google analytic

Nuffnang

Thursday, December 31, 2015

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 5 - 1 Disember 2015 - Gotemba Factory Outlet dan Gyumon Shibuya

Hari kedua di Tokyo!
Hari ni aku plan untuk bawa rombongan kami ke Gotemba Premium Outlet.

Permintaan asal, Abang Edi mau pegi spot yang dekat dengan Mount Fuji.
Aku fikir, oo ok la, boleh pegi ke Hakone.
Tapi lepas baca blog orang dan buat survey, rasa macam "mak aih.. mahalnya".
Aku punya konsep percutian kali ni ialah, penjimatan dengan menggunakan JR selagi boleh.
Tapi kalau pegi Hakone tu, macam tidak mau berapa jimat sangat.
Darab dengan 4, pengsan la kami membayar.

Jadi, untuk menunaikan hasrat Abang Edi tu, aku pun cadangkan ke Gotemba Premium Outlet saja.
Selain dapat tengok Mount Fuji dalam jarak yang dekat, kami juga boleh bershopping kunun.


 
Kena keluar awal pagi ni.
Sempat berselisih dengan lori sampah yang comel dan tiada bau sampah langsung. 

Machiya Station - Nippori Station - Tokyo Station (Ini saja sudah 20 minit).
Sampai di Tokyo Station - Aku macam hesitate ja mau meneruskan perjalanan ke Gotemba.
Sebab jauhnya yang amat. Banyak buang masa dalam train sahaja. 
Dari Tokyo Station ke Gotemba Station (station train terdekat ke Gotemba Outlet) ni kena menempuhi perjalanan menaiki train selama 2 jam lebih. Lama tu...

Abang Edi pun cakap dia ok ja sebab semalam naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo pun sudah puas tengok tu Mount Fuji.
Addin bising mau pegi muzium.
Aku pula fikir kalau tidak pegi Gotemba kami boleh pegi Odaiba. 
Tapi Mama mau pegi tu Gotemba, sebab mau tengok Mount Fuji dari dekat.

So, kami teruskan ja la. 
Untuk ke Gotemba, haruslah guna JR semaksima mungkin.
Tokyo - JR Shinkansen - Mashima (1st transit) - JR Tokaido Line - Numazu (2nd transit) - JR Gotemba Line - Gotemba (last station).
3 kali tukar station untuk 2 jam.
Dari Gotemba Station ke GPO boleh naik free shuttle bus selama 15 minit.   

 
 
Aku ingat semalam tu last la kami naik shinkansen. 
Rupanya hari ni ada lagi.

Masa kami tukar train di Mashima menghala ke Numazu aku disapa oleh seorang macik Jepun yang bertanya adakah kami dari Malaysia.
Dia cerita dia sudah banyak kali bercuti ke Malaysia.
Lepas tu dia macam kagum sebab kami boleh jalan rombongan ramai-ramai naik train ke Gotemba. 

 
Suasana di Gotemba Premium Outlet yang biasa-biasa saja.
Luasnya lebih kurang dengan di Bicester Village. 
Pengunjung teramai dan terkecoh ialah dari China.  

Kebetulan time kami sampai tu sudah pun masuk waktu Zuhur.
So, cari bilik solat dulu.

Bilik solat di lot 2460 di Gotemba Premium Outlet.
Kena tekan butang di sebelah kiri tu untuk panggil staf yang akan tolong buka pintu. 

 Tempat wuduk, telekung bersih dan sejadah (dalam kotak hitam sebelah tempat wuduk tu) disediakan.
Ruang jemaah lelaki dan wanita dipisahkan dengan dinding (tiada dalam gambar).
 Arah kiblat di siling.

Sebaik kami masuk ruang solat ni, terasa bersyukurnya dan kagumnya lah apabila tengok ruang solat tu amatlah luas dan bersih dan kesuciannya terjaga.
Tambah-tambah pula di kawasan bershopping di negara yang bukan majoriti Islam ni.
Rasa syukur sangat-sangat.

 Lepas solat, kami pegi foodcourt untuk cari makanan pula.

Selfie beramai-ramai ye. 


 Aku order takoyaki tanpa sos ja.
Mama aku order tempura seafood.
Sori.. tiada gambar kami pula sini.

