Sudahnya.. I tak banyak cerita pun pasal travel reviews and tips in my IG.
Minta maaf kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang terfollow my IG.
Sebab I sejenis manusia yang segan.
Kat IG tu ramai family member, sahabat, kawan dan kenalan - so they know me, therefore I keseganan.
Kat blog ni I tak tau siapa yang baca my blog.. mostly rasanya orang yang tak kenal I pun..
Jadi I lebih selesa.
Kamu yang baca ni, kalau mau judgemental sama aku pun bukan aku kisah pun.
Sebab I don't know you. Hehe.
Tu pasal la I suka menceceh using my language - melayu standard mix brunei slanga mix english level budak sekolah - rojak melampau suda ni.
Jadi I rasa, macam mau kena aktif balik la ni blog.
I cuba.
This year tak banyak travel.
Only went to Perhentian, Phuket, Langkawi, Seoul and Singapore.
Bajet mur-mur mampu milik ja.
Perhentian - Mac 2019
Pegi Perhentian tu sempena cuti sekolah bulan 3.
Kami stay di Abdul Chalet untuk 3 hari 2 malam.
Dulu pernah stay sama dalam tahun 2012.
Masa kami pegi 2012 tu rasa best ja.
Sebab book bilik semata-mata - no package. Murah la.
Lain-lain semua urus sendiri - dari boat trip to snorkelling activity and meals.
Excited dapat naik bot. Kami naik bot dari Kuala Besut.
Dulu masa pegi tahun 2012, bilik kami di belakang, so tiada seaview.
This time, I book bilik yang muat 4 orang with seaview.
Bilik simple ja tiada tv.
Kalau mau tengok tv or browse internet, kena lepak di cafe.
Room kami dekat dengan cafe, so the wifi connection tu boleh kata elok juga la.
Our room view.
My favorite thing kalau pegi vacay duduk tepi beach, is doing nothing while watching sunset or sunrise.
Depan room ada balcony, ada kerusi malas, boleh jemur baju, ada penyapu, ada paip untuk basuh kaki yang berpasir.
I sometimes hate benda yang kena buat package ni.
Walaupun pakej tu lebih berbaloi kunun.
Sebab mesti ada yang benda tidak perlu dan aku tidak berkenan tapi sudah dikira masuk dalam pakej.
Kalau tidak guna tu items dalam pakej, jadi rugi pulak dah.
Breakfast is included in package. Tapi ada limited menu.
Nutella pancake. Kegemaran budak-budak.
Kami yang sudah tua ni makan roti, telur.
I don't like sausage jadi rasa macam what the heck kena bayar pakej for this.
Banana split yang tidak included dalam pakej.
Order sebab saja mau kasi suka anak-anak.
Aku ni sudah la bukan jenis makan banyak pun, bukan suka makan bbq pun.
Snorkelling dalam pakej kena buat 2 kali.
I buat sekali ja sebab Emir meragam mau berehat.
Dorang Abang Edi, Addin dan Zara ja yang pergi the second snorkelling trip.
Abang Edi bawa Emir main air laut kunun.
Abang Edi, Addin and Zara bersiap pegi snorkelling.
I dan Emir tak pegi.
Tambah lagi, cuaca di laut pantai timur dalam bulan Mac masih belum membanggakan.
Dulu masa kami pegi bulan 7, cuaca cerah cantik. Naik bot pun tidak la macam naik kuda.
Bulan Mac pula masih ada ekor tengkujuh.
Jadi laut agak bergelora dan hujan ja.
Kawasan check-in office/cafe yang happening sebab situ ja sumber hiburan pada waktu malam.
Jadi kesimpulannya, aku sedikit busan dengan Perhentian trip kami.
Nasib baik lepas dari Perhentian tu kami buat 1 night stop di Kuantan.
Stay at Hyatt Kuantan - ambil family room.
Singgah Pantai Penarik makan ikan celup tepung.
Hyatt Kuantan yang best. We stayed at family room yang spacious.
We'll be back!
Emir yang tunjuk perangai mau naik luggage trolley. Nasib baik abang bellboy ni sporting.
Puas hati. Walaupun cuaca masih kurang membanggakan, tapi ok la juga.
Yang penting selesa dan rasa rileks bercuti.
And I was blessed sebab dapat menikmati patin tempoyak yang mabeles di kedai Akob Patin House.
Restoran ni direkemen oleh staff di Hyatt Kuantan.
Tapi sedikit kecewa sebab masa kami pegi Kula Cakes tapi kedai kek tu belum buka.
Takde rezeki I la nak makan mango cheese cake yang mabeles.
Next time la pegi Kuantan lagi.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat study selama setahun setengah.
Masa Berjaya Megamall mula-mula buka 1998 dulu tu berabis kami tengok wayang guna student rate.
Teringat pula cerita lama.
Setakat cerita Kuch Kuch Kota Hai yang meletup tahun 1999 tu, ada 4 kali kot aku tengok di GSC Berjaya Megamall sebab harga tiket yang murah amat.
Moralnya di sini: Jangan pegi pulau di pantai timur dalam bulan Mac unless if you want to experience bumpy boat ride and rainy days.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment