google analytic

Nuffnang

Friday, March 13, 2015

Kids say the darndest things - Zara

Cerita 1:

Abang Edi baru keluar dari bilik air.

Abang Edi: "Daddy ada banyak white hair la.."
Zara: "Wah... Daddy tu Elsa"

Pengaruh Frozen terlebih sudah.

Cerita 2:

Baru bertolak dari Port Dickson ke rumah.

Abang Edi: "Zara, daddy nak simpan jambang banyak-banyak boleh tak?" (Sambil memegang pipi)
Zara: "Boleh. Daddy jadi macam kucing."

Cerita 3:

Zara memang bukan seorang budak yang suka berjalan jauh.
Perjalanan semalam - Seri Kembangan - Alor Gajah - Segamat - Alor Gajah - Port Dickson, adalah satu cabaran besar baginya.
Zara tidak habis-habis mengeluh sebab dia sudah jemu duduk dalam kereta.

Jadi untuk hari ini, perjalanan Port Dickson ke Seri Kembangan yang hanya mengambil masa sejam juga adalah satu cabaran.

Dalam perjalanan dari Port Dickson ke rumah.
Kami singgah di Petronas SKVE untuk membeli minuman sementara Abang Edi menguruskan keretanya yang mengalami sedikit masalah.
Hanya 10-15 minit dari rumah.

Ketika kami sedang memilih minuman:

Zara : "Mummy, kalau dah sampai Malaysia nanti, Zara nak nasi lemak".
Aku: (Seakan tidak percaya apa yang aku dengar) "Apa?"
Zara : "Kalau dah sampai Malaysia nanti, Zara nak nasi lemak" (Membuat penegasan).
Addin: "Kita memang kat Malaysia. Bukan pegi negara lain. Apa la.."

Mungkin Zara fikir kami sudah travel jauh ke negara lain dengan drive setakat berapa jam semalam tu.

Zara, my little mermaid. 

2 comments:

  1. Ika, i selalu lupa yg dia ni baru 5 tahun nak masuk 6 tahun.. tu la always says the darndest things :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...