google analytic

Nuffnang

Thursday, December 13, 2012

Selamat kembali bertugas!

Sudah lama pula rupanya tidak berupdate blog ni.

Perkembangan terbaru, aku sudah kembali ke ofis :)
Since 31 Oktober 2012 lagi.
Gembira dengan posting terbaru kerana aku rasa dengan jawatan sekarang, aku boleh menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih direct.
Jabatan mana itu biarlah rahsia. Sebab rasa tidak selesa untuk mewarkan-warkan cerita tentang ofis :)

Setelah lebih 2 tahun lebih berhibernasi (tidak ke ofis), memang la terasa perbezaan yang amat.

Waktu belajar dulu:
Ada 2 stage, first stage - coursework. Second stage - thesis.

First stage -
  • Boleh kata hari-hari kena pi UKM walaupun tiada kelas - sebab banyak group assignment. Jadi, memang tidak rileks.
  • Oleh kerana aku ni memang bukan jenis ibu yang rajin memasak, selalu bungkus lauk ketika makan tengahari. Harga makanan di kafe kolej kediaman adalah amat murah, menggembirakan hati ibu muda (muda lagi ka? huhu) yang belajar sambil makan gaji seperti aku :)
Second stage
  • Kadang-kadang ja pi UKM. Kebanyakan hari memang akan buat kerja di rumah saja. Jadi boleh kata, minyak jarang refill, mileage kereta pun tidak banyak jalan.
  • Tapi kebanyakan kawan-kawan satu batch aku, dorang jenis rajin ke lab. 
  • Kalau aku ke lab, aku akan pastikan bawa bekal atau tapau siap-siap. Pasal malas mau keluar lab ketika lunch. 
  • Oleh kerana aku tidak disiplin, dan bengap pula tu, jadinya research progres aku ada betebiat sikit.
  • Ditambah pula dengan projek renovasi rumah kami dan pemergian bapa ke rahmatullah, menyebabkan progres tu adalah lebih betebiat.
  • Tapi Alhamdulillah, aku sempat juga submit sebelum kembali ke pejabat. 

Bila sudah kembali ke pejabat

  • Kena belajar business process baru. Seorang SA tanpa pengetahuan business process yang mendalam adalah ibarat tukang masak yang kena minta masak masam manis tapi masak stim asam boi. Haha.. apa punya metafora la.
  • Kebetulan, sistem sedang migrate ke upgraded environment. So kena deal dengan testing dan user rejection pada peringkat awal projek.
  • Dan sebagai seorang yang lambat panas, aku rasa aku ni memang take time juga untuk menghilangkan sikap penyegan aku dengan colleague baru. 
  • Ketika ni juga la aku terhegeh-hegeh dengan fasa untuk pembetulan tesis aku. Ya ampun. 
  • Rutin harian juga totally changed. Lepas solat subuh kena bersiap untuk ke pejabat.
  • Kalau pada 2010 dulu, travel ke opis pada belah pagi ada sesuatu yang menyesakkan. Mana jam di Seri Kembangan, tambah jam di Presint 1 Putrajaya lagi.
  • Sekarang ni, ada bagus sikit. Di susur keluar SKVE dari Seri Kembangan ke Putrajaya masih jam tapi di Presint 1 Putrajaya tidak lagi. 
  • Apa-apa pun, aku tidak kisah. Yang penting aku ada parking. Alhamdulillah. 

Apa-apa pun, selamat bertugas!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...