Dulu sebab, makanan cepat sangat habis di cafe.
Sedangkan, baru pukul 1 tengahari. Duh. Apakah?
Satu lagi sebab, aku rasa makanan tengahari di cafe office aku ni mahal.
Selalunya harga nasi campur yang aku kena bayar, lebih kurang RM5.
Dan juga, oleh kerana nasi dan lauk cepat habis, jadi aku kena opt for other food option.
Yang lebih mahal. Contoh: Nasi Ayam, Chicken chop, Nasi kukus, Nasi goreng.
(By the way, makanan western di cafe kami - diusahakan oleh dua budak muda - memang sedap. Saya suka!)
Jadi dulu, suka hati la mau bawa bekal apa pun.
Selalunya, bekal yang aku bawa tu mestilah apa yang ada dalam peti ais dan kabinet pantri makanan.
Kek, biskut, roti, sausage, etc.
Atau makanan dinner sebelum yang tidak habis.
Membazir bah kalau buang begitu ja.
Bagus aku makan. Jimat belanja.
Sekarang, aku bawa bekal sebab aku mau pastikan makanan yang aku makan tu sedap dan sihat.
Mungkin kurang sedap, sebab aku sendiri masak.
I am definitely not a cooking goddess. Hohoho!
Tapi confirm, lebih sihat. Sebab aku sukat kuantiti karbo, mesti ada protein, banyakkan sayuran, kurang garam, kurang gula dan kurang minyak.
Jadinya, aku akan pastikan ada stok air putih di pejabat.
Kalau dulu bawa milo 3 in 1, sekarang aku bawa green tea siap brewed dari rumah.
Bekal buah juga mesti ada. Siap potong. Boleh jadi snack.
Hari ni bawa pisang dan 3 biji pitted prunes.
Kulit pisang ja yang tinggal.
Prune sudah masuk dalam perut.
Kadang-kadang makan sedikit kacang-kacangan, juga sebagai snack.
Makanan tengahari hari ini.
Suhun, wakame seaweed, brokoli, lobak merah, lemon dan salmon.
Suhun direndam sehingga lembut.
Dried wakame direndam sehingga kembang.
Brokoli dicelur sekejap.
Lobak merah dipotong mentah.
Salmon, diperap dengan kicap manis (ala teriyaki sauce konon), digoreng atas non stick pan tanpa minyak. Sebab salmon itu sendiri sudah berminyak. Ada omega 3 :)
Lemon - pengganti dressing. Tiada masa mau buat dressing pagi ni.
Sedap!
Jumlah kalori. No idea. Tapi maybe tidak sampai 300.
Selamat berusaha Nadia!
Apa yang penting - wasatiah (bersederhana) dan istiqamah (konsisten).
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment