Indonesia arah penghantaran amah ke Malaysia dihentikan
JAKARTA 25 Jun - Indonesia mengarahkan agensi-agensi pekerjaan republik itu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuat kuasa esok.
Arahan itu dikeluarkan berikutan banyak aduan para pekerja bahawa mereka telah didera oleh majikan, kata Menteri Tenaga Manusia Indonesia, Erman Suparno, hari ini.
Ia kekal sehingga Malaysia menjamin keselamatan mereka, tegas Erman selepas mengadakan mesyuarat rasmi dengan tiga lagi menteri Indonesia di ibu kota Jakarta.
Perbincangan dengan Malaysia akan diadakan pada 15 Julai ini untuk mencari jalan penyelesaian, katanya.
Lebih 300,000 wanita Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Kira-kira 3,000 pembantu rumah pula dihantar ke Malaysia setiap bulan yang kebanyakannya ditempatkan melalui agensi pekerjaan khas, jelas beliau.
Pembantu rumah memfailkan lebih 150 aduan setiap bulan dengan pihak berkuasa di Indonesia mendakwa berlakunya penganiayaan, kerja lebih masa, tidak dibayar gaji dan penderaan fizikal di Malaysia.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, semalam berkata, Malaysia akan mencari pekerja pembantu rumah di tempat lain bagi memenuhi keperluan negara.
"Jika Indonesia tidak membenarkan rakyat mereka bekerja sebagai pembantu rumah di sini, atas dasar semangat kejiranan, kami akan menghormati keputusan itu," katanya yang dipetik oleh akhbar The Star.
Kes terbaru yang mendapat perhatian media melibatkan pembantu rumah Indonesia berumur 33 tahun yang telah melarikan diri daripada majikannya bulan ini dan mendakwa disiram dengan air panas dan dipukul.
Polis telah menahan majikannya itu dan akan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau disebat jika mahkamah mendapatinya bersalah menyebabkan kecederaan teruk.
"Kami mahu melindungi para pekerja migran kami daripada pencabulan kontrak dan penderaan fizikal," kata Erman kepada wartawan selepas mesyuarat. – AP
Mungkin... apa yang sebaiknya ialah negara jiran ni fikirkan dan buat tindakan – macamana nak kurangkan PATI dari negara dorang ni masuk ke Malaysia... itu la yang sebaik-baiknya...
Yang pasal cuti sehari dalam seminggu tu... aku tidak setuju...
First thing first, aku tidak penah upah maid.. tapi aku selalu mendengar rungutan mengenai maid dari kawan-kawan aku...
mama aku pun pernah upah om (orang indon timor timur yang berlambak di Labuan) untuk tolong jaga rumah dan anak-anaknya kalau dia pi sekolah (separuh hari ja dan tidak tinggal di rumah dengan kitaorang).. oleh kerana mama aku kerja separuh hari ja (pasal dia cikgu), jadi masa anak-anaknya bersama maid tidak lama... walau bagaimanapun, mama aku pernah cerita dan aku sendiri pun pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri.. maid tu selalu tidur.. tak tidur pun, tengok cerita Hindustan pasal dulu tiada cerita sinetron indonesia.. sudahnya, adik aku yang masih kecil (3-4 tahun time tu), kadang2 buat kerja sendiri basuh pinggan dengan berdiri di atas kerusi... atau berada di dalam washing machine... nasib baik mama aku tiada sakit jantung...
aku rasa banyak keburukan bagi maid ni cuti sehari...
- Bertambah ramai la pendatang membanjiri KL... bas pun akan dipenuhi oleh orang-orang ni jugak... lama2 kita bukan Negara kita ni bukan nama Malaysia, tapi nama Indonesia the second.. eh tak pun, Malaysia truely Asia.. pasal ada ramai indon, bangle, Myanmar, Vietnam, Nepal, Filipina, dan mana2 pendatang yang ada la..
- Kebanjiran maksiat..
- Lari dari rumah (jiran sebelah rumah sudah terkena macam ni)
Pelik la... rasanya majikan di Malaysia banyak berkorban untuk maid dorang...
- Accommodation dan makan free
- Tambang dorang balik kampung free
- Lepas balik kerja, maid ble rehat
- Mesti tension pasal hari2 tengok muka maid (tambah2 kalau rumah kecil dan maid yang tidak pandai buat kerja)...
Bukan semua majikan jahat macam orang yang mendera tu.. tu kes terpencil... fakta, terlalu ramai yang baik.. tapi tidak masuk berita pun... Pasal kebanyakan majikan di Malaysia ada maid pasal dorang ada anak.. bukan saja2 terlebih duit mau bagi pada orang gaji...
Negara jiran ni memang sengal la... suka cari pasal... Negara kita ja baik hati mau jaga hati orang...
Boleh ja bagi cuti sehari seminggu tu, dengan syarat
- Kira harga accommodation – bilik, elektrik, air
- Kira harga makan minum dorang
- Tambang pun kira
Tak pun, bagi ja cuti, tapi duk rumah... means, tak buat kerja langsung dalam sehari tu.. complete rest...
And apa kata, cadangkan untuk sehari seminggu kepada suri rumah sepenuh masa? Lagi adil kan?...
Aku harap, amat berharap, aku tidak perlu upah maid... insyaAllah..