google analytic

Nuffnang

Friday, February 27, 2015

JICA TIC Tokyo - Tempat tinggal dan kemudahan

Tempat jatuh lagikan dikenang.
Inikan pula tempat belajar, bergurau senda dengan kawan baru, bermalam, bermandi, bermain salji, makan guna meal kupon, pinjam payung dan beberapa aktiviti lain lagi.
Walau setakat 2 minggu.

Travel aku ke Tokyo ini bagi aku adalah yang paling ideal.
Manakan tidak:
Semua tiket penerbangan dan elaun aku ditaja oleh kerajaan Jepun atau khususnya JICA.
Aku tidak perlu pening untuk menyusun itinerary dan mempertimbangkan adakah tempat penginapan aku itu selesa - sebab semuanya telah tersedia.
Sudah nama pun ditaja - samada selesa atau tidak selesa, kena tolak lempar tepi.
Lagipun aku sorang, sudah dewasa, pandai hidup sendiri - jadi tidak banyak karenah yang perlu diambil kira.

Dan pula - Jepun - negara yang ternyata amat advance dari aspek disiplin dan kebersihan - kurang satu bahagian besar masalah untuk difikirkan.
Aku punya fikiran awal - mesti selesa punya la.
Mesti la selesa. Dan aman. Definitely. Terbukti. Titik.

Visa Jepun (yang ada gambar kepala aku besar dalam bulatan) tu adalah sebagai trainee.
Trainee visa ni penting untuk melayakkan dapat medical card oleh kerajaan Jepun.
Jadi kalau tidak sihat, tidaklah perlu keluar duit sendiri.

Selama aku di Tokyo ni, aku stay di JICA Tokyo International Center.


Kad peserta JICA. Bawa ja ke mana-mana.
Nombor bilik ialah -540.

Ni ialah kaunter front desk. Serupa receptionist la.
Segala pertanyaan dan peta perjalanan tempat-tempat menarik di Tokyo boleh dapat di sini.
Sebelum keluar ke mana-mana, kunci bilik kena serah ke sini dulu.
Kalau barang hilang, contoh kunci ka, apa-apa la, tanya ja dorang.

Aku pernah hilang lanyard aku. Rasa ralat sangat.
Sebab di lanyard tu, ada kad peserta, meal card yang masih berbaki banyak puluh ribu yen dan Pasmo card yang banyak la juga boleh round Tokyo satu jam.
Bila risik-risik di kaunter ni, seb baik ada. 
Kawan aku pernah hilang kunci pun aku suruh dia tanya di kaunter ni ja.
Ada juga.
Senang cerita, siapa yang pegi JICA ni, semua baik dan bersih hati.
Syukur Alhamdulillah. 

And here, almost everybody can speak English. 
Bagi yg keje dining hall, pak guard dan cleaner tu pun boleh understand simple English.
Sebab orang yang duduk sini adalah international. 
Yang keja di front desk ni lagi maju.
Kadang-kadang dorang greet aku dengan ucapan "selamat pagi" la, "assalamualaikum" la, "terima kasih" la.
Aku ja beria cakap jepun sambil terangguk-angguk ber"ohaiyo", "koniciwa", "konbawa", "arigato" dengan orang. 


Wheel cart pun ada, kalau-kalau bawa beg besar gaban dan berbilang banyaknya kalah orang berniaga. 
Tapi angkat dan bawa sendiri dan jangan lupa pulangkan di tempat yang asal ye.
Tiada bell boy di sini. 

Mula-mula, kita review bilik di JICA dulu.

Satu bilik untuk seorang peserta sahaja. 
Single bed only.
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, bilik akan dibersihkan oleh cleaner. 
Siap ada meja belajar, termos air panas dan telefon dalam bilik.
Kalau rasa selimut tu tidak cukup warm, boleh minta selimut tambahan di front desk counter.

