google analytic

Nuffnang

Friday, May 6, 2011

Balik Kampung - Passport and IC replacement

Pasport antarabangsa (warna merah)

Renew passport - oleh kerana aku sudah ada pasport, aku just kena bawa pasport lama, salinan kad pengenalan (serta kad pengenalan asal untuk pengesahan) dan 2 keping gambar pasport terkini. Aku tidak pernah berpengalaman buat pasport di Semenanjung, tapi melalui cerita kawan-kawan, kalau orang Sabah buat pasport di Semenanjung akan ambil masa 1 minggu untuk siap. Bayaran ialah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Aku buat untuk 2 tahun saja (mau budget punya pasal).

Buat pasport baru untuk si Zara - hanya perlu bawa surat beranak (beserta salinan), kad pengenalan ibu atau bapa (beserta salinan) dan 2 keping gambar pasport terkini. Bayaran ialah RM100 untuk 2 tahun dan RM150 sahaja untuk 5 tahun. Jadinya, aku buat 5 tahun untuk si Zara.

Masukkan gambar terbaru untuk pasport si Addin - Yang ni aku baru perasan ada option "memasukkan gambar terbaru untuk kanak-kanak" bila aku isi borang untuk permohonan pasport  aku dan si Zara. Pasport si Addin dulu dibuat time dia baru berumur 9 bulan. Sekarang si Addin sudah lebih 4 tahun. Mesti la ada perbezaan pada muka si Addin. Lepas tanya advise daripada Imigresen Labuan, dorang pun menyarankan supaya aku masukkan gambar terbaru untuk pasport si Addin. Nasib baik aku bawa pasport dia. Tiada bayaran dikenakan. Hanya perlu bawa surat beranak dan 2 keping gambar pasport terkini. Oleh kerana aku tidak bawa surat beranak si Addin, jadinya aku terpaksa memohon salinan pendua surat beranak di pejabat JPN Labuan.

Buat pasport di Labuan - mudah akses (sebab terletak dalam UK Labuan) dan cepat (sebab tidak ramai orang menunggu). Senang cakap memang amat mudah untuk ibu-ibu yang terpaksa menghandle dua orang anak kecil sendirian.

Ambil gambar pasport

Mula-mula aku ambil gambar pasport si Zara di kedai gambar yang terletak dalam bangunan Jusco dekat rumah. Bayaran yang dikenakan ialah RM13 untuk 4 keping gambar. Tapi hasilnya amatlah tidak memuaskan. Lighting macam harem. Lepas tu tukang yang ambil gambar pun kurang sabar, menyebabkan gambar pasport si Zara macam si babu-babu (makcik tua) yang amatlah tidak comel.

Jadinya, di pagi Rabu yang hening di bangunan Ujana Kewangan Labuan, sejurus sebelum aku dan entourage aku yang terdiri dari Addin, Zara, Nurul, Tasha dan little Hana pergi menyerbu ke pejabat Imigresen, kami pun singgah ke kedai gambar dulu. Cadangnya mau ambil gambar pasport si Zara lagi. Lepas bertanyakan bayaran - hanya RM10 sahaja untuk 4 keping gambar!!!!!!!!!! Wah... ini sudah murah. Dan yang bagusnya, tukang ambil gambar tu pun amat sabar dan amatlah tidak berkira untuk mengambil gambar si Zara sampai dapat pose yang tercomel dan terbaik untuk dijadikan gambar pasport yang amatlah sesuai. Kalau mau dibandingkan mutu gambar pasport Zara yang diambil di Jusco dan di Labuan tu amatlah jauh berbeza.

p/s: Kedai gambar tu terletak di depan KFC dalam Ujana Kewangan.


Penggantian Kad Pengenalan

Part yang ni tiada dalam objektif aku ke Labuan. Tapi pasal kad pengenalan aku sudah cacat, so Imigresen Labuan suruh aku ke Jabatan Pendaftaran Labuan untuk tukar Kad Pengenalan. Nasib la JPN Labuan pun dalam UK juga. Nda la pening kepala. Lepas dapat kad pengenalan sementara, pegawai di Imigresen Labuan tu bagitau aku pula yang di IC aku tiada huruf H yang menandakan aku ni bumiputra Sabah. Satu hal la pula. Oleh kerana permohonan kad pengenalan aku dalam proses cetakan dan tidak boleh dibatalkan, jadinya aku kena ambil dulu IC baru dan kemudian baru request untuk tambah huruf H di IC aku tu.

Aku just kena bawa surat beranak aku atau salinan IC mama dan bapa aku untuk membuktikan yang aku ni bumiputra Sabah. Nasib baik la aku cakap hari tu aku mau collect IC baru aku di JPN Putrajaya which will take about a week from application date. Kalau aku mau collect di Labuan, kena ambil masa 30 hari!

Pening. Selama aku di Labuan tu, adalah 3 kali aku turun naik opis JPN. Sekali untuk minta pendua surat beranak Addin, lepas tu untuk mohon IC baru, lepas tu untuk tanya pasal status H aku.

p/s: Semalam aku ke JPN Putrajaya untuk collect IC baru. Lepas tu aku buat IC baru lagi untuk masukkan huruf H tu. Masa berurusan - tidak sampai 30 minit! Amatlah pantasnya. Hari ni, aku boleh collect suda IC baru aku tu. Hebatnya JPN! Syabas mere bete!

bersambung... Part 3

2 comments:

  1. trus terasa kan ke putrajaya renew ic ku, mana la ku tau durang key in bangsa Dusun dalam ic ku, huh.

    ReplyDelete
  2. buat ja di Labuan... nda tah payah2 kan susah2 ke Putrajaya.. tapi mungkin lambat sikit la sana urusannya

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...