google analytic

Nuffnang

Friday, February 27, 2015

Pre Tokyo trip weekend getaway Part 2 - Concorde Kuala Lumpur

Cerita Part 1 di sini.

Aku book bilik Deluxe Executive pada special government rate over the phone.
Kenapa dapat bilik Deluxe Executive? Sebab aku purposely minta bilik yang ada bath tub.
Kalau superior dan deluxe biasa ja tiada bath tub.

Gembira pada awalnya, potong pada pertengahan sebab ada eksiden, tapi alhamdulillah, gembira semula sebab servis Concorde Kuala Lumpur memang la terbaek!!
Aku bagi 5 bintang!

Kami sampai di Concorde KL around jam 5.30 petang.
Haih. Kalau bukan pasal eksiden tu mesti kami dapat check in at 3 pm.
Pastu Addin dan Zara boleh bersuka ria di pool lebih lama.
Takpe la. Pujuk la hati. Mesti ada hikmah yang aku tidak tau di sebalik kejadian eksiden tu.

Sesampai di depan lobi, sudah ada bellboy yang menyambut kami dengan senyuman dan bagitau Abang Edi untuk parking di area sekian sekian.
Baru mau malas sikit kan minta parking valet tapi kena RM15 kot untuk sekali masuk.
Bagus lagi parking di guest parking. Dapat free.

Di receptionist kaunter, aku disambut oleh staff yang berbahasa indonesia.
Servisnya, tutur katanya, riak wajahnya, bahasa tubuhnya dan apa-apa la - pada pendapat aku, top class.
Yang lain-lain pun sama juga, semua bagus.
Addin dan Zara siap dapat lolipop. Hijau lidah Zara makan. Addin pula menolak dengan berhemah.

Lepas urusan check-in, kami singgah jap pegi Hard Rock Cafe untuk book meja for dinner.
Lepas pung pang pung pang segala, kami pun pegi la ke bilik.
Tau-tau, bellboy tadi tu sudah depan bilik dengan beg kami.
Alamak ai. Efisyen betul dorang ni.
Aku beria la minta maaf sebab memikirkan mesti lama mamat ni tunggu sementara kami menyinggah ke HRC tadi.

Then, Abang Edi bawa Addin dan Zara pi swimming pool.
Sementara aku menggosok baju apa yang patut untuk family dinner kami nanti.

Dua double bed yang besar. 
With ample space untuk sembahyang, gosok baju. etc. 

Dressing table and TV set.
Bawah tv tu ada mini combo ye.
Kalau aku tau, ble bawa dvd supaya anak aku bole duduk diam tengok kartun.   

Ironing board on hanger. 

Senarai channel yang ada. 
Walaupun business hotel, at least ada satu channel Disney untuk budak-budak. 

Complimentary Spritzer in bottle. 

Hot drink facilites sesuai untuk Abang Edi yang mesti mau minum air panas berperisa sebaik bangun tidur ketika pagi. 

Bath amenities. 

Shower.

 
And the highlight of the chosen room, bathtub. 
Lepas berak boleh terus aktiviti kuak lentang. 

Satu ja kurang. Free wifi nya considered slow to my liking. 
Not a problem for me. 
Tapi problem untuk si Addin yang gila tengok Evantube dan minecraft related content online. 

View senja dari balik. I love my KL.

Makan tak habis. Banyak juga leftover yang kami minta tapau.
Meja semua full. Ramai yang sambut besday di HRC KL ni kekdahnya. 
Service ketika dinner time di HRC ni pun bagus. 
Selalu tiada pula macam tu. Huhu.
Aku rasa ni faktor rezeki bawa anak-anak kot.
Semua orang pun jadi baik-baik dan over friendly ja.

Suka pula dengan diri sendiri pakai shawl duckscarves blurred line tu.
Love it.  

After dinner, balik bilik, layan tv dan tidur.
Bangun pagi, bawa Addin dan Zara pegi breakfast.
Abang Edi tinggal. Sebab dia suka bangun lambat on weekend.
Membazir bawa breakfast di hotel pun. Bukan jenis makan banyak.
Makan sikit-sikit ja macam burung.

Budak sorang ni makan cereal ja.

Yang ni pula minta telur separuh masak tapi tidak habis. Hisy.

My humble breakfast. 

Breakfast at Melting Pot Cafe is a must and not to be missed!
Makan sedap.
Ada pacik sebelah aku ketika aku sedang senduk nasi lemak tu, dia siap cakap "Nasi lemak sini sedap. Jangan lupa ambik sambal sotong kat situ tu."
Haha. Ye pakcik. Memang sedap.
Semua pun sedap. Kalau tidak kira perut aku yang kecil dan kesedaran diri sendiri untuk mengehadkan pengambilan makanan, mesti semua makanan di Melting Pot tu aku cicip.

And they also have this kind of arrangements:
- Hanya pelanggan yang layak atau bayar untuk breakfast sahaja yang boleh masuk Melting Pot. Sebab semua orang pun kena lalu laluan yang berpalang macam mau naik lrt tu. Tiada tiket tak ble masuk.
- Meja akan diberikan mengikut bilangan orang. Bukan pilih meja sendiri.
- Meja akan di'flagged' untuk senang dikenali samada meja tu sudah occupied atau belum.

Lepas breakfast ala kadar, kami ke swimming pool pula.

 

Budak dua orang ni conquer swimming pool budak-budak.

I love everything about our stay at Concorde KL ni.

The service, the room, the breakfast, swimming pool.
Semua terbaek.

Frankly speaking, sebelum datang ke Concorde Kuala Lumpur, aku fikir staff dorang ni pun lebih kurang sama dengan staff perhotelan lain di Malaysia ni yang tipikal tidak ramah mesra, muka macam shift 24 jam tiada rehat, speaking english dengan muka kekwat macam bagus, melayan orang tempatan ibarat second class dan layan orang putih macam ja orang putih tu gentleman gila dan banyak duit sangat.

Dan servis di Concorde KL ni menghapuskan persepsi tipikal aku tu.
They were like very genuine, very the baik, ramah mesra, pi mana-mana pun senyum dengan keikhlasan... wah.. 

InsyaAllah, kalau datang mood aku for short getaway, definitely will pick Concorde KL without second thought. 

While waiting for me to do check out thingy. 

2 comments:

  1. next time datang angin nk check in hotel kl nk try COncorde plak.. nice view dekat skit nmpk klcc tu.. huhu.

    ReplyDelete
  2. Hi @Zunainah_Selamat

    Yeah.. you should! pastu jalan kaki ke KLCC ala-ala tourist.. mesti best.. I always wanted to do that.. :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...