google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Hard Rock Hotel Bali. Show all posts
Showing posts with label Hard Rock Hotel Bali. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Short getaway to Bali - Hard Rock Hotel Bali - 4 Days 3 Nights Stay Review

Setakat ini, hotel Hard Rock Hotel Bali telah di'dubbed' sebagai "The best hotel ever" by Addin dan Zara.
Tapi tidak dilupakan juga, dorang juga pernah beri gelaran yang sama kepada hotel yang lebih kurang best juga yang kami pernah stay contoh: Hong Kong Disney's Hollywood Hotel, Berjaya Tioman Resort, malahan Gold Coast Morib yang ntah hapa-hapa tu pun dorang suka juga. 
So, benchmark anak-anak aku senang ja, ada water activities, ada kartun, semua best. 

Aku pula - aku memang suka hotel ni. 
Walaupun aku tau ada banyak lagi hotel best gila di Bali ni, tapi hotel ni la yang berjaya mencuri hatiku sebab hotel ni
1) ada pool yang besar dan best untuk segenap lapisan masyarakat
2) ada live band di Center Stage
3) bagi free breakfast untuk family of 4 (2 adults and 2 kids)
4) berada di tengah-tengah area happening di Kuta
5) family friendly hotel - dorang boleh tolong jaga anak kita but with a fee. Ada kids club for the kids. Kalau rasa duit banyak dan mau beromantik husband and wife tanpa gangguan anak-anak, sila enroll anak-anak anda untuk aktiviti budak-budak yang disediakan

Tips:
Stay di Hard Rock Hotel (walau di mana pun hatta di Penang sekali pun) secara relatifnya memang mahal berbanding hotel lain sebab ni kira macam theme hotel kan.
Untuk dapatkan harga yang lebih kompetitif pada nilai yang lebih, digalakkan untuk buat reservation secara terus daripada laman web hotel itu sendiri contoh kalau di Bali kena la pegi url Hard Rock Hotel Bali.
Harga lebih murah daripada reserve melalui Booking.com atau Agoda.com.
Dan kalau ada promotion, bilik deluxe biasa-biasa yang kita booking tu berpeluang dinaiktaraf ke bilik premium. 

Tunggu giliran untuk check-in.

Bilik kami untuk 4 hari 3 malam di Bali.

Benda pertama yang mendapat perhatian si Addin. 
Bluetooth speaker.

Tengok la tu. 
Si Zara hanya berlari riang.

Dedicated welcome screen.
Home screen ni ada menu yang pelbagai - tengok movie, tengok tv, dengar radio, tengok live band, tengok bil semasa dll

Bilik ni ada 2 queen bed.
Seingat aku, dulu bilik kami ada day bed.
Sekarang tiada pula suda.

Kitaorg kena upgrade ke deluxe premium room.
Kalau di bilik premium ni, ada kena sediakan Nespresso Pod Coffee Machine. 
Tapi kopi yang diberikan ialah kopi Bali.
Air mineral diberikan percuma.

Sedap jua la. 

Bible dan arah kiblat diletakkan bersebelahan dalam laci dressing.

Selipar pantai dan bag cap Bali.
Kalau guna ni akan dicaj dalam room account.

Ni saja la selipar yang free.

Ada channel kartun.

Gobok terbuka.

Ada peti ais dan kelengkapan buat air panas.
Ni biasa la kan.

Ni pun ada juga. Siap boleh letak iphone pastu dengar lagu. 
Iphone lama bole la.

Toiletries yang disediakan. 

Bilik air yang besar.
Dorang sediakan 2 bath towel, 2 hair towel dan 2 face towel. 

Menjadi tempat berkubang Addin dan Zara setelah berjam berendam di kolam.

Kalau mau minta housekeeping kemaskan bilik, sila gantung benda alah ni.

Bilik tempat budak-budak dan remaja bersuka ria main game.

Overall, we loved our stay there.
Servis mereka baik. Walaupun kadang-kadang tu, aku perasan ada beberapa orang staff yang lebih mesra menegur mat salleh daripada Malaysian macam kami ni.
Which I don't mind, sebab kami ni bukan jenis bagi tips pun kan.

Dan apa yang paling aku suka ialah, pada hari kedua kami stay sana tu, orang housekeeping tu bagi 4 set towels dan 4 botol mineral tanpa diminta.
Mungkin lepas dorang kemas-kemas tu then baru dorang perasan yang ada 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak stay di bilik tu.
Very thoughtful.

Tapinya (ada juga tapi tu), aku perasan ada sedikit kekurangan berbanding dengan pengalaman pertama kami stay di hotel ni pada 2008 dulu. 
Aku rasa time tu hotel ni serba mewah. 
Room key diberi dalam bentuk backstage pass.Betul-betul macam rock star. Bawa balik buat harta sendiri pun adalah digalakkan. 
Sekarang macam hotel room key yang biasa. Kalau hilang kena bayar.
Dulu, mau cilok laundry bag pun tiada hal. Sekarang kena bayar.
Nasib baik servis mereka masih tip top macam dulu juga.

World economy really hits us kan.
Semua orang kena berjimat.  

Sunday, May 15, 2016

Short getaway to Bali - Cuti singkat untuk anak-anak (Hari keempat- 26 April 2016)

26 April 2016

Hari last kami di Bali.

Aku bangun awal sebab mau packing segala.
Sepatutnya kami kena check out jam 12 tengahari.
Tapi semalam kami sudah minta untuk late checkout.
And today, kami boleh check-out at 1.30 petang.
Yieha.

Addin dan Zara masih lagi belum get over dengan keseronokan mandi pool di HRH Bali ni.
So, kami pegi sana lagi hari ni.
Tapi sebelum tu, kami kena bagi Addin dan Zara merasa ke pantai Kuta dulu.

Gilak panas. 
Matahari terik, pasir tu pun panas semacam. 

Tidak sampai 5 minit pun kami di sini.
Addin konon mau main layang-layang.
But no angin, so cannot talk more.
Jom balik hotel.
Nasib baik HRH Bali ni depan pantai Kuta ja.

On the way masuk pintu gate hotel, kena pose sini juga.

Berabis la dorang ni mandi kolam di kolam besar hari ni. 

Lepas habis session di kolam besar, kami sambung pula di kawasan kolam kecil.
Kolam kecil ni khas hanya untuk pengunjung yang duduk di bilik Premier Deluxe saja.
Kolam ni lebih kecil tapi orang yang guna pun tidak ramai.
Ada cabana kecil-kecil tanpa perlu extra bayaran.
Addin and Zara had last bonding time dengan kawan OZ dorang.

Lepas packing dan check out semua, kami dijemput oleh Pak Heri, the first supir yang jemput kami pada hari kami sampai di Bali.
Untuk lunch, Addin request untuk makan Nasi Padang juga.
Pak Heri bawa kami makan di gerai nasi padang dekat masjid dekat airport.
Sedap sangat. Murah pula tu.
4 orang makan Rp 108,000 sahaja.

Sampai di Airport ja, kami terus boarding.

Memang besar la airport Ngurah Rai baru ni.
Shopping pun best.
Sempat lagi aku menyambar satu Le Pliage Medium Long Handle Lompchamp tote baru.
Memang itu ja la brand handbag aku.
Tukar kaler ja setiap tahun.


Sementara menunggu departure, kami habiskan dulu balance Rupiah dengan makan ringan di restoran apa ntah lupa la namanya.
Si Addin ni bertuah betul, masa rilek-rilek di hotel tu tidak pula dia sibuk mau check ada kerja rumah ka tidak guna VLE Frog ni.
Sudah mau balik baru sibuk. Haih.
Nasib baik wifi di airport Ngurah Rai ni cemerlang. 

Macam biasa la, budak 2 orang ni mesti order ice chocolate dan Zara pula order banana smoothie.

Dan kentang goreng.

Nyam nyam sedap.

Ni gambar dalam bas menuju ke flight.
Hari tu sampai Bali ada aerobridge.
Hari ni kena naik bas pula.

Flight kami delay sejam.
Sebab ada masalah dari Jogjakarta kononnya.
Yang penting, semuanya selamat dan aman sejahtera.
Berakhirlah percutian 4 hari 3 malam kami ke Bali :) 


p/s: Aku kena buat satu master checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa bercuti mengikut objektif percutian. Kalau ke destinasi berpantai, kena bawa topi, beach mat etc. Yang pegi Bali ni, tidak teringat pula untuk ikut checklist percutian ke Krabi. Sudahnya, kepanasan la di bawah sinaran terik mentari Bali. 

Friday, May 6, 2016

Short getaway to Bali - Cuti singkat untuk anak-anak (Hari ketiga- 25 April 2016)

Masa untuk menghabiskan masa di hotel saja untuk hari ini.

Breakfast. Aku sedang menahan kemasaman jus oren.
Gambar candid by Addin.


Black coffee.

Hari ni kami sewa cabana dan double tube float.
Bayaran untuk penggunaan sehari adalah lumayan mahal.
Tidak silap aku sewa private cabana adalah Rp 500,000 (9 pagi - 9 malam).
Dan sewa double tube float pula ialah Rp 121,000 (9 pagi - 5 petang).
Untuk keselesaan dan privacy, tidak perlu berebut pool chair, tidak perlu berjemur sambil menunggu Addin dan Zara having pool fun, so kami sewa ja la cabana tu sambil tutup mata. 

Cabana ni sesuai untuk aku permaisuri lilin yang tidak suka panas. 
Kelihatan Abang Edi sedang menyapukan krim sunblock kepada Addin.

Dorang suka hati menggelapkan kulit, aku baca komik ja dalam cabana.

Selonotnye ada kipas. 

Addin ambil gambar kami di cabana dari pool. 

Bersekali dengan sewa cabana ni, akan kena bagi picnic basket juga.

Dalam ni banyak jajan dan 2 botol air mineral sejuk.
Memang kegemaran si Zara la ni.

Sebaik matahari tegak di kepala, kami kembali ke bilik untuk acara makan tengahari.
Bilik kami sudah dikemaskan dan siap ada tuala kena lipat macam gajah pula tu.
Very thoughtful one.

Untuk lunch, kami ke restoran terdekat kami jumpa di pekan Kuta berhampiran department store Matahari.

Zara merajuk sebab aku order ice chocolate tu sebuting ganya.
Mahal weh.

Abang Edi order teh ais satu.
Dorang cakap dorang tiada teh susu.
So, dorang bagi air gula dan susu, pandai-pandai la mix sendiri.

We only order spageti olio, kids nugget meal dan nasi campur bali.
Bil Kafe Dulang: Rp 420,420.
Tepuk tangan sambil nangis kemahalan.

Gambar wajib di Kuta Bali konon.
Zara tidak faham, kenapa mesti banyak ambil gambar.

Sebelum balik ke bilik, kami singgah dulu ke TABU or Teens Club yang ada macam-macam.
Game consoles, meja pool, foosball, computers.
Zara main dram kunun.

Addin with PS4.

Aku dan Abang Edi layan american pool.

Zara main Xbox Wii kunun.

Lepas sesi TABU, kami sambung lagi di pool.
Kes kiasu mau kasi mambaloikan perbelanjaan. 

Mandi pool sampai maghrib ye.
Pastu malam ni makan maggi in cup ja sebab aku suda tebawa.
Kalau tidak dimakan, rugi la pula. 

Then kami ke Center Stage mau tengok live band ala kadar.
Dorang si Addin and Zara terjumpa geng OZ dorang di sana.

Tidak sampai sejam kami di sini sebab si Zara sudah kepenatan.
Balik bilik, tidur.
I have to get up early tomorrow.
Mau packing balik KL.
Yieho.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...