google analytic

Nuffnang

Wednesday, September 2, 2009

Dilema sakit gigi - Part 2

kesakitan gigiku masih belum berkurangan. walaupun gigi aku yang berlubang tu sudah ditampal sementara.

tidur malamku masih tidak lena. muka belah kananku masih berdenyut2.

dan aku rasa gigi2 yang bersebelahan dengan gigiku yang sudah ditampal tu pun mula sakit2 dan bergoyang.

pagi ni, aku telan lagi 2 biji panadol. but still, the pain didn't go away.

aku pun pegi ke Klinik P***ajaya sekali lagi.. untuk mengadu kesakitan yang masih belum berkurang. serious, aku rasa aku tidak fit untuk ke ofis sekarang.. dan kalau ada org yang telefon, bawa bercakap (walaupun pasal hal kerja), aku amat tidak berminat untuk melayan. serious sekali lagi, aku mmg 'senggugut' sekarang.

tidak sampai 15 minit lepas aku mendaftar di dental clinic, aku sudah dipanggil masuk ke bilik rawatan. dan hari ini, aku dirawat oleh doktor lain, bukan doktor senggugut semalam.

aku pun bgtau masalah gigi aku ni. masih sakit walaupun sudah ditampal.

doktor ni pun bagitau dengan lemah lembut dan berhemah -

  • dalam bulan puasa, mereka tidak buat prosedur cabut gigi yang susah2
  • lepas dia perasan yang aku ni pregnant, dia menegaskan sekali lagi, urusan cabut gigi memang tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung
  • doktor ni cakap gusi aku bengkak dan semua gigi-gigi yang berhampiran dengan gigi aku yang berlubang tu longgar
  • and it's normal for pregnant mother untuk merasa lebih sakit daripada orang yang tidak mengandung
  • jadi, doktor ni akan bagi aku antibiotik dan ubat kumur.. insyallah katanya, lepas aku ambil antibiotik ni, mungkin kesakitan aku akan reda
  • dan dia juga suruh aku set appointment - which is aku mmg berusaha untuk buat, tapi the dental surgery assistant yang aku sepatutnya contact tu tiada di ofis pasal dia pegi sekolah (sekolah apa pun aku tak sure)
thank god... doktor ni mmg baik... dia faham aku yang sedang berada dalam kesakitan - agony!!! dia tau yang aku miss appointment yang dulu - but still, dia tidak marah2... sesungguhnya, manusia mmg tidak sama... adalah salah untuk mengecop satu2 klinik/hospital tu hampes hanya kerana kita terjumpa dengan doktor/nurse yang hampes...

who shud be blamed? me.... me... me....

sapa la suruh aku lupa appointment tu... kot, kalau aku tak lupa, gigi aku dah bertampal, takde la jadi macam ni...

sepatutnya aku (dan semua preggy mothers) lebih menitikberatkan kesihatan mulut/gigi... memang aku jaga pun... tapi bila mengandung kena ada extra care... minum susu (take calcium).. berus gigi.. apa2 la yang patut...

dan mmg sepatutnya semua wanita yang merancang untuk mengandung mengambil langkah pencegahan kerosakan gigi terlebih dahulu supaya masalah tidak menjadi lebih teruk ketika mengandung (especially dalam trimester ketiga)...

aku mmg amat menderita sekarang.. tapi sesal kemudian tiada gunanya...

aku amat berharap, lepas aku habiskan antibiotik ni, kesakitan ni akan hilang...

dan aku amat berharap, keadaan aku sekarang tidak menensyenkan adik baby dalam perut...

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...