I am in serious need to get rid of my lemaks!!!
Especially, lemaks yang setia menghuni di kawasan pinggang, punggung dan paha.
Rasa amat berdosa kepada badan sendiri.
Tolong!!
Mula perasan diri ini gemuk sejak aku payah-payahan pakai jeans kegemaran.
Dan tidak boleh pakai jaket yang Abang Edi beli, saiz S.
Gilaks!!
Sedangkan saiz S tu la saiz aku sebelum ni.
Tengok cutting juga la. Kadang-kadang, kena pakai saiz XS.
Last year punya cerita ni. Awal bulan 6.
Tapi, tu la.
Lepas perasan perut mengembang pun, masih lagi aku buat bodo.
Aku macam berserah dengan keadaan gemuk sendiri.
Abang Edi cakap, jadikan la jaket itu sebagai motivasi untuk mengempiskan perut.
Tapi aku cakap - biar la. Aku redha. Buduh!
Sekarang jaket tu dibiar tergantung tanpa tuan.
Tuannya macam invisible.
Aku mau let go, Abang Edi sentap pula.
Mau tak sentap, payah2an beli jauh dari London kunun.. Huhu.
Kebuduhan aku terhenti, about end of 2013.
Sebab aku rasa kebuduhan telah menjerat diri.
Baju kurung pun makin sempit.
Beli baju baru pun kena beli saiz L.
Tidak boleh beli saiz lebih kecil, sebab boleh nampak ada tayar lebihan dan tidak boleh butang di di bahagian perut.
Kalau dulu jeans pinggang 24, sekarang suda 28.
Sedangkan aku masih ketot. Jadi sekarang aku rasa macam penguin.
Naik tidak banyak. 5kg ja. Sekarang aku 45kg.
Berat ideal 40kg. Ini adalah saiz badan aku yg ngam-ngam.
Aku pernah hit 36 - 37 kg. Which time ni aku macam rangka tengkorak hidup.
So means, kalau aku mau kelihatan normal, aku kena turun balik ke berat 40kg.
Dan aku juga lebih memahami badan sendiri.
Pertambahan dan pengurangan walau 2-3kg sahaja (inikan pula 5kg) mempunyai signifikan yang amat besar perbezaan bentuk badan aku.
Azam tahun 2014.
Aku kena turunkan berat badan dari 45kg ke 40kg dan maintain.
Hujung tahun mesti dapat 40kg.
Paling awal bulan 10. Sebab bulan 11 aku ada konvo.
Wah... buduh di situ juga. Baru tahun ni mau konvo.
Siapa suruh betebiat siapkan tesis. Tidak sempat pula mau konvo last year.
Amik ubat.
Kenapa target sampai hujung tahun? Kenapa tidak ASAP?
Sebab, aku mau melatih perut supaya menjadi lebih kecil.
Rasa cepat kenyang walau makan nasi segenggam cuma.
Mau melatih badan supaya menjadi lebih cergas.
Melatih nafsu supaya tidak gila dengan makanan yang banyak lemak, berkalori tinggi dan manis.
Membuat perubahan dalam masa singkat, akan merosakkan badan.
Jadi, apa kata buat strategi slow and steady.
Pertambahan berat badan ini pun bukan dalam masa singkat.
Ada la setahun lebih lamanya dari 40kg jadi 45kg.
Jadi, turun berat badan pun kena la ambil masa lebih kurang macam tu.
So, di sini aku mengumumkan untuk ingatan diri sendiri, azam tahun 2014 ialah - kurangkan 5kg ja.
Tidak lebih, tidak kurang.
Oh, dan azam lain (ada 2 azam ja), simpan RM1000 setiap bulan.
Harap-harap azam tercapai. Amin.
cayook2 nadia..kekekekee..pernah terbaca, ayu raudhah buat sit up setiap malam 50 kali b4 tido utk kempiskan perut..huwaaa
ReplyDeletetengkiu syalinda :)
ReplyDeletepart sit up tu masih tidak larat walau 5 kali pun.. hahahaha..
spare tyre ni masih besar.. susah mau buat.. hohoho..