalah time kami bersama dulu, tapi aku tidak kisah. Aku suka. Kerana aku tau, masalah tu tolerable. Aku boleh terima. Dan kami lebih banyak masa gembira bersama daripada masa sedih. Aku lebih memahami ex-kekasih aku tu dan aku lebih suka diri aku time aku bersama dia.

Ooo dan tidak dilupakan... mama ex-boyfriend aku tu pun aku sayang bangat.

Dear ex-boyfriend, I still love you to the max. Kau la boyfriend aku yang paling unggul. Aku harap aku akan jumpa boyfriend baru yang lebih bagus dari kau. Tapi buat setakat ini, you're the best!

Tuesday, November 11, 2008

Cekodok Ikan kawin Sambal Merah



CEKODOK IKAN

Marinade ikan

  • Ikan sutchi/dory fillet
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sesame oil
  • Jus Lemon

Bancuhan tepung

  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Telur
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk kari
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara-caranya

  1. Mula potong ikan kiub kecil2..
  2. Pastu gaulkan dengan bawang putih yang telah ditumbuk, sesame oil sikit (optional), garam, dan jus lemon sikit (mau letak serbuk lada putih pun bole)
  3. Bancuh tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk lada sulah, serbuk kari, telur dan air secukupnya
  4. Masukkan perapan ikan dalam bancuhan tepung
  5. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana macam goreng cekodok


SAMBAL MERAH (yang aku idam2kan lepas balik dari Bali.. penangan balik2 makan nasi padang je kat sana)

  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Lada merah dihiris (banyak2)
  • Ikan bilis ditumbuk
  • Kalau mau pedas lagi, tambahlah cili padi
  • Sedikit jus lemon
  • Garam

Cara-caranya

  1. Tumis bawang merah, bawang putih
  2. Masukkan ikan bilis
  3. Tumis lada merah sampai layu
  4. Masukkan garam dan sedikit jus lemon untuk kurangkan pedas
  5. Bila dah masak sume.. blend kasar

Friday, November 7, 2008

Survey saat bingung lagi..

1) Bekas kekasih saya adalah :

Bekas kekasih ke or bekas2 kekasih.. hehehehe.. orang2 yg bertanggungjawab mengajar aku sedikit sebanyak pasal hidup.. so nx time aku tak buat silap lagi..

2) Saya sedang mendengar...

Lagu si Bryan Adams and Barbra Streisand – I Finally Found Someone

3)mungkin sy patut

Tidak mengular..

4) Saya suka

Berbelanja.. dgr radio.. tgk The Nanny.. balik Labuan.. hang out dengan kawan2..

5) Sahabat2 baik sy

Orang yang terima aku seadanya.. kalau aku berjaya, dia tolong tepuk dan tumpang gembira, kalau aku buat silap, dia nasihat tapi tak marah pasal dia tau aku dah besar, tp kalau aku terjatuh dia tak cakap “padan dengan muka kau”.. kalau aku gembira, dia buat aku lagi hepi.. kalau aku sedey, dia tolong ceriakan aku.. (ambitious aku ni.. tp org ni wujud.. thanks my dear friend.. aku tatau le ko baca blog aku ni ke tak…ko kan bz…huhuhuh)

6) Saya x paham...

Kenapa kadang2 aku tidak bersyukur dengan certain thing yg aku dah ada..

7) Saya kehilangan....

Tak hilang apa.. hilang mood kot..

8) Ramai yg berkata...

Yg positif ke yg negative?

9) Makna name saya...

Hope dalam bahasa rusia..

10)Cinta itu adalah...

Seronot time suka2 la.. kalau time benci2 tu.. wish I dun have it..

11)Di suatu tempat,seseorg sdg...

Ntah.. tengah bz kot.. ke ngelat.. lantak la…

12)Saya akan cube...

Resume kerja balik pas ni.. hehehe..

13)Makna SELAMANYA...

Tuhan je selamanya..

14)Henpon saya...

Aku sayang henpon aku..tp aku terfikir untuk tambah henpon HTC baru…huhuh..

15) Bila sy bangun dr tido...

Kalau bangun pagi nyer citer..Aku akan terus pasang iron..nak iron baju kejer..hehehe..

16)Saya paling meluat apabila

Ada orang perasan bagus dengan gaya yang amat sombong.. (boleh perasan bagus.. tapi buat la cara PR yang paling disenangi ramai.. tade la org nyampah sangat kot…)

17) Party adalah...

Kalau aku jumpa kawan2 aku…

18)Hewan yg paling cute penah sy jumpe..

Hmm.. not very an animal fan.. mana2 pun cute.. elmo pun cute.. elmo tu binatang ke? Hehehe..

19) Peringkat umo yg paling menyeronokkan...

Time nak habis belajar degree tu..hehehe..

20)Hari ini...

Hmm.. cite pasal besok la.. aku nak brunch kat bangsar..

21) Mlm ini sy akan...

Tgk dvd yang baru dibeli di Bali..

23) Sy betol2 inginkan...

Pegi satu tempat tu.. granted ke tak yer?

24)bile tgk muke kt cemin pagi td...

Elok gak rambut pendek ni ye.. senang maintain..

25)Soping kompleks...

Aku suka pigi midvalley.. itu adalah taman permainanku time aku belajar di UM dulu..

26) Mkanan segera...

Nugget..megi in my mug.. mee sedap..hehehehe..

27) Ayat2 terakhir kate pd org...

Tu.. kat sana..

28) nak pjgkan TAG NI?

Sapa2 la… aku pun main amik je tag orang.. tak kena jemput pun..huhuhu…

Thursday, November 6, 2008

Escape to Bali - Part 3

sambungan dari cerita  Escape To Bali - Part 2

Sebenarnya, dengan masa 4 hari 3 malam di Bali tu – amatlah singkat! I wish I have more time to spend there.. looking forward to visit Bali next time. Kena tunggu Zizou besar sikit. Kalau dapat pegi dengan BFF pun best jugak. (Hehehe.. harap2 edi bagi)..
Next time, kalau pegi Bali, aku sudah ada checklist
  • Stay at HRH jugak
  • Mandi pool, rent a cabana sambil tidur, baca buku
  • Buat recording suara sendiri..hehehe.. (hari tu tak sempat la)
  • Barong Dance and Kecak Dance
  • Waterbom
  • Belajar surfing
  • Pegi Tanah Lot
  • Bergambar kat tengah2 sawah di Tegalalang.. hehehe.. ble ke?
  • Pegi tengok volcano kat Kintamani dengan jarak dekat..
  • Borong batik bali selagi tidak melebihi limit kastam..hehehe..
  • Beli barang jati dan cermin berwarna-warni
  • Spa.. bestnya kena urut..
 gambar diambil berdekatan dengan tempat breakfast di HRH. punya la penakut si Zizou ni

gambar di kedai makan berhampiran HRH. Si Zizou yang takut sama patung tu

    Escape to Bali - Part 2

    (ini adalah cerita sambungan dari Escape to Bali - Part 1)


    Temple (atau dalam bahasa Indonesia – Pura)
    Kitaorg just pegi 2 pura saja sepanjang berada di Bali. Pura Tinta Empol dan Pura Luhur Uluwatu.

    Pura Tinta Empol
    Diberi nama sempena air mata air yang terbit di kawasan tersebut. Tinta means air. Empol means terbit. Air mata air tu dianggap sebagai holy water. Pengunjung yang datang boleh mandi di kolam yang disediakan dengan tujuan minta hajat dan menyucikan diri. Kalau tanak mandi, cuci muka dan minum air mata air tu pun boleh. Setiap saluran paip (boleh cakap paip ke) yang dibina mempunyai tujuan hajat yang spesifik – menyucikan diri, awet muda, dimurahkan rezeki, tolak bala dan sihir.. ni semua diexplain kepada kitaorg oleh pengiring di pura tersebut. Dia la yang bertanggungjawab pakaikan kitaorg kain sarung dan ikatan kuning di pinggang sebagai tanda menghormati pura. Lepas tu dia ble amik gambar kitaorg 4 keping. Bayarannya? Rp100k. cheh… takpe la.. ikhlas je la bagi..
    Di kawasan pura ni pun ada Rumah Penginapan Presiden Indonesia. So, kalau ada pembesar negara datang Bali, dorang stay sini la.
    Di pura ni dorang sembah Dewa Indra. Time kitaorg datang ada upacara sembahyang sedang diadakan. Tapi si Zizou pulak bising2 di sana pasal nampak budak lain.
    On the way keluar dari kawasan pura, ada banyak kedai cenderamata. Jenuh juga kitaorg mengelak untuk dipanggil oleh tokey kedai.. ada la beli ole2 sikit.

     berposing di halaman luar pura

    posing lagi tapi ni di dalam pura

     
    Pura Luhur Uluwatu
    Temple ni terkenal kerana terletak di tebing bukit yang mempunyai pemandangan yang amat mengagumkan. Amat mengagumkan sampai aku speechless kerana bersyukur diberikan rezeki untuk melihat pemandangan tu. Selain daripada tu, temple ni juga dikenali dengan penghuninya yang suka kacau pengunjung yang datang – monyet. Amaran keras! Jangan pakai cermin mata (hitam ka putih ka apa kaler pun tak ble), handphone, makanan – ini semua kalau mau mengelak daripada diganggu oleh monyet-monyet yang ganaz di sini.
    Selain daripada tu, kalau pegi menjelang sore, boleh menonton persembahan tarian kecak di sini. (tapi aku tak pegi pun.. next time la pegi kalau aku visit Bali lagi).
    Bayaran masuk ialah Rp3k seorang. Kalau nak upah pengiring untuk tujuan mengenali Pura ni dengan lebih lanjut dan untuk mempertahankan diri dari monyet-monyet bertuah bolehlah bayar Rp50k (tak silap aku la).

    terpaksa bawa kayu untuk menjauhkan serangan monyet. Zizou was not in the picture pasal dia sedang tidur dalam kereta

     pemandangan tebing

    Tourist Guide
    Jika anda datang bersama keluarga yang mempunyai anak kecil, amatlah disyorkan untuk mengater tourist guide cum driver untuk bawa jalan2. Aku sewa kereta for 2 days dari Pak Wayan hasil daripada recommendation Ann. You can always call Pak Wayan before you’re departed to Bali.
    Kitaorg ari tu yang bawa jalan2 pekerjanya yang bernama Kadek Suastika. Seorang budak muda vegetarian yang fasih berbahasa Australian English, Mandarin dan sedang belajar bahasa Jepun. Lepas tu suka dengar muzik, jadi amatlah ngam kepalanya dengan husbandku yang suka dengar muzik jugak. Dan pandai melayan budak2. Zizou amatlah ngam dengan Kadek ni.
    Expect to pay your driver some tips at the end of the day. Pada hari ke-3 kami di Bali, husband aku ajak si Kadek ni layan live band di Center Stage HRH Bali.


    Spa
    Ada beberapa plan dari itinerary yang disusun oleh Kecik dan Ann yang terpaksa aku skip sebab aku mau shopping dan wut else…SPA!!! Mula-mula teringin mau ambil servis spa di HRH Bali… tapi mahal sangat about USD43 per hour.. gile…
    Si kadek driver ni mmg ada connection dengan pengusaha restoran, spa dan apa2 lagi la di Bali ni. (dorang kena bagi komisyen kot for every customer yang dorang bawa). Jadi dia suggest kitaorang ke Spa di Kuta for only Rp250k for 2 hours (massage, scrub dan mandi susu bunga). Tak silap nama spa tu Leta’s Life Spa.
    Servisnya bagus dan dorang boleh tolong babysit anak customer yang datang sementara parentsnya dispakan for no charge at all!!


    Shopping
    I love shopping at Bali. Instead, sekarang ni, aku ada rasa ralat sikit pasal ada beberapa benda yang tak beli di Bali dan aku menyesal sangat.. huhuhuhuh…
    Art marketnya melambak. Currency dorang murah. Maybe orang yang pi Bandung lagi la gila shopping kot. Seb baik aku pi Bali. Banyak sikit aktiviti.
    I love the batik bali, silver brooch.. apa lagi aaa… tu la aku paling suka.. dvd pun murah.. Rp10k je satu.. best giler..


