Sebelum sampai tempat kejadian. aku suka survey dulu apa yang aku boleh beli sebagai ole-ole.
Selalunya, sesuatu yang mesra poket, bermakna dan unik.
Jadi, post ini juga dibuat untuk membantu pembaca blog yang mungkin ada curiosity macam aku ni.
Ini lah kuih yang kami beli Namdaemun.
Ada keras sikit (sebab baru keluar peti ais).
Dan memang kena masuk peti ais sebab takut cair.
Dalam tu ada inti coklat, kacang atau almond (pilih mana yang anda suka) dan bijan.
Memang sedap. Kononnya adalah dessert di zaman raja Korea dulu-dulu.
Dua dari kiri - inti almond (5000 won sekotak), dua tengah - inti kacang (5000 won sekotak), dua dari kanan - inti coklat (7000 won sekotak).
Hasil tangkapan di kedai kosmetik bebas cukai.
Snail mask - 10000 won/10 keping.
Snail cream - 38000 won untuk 2 x 50ml
Aloe vera cream - 4900 won
Orthia collagen ampoule dan Orthia eye patch - tatau. Abang Edi yang beli ;p
Pencuci muka cucumber dan sample pencuci muka yang lain - dapat percuma.
Kecuali collagen mask yang warna purple beli di Myeungdeong street (2500 won/10 keping).
Ada 2 kedai cenderamata di Tingkat 5, Doota!, Dongdaemun.
Satu nama Arirang, satu lagi tak perasan pula.
Souvenir yang dijual di sini memang lebih murah daripada tempat lain yang kami survey.
(Limited survey actually - hanya setakat di RnR dekat Seorak dan area Namdaemun).
Jadi, dua kedai ni memang compete.
Pandai-pandai la pilih mana yang lebih murah.
Orang memang ramai sangat shopping souvenir di sana sampai berpeluh ketiak walaupun ada aircond.
Pekerjanya boleh bercakap bahasa Indonesia.
T-shirt kanak-kanak.
Warna putih - 11000 won sepasang (kedai sebelah Arirang)
Warna pink - 10000 sepasang (kedai Arirang)
Sekarang baju putih tu sudah jadi putih bersih sebab logo "I love Seoul" tu tanggal lepas masuk dryer. Bengong.
Baju pink masih selamat. Bagi sama si Hana anak si Tasha.
T-shirt dewasa kain cotton lembut sedap dipakai.
5000 won (kedai sebelah Arirang)
Nail clipper.
Harga 8500 won utk 10 pcs (di kedai sebelah Arirang).
Yang sebelah lain design tu beli di Namdaemun bawah tanah pada harga 10000 won/10 pcs.
Fridge magnet material stainless steel. 8000 won/4 pcs
Fridge magnet material silikon. 7000 won/4 pcs
Sudah lupa harga. Minta mahap.
Tiga dalam satu. Boleh jadi pembuka surat, cucuk sanggul dan penanda halaman buku.
1500 won/pc.
Ni pun aku lupa suda.
Tapi yang set cawan kotak oren tu beli di Arirang sebab lebih murah.
Ni pun beli di Arirang. 8000 won/4 pcs
Kind of mahal juga. Abang Edi yang beli ni. Tatau harga.
Ni pun tatau. Abang Edi beli juga.
Aku rasa Abang Edi beli 15000 won gitu. Mahai.
Jam kunun. 12000 won.
Ni semua beli di Namdaemun area subway.
Stokin K-Pop 2000 won sepasang.
Stokin yang bukan K-Pop, rasanya 1000 won ja sepasang.
Stokin macam kasut, 2000 won sepasang.
Ni beli di Namdaemun.
Kerongsang bentuk Hello Kitty, epal pink dan bunga hitam - 5000 won sebentuk.
Dua kerongsang yang kureng cantek sikit tu - 3000 won sebentuk.
Beli di souvenir shop dekat airport.
Memang tidak murah.
Tapi beli sebab kesian tiada apa yang kami beli untuk Addin dan Zara selain t-shirt. Huhuhu.
Kimchi yang kami borong di kedai Kimchi. 12000 won sebungkus. Sedap!
Seaweed kering beli di Pasar Ikan Daepohang.
Lebih kurang 3000 won.
Kalau beli 4, 10000 won ja.
Kesimpulan:
Ole-ole dari Korea bagi aku, tidak murah. Mungkin sebab dorang claim 'Made in Korea'? Mungkin.
Oleh itu, jangan ikut hati, nanti koyak poket.
link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!
- Percutian ke Korea (Day 1) - Penerbangan ke Incheon & malam pertama di Yeongjong
- Percutian ke Korea (Day 2) - Nami Island, Teddy Bear Farm dan Del Pino Golf & Resort
- Percutian ke Korea (Day 3) - Mt. Seorak, Daepohang Fish Market & Vivaldi Ski Resort
- Percutian ke Korea (Day 4) - Cable Car at Vivaldi, Blue House, National Folklore Museum, Gyeongbok Palace, Ginseng duty free shop, Mentari Restaurant, Lotte Indoor theme park, Hotel La Mir
- Percutian ke Korea (Day 5) - Kimchi School, Cosmetic, Amethyst, Itaewon dan Masjid, Herbal, Shopping di Namdaemun, Myeongdong dan Dongdaemun
- Percutian ke Korea - Tips dan Ulasan
- Percutian ke Korea - Ole-ole dari Seoul!
salam , tq info atas tu sbb skrang nak bajet beli souvenir tp x tahu nak beli ape, so skrang dh tau ape nak beli ngan bajet berapa. nak tanya fridge magent tu beli kat mana , sbb ikut pakej saya shopping kat dongdameun. mana best stainless steel material ke silicon. yg seramik punya ade tak .
ReplyDeleteSalam Ruha :)
ReplyDeleteFridge magnet tu saya beli di kedai souvenir (ada 2 kedai di sana, ble survey mana lebih murah ikut citarasa), tingkat 5, Doota! Dongdaemun.
berdasarkan pengalaman sendiri dan survey saya, selalunya kalau ikut pakej, tour guide selalu akan bawa tourist ke kedai yang kami pegi tu la.. mmg murah dari tempat lain :)
dr segi pemilihan FM pula, saya prefer stainless steel. sebab rasa cam lebih exclusive dan tak fragile. kalau silikon, lebih murah tapi selalu cepat membengkok thus tak senang melekat magnetnya. seramik pula, kalau terjatuh, boleh senang pecah :)
Assalamualaikum..
ReplyDeletehi.. nak tnya... utk smua2 hasil shopping...
bper berat luggage yg diambil utk balik ke malaysia dr korea?
Salam Marin Rin
ReplyDeleteSebab saya tak shopping banyak pun, so saya guna je beg yg sama saya bawa dari Malaysia. Tapi besar gak le beg saya tu. Dimension dalam lebih kurang 80cm camtu.
Doota tu shopping mall yang bukak smpi 5 pagi tu kan? Murah jugak ek kat situ... Good tips.. Thanks...
ReplyDeleteHi Scdha Sein,
ReplyDeleteHaah.. buka sampai 5 pagi Selasa sampai Sabtu.. kelas kan..
Kalaua ada masa lebih kat sana, sure sakan memborong :)
Hehe. Saya pun suka survey souvenirs apa yg spesel or locally made sebelum berangkat. Btw, good info!
ReplyDeleteHi Faten Laila,
ReplyDeleteThanks for reading my blog. Semoga bermusafir dengan gembira di Korea :)
Assalam kak naddea...saya nk tompang tanya yang fridge magnet harga 12000won tu...tu harga sebiji ke atau kesemua fridge magnet tu ?
ReplyDeleteSalam redzamastura
Deleteyg harga 12000 won tu is actually jam meja.. minta maaf sebab tak clear ;p
kalau fridge magnet yg akak beli adalah dalam lingkungan harga 7000 - 8000 won untuk satu set.. hope my explanation helps :)
boleh tahan juga harg barang kt sana kan kak :)
ReplyDeletekena simpan duit bebanyak ni..
apa2 pun nafsu membeli tu kena kontrol jugk..hehee
best baca :)
Hai sis..nak tnya..klu stokin harga 2000won tu, bila tukar ke msia, brp rm? Tq k. Sy X tau sgt psl matawang diaorg dgn kita org.
ReplyDelete