google analytic

Nuffnang

Friday, July 28, 2017

Cuti-cuti Melbourne, Victoria, Australia - April 2017 - Tips!!!

1. Pengangkutan dari Tullamarine airport ke Melbourne CBD

Ada beberapa blog readers yang tanya aku pasal benda ni, mostly daripada kalangan ibu-ibu yang ada anak kecik, just like me.

Perkara ni nampak remeh, mungkin tidak perlu dibincangkan, especially kalau ahli rombongan semuanya dewasa dan travel cara backpackers. Asal murah.

Cumanya, kalau berkeluarga, ada anak kecik, mestilah sebagai ibu merangkap perancang kewangan keluarga, kita akan cari cara yang bukan saja murah tapi yang paling penting ialah: convenient.

Sebelum ke Melbourne, aku ada terfikir juga, adakah kami mau sewa kereta, naik Skybus atau naik teksi ja.
Then, aku dan Abang Edi sebulat suara buat keputusan, naik teksi ja la. Senang.

Macam kami hari tu, kami sampai Melbourne around jam 9 begitu.
Walaupun asalnya kami plan mau naik teksi, tapi akhirnya kami sengaja memilih cara pengangkutan menggunakan Skybus ke Melbourne CBD.
The reason is, kami sengaja mau buang masa pasal airbnb kami belum ready.

Murah juga tiket untuk satu keluarga dengan 2 adult = AUD38 sahaja.

#Naik Skybus: Kalau tiada seat, maka berdiri la sepanjang 25 minit perjalanan dari airport ke Southern Cross Station. Nasib baik kami dapat seat. Time kami naik Skybus hari tu, dalam bas tu tidak kena pasang aircond. Huh. Tidak la panas sangat tapi agak kurang selesa.

Skybus ada menyediakan service free Hotel Transfer dari Southern Cross Station ke hotel-hotel yang terpilih. Dorang guna small shuttle.
Kalau kebetulan apartment or hotel berada di kawasan yang tertentu tu, kira jimat la. Tidak perlu naik teksi lagi.

The problem is, aku baca apartment kami tu dekat ja dengan Ibis Melbourne Hotel and Apartment.
Kena menapak sikit la dengan bawa beg-beg dan anak-anak segala.
Masalahnya masa kami sampai di Southern Cross Station tu, aku tanya la dengan pakcik yang berkerja di situ. Dia kata kawasan apartment kami tu tidak kena cover.
And I was like, tidak apa la. Naik teksi ja la kami.

So, kami terpaksa menapak ke hentian teksi di luar Southern Cross Station tu untuk cari teksi.
Mau cari teksi yang sesuai untuk muat beg-beg kami pun bukannya senang.
First teksi bagitau boot dia kecil, sudah try susun beg pun masih terlebih muatan.
Tunggu kejap, dapat teksi kedua pun, kami terpaksa pegang satu cabin luggage untuk duduk sekali dengan passenger di seat belakang.
Hassle.

Kos naik Skybus dan teksi:

Kos naik Skybus ke Southern Cross Station = AUD38
Kos naik teksi dari Southern Cross Station ke airbnb di Carlton = AUD15
Kos total = AUD53

#Bagus naik teksi ja all the way dari airport ke airbnb. Lebih efisyen for a family of 5 with 2 medium + 2 cabin luggage + 1 stroller.

Kalau kira dengan kos dan convenience level tu, bagus naik teksi all the way dari airport.
Di airport senang cari teksi yang bersaiz family.

2. Pengangkutan dari Melbourne CBD ke Tullamarine airport 

Flight kami balik ke Malaysia adalah pada awal pagi macam tu (jam 9 tidak silap), so kenalah gerak awal jam 6 dari apartment.
Hari sebelum tu ada sudah booking guna apps 13cabs.

#Kalau mau booking teksi guna apps ni, pastikan booking guna no telepon local.


So, sepatutnya jam 6 taxi driver tu sudah kena tunggu di lobi apartment kami.
Haram tiada.
Kami tunggu 15 minit pun masih belum ada teksi yang muncul.
Kureng asam betul.

Nasib baik apartment kami ni depan 7-eleven petrol gas station.
Maka ada beberapa taxi yang sedang parking sana.
Husband saya pegi ringan mulut bertanya kalau-kalau dorang boleh hantar kami ke airport.
Dan Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan apabila ada sorang driver yang berasal dari Djibouti yang mungkin baru lepas solat Subuh sudi hantar kami ke airport.

Sedang kami on the way ke airport, aku dapat call dari 13cabs yang tanya kami cab kami sudah sampai ke belum.
Aku cakap ja sudah. Malas aku mau panjang cerita.

Sebelum ada booking dengan 13cabs tu pun, aku banyak terbaca dalam forum-forum di Internet yang perkhidmatan teksi di Melbourne ni memang tidak memuaskan.
Daripada situ aku menyimpulkan, service management di Melbourne ni mungkin bagus, tapi execution tu macam ada kureng banyak.

Kos naik teksi dari apartment kami di Swanston St ke Tullamarine Airport = AUD54.30


3. Local simcard dan roaming di Melbourne



Pada hari pertama di Melbourne sebaik sampai di airport, kami baris panjang untuk beli simcard Optus Prepaid for 7 days at AUD15 sahaja. 
Simcard Optus ni untuk guna dengan handphone Addin.
Aku dan Abang Edi guna data roaming.
Kami kekal guna nombor telefon asal sebab kalau ada orang pecah masuk rumah, alarm system boleh hantar sms ke nombor telefon kami.


Kami ada 7 hari di Melbourne.
Aku guna Digi Data Roaming. 
Hari pertama hingga hari ke-6, aku guna 72-hour roaming combo pass pada harga RM25 untuk 3 hari. 
So, aku kena beli roaming pass 72 hour tu 2 kali. 
Roam combo pass tu bagi data 2G. Kira banyak la tu untuk guna 3 hari. 


Pada hari ke-7, aku beli roaming pass seperti di atas yang valid selama sehari pada harga RM15.  
Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan prestasi telco Telstra. 
The only time yang aku tidak dapat line adalah ketika kami guna jalan yang sedikit ulu dari Apollo Bay ke 12 Apostles.

Abang Edi pun guna roaming Maxis. Dia sokmo macam tu sebab dia bisnes.
Dia mau pastikan customer dia senang cari.
Berapa dia bayar tu wallahualam.
Tapi dia punya coverage pun bagus juga sana. Lebih kurang la macam digi roaming.
Ketika di kawasan ulu di Great Ocean Road tu ja coverage tidak berapa cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...