    Live Band at Center Stage HRH Bali
    Salah satu daripada tujuan kitaorg nak stay di HRH Bali adalah untuk tgk live bandnya. Sebelum ni, ada resident band HRH Bali selalu buat show di HRC KL nama Siluet. Bila tanya reception HRH Bali, dorang kata Siluet is no longer their resident band. Huhuhu… sedey aku.
    Tp band yang skrg ni.. apa nama ntah lupa lak.. Xcite kot.. ok jugak la.. vocalist pompuan nye power.. vocalist lelaki cam ntah hape2.. yang band main Sunday nite tu, guitarist nya siap ble tegur Edi, tanya Edi dari Malaysia.. dia cakap dia dulu guitarist Siluet.. eh, kenal plak dia ngan edi.. hehehe.. what a small world..

    sambung cerita lagi di sini

    Wednesday, November 5, 2008

    Escape to Bali – Part 1

    I want to say thanks


    • To Allah… tanpa rezeki dan keizinanNya, sure aku tak dapat sampai ke bumi Bali. Dan kerana dengan kebesaranNya juga maka bumi Bali itu indah dan memukau.
    • To AirAsia.. now everyone can fly.. kalau tiada AirAsia, aku pun tiada la mau bermimpi pegi Bali.. terima kasih ye Tony Fernandes…
    • To my very dearest friends.. Ann dan Zila a.k.a Kecik.. without you both, I will be lost in Bali.. kamu la yang bertanggungjawab buat hati aku teringin pegi Bali ni.. dan kamu juga la yang bg aku tips, guidance.. prepare my itinerary… I love you both..


    Apa yang aku buat before aku pergi Bali?

    • Aku beli sunblock – tapi aku tak guna pun. Pasal aku tak sempat berjemur pun.. huhuh… tade masa..
    • Aku contact driver untuk tujuan bawa aku jalan2 di Bali. Ann recommend aku Pak Wayan. Untuk 2 hari, aku bayar Rp500,000 (lebih kurang RM200). Pak wayan ni tauke sewa kereta ni. Orang yang bertanggungjawab bawa kami jalan2 ni Mas Kadek. Orangnya baik. Suka menyanyi dan pandai layan Zizou. Zizou pun suka sama si Kadek ni. Wayan bagi kami ni guna kereta Toyota Avanza. Aku just bagi itinerary, so Kadek ni akan bawa kami jalan2 base on itinerary tu.


    Hard Rock Hotel, Kuta, Bali

    • Aku suka gila dengan hotel ni. Sejak first time aku set my eye on the article about HRH dalam magazine, aku teringin pegi sini. Memang tidak menyesal pilih. Next time aku pegi Bali pun, aku mau stay sini juga.
    • The food is ok. The room is ok. The bathtub is spacious.. 2 adults and a toddler pun muat..hehehe..
    • Duduk kat hotel ni.. tak keluar satu hari pun takpe.. ble lepak kat cabana swimming pool (first class!), main volleyball.. bbq dinner..malam lepak kat center stage… 2nd night di Bali, kami upah babysitter jaga Zizou.. tp lepas tu tengok ramai parents bawa anak dorang tgk live band sekali.. so, the next night, kitaorg bawa Zizou tgk sekali… and he enjoy it..

     bilik yang sederhana luas. siap ada couch pula tepi tu


     posing with the largest guitar I've ever seen


    breakfast at HRH. banyak choice


    Makan


    • Oleh kerana di Bali, 90% of the population is Hindu, mencari makanan yang halal kind of sukar sedikit (tade la susah sangat)… HRH menawarkan makanan halal (kalau ada pork, ada kena letak sign oink oink)..
    • Jadi, nak makan saja, cari makanan padang… my favorite? Ayam gulai, sayur singkong atau pucuk ubi (wajib) dan sambal merah.. hehehe..
    • Hari ke-3 di Bali, kami singgah di Jimbaran untuk dinner sambil melihat sunset… very nice view… I love it… dan ongkosnya juga hebat… untuk 1kg Ikan Siakap, 500g King Prawn, 700g squid, 3 drinks dan nasi, appetizers, fruits for dessert.. senang cakap.. mmg full la lepas tu.. sume sekali almost RM200… ohh.. tak dilupakan.. tips bagi kat busker yang kita orang request untuk nyanyi lagu Aerosmith – Don't Wanna Miss A Thing dan Matta – Ketahuan… hehehe.. we enjoy it.. Zizou pun enjoy.. dia yang paling sorak sakan..

      sunset view at Jimbaran

       Kitaorg order banyak lauk konon mau ajak driver, Kadek tu makan sekali. Sekali rupanya dia tu vegetarian la pula



    Nanti aku sambung lagi..daa…
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...