Mukadimah:
Pada hari pertama kami sampai di London cuti-cuti hujung tahun last year tu, lepas rehat-rehat kejap di rumah Ipah, kami terus ke Oxford Street.
Tujuannya mau cari baju sejuk untuk si Addin, Zara dan Emir.
Hari Jumaat 24 November 2017 di Oxford Street tu memang meriah sangat.
Ya la.. mana taknya, Black Friday kan. Semua orang bergembira shopping untuk Christmas la katakan.
Samalah halnya dengan suasana di Jalan TAR dalam bulan Ramadhan.
Namun, malang tidak berbau.
Menjelang maghrib, ada satu kejadian yang tidak disangka berlaku.
Silalah baca coretan rasa yang aku tulis dekat wall Facebook sehari selepas kejadian.
Disclaimer:
Mana-mana yang dalam format italic tu adalah tulisan asal (aku copy daripada Facebook wall aku).
Mana-mana yang tidak italic tu aku baru tambah hari ni.
On my facebook wall, 25 November 2017.
#lastnightstory #Oxfordcircusundergroundstation
#oxfordstreet
I am not quite a writer. Tidak pandai melahirkan perasaan dalam perkataan. It’s just that I want to write about our incident last night on my Facebook wall. So, it remains as my significant memory and worth remembering, at least for me and my family.
1. Our jalan-jalan day in London started with - go to Oxford Street, shopping at Primark. Kebetulan, kami memang sedang mencari baju yang sesuai untuk menghadapi musim sejuk di sini. Susah mau resist the temptation bershopping di Primark ni. T-shirt long sleeve untuk Addin/Zara at £2.30, seluar panjang untuk Addin/Zara at £3.50, baju Emir at £1.00 sehelai. Seronok shopping tapi memenatkan.
Kami di bus stop Palace Gate mau naik bas no 10 ke Oxford Street.
Tengok la pakaian si Emir tu macam ntah hape-hape je.
Bagi dia pakai sweater yang kami beli di Target Melbourne dulu.
Topi yang dia pakai tu ialah topi Addin yang kami beli untuk travel ke Korea tahun 2013 dulu.
Sampai sudah di Oxford Street.
Meriahnya dengan manusia yang ramai dan street deco yang dipasang untuk menyambut Krismas.
Sambil berjalan menelusuri ribuan manusia di Oxford Street, kami sempat singgah beli pastri di Simit Sarayi, sebuah cafe turkish yang ada macam-macam jenis pastries halal yang nampak lazat dan menyelerakan.
Di Primark Oxford Street.
Masa ni punya la rambang mata.
Ada sekali tu Abang Edi tunjuk aku selimut baby harga 8 pound.
Aku tunjuk dia selimut yang lagi murah, 4 pound ja. Gilak!
Memang siok shopping sana Primark.
Perasaan apabila boleh beli baju berkualiti pada harga single digit pound sahaja is priceless!
2. Lepas habis shopping, kami rehat kejap di coffee shop kedai Primark. Jetlag got us. Waktu tempatan tunjuk jam 3.50 petang. Waktu Malaysia jam 11.50 malam. Biological clock kami kata kami sepatutnya sudah masuk tidur. Tapi kami decide untuk tunggu waktu malam sebab mau menikmati keadaan malam di Oxford Street yang meriah.
Singgah jap buang masa menunggu senja di cafe dalam kedai Primark tu, Imsomnia Coffee.
Hot Choc dan Latte pada harga 5 pound.
Kita bukak le sekali pastri beli di Simit Sarayi tadi.
3. Jam 4.30 kami berhenti sekejap depan Dorothy Perkins. Ambil gambar depan street.
Okeh.. inilah objektifnya tunggu senja tadi tu.
Supaya boleh bergambar dengan street deco di Oxford Street.
Ketika ni Emir sudah terlena dalam baby carrier sambil diselubungi selimut baru beli Primark harga 4 pound tadi.
Abang Edi pun tidak ketinggalan untuk bergaya.
Begitu juga Addin dan Zara yang dipaksa bergambar.
Masa ni kami berada di luar Dorothy Perkins.
4. Time kami ambil gambar tu, kami perasan situasi jadi extra loud sebab banyak kereta polis berkejaran ke arah Marble Arch. They seemed to be in hurry sebab dorang siap drive kereta naik atas divider dan masuk ke opposite lane.
Time ni aku rasa macam pelik apa yang kecoh sangat ni.. ada kereta polis la, ambulan la, kereta bomba la.. bunyi ne no ne no.. ada kebakaran kot..
5. Jam 4.20 pm. Aku dapat sms agoda bagitau ada masalah dengan hotel booking. Sambil aku sibuk cari maklumat guna henpon, tiba-tiba aku dengar mass people berlarian secara panik dan ramai orang yang bedekatan masuk ke Dorothy Perkin dan kedai lain untuk cari perlindungan.
Masa aku dapat sms daripada Agoda ni aku rasa macam mau gugur jantung.
Adakah patut sms tu cakap aku kena caj sebab aku ada buat booking hotel di Brighton.
Which is aku memang ada buat pun tapi aku mati-mati fikir aku sudah cancel sebab aku ada buat booking hotel lain yang lebih murah.
Ralatnya rasa, mau menangis pun ada sebab aku kena caj 100 over pound sterling. Nangis!!
Dalam ralat-ralat sambil menaip-naip emel untuk diberikan kepada pihak hotel yang mengecaj tu, aku heran, apsal bunyi macam kecoh sangat di belakang aku ni.
Bunyi orang berlari berjemaah.
Lepas tu ramai yang masuk pintu Dorothy Perkin.
I was so immersed in my keralatan menyebabkan mind aku block apa yang berlaku di sekeliling.
6. Oxford Street time biasa-biasa saja pun memang ramai orang bersesak-sesak. Inikan pula di hari jumaat ketika orang balik dari kerja and it’s not just a normal friday tapi di hari Black Friday. Mass panic was something unavoidable.
7. Abang Edi menjerit suruh kami masuk DP. Zara dan Addin sudah masuk. Aku agak ketinggalan dan terkulat-kulat sebab sibuk pasal agoda tadi. Keadaan kelam kabut dan panik tu menyebabkan aku tersadung dan paper bag Primark kami koyak. My initial thought - 1) please people, don’t run over me sebab aku sedang carry Emir 2) aku patut abaikan barang-barang kami dalam situasi ini tapi nanti rugi pula walaupun semuanya pun murah-murah ja.
Bayangkan aku yang sedang ralat handle kes salah booking sambil kepala hotak aku lambat register "Kenapa mau masuk DP ni? What is happening?".
Apabila sudah tersedar pasal tengok Abang Edi menjerit-jerit dan Addin dan Zara berlari masuk DP tu, aku terus terfikir, ada kes terrorism ka?
Baru la aku pun bergegas sambil terhegeh-hegeh mau masuk DP juga sampai terjatuh.
Kebetulan aku sedang pegang paper bag Primark kami tadi tu. Boleh terkoyak pula.
Apalah nasib bongok sangat.
Aku berdoa ja dalam hati minta Allah lindungi aku dan Emir dengan harapan aku tidak kena pijak orang lain yang sedang berlari menyelamatkan diri.
8. Sambil aku kelam-kabut mengaut baju-baju kami, pekerja DP sudah mau tutup pintu tapi dihalang oleh Abang Edi. He yelled “My baby, my baby” (Dia tidak jerit my wife - dimaafkan. People are more kesian towards baby than a middle aged woman yang sedang menyelamatkan barangan shopping Primark).
Kalau ingat balik sekarang, mau ketawa pun ada juga (ketawa la pasal masih hidup in one piece kan), kenapa la aku bongok sangat sempat lagi mengaut pakaian kami beli di Primark tu.
Kalau aku tidak survive masa tu, mesti orang cakap tu la buduh siapa suruh pentingkan baju murah daripada keselamatan diri sendiri.
9. Syukur, I was the last person entering DP. Thank you Allah, we are all ok. Emir sedang tidur nyenyak dalam carrier. Even though aku ada terjatuh, tapi Emir masih intact dalam carrier.
Thank God sebab kami diberikan ilham untuk dukung Emir dalam baby carrier.
Kalau Emir dalam stroller mesti lagi susah mau terkocoh-kocoh menyelamatkan diri sambil menyorong stoller kan.
And I must say, baby carrier kami iaitu Boba 4G memang bagus.
Tidak longgar tapi cukup selesa untuk Emir yang sedang didukung dan untuk aku or Abang Edi yang mengangkat Emir.
Cukup teguh dan ketat hingga walaupun aku terjatuh tapi Emir masih intact dalam baby carrier.
Tapi tidak terlalu ketat hingga menyesakkan dan menyebabkan kami rimas.
10. Semua orang dalam DP dalam keadaan panik. At first I thought, this is not serious. Ingatkan after 10 minutes or so, kami boleh keluar dan teruskan berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Not until DP staffs suruh kami semua masuk ke area fitting room untuk bagi taklimat. Dorang bagitau ada someting happening at Oxford Circus Station. And I remembered they said “Whatever protection that we get, all of you here will get it too”. That’s comforting.
Infact, we need that sense of comfort.
Sebab aku dalam keadaan terkejut. Zara masih menggigil.
Aku rasa semua dalam keadaan terkejut.
Aku rasa mungkin ada tidak kurang daripada 50 orang yang ada dalam DP ketika tu.
11. Then DP staffs ask all of us to vacant the store. Keadaan menjadi semakin suspense. Kami di bawa ke pintu belakang (macam unloading bay) menghala jalan Wardour St so we can leave Oxford Street area. Oleh kerana keadaan masih chaos on the street, kami dinasihatkan untuk tidak meninggalkan unloading bay tersebut.
12. Then, kami dibawa berpindah 3 kali ke area yang berbeza atas alasan keselamatan. Mula-mula, kembali ke fitting room, then to the underground basement and then back to the unloading bay. Staff DP bagitau mereka belum tahu perkara sebenar yang berlaku dan minta kami semua bertenang dan ikut arahan mereka. Mereka berkomunikasi menggunakan walkie talkie untuk memastikan pemindahan kami berjalan lancar. It seems to me that they are well prepared for a situation like this. They are not just promoters but way beyond that.
Aku memang kagum dengan dorang punya tahap ketenangan dan kematangan dalam menangani hal yang serius sebegini.
They were so collected.
Dan aku rasa dorang ni punya mentaliti memang berada di tahap yang melampaui mentaliti orang Malaysia.
Oleh kerana kami saja yang ada baby dan young children sana, kami diberikan priority untuk bergerak dulu walaupun kami Asian.
Dorang siap tolong angkat stroller kami lagi.
Aku rasa kalau di Malaysia ni macam susah ja mau tengok macam ni.
Ramai yang pentingkan diri sendiri.
Di shopping mall yang suasana rileks2 pun tetap suka berebut lif dan tidak bertimbang rasa walaupun nampak orang lain bawa stroller kan.
Memang menjengkelkan.
Kalau dalam keadaan yang serius macam ni tidak tau la macamana halnya.
13. Semasa kami di underground basement kami diminta untuk berkeadaan senyap. Addin look calm, Zara senyap tapi masih menggigil sebab ketakutan. Poor her. Aku ajak dorang baca dua kalimah syahadah, selawat atas Nabi Muhammad, al-fatihah dan ayat kursi. Abang Edi pun senyap ja but I can sense his worriedness.
14. Aku pun masih menggigil. The time we sat at the underground, everybody was in silent and wondering what was actually happened outside. Tiada data coverage. Aku ada berfikir, kalau ada bom, kami di underground ni akan terkena juga ka?. Berapa lama kami akan stay di sini? We have no food. Addin cakap dia lapar. Nasib baik Emir masih nursing. Ka what if kalau di luar tu ada zombie? I don’t think I can survive zombies. And also I want to take a picture of us at the underground. But it seems so wrong. Macam tak sensitif pula kan. Tak sesuai.
Ya, aku boleh terfikir apa yang berlaku di atas tu?
Ada zombie ka? Kalau ada zombie macamana ni? Matilah kami.
Macamana kami mau lindungi anak-anak kami?
Sudahla kami tiada makanan, sudah kasi habis di Primark tadi.
15. I also thought, what if we die here? Aku ada beli travel insurance tapi aku belum bagitau Mama di Labuan that I put her name as the benefeciary. Mau bagitau dia sekarang tapi tiada data coverage pula.
Lain kali kalau beli travel insurance sila maklumkan beneficiary anda.
16. Lepas tu, kami kembali ke unloading bay. Aku dapat text from Noripah and I told her our situation. The data coverage is back and I told my family at Malaysia what has happened to us.
Noripah cakap jangan makan di luar pasal dia sudah masak.
Dan dia tanya kami di mana then bagitau dalam news pasal terror alert di Oxford Street.
So now I know what is happening. Seb baik tiada zombie.
17. The DP staffs got the news and told us that Oxford Circus Station is closed and there maybe a situation at Selfridge.
Orang sedang mula check news guna phone masing-masing.
Apabila keadaan sudah tenang sikit baru aku berani curi-curi ambil gambar.
Ni pun sebenarnya aku macam ada rasa bersalah ambil gambar kami di unloading bay tu tapi pasal mau jadi kenangan punya pasal, aku ambil juga.
Nanti orang cakap aku buat cerita pula.
Hoho (sekarang boleh la gelak, masa tu menggigil pun habis lagi).
18. After one hour lepas dari kejadian panik tadi, dan keadaan kembali tenang, kami semua dibenarkan untuk meninggalkan area DP tapi dinasihatkan untuk tidak ke Oxford St.
19. Kami berjalan to don’t know where trying to get cab. Semua cabs tidak available. Aku try guna Gett app dan Uber app tapi semua pun busy.
20. Alhamdulillah, ada seorang lelaki approach kami untuk masuk ke dalam lobi bangunan supaya kami especially the kids tidak kesejukan. Tambahnya lagi, keadaan masih chaos di luar. Rupanya, kami berteduh di lobi sebuah syarikat komunikasi bernama Informa di Mortimer Street. Staff di situ melayan kami dengan baik.
Kami di ofis Informa di Mortimer Street.
21. Kebetulan ketika kami berada di sana, adalah masa berakhirnya office hour. Staff di kaunter receptionist memberitahu staff lain bahawa mereka sedang membantu kami untuk dapatkan teksi balik ke QGT. Staff yang lain juga friendly dan amat supportive. I remember one of the lady said “Your children are lovely. They are all behaving well despite the situation. They just remain calm and understanding”.
Bagusnya budak 2 orang. Langsung tidak mengeluh.
22. Lepas sejam kami kesukaran mencari teksi dan uber, keadaan jadi semakin tenang. Staff receptionist di Informa yang memasang live news bagitau kami Oxford Circus Station telah kembali beroperasi. Dan dia suggest di Oxford Street mungkin lebih senang untuk dapatkan cab.
23. After saying goodbye and wish us to stay safe, kami kembali ke Oxford Street. Keadaan kembali meriah dengan lampu-lampu jalan sempena menjelangnya Krismas tetapi crowd semakin kurang. Kelihatan polis masih berkawal. Beberapa wartawan station tv membuat liputan berita berdekatan Oxford Circus Station.
Orang sudah tidak seramai awal tadi tapi sudah tenang semula.
Abang Edi yang ambil kesempatan bergambar dengan background petugas media yang buat liputan di Oxford Circus Station.
24. Kami pula tetap tiada rezeki untuk dapatkan cab. Maka kami decide untuk baik bas no 10 walaupun semua sudah penat.
Naik bas no 10 je la ya anak-anak.
25. Finally, jam 8 pm kami sampai di rumah Noripah. I am glad we did dan rasa amat bersyukur kerana tidak terlibat dalam kejadian yang tidak diingini.
The news report on media.
Ada lagi report lain yang tunjuk video orang berlari di Oxford Street.
Tapi aku tidak reti la mau copy macamana.
26. Kejadian semalam surprised me with the fact that Addin dan Zara kekal tabah dan bersikap matang. Walaupun mereka selogiknya akan hit by jetlag (berjaga dan berjalan kaki dalam sejuk hingga jam 4 pagi waktu Malaysia) tetapi aku tidak dengar pun mereka merungut dan komplen lapar dan penat. All they were saying adalah untuk balik rumah tanpa mendesak pun. Aku pula sebaik masuk bas, aku terlalu mengantuk sampai tertidur mungkin kerana kepenatan berjalan jauh sambil mendukung Emir dalam carrier. Abang Edi pun sebenarnya mengantuk tapi berusaha untuk terjaga supaya kami tidak terlepas stop Palace Gate.
Nasib baik Abang Edi tidak tertidur kalau tidak mesti kami terlepas stop Palace Gate.
27. I know now at least a bit of how it feels to be in a terrorist attack situation. Rasa macam dalam movie tapi itulah sebenarnya perkara yang jadi adventure untuk kami sekeluarga.
Oh no please.. kalau boleh jangan la aku, atau ahli keluarga, rakan-rakanku dan semua rakyat Malaysia merasai pengalaman ketakutan seperti ini.
Perasaan kita berlari melepaskan diri daripada sesuatu yang bahaya is totally scary, bukan adrenalin atau pencarian adventur yang dibuat-buat. Ditambah lagi apabila kita bersama anak-anak.
I just cannot imagined apakah perasaan rakyat Syria, Palestin atau mereka-mereka yang setiap hari terpaksa bertarung untuk menyelamatkan nyawa mereka.
28. Dulu aku kureng sikit dengan London because I think London is gloomy and the people are too individual and couldn’t care less about other people. Now, aku dan Abang Edi genuinely feel that Londoners are warm, baik hati, penuh sifat kemanusiaan dan membantu orang lain tanpa memandang bangsa dan agama. Mungkin juga rezeki kami terjumpa dengan orang yang baik, dan aku bersyukur kerana kami ditemukan dengan mereka.
Now, I love London.
Aku teringat kebaikan sales promoter di Dorothy Perkins Oxford Street dan staff di Informa.
Terbayang keramahan Londoners yang lain apabila kami bawa anak-anak bermain di Diana Memorial Playground.
Masih teringat lagi kebaikan black cab driver yang berlebih kurang dengan kami (pasal aku bengap sangat kira duit coin pound) ketika kami sudah mau bertolak ke Amsterdam.
Terima kasih Londoners.
29. Hari pertama kami bercuti di London mungkin tidak berjalan sebagaimana yang kami harapkan, tapi perkara itulah yang menjadikannya ‘adventure’ dan worth untuk dijadikan kenangan sampai bila-bila.
Yup, pengalaman itu amat berharga.
I won't change it for a thousand pound pun. (Thousand je, kalau orang bagi million aku ambil).
People may see us as bernasib malang, tapi aku rasa kami bernasib baik kerana dapat mengharungi pengalaman itu walaupun pahit.
The experience makes us strong.
Dan menyebabkan kami tidak terlalu suka di awang-awangan walaupun sedang bercuti.
It reminds me of - We still have 2 weeks untuk bercuti di bumi England dan Amsterdam.
Ingatlah niat baik untuk bermusafir itu dan ingat Allah.
Semoga Allah melindungi kami dan anda semua.
p/s: Ikut nasihat mama aku, jangan pergi ke kawasan yang sesak dengan manusia. Spare some gap or space, so senang untuk selamatkan diri.
Daa... until next post!