Dan ada tv juga. 
Kebanyakan channel ialah bahasa jepun yang tunjuk bual bicara, berita, dokumentari pendek.
Ada juga yang tunjuk drama Jepun.
Dan channel mtv dari China (I guess).
Aku selalu tengok NHK World ja.
Pasal tu ja yang dalam bahasa inggeris.
Atas tv tu ada aircond yang ada fungsi heater dan dehumidifier. 

Beg aku bersandar pada peti ais kecil. 
Dan sebelah peti ais tu ada peti besi safebox.
Dan almari yang besar.

Laluan ke pintu.
Warna kuning di kepala katil tu ialah lampu suluh.

Boleh guna kalau-kalau ada kecemasan. 

Bilik air yang kecil comel tapi lengkap dengan sinki, jamban dan bath tub. 
Bath tub pun pendek ja tapi dalam.
Orang Jepun kan suka berendam. 
Aku pun hari-hari jadi badak berendam. 
Aku siap beli bath salt perisa rempah Jepun lagi supaya ada lebih feel macam orang Jepun.

Kami diberikan welcome pack yang berisi nota panduan, selipar bilik, tuala muka, tuala badan, sabun kecil dan berus gigi berserta ubat gigi sekali guna.
Toiletries kena bawa sendiri ye kawan-kawan. 
Towel ni pun kena basuh sendiri kalau perlu.
Ini saja la satu-satunya towel yang disediakan.

Laundry pun ada di JICA ni. 
Tapi aku tidak ambil gambar.
Di setiap tingkat, ada bilik laundry yang menyediakan 6 washing machine dan 6 dryer.
Detergent sediakan sendiri.
Aku bawa sabun serbuk Axion Kao Attack paket kecil RM2 ja. 
Cukup untuk 2 minggu siap berlebih bagi dengan kawan aku lagi.
Kekerapan laundry ialah 2 hari sekali. 
Baju yang aku bawa pun memang sikit.
Rotate baju yang tu tu la juga sampai boring. 

Siapa yang tidak bawa notebook sendiri, boleh pinjam daripada JICA.
Atau boleh guna komputer di bilik komputer yang disediakan.

Pemandangan dari balkoni bilik aku.
Setiap bilik ada balkoni sebab di balkoni tu ada tangga kecemasan seperti yang sudah cerita di sini

Secanggih-canggih Jepun ni, tiada wifi disediakan di JICA TIC Tokyo.
Tujuannya ialah supaya peserta tidak sibuk bermedia sosial ketika dalam kelas. 
Wired LAN disediakan di setiap bilik peserta masing-masing.
So, aku pun buat la macbook aku sebagai hotspot.
Then dapat la aku berwhatsapp dengan sepuas-puasnya tapi hanya ketika dalam bilik saja. 

Di JICA TIC Tokyo ni pun ada disediakan klinik. 
Dibuka setiap hari (aku pun tidak sure buka weekend ka tidak) dari jam 6 petang hingga 8 malam. 
Ketika pergi ke klinik, jangan lupa untuk bawa medical card. 

Sayap bangunan untuk kediaman peserta di JICA TIC Tokyo.
Hanya residence saja yang dibenarkan masuk di bangunan kediaman ni. 
Guard ada di setiap pintu masuk. 
Macamana dorang mau kenal peserta? Entah la.
Setiap peserta diwajibkan pakai pin JICA. 
Dari situ kot. 

Balkoni di luar sayap bangunan yang terletaknya pejabat dan bilik seminar.

Taman di JICA TIC Tokyo. 

Pemandangan di taman ketika salji turun.

Sebelum ke Jepun, ada kena bagi pre departure briefing dulu di pejabat JICA di Menara Citibank.
kami dinasihatkan untuk bawa payung kecil - sebab hujan di Tokyo adalah perkara biasa.
Tidak bawa payung pun tidak apa - JICA ada menyediakan payung untuk dipinjam kalau kita mau jalan ke mana-mana.
Cuma, jangan la buat macam payung sendiri.
Pandai pinjam, pandai la pulang semula.

Cumanya, aku tidaklah bawa payung dari Malaysia.
Pinjam dari JICA ja la. 
Tapi payung yang disediakan di JICA semua payung panjang macam dalam gambar ni. 
Kalau jalan jauh, malas aku berpayung walaupun hujan. 
Bikin penuh tangan ja. 
Purposely bawa jaket kalis air sebab kes malas bawa payung ni la.

Selain daripada semua yang di atas, di JICA juga ada disediakan kelas crash course belajar bahasa Jepun yang asas dalam masa 3 hari. Sehari sejam lepas maghrib. Diajar oleh cikgu yang memang asal Jepun. Bukan alang-alang. 
Ada juga sesi memperkenalkan budaya Jepun seperti Tea Ceremony, kaligrafi, etc. Selalunya kegiatan ni melibatkan komuniti setempat yang tinggal di area dekat JICA. 
Dan ada juga kelas judo.
Boleh main badminton, ping pong. Main piano pun bole.
Semua yang di atas ni adalah percuma untuk peserta JICA. 
Free dan paid tour pun ada - boleh round Tokyo, Kanagawa, etc.
Banyak la. Tapi satu pun tiada yang aku join.
Sebab tiada time. 
Aku mau join crash course belajar bahasa Jepun tu, tapi selalu kena cancel sebab peserta yang mendaftar kurang daripada 5 orang. Buang masa cikgu tu ja. 


Post seterusnya - makan dan minum di JICA.

13 comments:

  1. Good thing jica okinawa (oic)...
    Hostel ada wifi...
    kt kelas ada tapi tak strong.
    hihihi

    ReplyDelete
  2. Kat JICA TIC, almost semua participant komplen tade wifi. Tapi terpaksa redha :)
    Seb baik ada wired internet yang laju di bilik

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis..tahniah coz dh berjaya ke JICA! Thanks a lot for these entries..byk bantu utk rujukan yg plan to join JICA. Sy br isi borang online JICA semalam.hehe..En.Suami sibuk nk ikut.of course la tak boleh kn..penginapan pun utk peserta JICA je.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anakku Genius.
      Terima kasih di atas ucapan tahniah tu. Semoga awak pun dimurahkan rezeki berpeluang untuk join kursus JICA.

      Kalau husband awake nak join pun apa salahnya.. tp tak dpt stay kat hostel JICA le. Kalau dpt ke JICA TIC, husband awak ble try duduk di small hotel di area Hatagaya yang ada cafe halal. Sangat dekat. :)

      Delete
  4. Ade contoh nk isi borang jica x?nk buat guide..pm plz...brother.mse@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Ade contoh nk isi borang jica x?nk buat guide..pm plz...brother.mse@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro mse

      Minta maaf saya takde contoh camne nak isi borang jica.. Tips saya: kalau nak isi soalan berkaitan kursus, pastikan jawapan tuan menjawab dan selari dengan objektif kursus yang dinyatakan dalam iklan. Follow je course details. Nak nampak original pandai2 le rephrase ayat dari course guide tu. Good luck!

      Delete
    2. Sis.... nice info sis... nmpak gaya sy kene edit balik la borang sy...sis nk tanya...pas submit borang kt JPA.. ade interview ke dgn pihak JICA?

      Delete
    3. Sis.... nice info sis... nmpak gaya sy kene edit balik la borang sy...sis nk tanya...pas submit borang kt JPA.. ade interview ke dgn pihak JICA?

      Delete
    4. Hi bro Ahmad Afif
      Kursus saya dulu tidak memerlukan interview. Tapi tak sure kot2 kalau kursus JICA yang lain memerlukan interview.. kursus COTI yang selalu ada interview ni. good luck!

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sis, thanks for ur advice..I'm at OIC, Okinawa now..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. congrats!! good luck and have fun!! :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...