google analytic

Nuffnang

Showing posts with label thing to ponder. Show all posts
Showing posts with label thing to ponder. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Balik Kampung - Duty Free Shopping

Kain mahal yang murah di Labuan

Raya tahun ni pada hujung bulan Ogos, jadi aku mesti beli kain ela sekarang juga. Aku tidak boleh jadi macam orang normal yang lain yang boleh suka-suka hati beli baju kurung yang sudah siap sebab saiz aku yang amat comel ini. Kalau aku beli baju kurung yang saiz XS sekali pun, aku mesti ada masalah tangan baju dan kain yang panjang serta pinggang yang longgar.

Demi keselesaan diri sendiri dan untuk mengelakkan orang pikir aku ni pinjam baju orang yang lebih besar dari aku, aku kena tempah sendiri baju kurung. By the way, aku tempah baju kurung aku pada cousin aku yang memang cekap menjahit. Upah jahit adalah RM20 saja untuk baju kurung dan RM40 untuk baju kurung yang ada lining. Murah kan?

Tujuan beli kain di Labuan ni pun sebab kain di Labuan adalah lebih murah dari di KL dan tailor aku yang bertauliah juga dari Labuan (senang mau menghantar). Aku selamat membeli 2 pasang kain sifon dan sepasang kain cotton untuk aku, sepasang kain cotton untuk si Zara, kain untuk Abang Edi, Addin dan Zara (satu kayu) dan samping songket dari Brunei untuk Abang Edi.

Kain baju melayu dan samping songket Brunei

Kain sifon aku dan cotton for Zara
 

Harganya? Mampu milik. Murah ka? Adik aku si Tasha cakap kain yang aku beli tu lebih murah kalau mau dibandingkan dengan harga kain di KL. Ini hasil pemerhatian si Tasha sebagai regular customer bertauliah di kedai kain The New Store Labuan.

Lepas tu, bila sekali sekala ke KL tu pandai pula dia membandingkan kualiti dan harga kain di kedai-kedai kain di Jalan TAR, contohnya Gulati's Silk Store, EuroModa, etc (aku pun bukan tau pasal kedai-kedai kain ni sangat).

Berapa murah boleh dapat? Kalau kain washable silk, aku boleh dapat lebih-lebih pun pada harga RM100 untuk 4 meter beserta kain lining diberikan percuma. Kain lining yang diberikan pun bukan kain lining yang murah-murah punya style. Kata si Tasha, kain sifon yang macam di The New Store tu pun boleh didapati di kedai-kedai kain di KL tapi bukan di tingkat 1, kena cari di tingkat ekslusif di mana kain-kain disusun dengan teratur siap disinari dengan limpahan lampu yang terang dan bergemerlapan dan harga pun kurang-kurang RM300++ sepasang. Aku tanya tuan kedai tu The New Store tu, kalau di KL kain-kain ni kena jual kurang-kurang pun RM180-RM200 lepas ditawar-tawar.

Mengikut kata si Tasha lagi, kain-kain di Labuan (khasnya di New Store) bukan saja murah tapi berkualiti - warnanya berseri, coraknya tidak kabur, sempadan di antara color pada kain tidak blur, design terbaru, kain pun bukan jenis cuci sekali dua sudah hancur dan berbulu.

p/s: Kalau ke Labuan, cari kain sutera yang mahal pada harga murah. Bukan kain yang memang murah tapi mau cari murah lagi. Kalau kain murah-murah, di arked Jalan TAR pun belambak. Dan kalau ke New Store, rajin-rajin la minta tengok kain di stor. Dalam stor tu, lagi la banyak kain untuk pilihan. Kalau terer lagi, try la jual nama si Tasha, untung-untung dapat murah.


Sigup (rokok) dan coklat duty free

Sigup dan coklat di Labuan memang murah sebab Labuan ialah duty free island. Liquor pun murah. Sometimes aku tengok satu can beer tu macam lebih murah pula daripada harga satu can Coke. Sama macam Langkawi. Ada orang kata coklat di Langkawi lagi murah. Tapi aku rasa sama ja macam harga di Labuan. Kalau pandai cari kedai, boleh ja jumpa coklat yang lebih murah dari yang dijual di kedai lain. Kalau rajin, beli sigup dan coklat di kedai-kedai yang menjual duty free items. Lepas tu minta la diskaun. Sure boleh dapat. Dengan syarat, beli la pada kuantiti yang banyak.

Dan kalau boleh lagi dan suka berjimat, tidak payah la beli coklat last minute di airport. Mahal bah. Kalau coklat Hershey yang kecik-kecik 350g tu kena jual RM15 di kedai biasa, tapi di airport boleh jadi RM18++. Rugi la. Yang penting ari tu, aku beli coklat Daim banyak-banyak untuk diberikan kepada kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah si Addin dan Zara.


Panjang gila post. Lepas ni mau buat checklist dan itinerary cuti-cuti ASEAN lagi.

Balik Kampung - Passport and IC replacement

Pasport antarabangsa (warna merah)

Renew passport - oleh kerana aku sudah ada pasport, aku just kena bawa pasport lama, salinan kad pengenalan (serta kad pengenalan asal untuk pengesahan) dan 2 keping gambar pasport terkini. Aku tidak pernah berpengalaman buat pasport di Semenanjung, tapi melalui cerita kawan-kawan, kalau orang Sabah buat pasport di Semenanjung akan ambil masa 1 minggu untuk siap. Bayaran ialah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Aku buat untuk 2 tahun saja (mau budget punya pasal).

Buat pasport baru untuk si Zara - hanya perlu bawa surat beranak (beserta salinan), kad pengenalan ibu atau bapa (beserta salinan) dan 2 keping gambar pasport terkini. Bayaran ialah RM100 untuk 2 tahun dan RM150 sahaja untuk 5 tahun. Jadinya, aku buat 5 tahun untuk si Zara.

Masukkan gambar terbaru untuk pasport si Addin - Yang ni aku baru perasan ada option "memasukkan gambar terbaru untuk kanak-kanak" bila aku isi borang untuk permohonan pasport  aku dan si Zara. Pasport si Addin dulu dibuat time dia baru berumur 9 bulan. Sekarang si Addin sudah lebih 4 tahun. Mesti la ada perbezaan pada muka si Addin. Lepas tanya advise daripada Imigresen Labuan, dorang pun menyarankan supaya aku masukkan gambar terbaru untuk pasport si Addin. Nasib baik aku bawa pasport dia. Tiada bayaran dikenakan. Hanya perlu bawa surat beranak dan 2 keping gambar pasport terkini. Oleh kerana aku tidak bawa surat beranak si Addin, jadinya aku terpaksa memohon salinan pendua surat beranak di pejabat JPN Labuan.

Buat pasport di Labuan - mudah akses (sebab terletak dalam UK Labuan) dan cepat (sebab tidak ramai orang menunggu). Senang cakap memang amat mudah untuk ibu-ibu yang terpaksa menghandle dua orang anak kecil sendirian.

Ambil gambar pasport

Mula-mula aku ambil gambar pasport si Zara di kedai gambar yang terletak dalam bangunan Jusco dekat rumah. Bayaran yang dikenakan ialah RM13 untuk 4 keping gambar. Tapi hasilnya amatlah tidak memuaskan. Lighting macam harem. Lepas tu tukang yang ambil gambar pun kurang sabar, menyebabkan gambar pasport si Zara macam si babu-babu (makcik tua) yang amatlah tidak comel.

