Dalam awal minggu ni, rasanya semua umat di Malaysia memang kecoh habis la dengan jerebu terburuk yang dialami sejak entah.. sejak aku mula kerja? 2004? Atau mula kawin? 2006? Kenapa sejak 2004 atau 2006? Sebab sebelum aku start kerja, atau sebelum kawin, jangan harap la aku mau peduli pasal keadaan semasa di sekitar aku. Remaja la katakan.. Huhu.. So means, aku baru alert tentang hal dunia dalam lebih kurang 10 tahun yang lepas.
Kenapa jerebu yang terburuk? Sebab aku rasa ni la first time budak-budak terpaksa tidak pegi sekolah kerana status IPU udara yang tidak sihat. Ke aku baru perasan sebab ni la first time anak aku sekolah secara rasmi pun. Sebab sebelum ni kalau ada announcement sekolah tutup macamana pun, taska/tadika anak aku tetap buka.
Moral: Menjadi seorang yang bekerja, seorang isteri/suami, seorang ibu/ayah, anak dah masuk sekolah - adalah milestone yang besar dalam kehidupan seseorang. Ada ke yang sudah tukar status tapi masih bengap hidup bagai katak dalam tempurung lagi? Mungkin ada. Pasti ada.
Di saat semua kecoh kerana jerebu yang makin teruk, Alhamdulillah, petang Selasa hujan turun dengan lebatnya.
Time ni la newsfeed di facebook aku dihujani dengan status yang mengandungi perkataan hujan.
Trending mengeluh kerana jerebu bertukar kepada gembira dan syukur kerana hujan.
Ni kali lah - baru terasa nikmatnya hujan itu.
Seingat aku pun, last hujan yang aku rasa ialah ketika di Sydney.
Sejak jejak kaki kembali ke Malaysia, hingga Selasa baru-baru ni, terasa panas saja.
Aku ingat last time bila ada hujan, aku mengeluh.
Aku suka dengan kebiruan cerah langit.
Suka sebab tiada air bertakung dan asal jemur kain mesti kering dan tidak perlu risau kain jemuran basah terkena hujan.
Tapi sejak ada jerebu, risau pula kain yang dijemur berdebu.
Kesihatan keluarga makin merosot.
Kereta hitam ku berdebu.
Anak-anak kecewa sebab tidak boleh bermain outdoor.
Time tu la tercari-cari hujan.
Dan bila hujan, syukur pada Yang Esa.
Biar la kereta hitamku bertompok pun.
Biarpun kain jemuran tidak mungkin kering.
Tapi kini tidak risau lagi, sebab aku sudah beli dryer.
Time ni la mau testing 'toy' baru aku tu. Hehehe..
Nanti aku update pasal 'toy' baru :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment