google analytic

Nuffnang

Thursday, January 2, 2014

Tips Percutian ke Seoul - Persediaan Pakaian, Aksesori dan Kosmetik untuk Musim Sejuk

Cuti ke tempat winter ni banyak belanja.
Sebab kena beli pakaian spesel.
Adik aku si Jakir yang penjimat gila dan kena paksa bercuti ke Korea ni pun mengeluh sebab kena beli pakaian yang memang tidak murah untuk didapati di Malaysia.
Sudah la kena paksa ikut ke Korea, kena do extra shopping pula tu. Huhuhuh..

Berikut ialah senarai pakaian yang kami prepare untuk percutian ke Korea.
Berserta reviewnya sekali berdasarkan pengalaman 5 hari menempuhi winter termasuklah 3 hari berhujan salji.
Macam bagus ja aku mo buat review kan. 5 hari ja pun. Boleh la :)

Outer coat/jacket
Wajib. Lebih sesuai kalau bersifat kalis air dan kalis angin. Suka la pakai tebal macamana pun yang penting ada winter coat.

Aku siap bawa 2 outer jacket/coat. Dua2 tu dibeli sebelum percutian ke Australia. Beli time sale di Elle, Midvalley. Rasanya macam kurang daripada RM350 ja untuk dua-dua pakaian tu. Oleh kerana sudah ada, so aku tidak perlu beli lagi. Time ke Australia, aku hanya bawa down jacket warna pink tu ja. Trench coat tweed hitam putih baru mau rasmi ke Korea.



Tweed trench coat yang baru rasmi di Korea. 
Dan pakai wet proof glove sebab mau main snow.

Addin hanya recycle balik jacket dengan fleece lined yang dibeli di Going Places, SACC Shah Alam dan pernah dipakai ketika bercuti ke Australia. Harga lupa.

Abang Edi beli down jacket di Uniqlo. Somehow, dia tidak yakin dengan keupayaan jaket TopMan dia sedia ada. Hohoho.. Abang Edi beli harga RM249. Time si Jakir beli, suda diskaun RM199 pula. Rugi la.

Hehehe.. Interestingly, time dorang mau beli tu, ada doubt di situ sebab  down jacket Uniqlo ni nipis dan ringan mau mati, siap boleh simpan dalam beg lagi. Tapi bila sudah merasai sendiri pengalaman suhu bawah negatif di Korea, Abang Edi dan Jakir bagitau ok pula jaket tu.

Jaket untuk Zara pula kami beli H&M saja. Mulanya berkenaan dengan down jacket yang ada di butik Zara, warna merah lagi. Tapi tiada size untuk si Zara pula. Duh.

Mama beli winter coat di Marks and Spencer, KLCC. Konpiden betul. Beli sebelum sign up pakej Korea lagi. Gilaks. Tapi cantek la coat tu. Harga pun boleh tahan juga. 


Semua pakai down jacket kecuali Mama. 
Semua ada kasut baru khas untuk cuti-cuti Korea kecuali Abang Edi, Addin dan Zara. 
Zara kena paksa pakai mask sebab bibir sudah biru.
Jakir tidak suka pakai winter hat atas sebab dia rimas. 
Lina hanya pakai inner, winter hat dan shawl untuk menutup aurat di kepala sebab tiada iron. 

Tips: 
Adalah lebih elok sekiranya dapatkan jaket/coat yang panjang ala-ala parka atau trench coat untuk menutupi bahagian punggung dan kaki.
Hujan salji yang ala-ala manja dan bukan mencapai tahap ribut, tidak akan membasahkan coat/jaket anda.


Long John
Rupa macam pijama tapi ketat. Dan kena pakai yang ketat untuk memastikan tiada angin yang terkena kulit. Ni la first layer (selepas panties, spender dan bra) yang kena pakai sebelum pakai baju berlapis-lapis di luar.

Abang Edi beli long john di Universal Traveller, Pavilion dalam masa seminggu lepas aku sign up dengan Kembara Sufi. Gila semangat. Salesgirl di kedai tu pun punya main gigih meyakinkan kami untuk borong sakan segala long john, jaket, glove, winter hat dan etc mak nenek di kedai tu tapi aku buat bodo. Sebab aku belum puas survey dan aku rasa harga pakaian di sana tu mahal. 

Long john yang dibeli Abang Edi pun bukan alang-alang. Wool material. High quality. Harga RM200++. Gilaks. The good thing is, Abang Edi tidak merungut sejuk pun di bahagian badan dan kakinya. Means, memang bagus la long john dia tu.

Untuk aku, Addin dan Zara pula, kami beli di Uniqlo ja, Heattech inner. Nipis gilak. Aku malas mo beli wool segala, cuba yg nipis2 ja. Alhamdulillah, Addin dan Zara tidak banyak merungut sejuk di bahagian badan dan kaki.

Cuma, aku saja yang sejuk tang paha. Badan ok ja.
Heran juga kan.. Ingat sudah banyak lemak di bahagian bawah ni bole tahan la kunun. Huhu..
Sudahnya, aku beli sepasang long john tebal with skirt di dekat2 town dengan Mt. Seorak dengan harga 15,000 Won. Baru la kurang sejuk bahagian paha tu. Kalau di Namdaemun, aku nampak boleh dapat around 10,000 Won ja.

Maknanya, di bahagian kaki sahaja, aku pakai 2 lapis longjohn.
(Mungkin kalau aku beli skirt ja pun ok, sebab paha aku ja yang sejuk. Betis ok ja. Stokin panjang sudah cover).

Cumanya, pembelian long john ni mungkin tidak wajib, bergantung kepada orang. Cam anak saudara Abang Edi, dia tahan sejuk sampai tidak perlu long john pun. Memang terer.
Dan, ada wife kepada kawan aku pun tidak beli long john rasmi segala. Dia hanya pakai inner dan legging sedia ada. Which is for me - genius.

So, kalau beli long john tebal-tebal macam Abang Edi punya tu mungkin ada sedikit kerugian kerana tidak sesuai untuk di pakai di Malaysia (kecuali kalau ke I-City bermain ais, err... sejuk ka sana?)
Cam heattech inner aku yg nipis tu boleh juga digunakan sebagai inner sekali sekala kalau pegi area yang beraircond ka, Genting or Cameron ka.
Atau boleh juga pakai di rumah untuk acara sukaneka "bolos saja dinding itu".  
Tapi kalau pakai bawah baju biasa untuk dipakai di tengah panas terik, cari nahas namanya.


Second dan third layer
Lepas pakai heattech, boleh pakai baju biasa. Suka la t-shirt cotton ka, baju kelawar etc. Tak cantek pun takpa. Kemungkinan besar orang tidak nampak. Sebab akan ada satu layer lagi sebelum pakai outer coat.

Pemakaian third layer ni pula bergantung di atas ketahanan kepada sejuk seseorang itu.
Ada orang, tidak perlu sampai tiga empat layer pun. Cukup 3 layer. Contoh cam aku ;)
Most of the time, aku selamba ja pakai heattech inner, baju long sleeve cotton biasa, dan outer coat.
Ada juga member-member yang sekali tour group hanya pakai tshirt, sweater dan outer coat (tiada long john).
Sweater tu pula, bole la pilih daripada material yang menebat haba contoh cam fleece dan wool.  

Untuk Addin dan Zara, aku pakaikan dorang 4 layer - heattech inner, tshirt, long sleeve t-shirt (sometimes thick sweater), outer coat.

Bagi layer terakhir sebelum outer coat, sila pastikan layer tu cantik mata memandang dan cantik di kamera. Kalau masuk indoor, sure nak buka coat sebab panas. Jadi, kalau dah bukak coat, tapi baju kat layer last tu buruk, tak comey le.

Saja keluar ke outdoor untuk testing macamana level sejuk dalam keadaan hujan snow lebat.
Rupanya, warm ja :)
No glove, no outer coat.

Untuk bahagian kaki pula, pakai jeans pun ok. Kalau mau pakai seluar sifon pun ok juga. Yang penting, ada lapisan seluar ketat di sebelah dalam.

Kalau mau yang lebih berkesan, boleh pakai seluar warm pant yang wind proof ada fleece line di sebelah dalam. Edi dan Mama aku beli di Uniqlo. Dorang kata memang cukup selesa.
Boleh juga bergaya dengan warm skirt juga boleh didapati di Uniqlo. Kalau aku beli benda alah ni, sure tiada masalah paha sejuk. Huhu!


Stokin dan Kasut
Aku beli stokin heattech Uniqlo. Rasa macam kurang berkesan ja. Sebab aku masih rasa jari-jari kakiku kebas. So, kena pakai stokin dua lapis. Nyesal pula tidak beli yang wool. Di Kok Kong banyak yang murah-murah.

Addin dan Zara pula pakai stokin wool, beli di Sox World. Dorang bagitau kaki dorang tak sejuk. Ye le kot.

Kasut pula, Abang Edi, Addin dan Zara pakai kasut sneakers mereka sedia ada ja.
Konon, kalau terjumpa yang murah-murah di Seoul, baru beli baru.
Tapinya, bila besoknya dah nak balik KL baru la kami ada peluang mau shopping.
Memang murah-murah.
Comel-comel ja winter boot budak2 yang aku nampak di Doota, Dongdaemun.
Walaupun Abang Edi, Addin dan Zara pakai sneakers ja, ok ja dorang berjalan.
Tapi, aku selalu nasihatkan Addin dan Zara untuk berhati-hati especially kalau ada ais atas jalan.
Boleh tergelincir kalau silap langkah.

Daddy dan anak-anak ok ja berkasut sedia ada.
Tapi si Mummy.. hehehe..

Mau juga yang baru kunun. Tapi tidak mau beli winter boot ala Ugg sebab aku rasa macam gabak ja.
Mau pakai boot juga kunun tapi punya la susah mau cari untuk saiz kaki aku.
Abang Edi galakkan cari boot panjang sampai ke lutut.
Masalahnya, orang normal pakai sampai lutut, aku pakai terlebih atas daripada lutut. Atau tak sampai pun sebab paha besar.

At last, jumpa yang berkenan di Clarks, Midvalley.
Sebenarnya, kasut untuk kanak-kanak. Saiz 1.5.
Siap beli spray untuk protect suede leather tu.
Sampai Korea, semua tempat pun aku main hentam ja berjalan.
Spray entah ke mana.

 Kasut kanak-kanak yang dipakai oleh orang dewasa.

Mama aku lagi sempoi. Dia beli ja kasut tertutup di Parkson Alamanda. Tapi tapak kasut tu macam tebal sikit dan daripada material getah. Mau kata wedges pun bukan sebab tebal tapi tiada heel. Harga? Less than RM100.
Mama aku langsung tidak merungut jari kaki kebas. Teori aku - tapak tebal, getah - udara sejuk tak dapat masuk. Good buy there, mama!

Kalau orang tempatan Korea pula, selamba ja aku nampak dorang pakai sneakers New Balance. Tapi mungkin kasut dorang tu ada fur lined.

Tips: Boleh juga dapatkan insole yang ada fur lining di Daiso. Size adalah standard dan boleh dipotong mengikut potongan yang diinginkan. Lepas potong, masukkan ke dalam kasut sebagai insole lapisan kedua. Teori aku ialah kalau buat macam tu mesti jari kaki akan terselamat daripada kesejukan. 


Hand glove
Amat penting. Wajibul Ghunnah. Sebabnya, hujung jari kaki dan tangan la yang paling sensitif dan senang kebas kalau kesejukan.

