Alkisah, orang lepas cuti bawa balik kenangan manis.
Kami pula lepas cuti bawa kenangan manis - dan sebulan lebih selepas itu, dapat surat saman.
Kami bukan dapat satu surat saman, tapi 2 saman! Ambik ubat.
Dua-dua saman laju.
Kronologinya macam ni:
Kami kembali ke Malaysia pada 8 April 2017.
Pada 20 April 2017, pihak East Coast Car Rental email aku bagitau bahawa dorang dapat surat saman - camera related offense. Mereka telah maklumkan kepada pihak polis tentang kami sebagai penyewa yang bertanggungjawab buat kesalahan trafik tu. Oleh kerana itu, kami kena bayar AUS55 kepada pihak East Coast Car Rental untuk caj processing fee (sepatutnya AUD110 tapi dorang bagi diskaun kunun). Dan AUD55 itu telah ditolak secara automatik daripada kad kredit kami. Time ni, kami belum tau lagi berapa kami kena saman. AUD55 itu hanya tip of the iceberg sahaja.
Pada 24 April 2017, pihak East Coast Car Rental sekali lagi email aku bagitau bahawa dorang dapat satu lagi surat saman - camera related offense. Oleh kerana itu, kami kena bayar AUS55 sekali lagi kepada pihak East Coast Car Rental untuk caj processing fee. Ini bermakna, kami telah dapat 2 saman yang masih belum diketahui berapakah caj kami kena saman. Yang aku tau, kami sudah kena bayar buta-buta AUD110 kepada pihak East Coast Car Rental.
Tunggu saja surat saman sampai secara snail mail ke alamat yang tertera di lesen memandu Abang Edi. Time ni aku sudah pening kepala sebab mau kena keluar duit lagi. Menyesal tiada guna. Yang penting, aku kena cari cara supaya kami dapat dilepaskan daripada didenda atau diringankan denda. Maka berabislah aku membuat carian di forum internet dan Facebook.
Hari yang ditunggu telah tiba. Pada 17 Mei 2017, father in law aku call Abang Edi bagitau ada surat dari Australia sampai. Bapa mentua aku pun macam bingung sebab surat letak nama dia (surname). Dia suruh Abang Edi settle cepat-cepat.
Kami dapat 2 surat saman laju -
1. Terlebih laju - sepatutnya boleh 100 km/h, lebih-lebih nak laju pun 105 km/h, tapi kami drive 108 km/h - kami kena saman AUD194.
2. Terlebih laju - sepatutnya boleh 100 km/h, lebih-lebih nak laju pun 105 km/h, tapi kami drive 109 km/h - kami kena saman AUD194.
Jumlah kedua-dua saman = AUD388 -- lebih kurang RM1200+++ begitu. Belum lagi tambah AUD110 yang kami sudah kena sebelum ni. Ayomak!!
Mau marah Abang Edi pun tidak guna.
1, sebab benda sudah jadi.
2, memang bosan pun drive less than 100 km/h di highway Melbourne.
Aku memang sudah bagi peringatan pada Abang Edi untuk tidak melebihi hadlaju.
Tapi tu la.. sudah terkena kan. Nasib la. Bayar ja.
OK, aku tidak mau berputus harap.
Aku ada baca di page polis trafik Melbourne ni, kalau kena saman dan mau merayu, kena jumpa in person or tulis surat secara snail mail kepada dorang.
http://www.police.vic.gov.au/content.asp?Document_ID=10369
Means, kalau bagi email or any writing secara online tidak akan dilayan.
Aku try juga email dorang, memang tidak kena layan pun.
Then, aku try buat satu surat, peduli la grammar English aku tu ngam ka tidak ka, yang penting aku buat rayuan.
Isi kandungan surat aku berdasarkan nasihat geng forumers orang Australia yang pernah kena saman di Melbourne.
Dorang kata mesti ada unsur mengaku, menyesal, dan minta kurang.
Boleh rujuk di sini
Cerita dalam surat rayuan aku berbunyi lebih kurang begini:
Kami dari Malaysia. Datang Melbourne sebab mau bercuti dengan keluarga. Sebelum ni kami pernah pegi Australia (Gold Coast) dan sewa kereta juga tapi tidak pernah kena saman trafik sebab mematuhi peraturan jalan raya.
Kami minta maaf sebab kami sudah buat memandu lebih daripada hadlaju yang dibenarkan tanpa kami sedari. Sebelum ni rekod kami memang baik. Inilah first time kami terbuat salah macam ni. Apa-apa pun, kami minta maaf dan bertanggungjawab di atas kesalahan ini. Kami menyesal dan next time tidak akan buat macam ni lagi.
Oleh kerana rekod kami baik dan inilah first time kami buat kesalahan trafik di Australia, kami minta jasa baik untuk hanya diberikan amaran dan bayaran saman kami digugurkan. (Aku tidak cakap kami minta kurang - buat 2 option ni ja).
Surat kami tu, Abang Edi hantar ke alamat:
Office in Charge
Traffic Camera Office
GPO Box 1916
Melbourne 3001.
Pos guna pos laju hokey. Kena RM80. Amik ubat.
Nasib la. Kalau guna pos udara biasa ja, takut surat rayuan tu tidak sampai.
Alkisah, dalam sebulan lepas tu, kami dapat surat lagi. And guess what?
Kami dapat pelepasan daripada satu saman dan hanya kena bayar satu saman sahaja.
Sepatutnya, mau bayar tu pun bukanlah susah sangat.
Boleh ja bayar online guna kad kredit.
Oleh kerana ada unsur terhegeh-hegeh (tidak mau datang ke Australia lagi sudah konon, we had enough konon), jadi ada la niat tidak mau bayar tu.
Akhirnya, pada 9 September 2017 (punya la lama kronologi since 20 April 2017) kami bayar juga sebab surat saman sampai ke rumah mentua aku, dan mentua aku sebagai orang yang tua, mesti la risau dapat surat saman cakap orang putih dari Australia kan.
Abang Edi pun tidak mau parents dia risau, so dia pun suruh aku bayar ja la secara online.
Dan oleh kerana kami bayar lambat, maka kadar saman telah dinaikkan daripada AUD194 jadi AUD217.
Peningkatan AUD23 di situ.
Sia-sia ja. Ingatkan mau kering hati tidak bayar saman.
So, that's it.
Moralnya di sini:
1) Jangan sewa kereta dan drive sendiri ke Great Ocean Road kalau anda rasa anda proud sangat dengan mentaliti pemanduan di Malaysia.
2) Kalau mau drive juga, drive la kejap-kejap ja. Lama-lama pun 2 jam ja ka. Lepas tu, rehat. Drive lama-lama boleh jadi bosan.
3) Don't be too ambitious. Jangan set untuk pegi attraction site lebih daripada yang keluarga anda mampu untuk pergi dalam satu hari. Biar sedikit kuantiti tapi lebih pada kualiti.
4) Banyak kos yang terlibat kalau kena saman ni. Bayar saman, kena caj admin fees, mau pos laju lagi. Pembaziran emosi lagi. So, better elakkan kena saman.