Syukur sangat-sangat.
So, aku pun set meal dan seat siap-siap guna ipad dan hotspot Optus aku.
Dan untuk transport ke airport pula, kami sudah set dengan driver teksi yang hantar kami ke hotel hari tu.
Dia janji ambil jam 8 pagi.
Kalau mau book airport shuttle melalui hotel concierge pun bole juga, tapi pada harga AUD16 untuk seorang dewasa. Harga untuk budak aku tidak sure. Gila. Naik teksi lagi jimat.
Satu beg kami mama pinjam sebab hasil borongan dorang cukup banyak.
Beg kami overpacked pula.
Aku ingat beg kami ni sudah cukup besar.
Jadi, segala jaket terpaksa pegang tangan ja.
Cheh. Tu belum all out aku berbelanja. Kalau aku kasi habis semua usin, mau kena beli beg lagi satu.
Maklumlah, luggage kuota ada 100kg. But, it's too late bebeh..
Dalam perjalanan ke airport, driver bangla tu siap kempen Abang Edi untuk join tabligh.
Tapi driver tu bawa gila laju. Siap terlambung-lambung kami bila langgar bumper.
Macam tidak beriman ja gaya pandu kereta.
Sampai di airport, tambang teksi AUD51++ kena diskaun jadi AUD50 saja.
Dia siap offer sebungkus limau mandarin lagi untuk di bawa ke Malaysia.
Tapi kami ambil 2 biji ja
Ada juga ciri-ciri keimanan la sana :)
Ketika urusan check-in di kaunter premium, ground staff tu aware yang aku sign up Optiontown.
Lepas tu, minah tu tanya, aku mau tolak offer Empty Seat Option aku ka?
Bila pula aku sign up for ESO? Aku buat UTO ja.
Lepas tu baru teringat, Nurul ada buat ESO untuk dia dan mama.
Dan dorang pun berjaya dapat 2 extra seat untuk sorang.
Bole la dorang baring-baring dengan lebih selesa.
Ni la gara-gara surname sama.
Aku pun dengan selamba, "Oh that.. that is my sister.."
Bila minah tu perasan itinerary kami berbeza, baru dia perasan.. huhu..
Selesai urusan check-in, singgah kejap di cafe pesan hot chocolate dan habiskan bekal roti, cereal, croissant dan apa yang patut.
Melalui urusan kastam pula, losyen mustajab aku kena rampas sebab consider gel over 100ml.
Tidak apa la.. aku saja buat eksperimen LAG tu. Hehehe..
Ngam-ngam dekat departure gate, ada kedai jual beg.
Kami sempat beli sebiji beg trunki untuk Addin dan Zara.
Ada diskaun kununnya. Aku tengok lebih kurang ja dengan harga belum sales.
Tidak apa la.
Sekurang-kurangnya ada beg masukkan jaket dan boleh jadi bag vacation Addin dan Zara.
Jadi mainan tarik-tarik pun bole juga.
Very important flyer..Uuuu.. Tidak perlu berbaris untuk masuk kapal.
Tidak sampai setengah jam kapal berlepas, terus tidur.
Ipad tu mesti diberi nyawa dulu.
Alhamdulillah, selamat sampai di KL. Bila kami mau turun tangga ja dari kapal tu, terus rasa macam panas berbahang. Propa ja.. sebenarnya, tidak la panas sangat. Sebab hari kan sudah petang lebih kurang jam 6 gitu. Addin siap cakap "Yeay... dah panas balik.."
Sambil menunggu luggage pun, kami berpeluh-peluh.
Hohoho...
Ambil family van ke rumah, RM168 sahaja.
On the way balik rumah tu, try update Facebook guna Digi.
Punya la betebiat.
Terkenang aku data Optus yang berdesup laju... huhuhuhu..
Maknanya, tiada la lagi simbol H+ keluar di gnote aku.. babai..
Apa tu H+.. 4G kot... bila teknologi di sampai Malaysia? Suda ada ka?
Digi ni macam belum ja..
Tidak apa la.. tunggu ja..
Rumah pun selamat. Tiada yang berusik. Baru perasan aku lupa tanggalkan kepala dapur gas. Gila.
Nasib baik tiada benda buruk terjadi. Travel insuran Maybank tu tidak cover home safety.
Apa-apa pun, home sweet home.
Malam tu, Abang Edi tidak menyempat terus pegi tukar duit yang bersisa AUD1000++ di money changer Giant dekat rumah. Nilai wang Australia sedang naik. Dapat la RM4500++.
Lepas tu dinner di restoran Thai - sup cendawan, daging masak merah, sizzling seafood, ayam goreng kunyit dan telur dadar.
Sedapnya makanan Malaysia.
Abang Edi bersyukur sebab dapat makan daging tanpa was-was semula. Huhuhu..
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment