google analytic

Nuffnang

Friday, August 24, 2018

Cuti drive sendiri dari KL ke Hat Yai (18 - 20 Ogos 2018) - Review

Review pengalaman kami di Hat Yai

1. Hat Yai ni besar rupanya. Lebih kurang macam KL lama belah-belah Chow Kit tu. Bangunan rapat-rapat. Tapi lebih besar la kawasannya.

2. First night sampai Hat Yai tu ingat mau dinner di Asean Night Bazaar tapi susah dapat parking. Sudahnya, kami dinner di Greenway Night Market. Parking senang dapat, makanan pun sedap-sedap. Bayar makanan guna prepaid card. Ada promosi untuk foreigner: boleh beli prepaid card bernilai 120 baht dengan bayaran 100 baht sahaja. Tapi guna habis nilai kad tu dalam tempoh 24 jam.

Very the thoughtful one. Cutlery yang diasingkan di foodcourt Greenway Night Market.

Ini la meal pertama aku di Hat Yai. 
Nasi kuning dengan ayam goreng. 30 baht sahaja. 
Sedap ya ampun pula tu.  

3. Breakfast hari kedua - kami round area Lee Garden Plaza dan terjumpa Restoran Kelantan. Kami order 2 nasi lemak ayam dan 1 nasi kerabu ayam. Semua manis.

Nasi kerabu ayam yang manis. 

Restoran Kelantan yang glemer di kalangan bikers dari Malaysia.

4. Lepas breakfast, kami jalan kaki sejauh 700 meter ke pasar Kim Yong Market. Perjalanan kind of memenatkan juga sebab cuaca panas. Terpaksa bersempit dengan kawasan orang beniaga di koridor jalan. Lepas tu bahu jalan kejap tinggi kejap rendah menyukarkan pergerakan kalau bawa stroller.

Gigih jalan kaki sambil berpeluh ketiak. 

5. Di Kim Yong Market, kami hanya beli kacang gajus tidak bergaram berharga 200 baht. Lepas tu patah balik ke Restoran Kelantan naik tuk tuk atas permintaan Addin dan Zara. Kena 80 baht.

Kena 80 baht untuk perjalanan 700 meter. 

Zara ni la yang paling suka dapat naik tuk tuk. 

6. Untuk makan tengahari, kawan Abang Edi rekemen kami untuk makan di restoran Kai Tod Decha.

Jangan lupa pegi restoran ni ye. 

Teh beng dengan foam yang melimpah. 

Ayam goreng 2 ketul tapi macam 5 ketul dengan sos istimewa. 

Zara dan Emir sempat pau aiskrim kelapa dan mangga. 

Rasa kelapa yang membaluti rasa mangga.

Servis di sini memang terbaik. 
Dorang tau pelanggan dorang suka minta tolong ambil gambar. 

Udang galah grill 2 ekor. Menyesal aku order 2 ekor. Besar rupanya. 

3 pinggan nasi putih, 2 udang galah, 1 tomyam santan campur, 2 ketul ayam goreng, 2 teh beng, 1 aiskrim kelapa mangga - 1470 baht.
Semua sedap. Servis terbaek. 
Yang penting, kenyang sampai besok pagi.  

7. Walaupun cuaca hujan, kami redah juga ke Khlong Hae Floating Market. Tidaklah banyak sangat bot yang berniaga pun. Dan kami pun tidak beli apa-apa kecuali popcorn. Sebab sudah kenyang makan tengahari.

Ada hujan gerimis tu pasal bawa payung. 

Kuih colorful.

Ikan tenggiri goreng katanya. 

Ubi keledek bakar.

Lakonan semata-mata. Tak beli apa pun sebab kenyang sangat. 

Family picture satu. 

Abang Edi request ambil gambar dengan Pad Thai lady yang cantik amat. 

Roti rangup nama diberi. 

8. Apa yang aku suka pasal Greenway Night Market dan Khlong Hae Floating Market ialah, sistem parking dorang yang tersusun. Dorang ada dedicated staffs yang membantu pemandu-pemandu untuk tunjukkan parking yang kosong dan semua tu dibuat for free. I was so impressed.

9. For me, Asean Night Bazaar is so overrated. Mungkin tidak sesuai untuk jiwa aku sebab aku bukan penggila shopping pakaian. Boleh tahan murah juga barangan yang dijual cumanya banyak barang yang dijual ialah pakaian style korea dan imitation jenama yang kualitinya boleh dipersoalkan. Kami pun beli tshirt tulis Hat Yai untuk Addin, Zara dan Emir dan keychain sebab Addin dan Zara mau bagi kawan sekolah katanya.

Ada ruang solat kecil disediakan di Asean Night Bazaar. 

Emir sebenarnya sudah boring sebab tidak kena bagi berjalan sendiri. 

Tempat bersantai yang comel-comel. 

While waiting for tuk tuk. 

10. Food court Asean Night Bazaar yang berada di tingkat atas pun amatlah crowded. Tapi boleh kata over 70% daripada makanan yang dijual di sini adalah makanan halal. Kami tidak beli banyak makanan sebab masih kekenyangan lunch tadi tengahari.

Foodcourt sini gila ramai orang dan banyak peniaga makanan halal. 

Kami tapau roti pisang dari Asean Night Bazaar. 

Dan pulut mangga. 

11. Kami tidak ke Songkhla dan kawasan sekitar sebab cuti kami kali ni memang untuk rileks dan makan saja. Oleh kerana kami tidak banyak jalan-jalan, minyak kereta yang kami isi full sebelum kami sampai Changlun pun masih berbaki separuh lagi ketika kami balik Malaysia.

Review penginapan kami di Hat Yai

1. Aku tidak dapat book hotel area downtown sebab kami buat booking ni last minute. Semua hotel dengan rating tinggi dan bilik yang besar di area downtown telah habis ditempah.

2. Kami stay dua malam di The Smart Hotel Hatyai. Dekat dengan Central Festival Hatyai tapi kami tidak masuk pun mall tu. Hotel ni sesuai kalau bawa kereta sendiri sebab jauh daripada area Lee Garden Plaza.

Towel sudah jadi angsa. 

3. Aku book bilik deluxe room sebab itu saja bilik yang sama jenis dengan bilik family room tapi family room sudah habis ditempah. Untuk keselesaan kami berlima, aku tambah lagi extra bed untuk 2 malam pada kadar 400 baht satu malam.

Kejadian bilik sebelum check out. 

Yang penting ada kettle. 

4. Bilik kami boleh tahan luasnya, ada balkoni tapi bilik air kecil.

Depan balkoni ada tiang letrik. 

5. Hotel ni ada parking yang luas dan ada taman kecil.

Small garden. 

6. Pintu bilik kurang kedap bunyi sebab aku boleh dengar anak aku jerit dari luar bilik.

7. Lokasi hotel ni agak jauh dari downtown menyebabkan tuk tuk kurang gemar masuk sini sebab kalau dia balik tiada penumpang. Kami kena bayar tambang 150 baht untuk perjalanan dari Asean Night Bazaar.

7. Kesimpulannya, hotel ini agak mahal daripada value yang diberikan tapi servis semua ok. Cuma kalau aku datang semula ke Hat Yai aku akan cari hotel lain.

Penutup - Cuti-Cuti Hat Yai

1. Hat Yai adalah tempat yang sesuai untuk orang Malaysia yang beragama Islam untuk bercuti sekejap dan menikmati makanan Thai halal yang enak-enak.

2. Berdasarkan carian, kebanyakan hotel di Hat Yai adalah sangat mampu bayar. Boleh dapat bilik hotel dengan rating yang bagus pada kadar kurang daripada RM100 untuk satu malam.

3. Boleh kata makanan dan living cost di Hat Yai tidaklah mahal sangat. Sesuai untuk percutian bajet.

4. Language barrier can be an issue kalau terkena dengan orang yang tidak pandai berbahasa melayu dan berbahasa inggeris. Ada juga yang pandai bahasa melayu seperti pekerja di Restoran Kelantan dan Kai Tod Decha. Dan ada juga yang pandai cakap melayu sikit-sikit saja contoh yang kami jumpa di Kim Yong Market dan Greenway Night Market.

5. Daripada cuti kali ni, aku mendapat pengajaran bahawa me and my family tidak sesuai buat trip makan-makan sebab kami cepat kenyang dan bukan jenis yang berhabis untuk makan. Contohnya, kami tidak suka bersesak dan berbaris untuk makan sedap. 

Cuti drive sendiri dari KL ke Hat Yai (18 - 20 Ogos 2018) - Itinerary dan Tips

Mukadimah

1. Ini ialah plan last minute. Konon niat asal mau stay di rumah ja sepanjang cuti sekolah 18 - 26 Ogos 2018. Sebab 27 Ogos 2018 tu Addin ada second UPSR trial. Sekalinya, si mummy pula lebih-lebih menggeletis tension sebab dengki tengok orang kiri kanan semua mau pegi holiday kunun.

2. Ramai yang viral dalam social media dorang pegi Hat Yai kan. Dorang kata senang masuk border la. Makan sedap la. So aku pun terpengaruh dan teringin mau makan sedap-sedap. Tambahan pula rasa macam lama sudah tidak bercop tu buku merah. Ah, ngada je.

Itinerary ringkas:

Hari Pertama:
- Kami drive dari Seri Kembangan all the way to Hatyai. Tayar bergolek start pukul 9 pagi pada Sabtu, 18 Ogos 2018.
- Perjalanan ada sedikit perjalanan sebab ada 1 eksiden di highway Sungkai-Bidor dan jam tatau apesal di highway Juru.
- Kami ada berhenti 4 kali. 3 kali di RnR (makan, vera, Abang Edi besigup) dan 1 kali berenti kejap di Changlun untuk urusan isi borang masuk border Thailand.
- Kami sampai Hatyai jam 8.30 malam masa Malaysia. Dinner di Greenwood
- Kami sampai hotel yang aku book - The Smart Hotel Hatyai - macam jam 9.30 malam masa Malaysia.
- Jumlah masa tempoh perjalananan: 12 jam 30 minit. Pening kepala aku.

Hari Kedua:
- Aku memang sengaja tidak book hotel dengan breakfast sebab was-was. Hotel ni pun tidak declare dia hotel halal ka apa ka. So, aku rasa better kami cari breakfast di luar ja la.
- Kami breakfast di Restoran Kelantan.
- Lepas breakfast, kami jalan kaki ke Kim Yong Market untuk jalan-jalan cuci mata.
- Then, kami balik bilik sambung rehat.
- Jam 2 petang, kami keluar semula untuk lunch di Restoran Kai Tod Decha.
- Lepas lunch, kami pegi ke Khlong Hae Floating Market.
- Pada sebelah malam pula, kami ke Asean Night Bazaar. Beli sedikit buah tangan, tapau makanan dan makan di hotel saja.

Hari Ketiga:
- Tidak buat apa. Bangun lambat pasal semalam Emir meragam pukul 3. Sama ada lapar mau susu atau ada yang kacau dia. Jeng jeng jeng.
- Check out jam 11.30 pagi waktu tempatan.
- Mula-mula plan mau singgah makan di Danok. Tapi lepas tu boleh terlencong ke Padang Besar pula.
- Dari Padang Besar, kami terus straight ke Batu Feringgi, Penang sebab aku sudah booking Holiday Inn Resort.

Begitulah percutian singkat kami yang tidak seberapa.

Tips drive sendiri ke Hatyai

Urusan isi borang dan insurans kereta untuk masuk Thailand

1. Sebaik sampai di area Changlun, kita boleh nampak banyak premis restoran or kedai-kedai kecil yang akan letak banner dan papan tanda bertulis 'Insurans Thailand' dan yang sama waktu dengannya.

Beginilah rupa contoh kedai yang buat insurans kereta Thailand. 

Kami pegi kedai ni. Masa kami pegi ni dorang tiada pelanggan. 

The price list. Kami kena bayar insurans RM25. 

Kami kena bayar total RM45 sebab ada 5 passengers. 

Masa buka pintu imigresen di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian. 

Di kedai ni juga ada dijual simcard Thailand. 

2. So, bagi je geran kereta (kami bawa geran ori) dan pasport setiap penumpang, orang kedai akan isi form dan kita bagi duit. Tu saja.

While waiting for our documents to be ready.

Insurans kereta sudah siap.

Embarkation cards sudah siap. 

Form untuk custom declaration juga sudah siap. 

3. Jangan lupa isi minyak kereta bagi full masa di Changlun ni.

Masa yang sesuai masuk sempadan Thailand?

1. Ramai kawan ofis advise untuk gerak dari KL ke utara pada sebelah malam sebab tidak banyak kereta, cuaca lebih sejuk, dan boleh sampai ke border (Bukit Kayu Hitam or Padang Besar) pagi-pagi buta. Dan boleh start que kereta untuk masuk border - kereta tak banyak so kurang saingan. Well, I cannot validate this point sebab kami tidak buat macam tu.

2. Kami gerak jam 9 pagi dari Seri Kembangan dan sampai ke Bukit Kayu Hitam around jam 5 petang begitu. Suasana di sempadan Bukit Kayu Hitam pada waktu petang adalah amat tidak sibuk dan macam ada 2-3 buah kereta ja. Melalui perbualan Abang Edi dan abang imigresen, sebelah tengahari sebelum tu memang boleh tahan banyak orang Malaysia yang ingin menyeberang ke Thailand.

