google analytic

Nuffnang

Friday, February 27, 2015

Pre Tokyo trip weekend getaway Part 1 - Hikmah di sebalik kemalangan

Masuk hari ni, sudah tepat 3 minggu since aku balik dari Tokyo.
Tapi post pasal Tokyo masih banyak hutang lagi.
Banyak draft ja. Belum publish.
Kena tunggu timing baik baru la dapat habiskan semua sekali.
"Bah.. palan palan kau sana ah.." - orang Sabah cakap.
Itu maknanya, please keep slow and steady :)

Oleh itu, untuk memecahkan mood Tokyo, aku mau cerita pasal short getaway kami sebelum aku ke Tokyo.
Tujuan hotel stay satu malam ini adalah untuk bagi reward bagi Abang Edi, Addin dan Zara.
Or we can also say - cara untuk minta maaf dekat Abang Edi sebab kena jadi 'bapa tunggal' dan cara untuk bagi anak-anak gembira sebab kena tinggal selama 2 minggu.
Gitu.

Mula-mula, call Concorde KL untuk tanya ada bilik yang available over the weekend tu dan special government rate.
Kami dapat bilik Deluxe Executive (besar sikit dari bilik Superior dan Deluxe katanya) at RM350++.

Dan pada hari kejadian, dari rumah ke KL, kononnya kami mau singgah di PJ makan nasi kandar tepi pokok dekat Sekolah Sri Aman dulu.
Nasib tak baik kami terlibat dengan kemalangan jalan raya berantai yang tidak serius di LDP dekat IOI Mall Puchong.

Kena langgar dari belakang.

Belah depan ni langgar kereta depan pula.
Berpeluh kami kepanasan dari bandar Puchong ke balai polis tu sebab aircond problem.

Geram juga la.
Tengah mood happy-happy mau pegi tidur hotel walau di KL saja, boleh pula terlibat dengan benda macam ni.
Anak aku punya main eksaited mau mandi swimming pool konon, terpaksa la pula buang masa di balai polis untuk kena buat report ni.

Syukur, tiada siapa yang cedera.
Tapi ada 4 kereta yang terlibat.
Kereta belakang yang langgar kereta kami.
Kereta Abang Edi yang langgar kereta depan dan langgar pula kereta depan dia.
Dan semua kereta yang terlibat berwarna putih tidak silap aku.
Tidak lama lepas kejadian, ramai la longkai yang datang untuk menguruskan keadaan.

Rancangan nasi kandar tinggal rancangan, terpaksa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk buat report pula.
Lama la pula di balai polis tu, ye la.. 4 kereta kan.

Kejadian kemalangan jalan raya yang tidak serius itu mengajar aku banyak benda.
Apa yang penting, kereta Abang Edi terpaksa masuk workshop.
Lama juga la dalam workshop, sebab kena langgar depan belakang kan.

Walaupun begitu, apa yang aku mau highlight ialah hikmah di sebalik eksiden:

Nasib baik aku ada kereta sendiri.
Maka Abang Edi boleh guna kereta aku sepanjang aku tiada di Malaysia.
Nasib baik lah ye. Jadi kereta aku kekal aktif walaupun mamanya ni pegi outstation.
Kalau tiada eksiden tu, memang Abang Edi buat kereta aku macam anak tiri ja la tersadai di porch.
Jarang berstart, tidak kena hantar pi carwash.

Dan lagi..
Aku pegi Jepun pada malam Rabu.
So, Isnin dan Selasa, Abang Edi kena hantar dan fetch aku dari opis.
Time kami berdua dalam kereta tu la jadi our quality time.
Tanpa ada orang ketiga dan keempat dan so on :)
Dan Abang Edi balik rumah lebih awal daripada biasa sebab dia kena fetch aku dari opis kan.
Kalau tiada eksiden tu, mimpi la Abang Edi dapat balik awal, hantar dan jemput aku dari opis.

Itu adalah hikmah untuk hubungan suami isteri :)

Hikmah untuk diri sendiri:-

Aku jadi lebih berhati-hati ketika driving.
Aku jadi lebih faham dan menghayati dengan kata-kata slogan "Berhati-hati di jalan raya", "Pandu dengan cermat", "Jangan memandu laju".
Addin dan Zara pun sekarang sudah paham kepentingan untuk duduk ontok-ontok dalam kereta dengan bertali pinggang keledar.

Dan aku teringat semula panduan yang kita anggap remeh ketika belajar di kelas memandu dulu
- Mesti ada lebih kurang gap atau jarak dengan saiz sebuah kereta di antara kereta lain semasa di atas jalan raya.

Jangan berhentikan kereta kita betul-betul belakang bumper kereta depan. Kalau jaki sangat tidak mau ada kenderaan lain potong jalan, at least bagi la jarak setengah daripada saiz sebuah kereta.

Dan lagi, kena ingat - jalan raya ni banyak kereta yang guna. So, kalau kita hati-hati macamana pun, tapi kalau takdir kita ditemukan dengan pemandu lain yang bangang, kita sudah stop, tapi kereta belakang laju ja meluncur sebab berkhayal dan mengelamun atau buta tidak nampak lampu brek merah belakang tu - BANG!!!! Nasib la.

Sentiasa mulakan perjalanan dengan Bismillah dan doa memandu kenderaan.
InsyaAllah, selamat.

Kita pergi ke post seterusnya - 1 malam di Concorde Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...