Sebab dulu time aku awal-awal mengandung Emir pun, ada juga aku mencari maklumat tentang FPP ni especially di Hospital Putrajaya.
Still ada gap yang boleh diisi dengan maklumat terkini.
1. Seawal usia kandungan 3 bulan, sila jangan bertangguh, mula check up dan buka buku pink di klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) kerajaan atau swasta. Yang penting, ada buku.
2. Sesudah ada buku checkup dan ada tarikh jangkaan bersalin (EDD), call FPP Hospital Putrajaya untuk booking doktor dan dapatkan tarikh appointment. (Booking appointment dulu pun boleh juga tapi untuk pegi appointment pakar FPP mesti kena ada buku maternity checkup).
3. Ada 3 orang doktor pakar yang boleh dipilih untuk urusan bersalin di Hospital Putrajaya. 1 orang doktor perempuan iaitu Dr. Hamidah dan 2 orang doktor lelaki. Salah seorang daripadanya Dr. Hazim. Doktor sorang lagi tu aku lupa namanya.
4. Aku dapat tarikh appointment pertama pada 16 Julai 2016 iaitu lebih kurang bulan ke-7 usia kandungan. Sebelum tarikh appointment, sila buat monthly check-up di KKIA atau klinik swasta pilihan hati.
5. Pada hari check up, sebelum lapor diri di klinik pakar, sila bayar fee di Unit Hasil dulu. Kali pertama checkup kena bayar RM160. Check-up seterusnya kena bayar RM60 dan tunggakan check up sebelumnya, contohnya caj scanning, dalam RM50 gitu.
6. Lepas tu, timbang berat, bacaan tekanan darah, test urine, dan tunggu doktor. Sambil tunggu ni, boleh la layan makan breakfast.
7. Kalau hari sabtu, masa menunggu adalah kurang daripada 2 jam begitu. Kalau hari kerja, kena tunggu dalam anggaran 2 hingga ke 3 jam begitu. Tapi kena faham la, orang yang kita nak jumpa tu doktor pakar, bukan doktor biasa. So, bayangkanlah kesibukan doktor tu. Mana mau pegi tengok patient di wad lagi, jumpa patient di klinik lagi. Time kita sedang jumpa doktor pakar ni pun, maybe akan ada doktor lain yang bertanya doktor ni, kira macam murid tanya cikgu atau referal point le gitu.
8. Kena ada check-up dengan doktor pakar ni sekurang-kurangnya 4 kali: pada bulan ke-7 or 28 weeks, bulan ke 8, bulan ke 9 dan 6 minggu selepas bersalin.
9. Walaupun kita sudah pilih doktor pakar ketika mula-mula buat FPP tu, pihak Hospital Putrajaya telah beri disclaimer lebih awal, bahawa ketika bersalin tu, mungkin akan diuruskan oleh doktor FPP yang lain. Macam aku, bersalin disambut oleh Dr. Hazim. Dr. Hamidah tak sempat datang kot. Tapi ketika check-up untuk discaj keluar wad tu, Dr. Hamidah yang check aku.
10. Sebelum masuk ke labour room (ke sesudah bersalin? I terforgot), nurse akan suruh encik suami buat pembayaran deposit RM3000 di Unit Hasil. Kalau ada GL dengan panel, PMCare contohnya, kita kena isi borang dan pihak Unit Hasil akan fax ke PMCare, PMCare akan reply dengan GL, maka kita tidak perlu bayar sebarang kos bersalin. Tapi sebab husband saya masih mamai lagi di pagi buta itu, dia pun swipe ja guna kad kredit.
11. Pesakit FPP juga akan dapat keistimewaan stay di wad eksekutif. Itu pun kalau tidak penuh la. Kalau wad eksekutif penuh, kena la stay di wad biasa. Cumanya, wad biasa di Hospital Putrajaya tetap kategori kelas pertama.
Aku prefer letak Emir di bed dengan aku.
Senang daripada letak dia di bassinetnya sendiri.
Bersalin pagi isnin.
Malam isnin tu layan tengok cerita Ibu Mertuaku di RTM2.
- Wad eksekutif ada tv untuk setiap katil. Ada juga remote tv. Boleh la setiap patient tu tengok channel kegemaran masing-masing.