Abang Edi cop pasport di pos imigresen sebelah Malaysia.
Betapa takde kereta time tu sampai Abang Edi boleh sembang lagi dengan abang imigresen. 

Masa mau sampai border Thailand tu hati rasa berdebar campur gembira. 

Kedah, Thailand. 

3.  Masa mau masuk border Thailand tu ada 3 line kereta sedang berbaris untuk pemeriksaan imigresen. Di sini kami kena tunggu around 1 jam 30 minit begitu. Itu pun sebab nasib kami termasuk dalam line kereta yang 2 line jadi 1 line. So ada bottleneck. Line sebelah yang tiada bottleneck laju bedesup untuk lepas imigresen. Abang Edi buat anggaran: pemeriksaan imigresen di sebelah Thailand untuk sebuah kereta mengambil masa 5 minit.


Di lane inilah kami sudah terkena bottle neck. Kalau masuk lane sebelah kiri sure sudah boleh pecut laju masuk Danok. 

4. Kesimpulannya, kalau sampai waktu dekat senja tu pun ok sebab kereta sudah tidak banyak. Pandai-pandailah merancang perjalanan.

Ikut mana lagi best dan sesuai? Bukit Kayu Hitam or Padang Besar? 

1. Ada kawan aku yang memang orang Siam Kedah advise supaya kami keluar sempadan ikut Bukit Kayu Hitam sebab dia kata lebih happening. So kalau dibuatnya ada problem, ramai public di Bukit Kayu Hitam/Danok  boleh tolong. Kalau ikut Padang Besar, dia cakap sunyi dan masuk jalan kampung, so kalau jadi apa-apa, tak ramai boleh tolong. Tambahan lagi kami ni first time drive sendiri ke Thailand.

2. Dan ada juga kawan aku yang berpengalaman drive ke Krabi advise supaya kami supaya keluar sempadan ikut Padang Besar sebab dia kata kurang sibuk berbanding Bukit Kayu Hitam.

3. Kami berpengalaman masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam dan balik ke Malaysia ikut Padang Besar. Aku rasa lebih kurang ja sibuk kedua-dua pintu sempadan ni. Kalau ikut Bukit Kayu Hitam akan masuk ikut Danok dulu, memang lebih happening. Kalau lalu jalan Padang Besar di sebelah Thailand, jalannya kurang sibuk dan kurang traffic light.

4. Apa-apa pun, aku lebih suka ikut Bukit Kayu Hitam.

Kalau drive sendiri bagus ikut Bukit Kayu Hitam rasanya sebab lebih dekat dan kurang mileage. 


Passenger kena masuk sempadan ikut pintu asing ka daripada driver? 

1. Kalau drive kenderaan sendiri untuk masuk Thailand, passenger stay ja dalam kereta masa kereta que tu. Bila kereta sudah masuk petak di booth imigresen Thailand, barulah semua passenger termasuk driver turun keluar dari kereta untuk urusan cop pasport dan serahan borang yang diisi di Changlun tadi.

Nampak tak kereta depan tu parking sebelah booth imigresen? Di situlah semua passenger kena keluar sekejap untuk tunjuk muka depan kamera. 


2. Masa cop pasport tu, tuan border Thailand tu minta 45 baht. Duit baht kami besar, no small change, so kami bagi RM7.

3. Jangan lupa untuk declare kastam sebab bawa kereta sendiri masuk Thailand. Nanti borang kastam dan borang yang diselit dalam pasport akan diserahkan ketika kembali ke Malaysia.

Perlu ka beli simcard Thailand?

1. Kalau ikut aku lah kan, rasa macam tidak perlu. Especially sebab aku guna Digi. Digi ada offer promo baik punya. Untuk 1 hari RM5. 2 hari RM10. 3 hari RM25. Sejak Digi menawarkan servis pakej data roaming yang amat competitive ni, aku tidak pernah lagi mau beli tourist simcard. My last trip to Melbourne and UK (last year), guna Digi data roaming ja. Mau tidak mau memang kena guna simcard sendiri sebab kami sudah linkkan alarm system rumah dengan no telefon aku dan Abang Edi. So, kalau tukar simcard, dan terjadi apa-apa di rumah, tidaklah kami dapat alert daripada alarm system rumah kami tu.

Aku tersilap pilih 72 jam. Patut pilih 48 jam untuk RM15 ja. 
Tidak pasal2 aku buat amal jariah untuk Digi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...