 Addin dan Zara berjaya pau aku beli lego di sini.
Aku rasa macam tiada beza ja harga dengan di Malaysia.
Tax free pun tidak dapat kalau beli lebih 10,000 Yen.
Tapi tidak apa la.
Ada juga kenangan lego block dari Jepun kunun.

 Alamak.. tebalik pula.
Aku sempat beli chubby stick Clinique dan refill bedak muka MAC dari The Cosmetic Shop.
Ha yang ni dapat tax fee plus 15% diskaun.
Memang berbaloi-baloi.
Chubby stick tu dalam satu kotak dapat 3 batang lipstik.
Harga lebih kurang RM70 gitu.
Kalau harga normal biasanya pun sebatang sudah RM66 di Malaysia.
Promoter tu pula bagitau, chubbystick tu ialah christmas edition yang hanya ada di Jepun.
Aku pun tidak tau la dia temberang atau cakap betul.
Yang penting, di Malaysia tiada ni yang edition. 

 Bukti sudah sampai Gotemba Premium Outlet.

 Hasrat mau tengok Mount Fuji dari GPO tidak tercapai sebab si Mount Fuji malu-malu berselindung di sebalik awan.
Sudahnya, kita balik ja la. 

Tidak dapat berlama-lama di GPO. 
Kami kena kembali semula ke Tokyo atau lebih tepatnya ke Shibuya sebelum jam 7 malam sebab sudah buat reservation di Gyumon Shibuya Halal. 
Tapi untuk perjalanan balik, kami tidak ambil route ke Tokyo.
Instead, berhenti di Shinagawa sahaja then naik JR ke Shibuya. 

 Walaupun aku rasa aku macam sudah terer naik train di Tokyo ni, tapi bila sampai Shibuya ja mesti aku macam konpius dengan sistem exit di JR station ni.
Kalau exit Tokyo Metro lebih mudah rasanya. 
Nasib la ada good samaritan yang tolong kami carikan exit yang kami mahu supaya lebih dekat untuk berjalan kaki ke Gyumon. 
Wanita di atas (sebelah Lina tu) nampak kami macam blur.
Lepas tu dia tanya kami dari Malaysia ka? Rupanya dia pun baru ja balik bercuti tengok kawan dia kawin di Malaysia.
Then dia tolong kami pergi ke the famous Shibuya Crossing.

 Perjalanan kami ke Gyumon pada malam ini tidak bermasalah seperti semalam.
Dan terasa lebih dekat.
Dan meriah sebab ada konvoi kereta bercahaya. 

 At last, merasa juga kami sampai di Gyumon ni.
Ramai customer lain dari Singapore waktu kami sampai ni.
Zara gembira minum jus mangga.

 Selonotnya.
Tapi mahal!! 
Bajet satu meal package lebih kurang dalam RM100++ gitu.
Boleh la.. Sekali sekala.

 Hirisan daging nipis untuk dibakar bbq sendiri.
Mama dan Jakir ambil pakej berasingan setiap seorang.
Nurul dan Lina sharing.
Aku, Abang Edi, Addin dan Zara sharing.

 Bakar guna arang.

 
 Bakar sendiri ikut citarasa masing-masing.
Memang sedap.
Daging-daging tu terasa mencair dalam mulut.
Kesedapannya masih terasa hingga sekarang.

 Perut sudah kenyang, hati sudah senang.
Hari ni barulah rombongan kami dapat merasa kemeriahan Shibuya dengan girangnya.
Nurul took this picture from the Starbuck yang sering menjadi port orang melepak ambil gambar tengok Shibuya Crossing. 

 Abang Edi pun kan merasa juga cross sambil bergambar.
Tapi orang sudah tidak berapa ramai sebab sudah lebih kurang jam 10 malam.
(Sebelum ke Shibuya Crossing ni, kami sempat singgah ke Apple Store Shibuya sebab aku mau bagi Addin try jejak kaki ke sana. Di KL kan tiada Apple Store, gitu. Apple reseller ja yang belambak).

 Hachiko Wall di Shibuya Station.

 Dalam perjalanan pulang ke Machiya. 
Orang pun sudah tidak ramai.
Jam 11 malam sudah ni.
Pintu Keisei Line di Nippori sudah tutup. 
Sebagai alternatif, kami ambil Chiyoda Line dari Nishi-Nippori ke Machiya.
Seb baik. 










Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 4 - 30 November 2015 - Tokyo

Ampunkan kami penunggu gua!
Punya la pemalas aku ni mau update blog.
Kalau time tengah bersemangat tu, tiada masa pula.
Ok, kita teruskan dengan pengembaraan musim luruh kami di Jepun.

Hari ke-4, kami berpindah dari Osaka ke Tokyo.

Abang Edi mencadangkan kami untuk naik teksi samada dari rumah airbnb kami di Osaka ke Station Shin-Osaka atau dari Tokyo Station ke rumah airbnb kami di kawasan Machiya, Tokyo.
Masalahnya, lepas aku survey dalam internet, perjalanan yang hanya mengambil masa 5-10 minit saja pun, akan menyebabkan damage sebanyak lebih RM200++ untuk satu teksi sahaja.
Bayangkan untuk 2 teksi - sebab kami semua 8 orang.
Gilak!
Aku pujuk la Abang Edi... sabarlah...
Memang ni la pengorbanan yang terpaksa dibuat kalau mau bajet dalam percutian.

Daripada habis RM200 untuk tambang teksi, baik habis untuk benda lain. 

 Abang Edi sudah warning dia tidak mau terburu-buru berlarian-larian mengejar train.
So, kami keluar awal, jalan slow-slow, dan sempat berpeleseran di Shin-Osaka dalam 40 minit begitu.
 
 Menunggu Shinkansen kami dari Shin-Osaka ke Tokyo di Platform 27.

 Sempat beli onigiri udang atau dalam bahasa jepunnya 'Ebi' di kedai runcit dekat platform 27 tu.

 Perjalanan menggunakan shinkansen dari Osaka ke Tokyo mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Boleh nampak pemandangan Mount Fuji dengan jelas.
Dalam shinkansen ni, Abang Edi duduk bersebelahan dengan nenek tua berkimono yang ramah berbual.
Tapi dia malu untuk dibawa bergambar bersama :)
Nenek tua tu cerita dia ke Osaka untuk melawat anaknya.
Kami rasa amazed juga.
Nenek tu memang sudah tua betul sebab fizikalnya yang bongkok tiga.
Tapi boleh naik shinkansen travel sorang-sorang tanpa teman.

Berdasarkan pemerhatian kami, di Jepun ni, orang tua mereka amat independent dan tidak bergantung pada orang lain.
Jangankan bongkok tiga, yang bermasalah untuk berjalan pun, walaupun menggunakan walker kaki empat dan jalan setapak-tapak pun, selalunya dapat dilihat berjalan sorang-sorang tanpa pembantu. 
Salute!

 Rumah airbnb kami di Tokyo dekat dengan Machiya Station.
Untuk ke Machiya Station dari Tokyo Station, kena tukar train di Nippori dulu.
Dari Nippori ke Machiya, boleh guna Keisei Line atau Chiyoda Line.
Yang penting, kena beli tiket extra sebab bukan adik beradik JR.  

Our trip from Osaka to Tokyo was a breeze one.
Sebab tiada apa yang perlu dikejar.
Syukur, sebab dari Tokyo Station ke Nippori Station tu kebetulan kami ternaik train yang ekspres.
Tidak banyak berhenti.
Maka kami tidak terasa penat pun. 
Keputusan untuk tidak mengambil teksi adalah tepat. 

 Machiya Station yang kurang orang.

Pengalaman kami check-in dan stay di airbnb kami di Tokyo akan aku post kemudian.

Lepas check-in,  solat dan buat apa yang patut, jom kita ke Shibuya!

 Perjalanan dari Shibuya Station ke restoran Gyumon halal tu akan kena naik jejantas yang ini.

 Pada sebelah malamnya, aku bawa keluarga aku ke Shibuya.
Sebab mau makan Gyumon halal kunun.
Punya la jauh berjalan kaki. 
Sekalinya, full house.
Kena tunggu lagi 2 jam atau boleh datang besok.
So, kami buat tempahan untuk datang semula besok jam 7.30 malam. 

 Dalam perjalanan kaki dari Shibuya Station ke Restoran Gyumon halal tu, kami terjumpa stall kebab kepunyaan orang Turki.
Semua menunya - kebab pita, shawarma kebab dan kebab with rice berharga 500 Yen.  

 
 Stall kebab ni popular di kalangan budak sekolah menengah Jepun.
 
 Makan kebab panas-panas di dalam kedinginan malam di Shibuya ni memang asyik.
Tidak cukup dengan makan di siring jalan ni, kami siap bungkus lagi untuk sarapan bagi besok di rumah. 

 Kalau sudah sampai di area Station Shibuya ni, tidak lengkaplah kalau tidak bergambar berlatarbelakangkan suasana yang serba meriah dengan umat manusia dan lampu lip lap berwarna warni. 

 Dan tidak dilupa, tugu anjing Hachiko yang kisahnya amatlah meruntun perasaan.
Teringat movie si Richard Gere dan anjingnya yang sedih itu (Hachi: A Dog's Tale).

Dari Shibuya Station ni, kami bergegas pula ke Tokyo Station.
Tujuan ialah untuk berkunjung ke Tokyo Okashi Land di First Avenue, betul-betul di bawah tanah Tokyo Station. 
Aku mau belanja Addin dan Zara makan aiskrim hokaido lembut bercoklat Royce yang dihidangkan  dengan potato chip di kedai Calbee Plus.
Tapi hampa. 
Kami sampai dalam jam 9.30 malam, dorang pun sudah tutup kedai.

Untuk mengubat kekecewaan, sempat la singgah jap di kedai berdekatan makan aiskrim dengan pancake ala crepe kunun.

Then, kami balik ke rumah airbnb kami di Machiya. 
Aku balik dengan kekecewaan.
Satu pasal tidak dapat makan Gyumon.
Dua pasal tidak dapat makan aiskrim di Calbee Plus. 










Monday, December 14, 2015

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 3 - 29 November 2015 - Hiroshima

1. Pagi ni kami bersiap lebih awal. Sebab aku sudah booking tiket jam 8.30 pagi ke Hiroshima.

2. Aku susun pelan perjalanan untuk hari ini:
- Shinkansen dari Shin-Osaka ke Hiroshima
- Hiroshima ke Miyajima Island
- Jalan-jalan tengok rusa di Miyajima Island
- Kembali ke Hiroshima
- Pegi Atomic Bomb Dome, Children's Peace Monument dan Hiroshima Peace Memorial Museum
- Kembali ke Osaka
Semoga Allah memudahkan perjalanan kami.

Bekalan sarapan disediakan oleh Mama dan Nurul.

Kalau tidak bawa bekal pun tidak apa.
Boleh beli dari pramugari shinkansen.

Di Hiroshima Station, kami disapa oleh sukarelawan di sana yang sudi menunjuk arah ke JR line platform untuk ke Miyajima. 

Dari Miyajimaguchi Station, kena menapak sedikit untuk ke pelabuhan feri. 

Kami naik feri JR ke Miyajima Island.
Naik free je ye kawan-kawan sebab ada JR pass.

Sebelum sampai di Miyajima Island tu, kita boleh ambil gambar tori gate Itsukushima Shrine  yang seakan terapung di permukaan laut dengan lebih dekat dari feri.  

3. Plan aku di Miyajima Island ni simple. Tidak perlu jalan jauh. Hanya di sekitar jeti sahaja. Yang penting, been there.

Aku baru mau buka bekal onigiri yang kami tapau dari Osaka, pacik rusa ni sudah datang mencari makanan.

Rusa di Miyajima Island ni bersepah.
Macam kucing di Malaysia.
Semua pun jinak dengan manusia.
Rusa ni juga dianggap suci di kalangan penduduk tempatan di Miyajima.  

Kuih bahulu berinti. Amat sedap sekali.

Kami tidak lama di sini.
Makan sotong bakar without sauce dan jagung bakar.
Pusing-pusing kejap setengah jam, lepas tu kembali ke bandar Hiroshima. 

4. Dari Hiroshima Station, aku bawa family aku ke Peace Memorial Park dengan menaiki tour bus yang disediakan oleh JR. Boleh naik bas ni secara percuma kalau guna JR Pass.

Tips:
Nama bus tour ni: Hiroshima meipuru-pu atau dalam englishnya ialah Hiroshima Sightseeing Loop bus. 
Laluan bas ni akan pass semua lokasi menarik di sekitar bandar Hiroshima. 

Boleh tunggu bas ni di depan Hotel Granvia Hiroshima.

Stop kami yang pertama, Atomic Bomb Dome.

 
Muka pun sedih ja kan.

Aku tidak bagi Abang Edi sengih untuk pose di sini. Tak sesuwai. 

Memang hebat. Bangunan ni masih teguh berdiri walaupun telah dibom atomkan pada 1945.
Struktur bangunan ni teguh walaupun dibom sebab senibinanya yang berbentuk silinder. 

Macik sukarelawan buat demo perbezaan tile biasa dan tile yang terdedah kepada bom atom. 

Dari landmark pertama, kami berjalan ke landmark kedua iaitu, Children's Peace Monument.

Cantik pula background yang ni.

Di Children's Peace Monument ni, dipamerkan hasil origami yang dihantar oleh budak-budak yang inginkan keamanan.

Pengunjung yang datang akan membunyikan loceng dan berdoa supaya tiada lagi peperangan di dunia ini. 

Kami rehat kejap untuk piknik makan lunch.

Sambil tu menunaikan solat jamak zuhur dan asar. 

Kita teruskan perjalanan ke Peace Memorial Museum melalui Peace Memorial Park.

 
On the way ke muzium tu, ada majlis depan Peace Memorial Park tu.
Mungkin dorang ada mesyuarat besar kot. 

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Addin si gila muzium.
Bayaran masuk untuk muzium ni murah saja kalau tidak silap. 
Mungkin hanya 50 Yen sahaja per adult. 
Aku pun ingat-ingat lupa gitu. 
Tapi yang confirm aku ingat Addin dan Zara tidak perlu bayar tiket sebab dorang masih di bangku sekolah.

Visual bandar Hiroshima selepas dibom pada 6 Ogos 1945.

Orang yang kena radiasi nuklear ketika kejadian tu bagaikan mayat hidup. 
Kulit dan isi badan mencair. 

Muzium ni tidak besar. 
Dalam masa kurang sejam pun sudah boleh habis round.

Kami tunggu bas puru-pu tu di depan muzium ni.
Bas dorang ni ada lambat sikit dalam 10 minit daripada jadual yang ditetapkan.
Terasa macam tidak Jepun la pula bila jadi macam tu.

5. Kami sudah ada reserved seat untuk naik Shinkansen Hikari jam 7.30 ke Shin-Osaka. Cumanya, seat kami tu semuanya terpisah. Tak best la kalau terpisah dengan Addin dan Zara kan. Takut dorang ni mengganggu penumpang yang lain pula. 

Jadi, aku buat satu plan baik punya:
- Kami akan berbaris setengah jam sebelum tiba Shinkansen jam 7.30 petang tu untuk masuk gerabak unreserved seat.
- Kalau duduk reserved seat, tidak boleh ubah-ubah seat. Sebab setiap seat sudah ada tuannya. Kalau dapat unreserved seat pula, boleh tukar-tukar ikut suka.
- Orang yang aku harap untuk pantas mengatur langkah mencop seat yang kosong ialah aku sendiri, Nurul dan Lina. Aku gelar kami bertiga sebagai 'Peserta terbaik'.  
- Setiap 'Peserta terbaik' ini ditugaskan untuk cop satu row seat yang kosong supaya at least 2 orang ahli rombongan dapat duduk bersama-sama. 

While waiting for our shinkansen back to Osaka.

Addin yang sempat tidur di tiang. 
Addin ni asal duduk dalam train atau duduk di mana-mana bagi tempoh lebih 10 minit, mesti dia tidur.

6. Alhamdulillah, strategi aku menjadi. Kami dapat duduk berlapan dekat-dekat dalam unreserved car ke Osaka.

Sempat ambil gambar cleaning staff buat kerja membersihkan gerabak shinkansen.

Malam ni ialah malam terakhir kami di Osaka.
So, kena ambil gambar Osaka Station.
Ruginya la.. banyak tempat di Osaka ni kami belum explore. 

Bergambar depan kedai pachinko yang dekat dengan rumah airbnb kami.

Tidak jauh dari rumah kami ada Masjid Osaka.
Bawah masjid tu ada Halal Store.
Kami tidak sempat pegi pun sebab banyak masa sebelah siang dihabiskan di Kyoto dan Hiroshima. 

Restoran Halal pun ada. 


7. Malam ni kena packing sebab besok kami akan berpindah ke Tokyo.

8. Perasaan hari ini: Better than yesterday. Semua plan aku menjadi. Especially part berebut unreserved seat.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...