First time cuti ke luar negara (hatta dalam negara sekalipun tidak pernah) tanpa Abang Edi dan anak-anak tapi dengan kawan-kawan pompuan semata.
Oleh kerana Jakarta tidak pernah ada dalam list of my dream holiday destination, jadi aku kurang excited.
Aku hanya excited for the fact yang kami akan pergi berempat, semua perempuan.
Mau berjalan-jalan baca blog orang tentang pengalaman mereka ke Jakarta pun aku macam tiada semangat.
Punya la aku bersahaja, hinggakan wang rupiah pun aku beli just before aku bertolak ke KLIA.
Tidak perlu banyak fikir, sebab itinerary, accomodation, transportation semua diuruskan oleh Faiz, Duta Sri Petaling ke Jakarta. Hoho.
Kekerapan si Faiz ni ke Jakarta boleh kata - amat kerap.
Macam balik kampung.
I dunno what to expect. Boleh kata motto percutian ini ialah "Surprise Me!"
Aku just bawa 4 juta rupiah dengan kadar RM279 bagi setiap 1 juta rupiah (di Giant Seri Kembangan). Mahal!
Si Faiz dapat pada kadar RM271 ja di Midvalley.
Walaupun aku tidak expect apa-apa, tapi aku tidak mau underestimate keupayaan ringgit dan lambakan tawaran murah di Indonesia.
Ditambah dengan pengaruh rakan sebaya, kegilaan aku berbelanja mesti kena stretch sebanyak mungkin.
So, aku bawa dua buah beg.
Satu beg kanvas extra large brand CAT dan satu cabin luggage Samsonite.
Tidak mahu menanggung risiko beli beg baru. Biar aku bagi beg tu beranak siap-siap.
Persediaan sebelum ke Jakarta
Call Digi untuk activate international roaming.
Rupanya memang sudah lama activate pun.
Mustahak. Kena ada. Supaya aku senang berhubung dengan Abang Edi.
Tidak perlu beli simcard baru. Aku pun tidak tau sama
ada nanosim ditawarkan oleh telco Indonesia di Jakarta. Kalau tiada,satu kerja lagi mau kena potong sendiri segala. Too risky.
Pada kadar RM36 untuk unlimited data sehari, dengan syarat, setkan henpon guna Indosat secara manual, aku rasa amat berbaloi.
Tapi pastikan guna Indosat. Kalau set automatic ja, cellular server tu boleh tertukar ke telco lain contoh, Excelcom yang akan RM38 per MB (bukan per day hokey).
Call Maybank untuk activate international withdrawal.
Sebenarnya, boleh juga dibuat sendiri di mesin atm semasa masih di Malaysia.
Lepas activate, bolehlah withdraw duit di mesin atm BII di Jakarta.
Tapi bila sudah sampai Jakarta, baru aku tau rupanya hanya kad debit ja boleh withdraw.
Kalau kad kuning Maybankard yang lama tu, kirim salam. Hampesan.
So, aku just pinjam duit si Faiz. Lepas tu transfer ke akaun Maybank si Faiz guna Maybank2u.
Juga jangan lupa bawa charger henpon dan international adapter.
Kalau ada henpon tapi teda bateri, maka lebih baik bawa botol air rupa henpon.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment