Draf blog ini telah dibuat lebih awal sebelum Emir Aslan dilahirkan.
Teringin untuk update pasal kisah mengandung baby no 3 ni.
Untuk menjadi kenangan dan bahan bacaan sambil senyum-senyum sendiri di masa depan.
Pregnancy kali ni, is a mix between planned and unplanned sebenarnya.
Planned sebab kunun mau conceive ketika aku dan Abang Edi honeymoon sempena 10 tahun usia perkahwinan di Turki kunun.
Tapi, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.
Bulan Januari 2016 check period yang lewat, rupanya dapat 2 line di pregnancy test kit.
Alhamdulillah, walaupun ada sedikit terawal, tapi mesti ada hikmah di sebalik rezeki ini.
Nama pun rezeki kan. Syukur syukur.
(Kalau ingat semula dulu, Zara pun terconceive lebih awal daripada yang dirancang - sekarang dah besar dah pun, sudah darjah 1).
Orang yang paling happy selain daripada aku dan Abang Edi bila tau aku pregnant ni, tak lain tak bukan, mestilah Addin dan Zara.
Dorang memang teringin mau ada adik sorang lagi.
Dapat dua orang pun dorang suka, kembar kunun.
Aku ja la nda larat mau ada kembar ni.
Sorang pun susah-susah mau handle, inikan pula 2 serentak.
Cumanya tahap excited dorang kali ni ada kurang sikit dari last year.
Yang last year tu, dorang siap pukul canang bagitau cikgu dan kawan-kawan lagi.
Tapi tiada rezeki, gugur pula.
Mungkin dorang sudah sedar, jangan kecoh dulu awal-awal, takut nanti gugur lagi macam kejadian last year.
Tahun ni pun kununnya Addin ada bagitau juga pada guru kelasnya, kebetulan guru kelasnya pun pregnant juga.
Ini aku tau lepas ambil laporan prestasi peperiksaan tengah tahun hari tu. Cikgunya bagitau aku :)
Untuk cerita pasal pregnancy ni, mau sorot sikit-sikit dari trimester 1 hingga ke 3.
Trimester pertama
- Time aku start pregnant ni, dunia digemparkan dengan cerita pasal virus Zika. Seriau sangat sebab kununnya, ibu mengandung yang dijangkiti virus Zika ni most probably akan melahirkan bayi dengan kepala kecil atau microcephaly. Oleh sebab itu, aku mengelakkan diri daripada beriadah waktu petang di taman sebab tanak kena nyamuk. Pintu dan tingkap rumah pun aku pastikan sentiasa tertutup ketika awal pagi dan lewat petang.
- Aku punya main takut kena gigit nyamuk, sampai sanggup beli minyak wangi Victoria Secret lagi sebab dibuktikan bahawa siapa yang pakai minyak wangi ni insyaAllah tidak akan dihinggapi nyamuk. Mosquito repellent la kunun. Sudahnya, aku tidak suka pakai pun. Aku bagi free ja sama kawan aku Liean as birthday gift.
- Most of the time, badan rasa penat. Kepala selalu pening-pening. Nasib baik ada bos dan anak buah yang memahami. Kadang-kadang aku terpaksa berehat di surau untuk melegakan sakit kepala. Dorang bagi aku can berehat.
- Mau makan tidak selera. Memasak apatah lagi. Tiada mood. Kalau makan di luar pun, selalunya aku tiada idea mau makan apa.
- Bukan ja penat, pemalas mau besiap pun ada. Dalam trimester pertama ni la aku rasa aku punya dressing paling selekeh daripada moment terselekeh aku. Pegi opis dengan tidak berbedak dan berlipstik. Kalau boleh pakai baju pun malas. Selalu rajin pakai shawl lilit-lilit kepala, kali ni aku lebih senang pakai tudung sarung terus. Masalahnya tudung sarung aku semua yang sudah lusuh. Memang kesian dengan diri sendiri.
- Dalam hujung trimester pertama ni, aku dan Abang Edi berhoneymoon ke Turki. Nama ja berjalan ke negara orang, tapi most of the time kami menghabiskan masa dalam hotel ja. Sebab aku mesti mau dapat afternoon nap aku.
- Aku kan sebenarnya jenis yang amat adventurous dalam hal makan-makan ni. Asal halal ja, walau macamana pelik pun, mesti aku try. Tapi sepanjang kami di Turki tu, aku hanya mau makan apa yang tekak aku boleh terima ja. Banyak makanan Turki yang aku tiada selera mau cuba pun. Rugi la.
- Addin dan Zara request untuk aku pilih bersalin di private hospital. Supaya dorang boleh masuk dan lawat aku dan baby dalam ward. Kalau pegi hospital gomen kan, budak-budak bawah 12 tahun mana boleh masuk wad.
- Oleh sebab aku sekarang 'kerja' dengan syarikat yang memberi manfaat panel perubatan, maka memang boleh ja la aku kalau mau bersalin private ni tanpa perlu keluar banyak kos menampung perbelanjaan kelahiran baby. Cumanya, pengalaman aku sebelum ni, dua kali bersalin di Hospital Putrajaya, aku puas hati ja dengan layanan yang aku pernah terima di sana.
- Aku sentiasa berdoa supaya urusan kelahiran baby nanti tiada masalah dan tidak perlu la kami stay dalam wad lebih daripada 1 malam. Jadi Addin dan Zara tidak perlu rasa gundah gulana kalau berpisah dengan aku lama-lama. So, instead of menunaikan wish Addin dan Zara, aku still pilih Hospital Putrajaya tapi di private wing iaitu sebagai Full Paying Patient. Faktor pemilihan, hospital ni dekat dengan rumah kami, aku familiar dengan hospital ni, dan aku boleh pilih pakar.
- Urusan buka buku pink aku buat di KKIA dekat rumah. Tapi untuk monthly checkup, aku buat di klinik GP yang lebih dekat dengan rumah ja. Mostly checkup di klinik aku pegi sendiri-sendiri ja sebab malas mau buat Abang Edi boring menunggu.
- Buat MGTT test di klinik GP. Alhamdulillah, negatif kencing manis.
Trimester kedua
- Masuk trimester kedua, segala kemalasan dan kepenatan melampau semakin berkurangan. Aku jadi kuat makan pula. Oh no.. Rajin mencuba resipi baru. Rajin masak. Boleh kata peti ais di rumah akan selalu di replenish dengan bahan mentah baru sebab aku teramatlah rajin untuk masak. Rajin buat biskut dan kek juga. U name it.
- Berdandan pun aku start rajin sudah. Tapi aku amat tiada hati untuk bershopping. Pelik tapi benar.
- Untuk pregnant yang ke-3 ni, barulah berpeluang buat 6D ultrasound scan. Sebelum ni tidak pernah, pasal tiada kesedaran kot. Lama juga la sesi scanning ni. Setengah jam macam tu. Sampai keboringan si Addin dan Zara menunggu. Mula-mula tu macam excited juga dorang. Alhamdulillah, everything look just fine.
- Especially dalam bulan puasa tu. Sepatutnya aku akan lebih penat. Tapi Alhamdulillah, untuk puasa kali ni aku tiada mengada-ngada mau buka puasa sebab penat dan lapar. Ada satu hari tu, kami tidak terbangun untuk sahur. Tapi aku gagahkan juga puasa hingga sungkai. Siap round Suria KLCC lagi.
- Bila masuk musim raya ja, selera makan aku meningkat ya ampun. Baju raya aku pun cepat sempit. Semua orang cakap perut aku besar sangat. Oh no. Still a long way to go ni.
- Alhamdulillah, untuk baby ke-3 ni, aku tidak perlu belanja besar sangat untuk beli baju babynya. Sebab semua baju si Rayyan yang sudah masuk 6 bulan si Tasha turunkan sama aku. The best part is, bila aku dapat semula baju, towel, tilam, bantal yang bekas si Addin baby dulu dan kini bakal dipakai oleh adiknya pula. Maknanya, baju, towel, tilam, bantal yang bekas si Addin telah digunakan oleh 5 orang baby termasuk Zara, Hana, Eryna dan Rayyan.
- Dalam bulan Julai, aku buat checkup dengan Pakar OandG Hospital Putrajaya, Dr. Hamidah. Tiada apa yang perlu dicemaskan. Semuanya normal. And most of the time, apa yang Dr. Hamidah cakap dengan doktor yang lebih muda yang buat data entry bagi pihak Dr. Hamidah pun aku tidak faham.
- Cumanya di sini, di hari first check up aku dengan Dr. Hamidah, aku nampak ada signage yang bagitau budak 10 tahun ke atas boleh lawat orang di wad. So, Addin lepas, tapi Zara yang tidak lepas.
- Kaki cramp ketika tidur? Selalu jadi. Kadang-kadang menangis sendirian di dalam tidur menahan kesakitan.
- Kaki bengkak pun ada. Ni la first experience kaki aku bengkak ketika mengandung. Sebelum ni mengandung Addin dan Zara tiada pula kes kaki bengkak ni.
- Dalam trimester kedua ni, aku tukar buat monthly checkup di KKIA sebab mau buat ujian gula MGTT cara gomen. Syukur Alhamdulillah, hasil ujian ialah negatif kencing manis juga.
Trimester ketiga
- Aku minta tukar untuk buat monthly checkup di klinik GP semula. Sebab cuti aku semakin menyusut. Kalau buat di klinik GP, masa check up boleh dikurangkan. Paling lama tunggu dan jumpa doktor pun 1 jam 30 minit saja.
- Sudah masuk trimester ketiga ni, perut semakin besar. Dan aku rasa sakit untuk bangun dari keadaan baring kepada duduk dan duduk kepada berdiri di sebelah bawah perut.
- Tapi aku tiada sakit belakang macam pregnant Zara
sebelum ni. Abang Edi pun heran. Kalau aku minta urut belakang tu pun
sebenarnya, lebih kepada ngada-ngada manja ja tu. Hehe.
- Sekarang ni baru la aku terhegeh-hegeh mencari barang baby la kan. Sebelum ni macam tidak heran. Mentang-mentang baby ke-3. Kalau orang tanya sudah masuk berapa bulan pun aku boleh lupa. Cuba kalau time si Addin dulu, memang aku keep track punya la. Sanggup pergi segala expo apa yang ada.
- Untuk baby no 3 ni, kami berbelanja di AEON dekat rumah ja. Kebetulan ada sales. Terpaksa beli besen mandi baby sebab besen mandi baby yang lama sudah pecah dikerjakan Addin dan Zara buat main berendam dalam bath tub. Beberapa towel, newborn pampers dan 2 pasang baju baru untuk baby baru. Kesian la kalau dia pakai baju bekas-bekas abang kakak dan cousinnya ja.
- Time pregnant no-3 ni, kulit muka dan segala kulit yang ada di badan aku amatlah kering ya ampun. Tambah pula aku ni pemalas ya ampun juga pakai pelembab, so merana la kulit kan. Ada sekali aku pegi manicure and pedicure di Alamanda (second time buat seumur hidup selepas 5 tahun mani pedi yang pertama), orang yg buat pedicure tu cakap kulit kaki dan tumit aku amatlah tidak dapat ditolong. Dorang suruh aku beli losyen which aku menolak dengan cara yang berhemah. **lepas bersalin, tumit aku tidak merekah sejuta lagi. See, it's just hormone thingy.
-Setelah lama bersara dari bidang penyusuan badan, sekarang ni aku terpaksa revisit semula market breast pump yang ada dalam pasaran. Punya la banyak jenama yang tumbuh bak cendawan. Kalau dulu zaman Addin dan Zara, ada 2-3 brand ja la kan. Gabak-gabak pula tu. Mahal lagi. Sekarang ni semua mesinnya comel-comel ja. Harga pun mampu milik. Yang paling best lagi, si Tasha bagi aku dia punya pam Lacte Duet Elite for free sebab dia sudah ada breast pump yang lagi best kunun. Aku hanya menerima dengan hati dan tangan yang terbuka. Kalau pam yang si Tasha bagi tu tidak best, aku cari la yang lagi best time berpantang nanti.
- Last week, aku perasan yang baby dalam perut ni tidak gerak banyak sangat. So, mula-mula pegi klinik GP. Dia kata baby punya jantung semua ok. Tapi tidak adil katanya untuk bagi keputusan akhir tentang fetal movement melalui scan yang tidak sampai seminit. Kena pegi hospital gomen untuk buat CTG.
- So, aku kena refer ke Hospital Putrajaya dan buat CTG. Semua doktor dan nurse amatlah baik malam tu. Memang rezeki aku. Baby ni pun sebenarnya bergerak ja. Cuma doktor risau sebab katanya aku ada irregular contraction at 35 weeks which can be harmful. Doktor check bukaan rahim aku, tiada bukaan lagi. Dorang check kalau aku ada keputihan ka, pun normal ja. Kencing pun tidak kotor.
- So, sebab aku tidak mau masuk wad untuk dimonitor, jadi doktor mencadangkan supaya aku ambil jab yang boleh matangkan paru-paru baby. Jadi, kalau baby keluar sebelum full term pun, baby akan selamat.
- Nama injection tu ialah Dexa dan kena inject di punggung. Memang sakit. Terbit air mata aku masa kena inject tu. Dua kali inject pula tu. Satu sebelah malam, dan besok paginya selepas 12 jam.
- Mau dekat due tu, aku perasan aku selalu keluar discharge yang tiada warna dan tiada bau. Takut ja kalau2 tu air ketuban aku kan. Tapi doktor cakap ketuban aku ok ja.
Draf di atas ja yang aku sempat karang.
Berlaku ketika usia kandungan 35 minggu.
Oleh kerana aku sudah ingat-ingat lupa kejadian semasa mengandung, maka entry ini akan diupdate setiap kali ingatan aku datang.
Aku bersalin Emir Aslan ketika kandungan 38 minggu.
