2. Bawa la makanan segera dari Malaysia. Untuk travel kali ni aku hanya bawa 2 pek Kari Ayam Tesco, 1 pek Sambal Sotong Kering Sharifah, sedikit sambal bilis (masak sendiri), sedikit ikan bilis yang telah digoreng (boleh campur dalam nasi goreng dan sayur goreng), 1 pek ketupat mini Nona, Kicap lemak manis mini Enaq, sos cili paket kecil yang aku kumpul hasil take away dari McDonalds, sambal hitam order dari kawan opis (repack jadi lebih kecil), kiub ayam Maggi, serunding ayam (juga repack to smaller portions) dan just a few pack of instant noodles.
3. Untuk travel kali ni juga, aku tidak bawa beras dari Malaysia. Beli di UK dan Amsterdam pun murah. Boleh beli beras pada harga 50 pence cukup untuk sekeluarga sekali makan. Brahim pun aku tidak bawa. Sebab aku rasa macam bosan suda makan Brahim kalau pegi travel. Buat berat beg dan membazir luggage allowance ja kalau bawa food banyak-banyak dari Malaysia.
4. Beras Tilda tu beli di convenience store di Brighton. Cukup untuk 2 kali masak (2 cups sekali masak). Kalau beli di kedai runcit yang besar sikit contoh Tesco ka, Waitrose ka, mungkin ada murah sikit. Melalui pengalaman marhaen aku, beras basmati Tilda adalah beras basmati tersedap yang aku pernah nikmati setakat ini.
5. Kari ayam Tesco tu saya bawa dari Malaysia. Portion tidak kedekut dan memang sedap. Hanya lalukan dengan air panas ke atas pek dalam sinki di bilik air selama 2-3 minit. Lepas tu, bukalah pek, masukkan kari ayam dalam mangkuk dan lauk sedia untuk dimakan. Cukup untuk kami 5 sekeluarga sekali makan.
Sambal sotong kering Sharifah
6. Sambal sotong kering Sharifah ni sedap sangat! Pedas-pedas manis. Tapi kandungan sotong keringnya sikit saja. Kuah sambal yang masih berbaki aku simpan dalam peti ais untuk dicampurkan dengan ikan goreng.
7. Salah satu aktiviti kegemaran aku ialah mengunjungi kedai runcit untuk beli groceries. Acara mencari barang-barang groceries ialah terlalu mengujakan sebagaimana terujanya orang yang gila collect handbag kena suruh bertapa di Bicester Village. Bezanya, aku beli barangan dapur tapi orang lain itu beli handbag.
Ketika mencari barangan dapur di kedai runcit Tesco di Summertown, Oxford.
Ketika mencari sardin dalam tin di kedai runcit Sainsbury di Bath.
Beli 2 tin ikan sardin di Bath. Panaskan begitu ja dalam rice cooker.
Tanpa tumis bawang apa pun. Sedap juga. Addin cakap inilah sardin tersedap dalam dunia. Dan dia bukan peminat sardin. Huh. Kalau makan dalam cuaca sejuk lepas penat berjalan, semua yang freshly cooked pun akan jadi sedap.
Telur - staple protein ketika kami di travel di UK dan Amsterdam.
Beras dan ikan haddock yang kami beli di Albert Heijn (supermarket) dekat dengan airbnb kami di Amsterdam.
8. Aku tidaklah masak hari-hari selama kami 9 hari di UK dan 4 di Amsterdam. Kebanyakan masa lunch, kami makan di luar. Selama kami di London, tuan rumah sudah pesan supaya kami makan di rumahnya saja. Syukur Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Ipah dan Shah. Jadi, aku hanya masak untuk breakfast (nasi goreng - kalau stay di airbnb- dan instant noodles -kalau stay di hotel) dan dinner sahaja.
9. Dan untuk travel kali ni juga, aku tidak bawa mini rice cooker sebab anak-anak pun sudah besar. Satu sebab mini rice cooker yang aku ada tu boleh masak maksimum 1 pot setengah (kalau 2 pot macam lambat sikit mau masak) dan inner pot tidak boleh tanggal. Aku perlukan rice cooker yang cepat masak nasi dan dapat tanggalkan inner pot supaya senang urusan mencuci.
10. Jadi aku pinjam rice cooker saiz kecil jenama Pensonic (boleh masak 4 pot) daripada adik aku Nurul dan Lina (dorang duduk satu rumah sewa). Dorang pun bukan jenis masak hari-hari di rumah so kalau dorang mau masak nasi boleh guna rice cooker aku ja.
Ini adalah kejadian masak-masak guna rice cooker semasa kami bermalam di Beckington selepas bersiar-siar di Bath. Anggur hijau tanpa biji dalam gambar itu sangat manis dan sedap!
Mula-mula aku panaskan 2 tin sardin, lepas tu aku buat scramble egg, lepas tu masak nasi balance beras Tilda yang beli di Brighton hari sebelumnya.
Kesan tinggalan lepas dinner di Brighton.
Lihat di sini aku bawa beberapa pinggan plastik (untuk makan nasi) dan bekas plastik untuk simpan lauk atau bekal ketika naik train.
Bekas plastik paling atas buat letak sardin, tengah untuk letak telur scramble dan bawah untuk letak sambal bilis yang aku bawa dari Malaysia.
Jangan dilupakan kicap mini lemak manis Enaq.
Di Amsterdam - nasi, sambal sotong kering, kari ayam dan telur mata lembu.
Menu malam terakhir di Amsterdam - ika haddock dalam balance sambal sotong, sambal ikan bilis, telur dadar dan sayur lettuce.
Breakfast di Amsterdam - roti whole grain, butter and jem hasil pemberian dari tuan rumah airbnb.
11. Selesai cerita masak-masak ketika travel di UK dan Amsterdam. Sila tengok gambar-gambar ketika makan bekal dalam train dari London ke Amsterdam.
Nasi impit dalam ziplock Ikea dan serunding yang aku repack kecil-kecil dalam bekas plastik EBM yang belum habis guna. Huhu.
Aku pack dalam lunch pack yang Addin dan Zara dapat dari Qatar Airways. Lunch pack ni boleh dijadikan sebagai tray juga.
Sudu, garpu dan bekas kecil plastik dari Qatar.
Granola bar Nature Valley hasil pemberian Qatar.
Memang sedap makan bekal dalam train Eurostar.
Our last meal at Amsterdam.
Aku tapau nasi goreng dan telur dadar sebagai bekal makanan kami di Schipol airport.