google analytic

Nuffnang

Tuesday, February 4, 2014

Gegirl short getaway- Jakarta (1st Day)

First time naik KLM.
First time merasa ke luar negara dari terminal antarabangsa KLIA. Sebelum ni dari LCCT ja.
First time ke luar negara dengan kawan-kawan perempuan.
First time dilayan oleh cabin crew yang kurang muda.
Banyak betul first time.


Flight jam 5.00 petang.
Selama 2 jam perjalanan dari KL ke Jakarta, aku duduk diapit oleh Faiz dan seorang lelaki Indonesia yang berbau ketiak.
Oneal yang duduk belakang kami bgtau lelaki tu dari Amsterdam. Tu la busuk.
Tapi tidak mengalahkan tahap busuk mat saleh yang duduk sebelah Oneal.
Nasib baik tidak muntah.
Sampai airport Jakarta lebih kurang jam 6.10 petang waktu Jakarta.
Que imigresen panjang. Sedikit lama dan agak tidak cekap di situ.
Menunggu bagasi, juga lama. Dan terasa panas. Aircond tidak function mungkin.
Tunggu teksi blue bird, juga lama. Walaupun dikerumun oleh pemandu kereta sapu, kami tetap menonong ikut ja si Faiz mana dia pegi sampai kami dapat teksi.




Perjalanan dari airport ke Hotel Akmani. Faiz cakap kalau tidak macet, setengah jam atau 40 minit boleh sampai.
Tapi sebab ada macet banyak di area Mangga 2 dan banjir pula tu, jadi la lebih sejam.
Seumur hidup aku, first time aku merasa macet dan banjir.
Tambang guna meter lebih kurang Rp 170,000 ++.


Sampai hotel lebih kurang jam 9 malam.
Leganya bila sudah sampai hotel.
Liean satu bilik dengan aku. Faiz dan Oneal satu bilik.
Harga 2 bilik untuk 3 malam lebih kurang Rp 6,600,000.

 Ok juga hotelnya. 
Tapi aku rasa tidak sesuai untuk keluarga yang ada anak dengan tahap curiosity yang tinggi.
Sebab anak kita boleh tarik langsir dan tengok apa yang jadi dalam bilik air :p

 Dan tiada channel kartun.

 Kalau anak aku, sure tidak suka. Sebab tiada bathtub.

Tapi toilet amenities semua orait.


 Untuk mengisi perut yang berkeroncong, kami pegi makan di Restoran Garuda.
Dekat ja dengan hotel.
Ada la amik 5 lauk tidak termasuk sambal merah dan sambal hijau. 
Bil makan malam kami, Rp 185,000. Murah!

Oleh kerana kami semua uzur time ni, jadi tidak perlu kejar masa untuk solat.
Tapi aku la pula kebocoran sedikit di seluar jeans.
Basuh sikit kawasan kotoran dengan sabun mandi, dan berhasrat untuk hantar laundry hotel ja.
Sepasang jeans, cuci dan kering dalam masa satu hari, Rp 25,000 sahaja.

Aku pun ada pinjam iron. Sempat bagi tips RM2 untuk room service tu. 
Faiz kata, RM2 tu besar juga nilai di Jakarta.
Bole la beli makanan tepi jalan.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...