Cerita pengalaman bersalinkan Emir Aslan akan dipostkan pada entry akan datang.
Daaa...
google analytic
Nuffnang
Tuesday, December 27, 2016
Confinement leave
Semalam adalah hari terakhir aku cuti bersalin 3 bulan.
First time aku cuti bersalin 3 bulan ni.
Time bersalin Addin dulu, cuti bersalin dua bulan then tambah lagi cuti tanpa gaji sebulan untuk menjaga anak.
Time Zara pula, kena bercuti 2 bulan sahaja. Sebab sebaik naik opis kena hadiri kursus QA untuk Hadiah Latihan Persekutuan pula selama 6 minggu.
Oleh kerana aku sudah guna 2 + 2 + 3 bulan cuti bersalin, maknanya aku ada balance 3 bulan cuti bersalin lagi.
Itu pun kalau mau menambah la. Tapi mau ka?
Cukuplah, mak dah tua. Huhu.
Sekarang ni aku sambung cuti sampai tahun depan, alang-alang kunun.
Rasa macam semangat pula mau masuk opis.
What can I say, I love my job.
Sebelum dapat Emir, kalau pening di opis, mula la aku mengomel mau cuti panjang.
Tapi lepas cuti panjang ni, rasa boring pula duduk di rumah lama-lama.
Ya la.. tiada member, tiada rakan sepergossipan, tiada sembang-sembang sambil makan di pantri, tiada mesyuarat dan berbincang dengan rakan seperjuangan.
Cuti 3 bulan ini menunjukkan aku bahawa aku ni memang tidak ngam la jadi suri rumah.
Boleh kalau tidak berkerja, tapi bukan untuk jaga anak.
Kalau hari-hari keluar dan dapat money for free ok la.
Hoho.. siapa mau bagi.
Cuti bersalin hujung tahun pun ada cabaran lain juga.
Cabaran tengok news feed di Facebook dan Instagram yang penuh dengan gambar member-member travel.
Oh selonotnya.
Aku dapat bawa anak balik Labuan ja la 10 hari.
Kalau mau ke oversea macam tidak sesuai sebab Emir belum cukup umur lagi.
Dalam negara pun boring juga sebab mesti highway jem dan hotel full di mana-mana.
Cukuplah ngomelan saya sempena hujung tahun 2016 ini.
Saya sudahi dengan gambar Emir Aslan 3 bulan yang selalu disalah anggap sebagai baby girl.
Sampai ada doktor seorang ni cakap Emir ni lawa. Hoho :)
First time aku cuti bersalin 3 bulan ni.
Time bersalin Addin dulu, cuti bersalin dua bulan then tambah lagi cuti tanpa gaji sebulan untuk menjaga anak.
Time Zara pula, kena bercuti 2 bulan sahaja. Sebab sebaik naik opis kena hadiri kursus QA untuk Hadiah Latihan Persekutuan pula selama 6 minggu.
Oleh kerana aku sudah guna 2 + 2 + 3 bulan cuti bersalin, maknanya aku ada balance 3 bulan cuti bersalin lagi.
Itu pun kalau mau menambah la. Tapi mau ka?
Cukuplah, mak dah tua. Huhu.
Sekarang ni aku sambung cuti sampai tahun depan, alang-alang kunun.
Rasa macam semangat pula mau masuk opis.
What can I say, I love my job.
Sebelum dapat Emir, kalau pening di opis, mula la aku mengomel mau cuti panjang.
Tapi lepas cuti panjang ni, rasa boring pula duduk di rumah lama-lama.
Ya la.. tiada member, tiada rakan sepergossipan, tiada sembang-sembang sambil makan di pantri, tiada mesyuarat dan berbincang dengan rakan seperjuangan.
Cuti 3 bulan ini menunjukkan aku bahawa aku ni memang tidak ngam la jadi suri rumah.
Boleh kalau tidak berkerja, tapi bukan untuk jaga anak.
Kalau hari-hari keluar dan dapat money for free ok la.
Hoho.. siapa mau bagi.
Cuti bersalin hujung tahun pun ada cabaran lain juga.
Cabaran tengok news feed di Facebook dan Instagram yang penuh dengan gambar member-member travel.
Oh selonotnya.
Aku dapat bawa anak balik Labuan ja la 10 hari.
Kalau mau ke oversea macam tidak sesuai sebab Emir belum cukup umur lagi.
Dalam negara pun boring juga sebab mesti highway jem dan hotel full di mana-mana.
Cukuplah ngomelan saya sempena hujung tahun 2016 ini.
Saya sudahi dengan gambar Emir Aslan 3 bulan yang selalu disalah anggap sebagai baby girl.
Sampai ada doktor seorang ni cakap Emir ni lawa. Hoho :)
Subscribe to:
Posts (Atom)