Tapi aku tegezut, jam 5.30 pun sudah terang benderang.
Dalam tv indon, sibuk buat sambutan imlek, atau tahun baru cina.
Pemandangan dari bilik aku.
Breakfast dulu.
Makanan kira orait.
Setiap hari akan ada nasi goreng, noodles, buah, roti, bubur nasi, dim sum, etc.
Egg, pancakes station, yogurt pun ada.
Sepatutnya, hari ni kami ke Bogor.
Itu request si Oneal dari KL lagi. Konon mau borong handbag.
Tapi disebabkan rayuan gombal aku dan si Liean yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Bandung.
Kunun mengidam Kartika Sari segala.
Terpaksa la si Oneal mengalah.
Supir yang si Faiz sudah booking naikkan harga dari Rp 750,000 kepada Rp 1,000,000 sebab kami tukar rancangan.
Naik avanza dan selesa.
Tapi skill supir ni macam pelesit. Bukan sikit. Banyak.
Sebab cara pemanduannya yang macam pelesit tu la, kami dapat sampai ke Bandung dalam tempoh 3 jam.
Walaupun macet. Sebab ramai orang berlibur ke Bandung sempena cuti hujung minggu yang panjang.
Sampai ja Bandung, tempat pertama ialah Kartika Sari.
Oneal cakap, Liean mesti borong 10 brownies sebab dia tidak pergi Bogor.
Tapi Liean hanya borong 8 brownies. Dan layak untuk dapat kotak :)
Tempat yang menjadi igauan aku dan Liean. Hoho.
Tengok la plastik yang besar dibandingkan dengan aku yang kemetot.
Persinggahan kedua, factory outlet Rumah Mode.
Damage = Rp 269,700.
Hanya beli pakaian Addin dan Zara saja.
Lepas Rumah Mode, kami ke Jalan Riau pula.
Sini pun banyak FO.
Di The Secret, aku siap beli 3 bath rugs Calvin Klein @ Rp 95,000.
Shawl Kashka dari Dubai yang cantek.
Lepas tu pegi Heritage, borong baju Addin dan Zara lagi.
Tiada baju untuk aku dan Abang Edi. Aku pening.
Too many good things make me dizzy.
Sempat menikmati Cencol Keraton di Heritage.
Sepanjang di Jalan Riau ni, aku sayu tengok budak-budak yang sebaya Addin dan Zara terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Rasa macam mau menangis pun ada bila aku bagi duit kecil.
Rasa macam menyesal pun ada sebab bagi duit kecil sangat.
Semoga anak-anak aku dijauhkan dari kesusahan sebegini.
Lepas sesi shopping di Jalan Riau, kami sudah sedia untuk balik ke Jakarta.
Jam sudah 8 malam.
Dengan skill pelesit supir kami juga, kami dapat sampai ke Jakarta around 10.30.
Inilah hasil kerosakan.
Habis Rp 1,500,000 yang aku bawa dalam masa satu hari.
Tidak larat untuk makan lagi.
Makan ja bolen pisang si Liean beli. Dan epal yang aku seludup dari breakfast tadi.
Dan tidur.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment