Tahun ni, first time merasa perasaan sedikit berdebar kerana Addin ada exam.
Last year pun ada exam juga, tapi dia exam tadika. Aku kurang ambil port.
Tapi this time, exam sekolah kebangsaan.
Malam sebelum periksa, aku bagi dia ulangkaji kejap. Browse through buku teks dan buku latihan.
Tu je la pun. Huhuhuh.
Pagi-pagi sebelum meninggalkan rumah, aku dan Abang Edi pesan “Mesti semak 2 kali”..
Ntah la si Addin paham ntah tidak.
Zara pun ada exam juga untuk budak 4 tahun. Aku pun tidak sure la macamana gaya exam dorang ni.
Lepas exam, cuti sekolah, pegi Australia.
Buka sekolah, cuti jerebu, dan tibalah saat dinanti-nantikan.
Mula-mula, tadika Zara yang start buat perjumpaan dengan ibu bapa untuk collect report card.
Alhamdulillah, Zara dapat no 2 daripada 14 orang murid Tahun 4 dalam kelas. Oklah tu :)
Faktor Zara dapat score the exam paper – teliti dan dapat suaipadankan gambar.
Perkembangan terkini, untuk abjad rumi, Zara baru kenal sampai huruf H.
Jawi pula baru huruf Ha pedas.
Suka menyanyi dalam kelas, banyak memanjat, dan pandai protect barang peribadi supaya tidak dikacau oleh kawan-kawan.
Yang penting OK.
Turn Addin pula.
Aku dan Abang Edi semangat ke sekolah Addin.
Nampak ibubapa sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru kelas.
Addin pula gembira berlari bermain dengan kawan-kawan.
Agak lengang, mungkin sudah ada pelajar yang pulang ke rumah sebab lepas ambil report card, ibu bapa boleh bawa anak pulang.
Terkejut aku dan Abang Edi, Addin dapat no 1 dalam kelas daripada 40 lebih orang pelajar.
Tapi nombor satu tu Addin kongsi dengan kawan sekelas dia nama Arjun.
Alhamdulillah.
Quite an accomplishment, tapi aku rasa Addin boleh buat lebih baik.
Matematik dapat 83 ja. Addin bgtau dia semak 3 kali, sure dapat 100.. huhuhu..
Tapi Cikgu Addin pun bgtau soalan matematik dorang bukan kacang-kacang. Tidak sama dengan zaman kita dulu-dulu.
Takpe la.. a reminder to myself juga. Kena peduli lebih sikit dengan anak bujang nan sorang ni. Kena cut down la masa Addin bersama TV dan Ipad. Masa mummynya bersama candy crush pun kena cut down juga. Huhuh..
Tu cerita SK.
Cerita KAFA pula, tiada perjumpaan dengan ibu bapa. Tapi ustazah ada selitkan buku laporan di beg Addin.
Rupanya, ujian awal tahun, Addin dapat no 12 daripda 35 orang pelajar dalam kelas. Tapi exam baru-baru ni Addin dapat no 23 ja.
Merosot le.
Faktor utama aku rasa Addin not doing well di KAFA ialah sebab dia tidak faham jawi.
Macamana mau jawab soalan kalau baca soalan pun failed. Huhuhu..
So, sekarang ni, aku selalu bagi dia soalan ‘congak’ eja jawi.
Nampaknya, semakin faham konsep.
Hadiah mereka? Saturday nite fun di Dataran Putrajaya :)
Kononnya mau belikan basikal untuk Addin, Zara pula dapat basikal abangnya.
Tapi belum lagi :)
Teringat aku zaman sekolah rendah dulu, bapa selalu tanya kami soalan sifir out of nowhere. Tiba-tiba ja.
Kalau tidak hafal, tidak sah kalau tidak kena cubit.
Kalau bapa tiada satu hari (pergi kursus outstation ka tu), rasa cam aman ja dunia. Hahaha..
Sekarang ni, turn aku dan Abang Edi pula menjadikan anak-anak kami supaya menjadi orang.
Semoga dipermudahkan Allah.
p/s: Kalau bapa masih ada, mesti ia bangga.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment