google analytic

Nuffnang

Tuesday, February 4, 2014

Percutian ke Korea (Day 6) - Souvenir shop dan Penerbangan balik ke Malaysia

Sabtu, 14 Disember 2013

Pagi buta jam 2 aku sudah bangun untuk packing apa-apa yang masih tertinggal.
Jam 3.30 pagi turun ke lobi dan kami gerak ke Incheon (masa perjalanan sejam).

Breakfast dan Souvenir Shop
Kami dihidangkan breakfast mee udon dengan sup jernih.
Rasanya boleh tahan tapi aku lebih banyak menyuapkan si Zara.
Si Addin tidak mau makan langsung sebab dia memang bukan jenis budak yang makan noodle.

Sementara orang lain solat subuh, aku round jalan ke souvenir shop dalam bangunan yang sama.
Souvenir di sini ternyata lebih mahal daripada di kedai souvenir di Dongdaemun yang kami pegi semalam.

Kelebihan berbelanja di sini, lepas shopping semua, akan ada perkhidmatan packing semua barang masuk dalam kotak for free.
So, tidak perlu risau untuk extra packing. 

Dalam masa 15 minit, sampai airport.
Check in. Say good bye to our tour guide.


Masuk boarding gate.
Aku sempat beli La Pliage Longchamp warna fushcia.
Haha.. Tidak la murah sangat kalau dibandingkan di beli di kota Paris.
Tempoh masa pembelian, tidak sampai 5 minit. Tanya harga, pilih size dan kaler, swipe credit card, dan lari ke departure gate!!

Bye South Korea!

Penerbangan start jam 9 pagi camtu.
Dalam flight, kami banyak tidur sebab bangun pagi awal sangat.
Jadinya, 6 jam perjalanan tu memang macam tiada-tiada.
Aku sudah siap tanggalkan long john sebelum sampai Malaysia.
Abang Edi, Addin dan Zara pula memang tidak pakai long john langsung.

Sampai LCCT KLIA, udara panas menerpa. Hahahaha..
Ambil budget cab yang muat 9 orang ke Seri Kembangan dengan kadar RM160++.

Suspen, bila sampai depan rumah dalam jam 4-5 petang camtu, autogate tidak mau terbuka.
Aku suspek mesti tiada karen ni.
Betul la tu. Abang Edi terpaksa panjat tembok, buka pintu rumah dan hidupkan semula main switch yang tertendang.
(Sekarang ni baru teringat, kami ada ja pintu kecil di gate tu.. tapi ble terlupa pula.. huhu).

One thing yang aku terjah dulu, peti ais!
Nasib baik peti ais belum berbau tapi semua makanan dalam freezer sudah rosak.
Di saat orang semua bermalas-malasan, aku buat kerja membersihkan peti ais. Huhu.
Lepas check di Astro Beyond, rancangan paling last yang dirakam ialah pada hari Rabu which mean rumah aku tiada karen sejak 3 hari yang lepas!

Nasib baik tiada kejadian pecah masuk walaupun keadaan rumah gelap gelita.
Syukur Ya Allah.
Dan nasib baik kami semua sampai rumah dalam keadaan selamat.


link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...