Akhirnya, waktu yang telah lama ditunggu bakal tiba.
Pengembaraan akan bermula.
Sangat excited.
Dulu, tidak pernah se'excited' ini untuk bercuti terutamanya ketika cuti sekolah.
Seboleh mungkin, akan bercuti ketika bukan musim cuti kerana lebih murah dan tidak ramai orang.
Time cuti sekolah, bagi can kepada kawan-kawan untuk entertain anak-anak mereka yang dapat rehat ketika cuti sekolah.
Sekarang, turn aku pula.
Lokasi belum dapat diberitahu sebab pengembaraan belum sempurna.
Kalau dah jadi dan lengkap - akan letak dalam blog ni sebagai tanda kenangan dan tips kepada kawan-kawan :)
Doakan semua selamat.
Niat perjalanan ini untuk menggembirakan hati mama dan Addin dan Zara.
Mau mengagumi dan mensyukuri ciptaan Allah.
Semoga dipermudahkan. Amin.
Tata :)
google analytic
Nuffnang
Monday, May 27, 2013
Monday, May 20, 2013
Cabut gigi
Selasa baru-baru ni, lepas balik opis ja, aku terus bergegas
ke KAFA untuk fetch Addin. Mau bawa dia ke dental clinic.
Gigi kacipnya di bahagian bawah (sebelah gigi yang sudah
dicabut sendiri seperti di entry) sudah start bergoyang dalam tempoh seminggu.
Suruh cabut sendiri takut. Aku pun cakap la, kalau takut mau
cabut sendiri, mummy bawa ja ke dentist.
Addin pun dengan beraninya cakap, bawa je la.
Aku pun fikir, ini peluang baik. Gigi dia memang dah
bergoyang. Bukan susah pun mau cabut. Aku mau pengalaman cabut gigi Addin yang
pertama di klinik akan menjadi pengalaman yang indah. So, kalau si Addin perlu
cabut gigi lagi, tidak la dia takut.
Apa lagi, aku set appointment, datang klinik hari Selasa
lepas time sekolah.
Sampai di klinik, Addin minta belon.
Dentist ni memang baik hati, bagi 2 biji belon, sebab dia
tau aku ada 2 orang anak.
Mula-mula ja nampak macam berani si Addin ni, siap bagitau
ustazah dan kawan-kawan konon mau pegi dentist cabut gigi. Tapi sebenarnya
takut. Bila dentist suruh duduk, Addin tanak.
Dentist: Addin kan baik.. mari tunjuk gigi kat Dr.
Addin: Tanak.. Addin nak balik.
Aku: Aik.. ngada.. tadi mau cabut gigi sangat. (Aku macam
mau naik angin suda)
Dentist: Ini first time ye dia cabut gigi kat klinik?
Aku: Haah Dr.. sebelum ni cabut sendiri.
Dentist: Oooo.. patut la dia takut.. Jom la Addin.. cabut
gigi tak sakit..
Addin buat perangai.
Dentist: Takpe la Addin.. kalau Addin tanak tunjuk kat Dr.,
tunjuk je kat Mummy..
Aku pun tunjuk dekat dentist gigi bawah Addin yang
bergoyang.
Dentist: Oooo.. dah goyang.. kalau macam tu, Dr. bagi letak
jeli je. Kalau Addin cabut gigi, nanti mummy beli aiskrim. (Sambil senyum
kepada aku).
Aku: Haah.. kalau Addin cabut gigi, mummy bagi Addin
aiskrim.
Tapi budak ni masih tak makan saman. Apa la sangat aiskrim.
Kalau umpan si Zara dengan aiskrim, jalan la kot. Dengan Addin, dia sudah tidak
heran.
Dentist: You nak tau, ada hari tu patient I, dia bawa anak
dia cabut gigi. Lepas tu dia belikan aiskrim Mat Cool tu. Dapat PSP! Pastu bapa
dia siap cakap, ni kalau bertuah selalu macam ni, cabut gigi 5 kali, dapat 5
PSP.
Aku: Wah.. seronoknya.. bertuah betul dia ye.
Addin: Ha… Addin nak PSP jugak.
Aku: Kalau nak PSP, kena cabut gigi dulu. (Entah la bila aku mau beli PSP.. terpaksa la
buat janji pelesu aka janji manismu).
Baru ada ipad pun suda lupa dunia, inikan pula ada PSP. Cheh.
Dentist: Mari Dr. letak jeli ni sikit. (Addin berjalan sikit
menghampiri Dr.) Addin kan baik… (Sambil meletakkan gel di gigi Addin yang
bergoyang. Addin berdiri ja dekat dentist).
Addin: Panas.. panas..
Dentist: Ooo.. ni mesti panas pasal jeli tu kena bibir Addin..
Bagi Dr. lap supaya tak panas.
Di tangan dentist tu sudah ada ‘ragum’ cabut gigi yang
ditutup dengan kapas.
Dentist: Dr. lap ye.. (sambil cabut gigi Addin)..
Taraaa…….
Aku: Ha…. Dah cabut pun gigi Addin.. kejap je..
Addin terpinga-pinga. Masih belum sedar yang giginya sudah
dicabut.
Sukanya aku. Aku siap tepuk tangan!
Sebelum balik rumah, singgah McD dulu beli aiskrim. Malas aku
mau cari Mat Cool.
Addin pula keep bragging. Dia kata kawan dia penakut sebab
kawan dia cerita pengalaman dorang menangis cabut gigi. Addin cakap tak sakit
pun. Kejap je 3 saat! Kui kui kui. Wish dia tidak takut lagi untuk duduk atas
patient seat tu. Boleh la bawa untuk tampal gigi pula :)
Berterima kasih sangat dengan dentist yang berjaya cabut
gigi Addin. Pandai betul layan kanak-kanak. Ini baru la dentist yang sejati. Pandai
ambil hati patient.
Sah la ni. Memang family aku mengikat kontrak tidak rasmi
dengan dentist ni.Hohoho..
Semoga rezeki dentist tu dipermudahkan. Amin :)
Monday, May 13, 2013
April tiba
Kesiannya dengan blog aku nan satu ni.
Macam tiada mama.
Sampai hati kena tinggal sebulan lebey.
Ada banyak peristiwa.
Tapi entah la. Macam banyak ja yang tidak sesuai untuk dicerita.
17 April tu balik Labuan. Kebetulan si Tasha baru bersalin anak ke-2 dan kawan aku dari zaman sekolah iaitu si Alen kawin.
Mula-mula plan balik berdua ja sama si Zara. Tup tap, si Addin mau ikut pula. Sedangkan sebelum tu beria tidak mau balik Labuan. Boring la, nak teman daddy la, hape la.
Sebenarnya si Addin memang kurang gemar balik Labuan. Mungkin kurang ngam di jiwa kanak-kanaknya.
Tapi lepas Mama pasang aircond di ruang tamu (sebelum ni di bilik tidur ja), pasang Astro Beyond lengkap dengan pakej kartun, pasang Streamyx (di kampung aku belum Unifi ready lagi) - baru la bersemangat si Addin.
Tambahan pula, Tasha ada baby baru. Namanya Eryna. Addin memang suka layan budak kecil. Baik betul anak aku sorang ni. Boleh jadi bibik jaga budak. Tapi suka bergaduh dengan Zara.
Jadinya, kelam kabut la aku buat surat rasmi mencutikan Addin dari sekolah 3 hari. Lepas tu, terpaksa minta ehsan Nurul jadi 'pengiring' si Addin naik AirAsia sebab dia belum layak jadi Young Passenger Travelling Alone. Kalau dengan MAS pun, kena tunggu genap 7 tahun.
Sesampai di Labuan (aku dan Zara sampai dulu naik flight malam sebelum tu), Addin pandai request mau pergi rumah Nenek Amit la, Nenek Tengah la (semua mama sedara aku) - sebab dia tau ramai anak-anak cousin aku yang sebaya dia.

Our little Eryna. Birthday dia 11.30 malam 10 April 2013. Lagi 30 minit mau sama birthday dengan birthday arwah bapa. Kalau arwah bapa masih hidup, mesti jadi cucu kesayangan ni. Si Eryna ni jenis baby yang tidak banyak songeh. Menyusu badan tiada masalah. Tidur pun jenis lena sangat-sangat tanpa perlu dibedung. Alhamdulillah.
Di wedding si Alen. Alen sekarang suda jadi Mrs. Fabien Le Gad. Setiap kali Krismas balik kampung sana France. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Yang bestnya, time ni boleh jumpa kawan-kawan lama zaman sekolah. Macam small reunion pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)