google analytic

Nuffnang

Monday, July 22, 2013

Puasa Addin

Selamat berpuasa kawan-kawan :)
Hari ni sudah masuk 13 Ramadan.
Rasa sekejap ja.. tup tap tup tap, almost 2 weeks kita melalui Ramadan tahun ini.


Dan aku, sama seperti ibu-ibu yang lain, bangun pagi seawal jam 4 untuk menyiapkan sahur.
Kalau ada malas sikit, jam 4.30 pagi.
Selalunya, rutin penyediaan sahur - panaskan nasi dan lauk berbuka semalam.
Cara panas nasi - on rice cooker bagi keep warm. (Nasi akan masak ngam-ngam 3 pot sahaja. 2 pot untuk berbuka dan 1 pot untuk sahur).
Cara panas lauk - masuk microwave :)

Sebenarnya, boleh kata tahun ni masuk tahun ke-2 aku gigih siapkan sahur. (Gigih kah? Takat perangat lauk ja)..
Sebab, sebelum Addin start puasa, selalu aku bangun sahur sorang. Abang Edi pula tidak bersahur.
Maka diet aku - makan roti atau kurma dan minum air masak ja. Cukup untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.
Especially kalau time pregnant, lagi la tidak boleh makan banyak. Sebab selalu masalah sendawa dan angin naik sampai ke kerongkong.


Tapi, lepas Addin sudah start puasa, Abang Edi pun bangun juga.
Untuk bagi moral support la tu.
Alhamdulillah, Addin puasa penuh last year.
Walaupun pada hari pertama (hari ahad) tu nampak macam flat. (ni cerita tahun lepas 2012).
Kami lebih risau untuk hari kedua, sebab dia sekolah tadika (hari isnin). Tapi cikgu dia cakap Addin managed puasa sampai petang kami fetch Addin dari tadika. Good boy.

Tahun ni pula, lagi la aku risau.
Sebab Addin sudah sekolah 2 sesi. Tengahari pula kena menunggu van di tengah panas.
Walaubagaimanapun, masih berjaya puasa hingga ke hari ini walaupun setiap hari aku dengar Addin mengomel tidak larat pada jam 6 petang.
Dia saja guna perkataan tidak larat sebab aku pernah bagitau, kalau tak larat sangat, boleh buka puasa.
Kalau dah jam 6 petang, teruskanlah. Nanti rugi dah puasa 7 jam. Tinggal sejam setengah ja lagi. 
Good boy.

Last year, tiada sebarang habuan walaupun Addin berjaya puasa sebulan. Cuma kata-kata semangat.
Tahun ni, kami janji bagi ganjaran berupa wang ringgit untuk setiap hari yang Addin berjaya puasa.
Sebab, Addin sudah pandai appreciate duit dan tahu matematik (tolak, tambah, kenal rumah sa, puluh dan ratus).

Cumanya, walaupun pada tahun ni Addin lebih matang, namun, dugaan puasa pula lebih besar.
Si Zara yang memang petah berkata-kata, selalu ajak Addin makan "Jom makan Addin..."
Bukannya si adik tu tidak tau yg abangnya sedang puasa.
Addin pula akan jawab "Addin puasa la.. tak boleh makan"..


Dan Addin pula selalu dengki, "Addin puasa, Zara tak puasa.. Dah 4 tahun pun tak puasa"
"Mesti la Zara tak puasa, dia kecik lagi. Nanti kalau Zara dah 6 tahun, mummy akan ajar Zara puasa juga".

Lepas tu, pandai mengomel pula.
Kalau aku buka rancangan memasak "Puasa-puasa pun nak tengok orang masak".. Huhuhu..
Dan pandai demand, "Addin nak soya ais, keli masak sambal dan kuih putih hijau (tepung pelita)".

Bagus betul :)

6 comments:

  1. good boy la Addin..cute Zara cari pasal dengan Addin..hahahaa...

    ReplyDelete
  2. budak tu memang suka cari pasal.. dua tiga kali diajaknya si Addin makan.. dah kena marah ngan Addin pun masih buat ala2 innocent mengajak makan lagi.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. addin pintar, keep using perkataan "tak larat" hahaha,

    si zara ni andangnya ni, kasi saiko abangnya haha

    ReplyDelete
  4. haaiiii..salam perkenalan..nice blog
    http://pieh-sigadisbiru.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Tasha,

    Si Addin dan Zara, dua2 suka mencabar keimanan..

    ReplyDelete
  6. Hi Pieh Rizfie,

    Salam perkenalan juga :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...