google analytic

Nuffnang

Friday, January 10, 2014

Percutian ke Korea (Day 3) - Mt. Seorak, Daepohang Fish Market & Vivaldi Ski Resort

11 Disember 2013

Pagi ni, kul 8 sudah kena turun ke lobi sebab sedia untuk breakfast.
Jadi, time kami turun lif tu, kami perasan snow sedang turun.
Alamak ai... Excitednya kami.
Abang Edi siap ambil video lagi. Tapi pasal video tu senget, tidak dapat la aku post sini.

So, bila sampai ja lobi, apa lagi..
Aksi menadah snow la masing-masing.
Romantiknya suasana.
Seronotnya terasa bila snow masuk mulut (sebab aku saja nganga luas).
Seronotnya bila membiarkan snow jatuh dan melekat di bulu mata.


Kami yang kejakunan

Baru la nampak stonehenge tu

 Breathtaking view

 Kan dah jadi keje.. terpaksa sapu snow

Jom berjalan ke blok sebelah untuk breakfast

So, lepas puas bergambar, kami pegi breakfast ke blok sebelah.
Punya la ramai tourist. Meja pun banyak.
Dan yang bagusnya, setiap meja sudah diassignkan untuk tour group masing-masing.
Tiada kes tourist cari meja sendiri.

Lepas breakfast, berangkat ke Mount Seorak untuk naik kereta kabel. Yeah!!

Mount Seorak

Sesampai ja di sini, snow semakin lebat. Angin pun makin kuat.
Bas tourist pun banyak juga.
Menurut Mr. John, time winter tidak ramai orang yang ke sini.
Tapi kalau time musim bunga atau musim luruh, orang ramai datang berbondong-bondong.
Jangan harap la mau dapat parking macam time kami pegi tu.

 Ni standard kalau time winter. Less people.

 Gate masuk.

 Gambar tour group yang sporting.

 Family kami.

 
 Cable car station.


 Aktiviti sambil tunggu mau que.

 Sedang tunggu cable car.



 Ni semua aksi di belah atas.

Lepas tu, aku jadi palui-palui menunggu di cafe ja sebab tidak tahan sejuk. 
Air hidung kerap meleleh tanpa disedari. 


Sementara itu mama dan adik-adik aku semua over adventurous berhiking dengan snow lebat di luar. 
Pathetic me. 


Aku pun tidak sure apa motif si Lina ambil gambar map ke toilet ni.
Tapi kunjungan ke toilet adalah major aktiviti aku di sana. 
Asal nampak toilet ja, mesti mau masuk.

 Lepas turun guna cable car juga, kami dibawa melawat ke Shinheung temple. 
Dekat ja.

Time to move. Sejuk. Tak tahan.

Fish Market at Daepohang Port
Lepas akvititi di Mt. Seorak, acara lunch pula.
Then, another 2 hours in bus. Setiap kali masuk bas, mesti mau tidur.
Hibernasi bak beruang lah katakan.
Mau tengok keluar tingkap pun bukan ada faedah.
Pasal ada kabus di tingkap. Cuaca di luar lebih sejuk daripada dalam bas.

Lepas lunch dan solat, pegi jalan-jalan pasar ikan pula.

 Makan ada sup size besar.

 The guy in green jacket is Mr. John.

 Pasar ikan sini bersih.




One thing yang aku perasan, si Mr. John suka la nak mention kat pasar ni ada crab, prawn dan 'sotong', etc.
Part 'sotong' tu memang dia akan sebut dalam BM, yang seafood lain semua sebut in english.
Rupa-rupanya, sotong dalam korean is taik lembu.
Patut la dorang (Mr. John dan peniaga di pasar tu) suka sangat sebut 'sotong' especially bila dorang tau kami ni Malaysian.  

Sewa pakaian ski
Transfer ke Vivaldi Ski Resort pula.
Tempat ni adalah antara ski resort yang dikenali ramai di Seoul.
Ski park buka sampai tengah malam, so Mr. John cadangkan kami untuk menjalankan aktiviti ski pada malam tu instead of kebesokkan paginya sebab mau kejar masa.

Tapi sebelum sampai ke Vivaldi Ski Resort, kami singgah ke satu kedai sewa pakaian ski dulu.
Kos sewa untuk pakaian ski dewasa ialah lebih kurang 60000 won.
Dan untuk kanak-kanak ialah 55000 won.

Kami semua berski kecuali mama, macik aku dan Jakir.
Tapi dorang pun sewa juga baju tebal dengan harga yang lebih murah. Siap ada kasut khas lagi.
Sebenarnya, tidak perlu pun pakaian spesel. Baju sedia ada pun ok.
Sebab aku tengok orang lain selamba ja pi ski park tu pakai jaket mereka sendiri.
Rugi la.

Vivaldi Ski Resort
Di Vivaldi Ski Resort, bilik kami pun lebih kurang sama ja macam di Del Pino semalam.
Mungkin di bawah pengurusan yang sama.
Tapi kali ni, dua group bilik terpaksa berkonsgi satu suite yang sama.
So, family aku dan Nurul + Lina share satu suite. Dorang guna second bedroom.
Group mama pula share dengan tour group leader kami.

Suite kami kali ni adalah korean style. So, master dan second bedroom, dua-dua tiada katil.
Bath tub, kitchenette, semua ada.
Tapi tv ada channel yang xxx. Nasib baik Addin dan Zara tidak main remote.
Channel kartun ada satu saja pula.

Lepas simpan beg dan bersiap segala, masa untuk ski!!

 Zara sudah rupa macam orang bulan.

 Pemandangan ski park dari lobi tingkat ntah (level bilik kami)

Kaunter sewa snowboard

Bergaya dulu dengan peralatan ski

Family kami

Terpeleot aku main ski ni


Main ski ni nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan tahap kecergasan yang tinggi. 
Sebelum kami start berski, Mr. John ajar dulu asas ski iaitu cara bergerak ke depan, ke sisi, cara jatuh dan cara bangun semula.

Mau jatuh pun kena ada style, sebab kalau tidak kena gaya, mau patah tulang belakang. Tambah pula kami ni yang berada pada level lebih rendah daripada amatur. Orang yang expert lagikan boleh cedera.

Bangun semula tu yang tidak tahan tu. Sebab kena bangun sendiri while wearing the hard ski boot, dengan badan yang tidak fit amatlah seksanya. Cara paling mudah, tanggalkan boot dari ski, baru la boleh berdiri dengan normal. 

Dan oleh kerana tidak expert, mau naik bukit kena bergerak ikut sisi. Kalau Mr. John yang expert tu, selamba ja naik bukit dengan berski ke depan. Naik bukit setengah jam, turun bukit, seminit. Memang berpeluh. 

So, untuk aku, lepas sejam berski lesson dan main ski, aku give up. Baring lagi bagus. Hehehe..

Sambil kami berski, keluarga lain yang tidak berski pula pegi round area Vivaldi tu.
Vivaldi ni lebih kurang macam Genting Highlands yang happening dengan kedai dan indoor themepark without the outdoor themepark tapi ada ski park.

So, lepas penat berski, kami naik bilik, masak maggi sebab lapar.

Time for bed

Mungkin ada yang bertanya atau heran kenapa Addin dan Zara suka bantai pakai seluar ja dalam bilik hotel. 
Sebab dalam bilik hotel, suhu adalah suam-suam kuku. 
Jadi, kalau kepanasan, tidak perlu berstoking segala. 
Cumanya, kalau dekat dengan tingkap, memang akan terasa kesejukan dari luar bangunan.
 
link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

6 comments:

  1. halo. i read your blog about ur trip to korea. i'm lani from jakarta. bole tanya2 about korea, especially about vivaldi park?

    tx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lani! Silakan bertanya tentang Vivaldi Park. Saya akan cuba bantu berdasarkan pengalaman ;)

      Delete
  2. Hi Naddea,
    better we speak malay yah, hehe
    i noticed that u have little girl, bagaimana dia bisa tahan di cuaca sedingin itu. saya maybe akan pergi end of desember, but saya cukup takut bila2 anak saya tak tahan dinginnya, while my kids already 8 and 10. bagaimana feeling ur little girl, are her hands feel numb, like others said in net? what should kids wear to survive the weather?
    and i try to book daemyung from agoda, booking, but all days are blocked for that peak season, maka dari itu tadinya saya nak tanya bagaimana kamu bisa dapat kamar disana, tapi rupanya kamu ikut tour ya, while saya tak ikut tour.
    i think thats all for time being.

    tx

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hello Lani.. Saya sudah terdelete jawapan saya terdahulu secara tidak sengaja :(

    Kalau mau tau lebih lagi, boleh email saya di naddea@gmail.com :)

    ReplyDelete
  5. Hi Lani,
    Sebenarnya, jujur saya katakan, my little girl didn't cope very well with the last winter in Korea. Dia tidak banyak mengadu, tetapi, as parents, kami boleh nampak yang dia tidak selesa apabila dia kerap minta didukung, dan bibirnya menjadi biru. Untungnya, kejadian itu hanya berlaku apabila kami berada di Mt Seorak. Mungkin kerana suhu di sana lebih sejuk dan anginnya lebih kencang.
    Saya cadangkan Lani untuk sediakan semua pakaian yang bersesuaian: thick wool long john (bukan dari Uniqlo), wool socks, mask (penting untuk menutup hidung dan bibir si kecil), winter hat yang boleh menutup telinga, muffler untuk menutup leher dan wool winter glove. Kalau boleh, carikan kot yang panjang hingga ke paha untuk si kecil. Boleh juga beli heat pad untuk diramas di tangan. Walaubagaimanapun, anak saya tidak suka memakai heat pad yang boleh dilekat di badan dan tapak kaki. Rimas katanya.

    Berkenaan penginapan itu, saya menggunakan tour. Jadi, mungkin dengan tour boleh dapat harga yang lebih kompetetif berbanding tempah sendiri :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...