google analytic

Nuffnang

Thursday, October 5, 2017

Birthday Trip to Tanjong Jara Resort - Part 3

Kalau ke lokasi percutian yang ada pantai, aku suka jalan-jalan round kawasan lepas subuh.
Saja mau tengok pemandangan matahari terbit.
Tapi dulu-dulu boleh la jalan sorang-sorang.
Sekarang kena bawa henbeg.

Selamat pagi dari Tanjong Jara Resort.

Di TJR ni mewah dengan hammock dan pangkin lengkap berlangsir, bertilam dan berbantal. 

Bawa Emir jalan-jalan di pantai.

Saujana mata memandang. 

Pantai TJR yang bersih. 

Lepas penat bawa Emir berjalan, aku sambung ambil pemandangan dari beranda pula. 

Okeh. Time for breakfast.
Oleh kerana booking kami hanya cover breakfast untuk 2 dewasa, so aku kena tambah breakfast for Addin dan Zara. 
Tidak silap harga breakfast untuk seorang budak macam RM25 ka RM35 ka begitu. 
Lupa pula. 

Breakfast spread dorang banyak - ada nasi lemak, roti canai, nasi kerabu and nasi dagang, freshly squeezed juices, noodles etc.
Tapi kami paling suka croissant yang dibakar fresh depan mata guest sebab ada oven sebelah meja pastries. 
Dan aku suka sebab sambil breakfast, guest akan dihiburkan dengan alunan lagu evergreen Melayu dan English.
Aku paling suka kalau kena pasang lagu P. Ramlee. 
Memang menggamit rasa.

Lepas breakfast, jalan-jalan sikit round kawasan TJR. 

Restroom dekat restoran ni besar. 

Kolam with kura-kura yang sedang menunggu makanan. 

Boleh minta makanan ikan dan kura-kura di receptionist dan bagi makanan sambil menyanyi lagu Ikan Kaloi. 

Favorite veranda. 

Ready untuk masuk selimpul sesi tengahari. 

Hitam la dorang ni nanti.

Sunglass, air sejuk berlemon hiris dan susu Emir. 

Panas-panas terik ni bagus la kita berteduh.

Kitaorang booking 2 day bed single dan 1 daybed saiz twin.
Kelihatan Emir sedang tidur nyenyak di situ.

Close-up sikit.
Penat juga walau berendam sekejap saja. 

Addin dan Zara sambung sesi menghitamkan diri.

Tengahari ni kami lunch di Teluk Lipat. 
Tiada gambar makan. Hanya 10 minit dari TJR. 
Jalan pegi parking kereta ada gambar. 

On the way mau ke resort lobby tu terjumpa biawak.

Kalau anda bertuah, boleh tengok dorang lepaskan anak turtle pada sebelah malam.
Tapi event ni bukan selalu ada la. 

Lepas lunch, kami decide mau round lagi TJR ni.
TJR ni besar. Banyak part kita boleh cuci mata. 
Tempat ni adalah selimpul yang budak-budak tidak boleh masuk tu. 

Lepas tu, kami jalan jauh sikit ke kawasan berbatu di pantai TJR. 

Ada sungai kecil.

Meja tu sebenarnya disediakan untuk orang yang mau have romantic dinner there.

Kami hijack kejap untuk ambil gambar romantic satu family.

Suka kontras antara batu dan langit. 

Tambah lagi satu elemen untuk dikontraskan, elemen laut.

Mommy time. 

Kuatnya angin. 

Di TJR ni ada bela merak. Merak ni ada sepasang.
Tidak la boring kalau sekor-sekor kan. 

Ambil angin di pangkin.
Pangkin ni muat untuk kami family of 5. 

Hammock time. 

Ready untuk ke swimming pool lagi. 

Aku pula ada appointment berurut.
Ni sebab kami dapat 50 minutes massage session per adult.
Tapi pasal Abang Edi kurang berminat, so aku bolot la sesi berurut tu sorang-sorang.
Cumanya aku minta kurangkan masa ke 80 minit sahaja, patutnya boleh dapat 100 minit.

Sebelum berurut, kena isi questionnaire dulu.
Ada 3 jenis urutan - soft, medium and hard.
Aku pilih medium ja sebab aku mau rileks.
Sambil tu minum teh herba dulu.

Bilik persalinan sebelum berurut. 

Lorong ke bilik berurut. 

Aku berurut ni di Spa Village. 
Sebelah ja dengan swimming pool yang kami selalu lepak tu.
So, lepas aku berurut, aku pegi join Abang Edi and the kids yang sedang beriadah di kolam renang. 

Di TJR ni memang meriah dengan pangkin.
Di selimpul ni pun ada satu. 
Kalau tidak mau berehat di pool bed biasa, boleh la bejemur di pangkin ni. 

Malam tu kami dinner di Medan Ikan Bakar Tanjung di Kuala Dungun.
Tiada gambar. 
Pengsan la kalau mau dinner di Restoran Di Atas Sungai lagi.
Koyak poket.

Balik bilik tengok upacara penutup Sukan Sea dan sambutan ambang merdeka.
PM bagi cuti free. Yieha!!
Sunrise on our last day.

Malasnya la mau balik KL.
Tapi kena balik juga sebab besok raya haji. 

Bahagia tengok muka mereka gembira.


Anak cina pasang pelita, 
Pelita dipasang di Tanjung Jati,
Dalam hati tidak kulupa,
Bagaikan rambut disimpul mati. 

Jalan kaki dari bilik ke lobi.
Nak check-out dah.

Ok balik dulu. Bye Tanjong Jara Resort!!
(Guest yang check-out akan diiringi dengan paluan gong 3 kali).

Extra review:
Bilik besar, bilik air besar, suasana damai, servis yang mesra.
Kalau datang Sabtu lagi best sebab ada sesi permainan rakyat dengan orang kampung. 
Setiap pagi jam 9 akan ada kumpulan kompang yang round kawasan resort untuk bagi wakeup call.  

Aku memang suka resort yang mengekalkan kehijauan dan nature sekeliling.
Rasa damai ja dan boleh kasi kurang stress.
Tapi dalam suka-suka tu, sebenarnya aku takut juga kalau check in ke tempat macam ni.
Aku takut jumpa entiti yang menyorok atau bertenggek di atas pokok.
Bukan pokok - tapi makhluk-makhluk yang seharusnya kita sebagai manusia biasa dihijab untuk tengok.
Tidak mau tinggal dalam bilik sorang-sorang sebab takut ada peneman lain.

Not that I saw them masa kami di Tanjong Jara.
I am glad because I didn't see one. Syukur Alhamdulillah.
So, it's like macam love and hate feeling - suka resort yang cantik with all the natures environment and calm ambience tapi tidak suka sebab takut.
Buduh. I admit that.

So, sebab takut punya pasal, aku rela dukung Emir kalau kami berjalan merentasi alam semulajadi di waktu malam.
Prefer untuk penat dan lenguh tangan daripada tolak Emir dalam stroller sebab aku tidak mau dia tengok benda-benda yang sepatutnya terhijab itu.
Bukan la hutan sangat pun, tapi jarak bilik aku dengan lobi ada kena bejalan sikit 5 minit begitu.
Gelap, banyak pokok, kadang2 ada binatang melintas, biawak la, tupai la.
Walaupun begitu, sebab mau dinner punya pasal, kena la jalan juga kan.


Tips:
Makan di Tanjong Jara Resort is quite expensive. Standard hotel bah kan.
Kalau drive sendiri, boleh cari lunch sambil melihat pemandangan pantai di Telok Lipat.
Untuk dinner pula, boleh makan di Medan Ikan Bakar Tanjung, Kuala Dungun.


Birthday Trip to Tanjong Jara Resort - Part 2

Sambung dari Part 1 yang cerita pasal check in tadi.

Selesai urusan check-in dan hemat diri, budak-budak bising ajak pegi selimpul (swimming pool).
One good thing about room yang aku book ni is dekat dengan swimming pool yang sesuai untuk family with kids. 

Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku, di TJR ni ada 6 jenis bilik:

Bumbung - tingkat atas, tak nampak laut, tiada beranda
Bumbung Sea View - tingkat atas, nampak laut tapi pemandangan mungkin terhadang dengan pokok-pokok, tiada beranda
Serambi - tingkat bawah, nampak laut, tidak perlu naik tangga, ada beranda
Serambi Sea View - tingkat bawah dan atas, nampak laut dan pemandangan tidak terhadang dengan pokok-pokok, ada beranda cantik, boleh lepak-lepak

Saiz bilik Anjung dan Serambi semua sama - tapi lokasi bilik (tingkat atas atau bawah), view dan beranda yang membezakannya

Anjung - bilik single storey, ada jakuzi sendiri
Anjung Sea Front - bilik Anjung yang depan laut

So, ikut preference masing-masing suka bilik yang macamana.
Tapi aku suka lokasi bilik kami sebab dekat selimpul. 
Dan ada beranda. 
Dari TJR ni sesuai tengok matahari terbit. 

Sambung balik cerita pasal mau pegi selimpul. 
So, kami semua melangkah ke selimpul, masing-masing dengan baju mandi baru yang kami beli di Decathlon Damansara (kecuali Abang Edi).
Addin dan Zara sudah outgrown swimming suit dorang.
Seluar mandi aku sudah koyak-koyak. Zip top mandi pula sudah tertetas (makin gemuk punya pasal).
Emir pula memang belum ada baju mandi, so kena la beli baru kan. 
Review baju mandi di Decathlon: Murah tapi berkualiti. Thumbs up.  


Orang yang tiada emosi mau berselimpul ni Emir sorang ja.
He needs a good afternoon nap.

Sekarang ni susah suda mau bergambar berdua ja. 
Mesti ada Emir terselit. 

Ada dua pool di sini. 
Satu dalam sederhana dan satu lagi dalam sangat. 
Design infinity pool pasal tidak nampak tebing pool. 
Kunun macam bersambung dengan laut. 

Emir yang hanya mampu melihat abang dan kakaknya main Emir punya float. 

Float Emir yang besar. Beli dekat Dekathlon juga.
Baju mandi Emir tu sekali set dengan topi. 
Dengan harapan Emir tidak kena sunburn. 

Dari selimpul tu, boleh pegi pantai Tanjong Jara. 
Kira private beach la kot pasal aku tidak nampak orang lain di situ. 
Emir first day merasa main air laut. 

Kakak Zara excited dikejar ombak.

Aku risau Emir ni makan pasir. 

Selimpul ni dekat dengan Restoran Kampung yang main menu dorang berdasarkan western. 

Sekembalinya kami dari selimpul, dapat surpise. 
Bathtub kami ditabur dengan petals bunga.
Wah... sweetnya TJR. 

Addin dan Zara yang tidak sabar merasmikan bath tub romantic. 

Seronok juga la selimpul di TJR ni.
Kolam tidak la besar sangat, tidak kecil sangat.
Banyak pool lounge bed dan tidak perlu berebut.
Walaupun masa kami check-in tu TJR fully booked, tapi nampaknya TJR ni tidaklah macam crowded sangat. 
So, eksklusif terasa di situ. 

Servis dorang pun bagus.
Dapat towel pun mudah. Siap kena hidang ice water lagi. 
Heaven. 

Malam pertama kami di TJR, aku ingat mau dinner dalam bilik ja.
Sebab Abang Edi mau tengok bola Sukan Sea semi final - Malaysia lawan Indonesia.
Kalau mau makan di luar, Abang Edi kata mungkin tiada big screen. 

So, kami pun call room services, mau order dinner dari restoran dalam TJR, Restoran Di Atas Sungai. 
Tapi chef tu beria suruh kami datang ke restoran dorang. 
Dia cakap mau bagi birthday surprise. Hoho.
Aku pun ajak ja la Abang Edi keluar dari bilik.
Mau juga tengok apa surprise dorang kan.

So, untuk tengok bola tu, kami buka ja Astro-On-the-Go di ipad dan guna internet Yes 4G yang kami pinjam.


Zara order pasta carbonara.
Addin dan Abang Edi makan nasi putih dan ayam masak merah.
Untuk minuman pula, kami order air sejuk saja. 
Sebelum dapat makanan yang kami order tu, kami kena bagi sup dan steam mantou as appetizer. 

Aku order mee goreng basah. 
Abang Edi makan sambil bertemankan ipad sebab mau tengok bola. 
Emir tu sedang makan mantou. 

Selesai makan, Abang Edi disurprisekan dengan lagu besday dan kek hari jadi.
Ehsan daripada TJR. 
Ada manager tu datang jumpa aku, dia cakap risau juga kalau kami decide to stay di bilik ja.
Nanti tidak jadi la plan dorang mau sambut besday Abang Edi.
Wah.. very thoughtful.

It looks small tapi sedap dan cukup untuk kami. 
Sebab kami pun kenyang makan dinner tadi.
Semua sedap-sedap.
Patut la Restoran Di Atas Sungai ni dapat great review di tripadvisor.

Sambung di Part 3 lagi untuk cerita besoknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...