Kalau boleh, beli glove wool yang ada kind of pocket untuk keluarkan jari dengan lebih senang (tade gambar plak) atau glove yang ada some sort of technology yang membolehkan pemakainya guna henpon touch screen tanpa perlu buka glove.

Abang Edi siap beli glove kalis air dari KL. Aku hanya memandang sepi. Sudahnya, di Korea terpaksa beli juga di pusat sewa pakaian ski dengan harga lebih mahal, about 12,000 won untuk Addin dan Zara, dan 15,000 won untuk aku. Huhuhuh. Nyesal tiada guna.


Muffler
Abang Edi ja yang ada. Tu pun muffler dia beli di Old Trafford.

Kami 3 tiada. Tapi aku rasa bagus juga sebab lebih berkesan bertindak sebagai penutup leher dan boleh buat tutup muka. Addin dan Zara macam tiada masalah, maybe sebab pakai baju coat yang berhud dan inner layer yang ada turtle neck.

Earmuff
Kami beli di Daiso, comel-comel, siap boleh laras. Tapi tidak pakai pun. Membazir ja. Seb baik RM5 ja sebiji.


Facemask 
Better have terutamanya kalau time angin kuat. Dan sesuai untuk menutup bahagian hidung dan mulut supaya tidak terkesan dengan keadaan sejuk yang mencengkam. Tidak dilupakan, boleh cover malu kalau tentiba air hidung terkeluar sebab sejuk ya ampun.


Sunglass
Aku jarang pakai pun pasal bukan jenis orang suka pakai sunglass. Alhamdulillah, tiada masalah mata kering dan snow blind. 


Chemical Heatpack
Atau juga dikenali dengan nama pocket warmer, hand warmer, hot pack, heat pad dan yang sewaktu dengannya. 
Amatlah membantu. Terutama kepada sesiapa yang tidak tahan sejuk.
Senang ja guna. Buka plastik, renyuk-renyuk sikit, then, masuk dalam poket.
Kami beli siap-siap stok di Kok Kong. 1 pek untuk RM5.
Ada 3 jenis, 1 jenis untuk pegang di tangan, 1 jenis untuk lekat di long john, 1 jenis lagi untuk dilekat di stoking pakai dalam kasut.
Kononnya melalui pembacaan aku di internet, boleh dapat di Daiso. Tapi tiada pun.
Banyak Daiso aku terjah - Midvalley, Seri Kembangan, IOI Mall, Sunway Pyramid, Paradigm.
Hampa :(

Tour guide kami pun ada bagi sebiji heatpack jenama Lotte sebagai free gift konon.
Di Seoul boleh dapat dengan harga 1,500 - 2,000 won seunit.

Heat pack brand Lotte yang ada gambar artis K-Pop (aku tidak tau sepa).
Heatpack Lotte ni memang la teramat bagusnya daripada Kok Kong punya.
Kejap ja panas. Puas hati.
Kalau yang dibeli di Kok Kong (dan juga brand lain yang adik aku ada beli di Korea), lama masuk dlm poket baru la terasa panasnya. Cheh.

Heatpack yang dibeli di Kok Kong Winter Wear KL.
Atas kiri oren untuk dilekat di bawah stokin dalam kasut. 
Atas kanan kuning untuk dilekat di long john dalam baju. Suka la mau letak di perut ka, bahu ka, belakang ka, ketiak ka. Aku pernah guna untuk letak di paha pada hari pertama ke Nami
Bawah pink untuk dikeronyok di tangan dan simpan dalam poket.

Handbag 
Suka la pakai handbag jenis apa pun. Cumanya kalau travel ni, memang aku akan guna handbag yang besar dan ringan. Beg aku tu sudah macam beg doraemon. Macam-macam ada. Biskut la, botol air la, glove, sunglass, winter cap, heatpack, tisu etc. Duit ja tidak berapa mau ada. Hoho. Seb baik beg LongChamp tu ringan psl material nylon ja. Kalau beg pun suda berat, tambah lagi dengan segala isi beg, mau senget bahu sebelah.


Tudung
Sebelum ke Korea, jenuh la aku ni memikir mau pakai tudung jenis apa.
Aku ni hanya ada collection bawal, silk square scarf dan chiffon long shawl ja. Sesuai ka bawa ke tempat winter? 
Suka la mau fikir-fikir corak tudung macamana mau pakai kan, sebab kalau sudah pakai outer coat yang sama ja sepanjang cuti di Korea tu, macam boring la pula kan kalau tudung pun yang satu tu ja mau dipakai. Tiada kepelbagaian la.
So, aku pack ja 5 square scarf yang pelbagai corak. 1 hari 1 corak konon.
Tapi yang bengongnya, aku lupa bawa iron. Dan di bilik hotel pun tidak disediakan iron. Dan aku pun malas mau request iron daripada hotel kecuali di malam terakhir before balik KL tu.
Nasib baik aku ada bawa 4 helai pashmina shawl yang selama ni terperap ja dalam laci pakaian.
Kalau di Malaysia, jangan harap la aku mau pakai pashmina shawl sebab cuaca panas.
Tapi bila dibawa ke Korea memang just nice. Material tebal. Tidak menyejukkan leher dan kepala.
Tidak perlu iron. Cuma kena sediakan a handful of brooches and pins untuk semat shawl bagi cantik. Gulung saja then siap. Senang.


Losyen
Amat la penting. Oleh kerana aku bukan pemakai losyen, so before ke Korea, aku beli losyen tajuk Vaseline botol hijau perasa aloevera saiz kecil - untuk kegunaan sapuan badan sekeluarga. 
Tidak dilupakan lip balm cocoa butter - Addin cakap rasa coklat. 
Vaseline petroleum jelly pun aku bawa juga - untuk sapu di muka, leher dan telinga Addin dan Zara.
Dan untuk muka aku, aku guna Nutox serum, sunblock dan moisturiser. Abang Edi pau moisturiser aku.
Tapi ternyata vaseline hijau saiz kecil tu tidak cukup pula lepas 3 hari.
So, aku bantai pula losyen mama aku iaitu Palmers Cocoa Butter.
Alhamdulillah, dengan amalan perlindungan muka kami selama 5 hari ni, kejadian kulit kering, merah dan mengelupas lepas balik Korea tidak seteruk sebagaimana lepas kami balik dari Australia.
Sedangkan, Korea lagi berganda sejuk. Huhuhu.

p/s: Setelah try and error, kami sekeluarga mengesahkan losyen Cetaphil adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga. Tiada bau, tidak melekit. But did it's job just great. Boleh pakai di badan, tangan, kaki malahan di kulit muka. 

23 comments:

  1. Assalamualaikum. Terbaik. Ringkas dan padat tapi informative dan bermanfaat. Just nak tanya, down jacket yang Super nipis dari uniqlo tu tahan sejuk ke?

    ReplyDelete
  2. Salam En Sirajuddin

    Terima kasih kerana baca blog saya. Semoga bermanfaat untuk tuan.

    Berkenaan down jacket Uniqlo tu, saya rasa depends on badan orang. Saya sendiri tak pakai.
    Pendapat ahli keluarga saya lain-lain.

    Suami saya - tak puas pakai Uniqlo. Dia rasa mungkin lebih elok pakai jacket super tebal cth cam brand Northface.

    Adik-adik saya - dorang kata ok je. walaupun cuaca sejuk di korea. but ofcourse, kena pakai berlapis di dalam.

    hope this helps En. Sirajuddin :)

    ReplyDelete
  3. Salam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  4. Salam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Nice sharing. Tips yg sgt berguna. Insyaallah saya akn ke korea pghujung nov hingga awal disember ini. Adakah saya perlu membawa pakaian winter dr malaysia atau just beli d sna nnti? Terima ksh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam @pencaricintailahi.. Minta maaf lambat reply.. Baru perasan komen ni.. it depends dengan jadual perjalanan saudari.. kalau jalan sendiri2 dan ada masa untuk shopping sebelum bersiar-siar, beli kat sana pun ok.. lebih byk pilihan dan kalau ada rezeki, dapat pada harga yg lebih murah.. tapi kalau pegi dengan travel agency, saya cadangkan beli dari sini saja.. sebab jadual travel agent selalunya padat.. tade masa nak shopping sebaik sampai sana..

      Delete
  6. i read entry ni dari A-Z hahaha.. menarik perkongsian.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Siti Yang Menaip

      Semoga memberi manfaat untuk percutian awak :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Yuppp... sgt berguna utk yg pertama kali ke musim sejuk mcm kita... 😊

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian dan tips. saya akan ke korea pada 14 februari 2016 selama seminggu. saya nak tanya, better beli boots di malaysia atau di korea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. sori lambat reply.. saya tak perasan komen Nurul Nadiah ni. huhu.. saya beli boots di Malaysia saja.. Hope you had a nice trip in South Korea :)

      Delete
  11. Thanks for tips! sangat membantu sy tak lama lagi ingin berlibur juga :)

    Nonton film 720p

    ReplyDelete
  12. Assalam,
    Nice writing,
    In sha Allah saya akan pergi 2nd week of dec this year,
    mcmana dengan boots, jenis apa yang sesuai.
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hajah,
      Terima kasih sebab membaca blog saya.
      Hajah boleh pakai winter boot, lebih baik sekiranya bertapak getah dan tebal supaya dapat melindungi kaki daripada permukaan tanah yang basah atau salji yang sejuk. Sekiranya ada lapisan kaki yang ada warm lining pun lebih bagus.

      Cumanya, sejak saya pun sudah lebih banyak travel since my last trip to Korea, saya skrg prefer pakai kasut sukan yang sesuai untuk berjalan. Tapak getah dan berbunga. Boleh tambah sendiri warm lining insole di bahagian dalam. Kaki pun tidak penat. Orang Korea sendiri pun ramai yang pakai jenama New Balance. Pastikan saja bawa lebih daripada sepasang stokin untuk ditukar setiap hari :)

      Delete
  13. Salam..pn..nk tnya,kalau suhu dlm 0-3degree pun kena pki jg longjohn tu?atau sejuk tu biasa2 ja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur Lina,
      saya rasa kena tgk tempat jugak dan daya ketahanan sesorang tu. kalau 0-3 degree tu mmg dah sejuk le utk orang dari negara tropika macam kita. Tapi untuk jimatkan belanja, drpd beli long john yg mungkin berapa kali pakai seumur hidup, boleh la cuba utk pakai 3 layer baju nipis kat dalam. Cumanya, stokin tu kena good quality. Kalau sarung tangan tu tak good quality, at least ble tumpang masuk dalam poket baju :)

      Delete
  14. Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

    Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

    Untuk musim sejuk longjohn boleh dibeli di korea seperti di uniqlo pada harga yg jauh lebih murah.

    ReplyDelete
  15. salam.perkongsian yang sgt bermanfaat.
    insyaallah akan ke korea disember ini.
    di malaysia, kulit saya tak tentu kadang2 boleh jadi combination dan kering. tp buat masa ni normal. risau juga masa time winter nanti kulit akan jd super kering, so penggunaan nutox ok ye semasa di sana? asalnya (di malaysia) kulit awak macammana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hanie..
      Kulit saya jenis combination, kering dan berminyak.. cumanya skrg ni saya dah tak pakai nutox.. sebab after a while, kulit saya keluar jerawat lak.. lepas tu saya dah pakai cetaphil.. dan alhamdulillah cetaphil tu ok utk saya pakai di Malaysia dan negara2 sejuk..

      Delete
  16. Dekat mana nak beli cetaphil

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...