- Katil di wad eksekutif lebih rendah lebih rendah daripada katil di wad biasa. Sebab kalau di wad biasa, aku mau turun pun kena menjengket. Di wad eksekutif aku boleh turun tanpa perlu sebarang kesukaran. Aku kan tidak berapa tinggi so I know my tahap of kerendahan. Hehe.
- Di wad eksekutif boleh adjust katil guna remote. Nak recline habis ka, recline sikit ka, mau tinggikan kepala ka, guna remote ja. Di wad biasa kena buat manually.
- Di wad eksekutif pesakit tidak seramai di wad biasa jadi bilangan pelawat pun lebih terhad.
- Di wad eksekutif juga toilet setting pun macam lebih cantik.
- Untuk pesakit FPP, suami dibenarkan untuk menemani ibu sepanjang masa walaupun di luar waktu melawat. Abang Edi teman aku siap bawa tikar, toto dan bantal. Not helping much pun sebab dia tidur ja malam aku stay di wad tu. But I feel more content when he's around.
Waktu melawat pesakit di Wad Eksekutif, Hospital Putrajaya.
Tiada selera. Addin ja yang habiskan makanan aku ni.
Dia suka pula makanan hospital. Maybe dia rasa macam piknik.
13. Makanan tu aku rasa macam sama ja. Ke ada beza? Aku pun lupa suda. Aku bukan makan sangat. Tiada selera. Tapi aku suka dorang punya minuman koko dan susu skim dalam peket. Sedap!!
14. Layanan? Wad eksekutif ka wad biasa ka pun sama juga. Cumanya wad eksekutif lebih selesa sebab tiada ramai pelawat yang ke hulu-hilir buat aku rasa sangsi ketika menyusukan anak.
Abang Addin's first moment with adik Emir.
15. Sebelum discaj, kena pegi ke Unit Hasil sekali lagi untuk end bil (macam makan sushi gitu). Segala bil labour room, bil wad dan bil farmasi akan dikira dan dibayar oleh pesakit FPP sendiri. Bil bersalin yang kami kena bayar ialah lebih kurang RM1400 begitu. Tiada subsidi. Bukti resit aku sudah submit ke PMCare.
Salam sis, nak tanya sis deliver normal kan?check bukaan berapa doktor lelaki@perempuan? kita boleh request semua nak doktor perempuan ke?
ReplyDeleteSalam sis.. daripada pengalaman saya yang lalu baru2 ni, most of the staff kat labour room Hosp. Putrajaya tu perempuan.. tapi dukacita dimaklumkan, kalau kebetulan ada doktor lelaki yang bertugas, kita tak boleh nak request semua doktor perempuan.. hosp putrajaya dah letak disclaimer siap2 tentang hal ni..
DeleteSis nk tnye kalau kos bersalin fpp bpe?
ReplyDeleteKalau normal agak2 dalam RM1300 gitu. Kalau caesar maybe dalam RM2000 kot. Tapi kena letak deposit RM3000. Bila dah discharge, kos bersalin akan kena potong dari deposit tu.
Deletesaya bersalin czer 2015 amek FPP dengan Dr Azmi, bil nya rm3700. Tahun 2012 amek FPP dengan Dr Azmi juga, normal delivery rm2300. 😌
DeleteHi, i check kat other website tunjuk labour room kena charge rm250 per hour untuk fpp Betul ke?
ReplyDeleteNot sure if the charge is by hour.. you can check psl FPP Hosp Selayang punya website.. saya rasa chargenya lebih kurang dengan Hosp Putrajaya
DeleteSuami boleh teman sepanjang masa ke dalam labour room?
ReplyDeleteKalau dah ready nak masuk labour room mmg doctor or nurse akan panggil suami masuk untuk temankan.. tapi lepas dah bersalin masa nak jahit perineum tu nurse akan minta suami settle payment di kaunter hasil untuk urusan masuk ward
DeletePlawat masih ikut rules Gov Hosp la kan?? Bwh 12 thn xblh naik..ke special..Blh dtg mlawat xkira umur..
ReplyDeleteDi Hospital Putrajaya, kanak-kanak atas 10 tahun dibenarkan melawat ke wad.
Deletemurah jgk bil sis kne..sy aritu bersalin bulan april kne rm2100 satu mlm shj
ReplyDeletemurah jgk bil sis kne..sy aritu bersalin bulan april kne rm2100 satu mlm shj normal delivery
ReplyDeleteHi Sis Dee
DeleteMungkin sis ada amik servis lain kot cth vakum ke, epidural ke.. etc.. kena cek detail billing
Salam sis, nak tanya tentang buku pink.sy buka buku pink di hosp swasta aritu.boleh ke nak daftar fpp di hosp putrajaya ni guna buku pink swasta?
ReplyDeleteSalam sis.nak tanya tentang buku pink.boleh ke saya nk daftar fpp tapi bawa buku pink dari swasta?
ReplyDeleteHi Diana.. Saya tak sure part tu.. tapi saya rasa ok kot sebab pakar nak tau pregnancy record kita je.. check up semua buat tak etc.. try find by calling them first.. good luck!!
DeleteMaksudnya deposit 3k... nanti final baru tolak jumlah sebenar dr 3k tu kan? Maaf, org laki kurang arif sgt pasal ni... huhu
ReplyDeleteBetul.. bayar dulu RM3000 tu.. pastu bila nak discaj,jabatan hasil akan keluarkan bil. kalau bil kurang daripada rm3k, boleh le dpt balance.
Deleteaslkm saya nak tanya...kalau saya nak masuk ke hospital ni kena tinggal di Putrajaya jer ker or tak kisah...
ReplyDeleteWsalam..
DeleteRasanya cam tak kisah kot.. sebab saya sendiri tak tinggal di Putrajaya :) cumanya bed kat Hosp Putrajaya mmg tak byk.. so kalau bed dah penuh ada kemungkinan kena advise utk ke hospital berdekatan yang lain
Hi Sis, nk tnye, dr hazim ok x? mcm mane dgn jahitan yg dibuat oleh Dr Hazim, sy dh book FPP kat Putrajaya, tp blum lagi decide Dr mane.
ReplyDeleteHi Sis Annee,
DeleteSaya berpuas hati dengan layanan Dr. Hazim ketika labour. Dr. Hazim Dr. Hazim buat jahitan cepat. Pastu rasanya kemas kot berdasarkan review nurse yang ada kat sana (saya tak tengok sendiri). Walaupun saya kena vakum, dan Dr. Hazim ada mention tear saya panjang tapi alhamdulillah dalam seminggu lebih camtu jahitan saya dah ok dan saya takde duduk mengereng pun :).
assalamualaikum sis. sy nak tanya. sis maksudkan total bill rm 1400 tu termasuk dgn kos labour room, bil farmasi, bil wad sekali ke? atau itu berasingan?
ReplyDeleteWsalam sis fara.. haah.. semua RM1400 tu adalah total cost termasuk semua yang dinyatakan di atas.
DeleteHi sis. Suami boleh teman di wad exclusive sahaja ke? Dekat wad biasa boleh teman atau tak? In case kalau wad exclusive penuh kan.
ReplyDeleteHi sis Amelia, suami boleh je teman walau di wad biasa sekali pun, tapi hanya ketika waktu melawat sahaja. Kalau di wad exclusive, suami boleh teman sehari suntuk :)
DeleteDi wad exclusive sahaja yg suami blh teman sampai mlm?
ReplyDeleteBegitulah sebagaimana yang saya tahu puan
DeleteSalam, kalau kandungan baru 3 bulan, dah boleh book fpp ke?ke kena tunggu 6 bulan?
ReplyDeleteDah boleh dah.. pastikan ada buku rekod checkup dulu
DeleteSalam maaf ggu. Sya ambil FPP Putrajaya dn dah nk due pun. Nak tnya utk byrn melalui GL (Micare), suami cme perlu isi borg & jbtn hasil akan fax ke Micare utk GL kan? Tnpa ada apa2 pembyrn deposit. Pmbyrn ni sblim ke labour room @ slps brsalin, sblom msuk ke wad?
ReplyDeleteHaah.. betul le tu.. jabatan hasil akan advise proses dengan lebih lanjut.. sebelum masuk labour room, suami akan kena suruh uruskan hal hasil..
DeleteAda nurseri baby ke?
ReplyDeletehi unknown, confirm ada nurseri baby
Delete