google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Sydney, Australia (Hari Pertama, Paddy's Market dan Malay Village Restaurant)

Hari ni cuaca hujan. Walaupun tidak lebat, tapi bole membuatkan kami ni boring juga mau jalan-jalan.
Jarak dari hotel ke Paddy's Market tidak jauh. Lebih kurang 15 minit perjalanan.

Banyak juga souvenir yang kami borong.
Payung kecil pun kami beli sebab Zara mau. Bukan ada tulis Sydney pun. AUD5 pula tu.
Kejap ja rosak.



Hujan oh hujan..

Tapi lepas balik Malaysia, baru la perasan rupanya aku ni shopping sikit ja. Cheh.


Kami banyak memborong di kedai orang Korea.
Orangnya baik. Tak banyak cakap tapi lemah lembut.
Sebaik kira semua, minah Korea tu siap bagi diskaun round figure, bagi non-woven bag free untuk letak hasil shopping, bukan bagi plastic bag macam kedai lain. Bagi pen tulis Australia lagi.
Memang terbaik. Sepanjang kami memborong di kedai minah Korea ni, ada juga tourist dari Malaysia yang singgah. Zara juga tidak lupa untuk demand patung kangaru besar. Kalau tidak dapat, mau mengamuk dia di sana.


Sambil buang masa menshoppingkan diri untuk menunggu jam 1, si Addin makin hilang sabar.
Sebab lapar dan penat.
Rasa macam tiada yang tinggal lagi untuk dibeli sebab besok dan lusa Paddy's Market tak buka.
Puas hati - patah balik ke hotel.

Sebelum tu, singgah di restoran Indonesia - Joy Cafe.
Aku order Nasi Ayam Bakar, Addin order Nasi Ayam Kari dan Abang Edi Nasi campur.
Harga pun ok. Portion besar.
Rasa memang sedap. Memang ngam dengan tekak melayu.
Tidak menyesal makan di sana.





Balik hotel, semua beg suda dihantar ke bilik.
Mandi. Tidur. Bangun jap minta Abang Edi beli barang sikit lagi di Paddy's Market sebelum dorang tutup.
Hehehe.. dasar..

Malam tu, di tengah hujan yang agak lebat, kami berjalan kaki menghala ke Chinatown.
Sejuk bukan main.

Makan malam di Malay Village. Tapi kena duduk di luar sebab di dalam restoran penuh.
Ada tiang heater pun rasa tidak membantu banyak. Memang sejuk.
Aku saja bawa rombongan makan di sini sebab ada stunt orang buat roti canai terbang.
Jadi, kami pun saja la order roti canai Australia ni, AUD5.++ kau.
Agak sedikit tebal di situ. Kuah pun cair ja.
Tapi nasi lemak istimewa si Addin sedap. Ayam bakar pun ok.


Roti terbang

video
Abang Edi siap amik video lagi

Roti telur

Nasi lemak istimewa

Kami yang terpaksa berpuas hati dengan keadaan sejuk malam di luar bangunan


Sebelum balik hotel, singgah di Coles jap.
Beli croissant dan jajan yang lain.
Sedap pula croissant dorang.
Sambil tu, aku sempat sambar sepasang stokin baru pasal stokin aku sudah basah penangan hujan sepanjang hari.
Sempat juga beli topi dan sarung tangan untuk persediaan ke Blue Mountain besok.


Percutian ke Sydney, Australia (Hari ke-2, Blue Mountain dan Cafe Kasturi)


6 comments:

  1. Assalamualaikum.wah percutian yg sungguh interesting....boleh tanya tak,sis tinggal di sydney kat hotel mana ye...? My email lilolaili64@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. Wsalam Tiera..

    Saya reply komen ni di post Penginapan ye :)

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,
    Tumpang add.
    Bagi yg tinggal jauh sikit dr restoren halal, kami offer halal delivery meal to hotel2. E-mail kay.abubakar@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete
  4. salam puan,
    tumpang tny..brp anggaran kos smua flight + hotel n perbelanjaan kat sana? saya nak pergi berlima..

    mcm best je holiday kat sana

    ReplyDelete
  5. Zahid's Bed n Breakfast(halal) with reasonable price. E-mail kay.abubakar@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Salam sis Halimah

    Kos perbelanjaan kami sekeluarga (2 adult + 2 kids) utk 10 hari for everything untuk Gold Coast dan Sydney (including shopping+makan+attractions) adalah lebih kurang RM20k mcm tu.

    Hope this helps :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...