Jadinya, di pagi Rabu yang hening di bangunan Ujana Kewangan Labuan, sejurus sebelum aku dan entourage aku yang terdiri dari Addin, Zara, Nurul, Tasha dan little Hana pergi menyerbu ke pejabat Imigresen, kami pun singgah ke kedai gambar dulu. Cadangnya mau ambil gambar pasport si Zara lagi. Lepas bertanyakan bayaran - hanya RM10 sahaja untuk 4 keping gambar!!!!!!!!!! Wah... ini sudah murah. Dan yang bagusnya, tukang ambil gambar tu pun amat sabar dan amatlah tidak berkira untuk mengambil gambar si Zara sampai dapat pose yang tercomel dan terbaik untuk dijadikan gambar pasport yang amatlah sesuai. Kalau mau dibandingkan mutu gambar pasport Zara yang diambil di Jusco dan di Labuan tu amatlah jauh berbeza.

p/s: Kedai gambar tu terletak di depan KFC dalam Ujana Kewangan.


Penggantian Kad Pengenalan

Part yang ni tiada dalam objektif aku ke Labuan. Tapi pasal kad pengenalan aku sudah cacat, so Imigresen Labuan suruh aku ke Jabatan Pendaftaran Labuan untuk tukar Kad Pengenalan. Nasib la JPN Labuan pun dalam UK juga. Nda la pening kepala. Lepas dapat kad pengenalan sementara, pegawai di Imigresen Labuan tu bagitau aku pula yang di IC aku tiada huruf H yang menandakan aku ni bumiputra Sabah. Satu hal la pula. Oleh kerana permohonan kad pengenalan aku dalam proses cetakan dan tidak boleh dibatalkan, jadinya aku kena ambil dulu IC baru dan kemudian baru request untuk tambah huruf H di IC aku tu.

Aku just kena bawa surat beranak aku atau salinan IC mama dan bapa aku untuk membuktikan yang aku ni bumiputra Sabah. Nasib baik la aku cakap hari tu aku mau collect IC baru aku di JPN Putrajaya which will take about a week from application date. Kalau aku mau collect di Labuan, kena ambil masa 30 hari!

Pening. Selama aku di Labuan tu, adalah 3 kali aku turun naik opis JPN. Sekali untuk minta pendua surat beranak Addin, lepas tu untuk mohon IC baru, lepas tu untuk tanya pasal status H aku.

p/s: Semalam aku ke JPN Putrajaya untuk collect IC baru. Lepas tu aku buat IC baru lagi untuk masukkan huruf H tu. Masa berurusan - tidak sampai 30 minit! Amatlah pantasnya. Hari ni, aku boleh collect suda IC baru aku tu. Hebatnya JPN! Syabas mere bete!

bersambung... Part 3

Balik Kampung - travel with kids

Hari ni aku bercadang mau rehat di rumah saja. Plan aku - mau buat itinerary untuk cuti-cuti next week. Seronotnya...

Mudah-mudahan la percutian kami next week tu memang seronot, dipermudahkan Allah dan tiada masalah :)

Sebenarnya, hari ni baru la aku boleh mau berileks2. Last week, final paper adalah pada 25 Mei. Dengan tidak menyempatnya, pada keesokannya harinya iaitu 26 Mei 2011 tu juga aku balik ke Labuan bersama-sama dengan si Addin and si Zara. Abang Edi tidak ikut sebab hari kerja. Kalau aku balik Jumaat, boleh juga bawa Abang Edi sekali sebab dia boleh la ambil cuti sehari dua. Tapi pasal aku balik on weekdays, jadi nda sesuai la kalau Abang Edi mau cuti lama-lama. Ye la.. orang tu kan kerja sendiri, kalau cuti lama-lama, macamana usin mau masuk...

Objektif balik Labuan pada kali ini ialah

1. Mau tengok Nur Hana secara real live untuk kali pertama
2. Mau renew pasport aku dan buat pasport untuk si Zara
3. Mau beli kain ela baju kurung dan baju melayu untuk Hari Raya tahun ni
4. Mau beli sigup (ni untuk Abang Edi) dan coklat duty free

Alhamdulillah - semua objektif tercapai.

Hasil daripada cuti seminggu di Labuan, berikut ialah kesimpulan yang aku dapat sebagai tips pelbagai kepada diri sendiri dan orang yang baca blog aku ni.

Air travel with young kids

Ngam-ngam hari kami balik ke Labuan tu, si Zara start batuk-batuk. Aku risau sudah ni. Aku balik-balik berdoa supaya si Addin dan si Zara nda bertebiat dalam flight dari KUL ke LBU tu. Aku sudah pack siap-siap pakaian spare untuk dorang, air masak, air kotak Dutch Lady Kids, biskut dan kuih baulu. Sebenarnya, mana boleh bawa makanan sendiri kalau naik AirAsia. Tapi pasal aku rasa aku susah mau handle budak dua orang tu kalau mau order nasi lemak lagi, so terpaksa la bawa makanan sendiri untuk alas perut. Bila sudah sampai Labuan, barulah lunch makanan berat.

Flight ke Labuan jam 7.50 pagi. Gila awal. Memang itu ja la satu-satunya flight dari KL ke Labuan setiap hari kalau naik AirAsia. Urusan check-in dan boarding agak kelam kabut. Aku dan Abang Edi lupa yang kunci kereta ada dalam handbag aku. Time aku menapak jauh-jauh dari terminal ke kapal terbang, tiba-tiba Abang Edi call bagitau kunci kereta ada sama aku. Mau patah balik, aku sudah agak tercungap-cungap. Nda kan la aku mau menghurung anak-anak aku balik ke terminal building. Nasib baik la ada seorang ground staff ni baik hati mau tolong aku untuk passkan kunci kereta tu sama Abang Edi. Kalau bukan kerana kebaikan hati ground staff tu, terpaksa la Abang Edi menunggu di LCCT sampai jam 1 tengahari tunggu the next flight dari Labuan sampai KL.

Untung juga flight tidak full. So, tiada la stranger duduk sebelah aku. Ada la satu extra seat dan more privacy untuk aku menyusukan si Zara (si Zara selalu reject mau menyusu botol, dia prefer susu badan juga). Tapi yang kurang baiknya pula, si Zara boleh batuk-batuk sampai memuntahkan semua biskut dan susu dalam flight. Habis baju dan jeans aku kena muntah. Si Addin pula bising sebab geli dan mau muntah sekali la konon-kononnya. Tensionnya aku. Cabin crew bagi aku satu pack tissue, plastik sampah dan lemon spray untuk aku bersihkan kesan muntah tu sendiri. Nasib juga seat di AirAsia tu pakai leather, kalau fabric mesti melekat sudah tu muntah si Zara.

Terpaksa la aku jadi macam si palui-palui bersihkan kesan muntah si Zara sambil melayan si Zara yang tidak sedap tekak dan si Addin yang geli-geleman nampak muntah adiknya. Lepas bersihkan kesan muntah Zara, aku pergi ke toilet dengan membawa si Zara untuk mencuci jeans aku. Orang sebelah menyebelah ada yang tutup hidung sebab tidak tahan bau muntah (atau bau lemon spray tu?).

Nasib la. That's the worst experience ever untuk aku selama aku jadi penumpang kapal terbang sejak aku sekolah rendah sampai aku jadi mama orang ni. That's the longest 2 hours and a half flight untuk aku. Dan dari situ aku dapat pengajaran, jangan malas bawa baju spare untuk diri sendiri, bukan untuk anak ja.



bersambung... Part 2

Wednesday, July 2, 2008

Sebelum kamu tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


 

1. Sebelum khatam Al Quran,

2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


 

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan Rasulullah tersenyum dan bersabda :

  1. Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
  2. Membacalah salawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


 

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


 

Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.


 

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.


 

Sekian untuk ingatan kita bersama.


 

p/s: Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...